Anda Wajib Makan Tikus Jika Mahu Tinggal di sini

on 02 September 2011


Di kota ini warganya di wajibkan untuk memakan tikus.Seorang pegawai di negara bahagian Bihar, India, mengungkapkan gagasan baru untuk mendorong warga miskin dari kasta terendah di negara itu mengatasi kekurangan makanan dengan daging tikus.

Menteri Utama Jabatan Kesejahteraan Sosial di negara bahagian itu, Vijay Prakash, mengatakan dia mengajukan usulan itu setelah "melakukan banyakkajian dan penelitian lapangan".
Masyarakat Musahar di Bihar yang sangat miskin punya kebiasaan memakan tikus.

Penduduk Musahar berada di urutan terbawah dalam sistem kasta di India, dengan tingkat celik huruf dan perdapatan per kepala terendah.
Kurang dari satu peratus dari 2,3 juta penduduk Musahar di Bihar boleh membaca dan 98% dari mereka tidak memiliki makanan.

Makanan lazat

Prakash mengatakan usulannya untuk mempopulerkan daging tikus bertujuan untuk memperbaiki keadaan sosial-ekonomi mereka.

"Ada keuntungan dari proposal ini. Pertama, kami boleh menjimat sekitar separuh dari simpanan biji-bijian kami dengan menangkap dan memakan tikus dan yang kedua, kami boleh memperbaiki keadaan perekonomian masyarakat Musahar," katanya kepada BBC.

Menurut Prakash, sekitar 50% dari jumlah simpanan biji-bijian di negara itu dimakan oleh tikus.
Dia mengatakan dengan mempromosikan daging tikus, jumlah simpanan biji-bijian yang dapat diselamatkan lebih besar sementara tingkat kelaparan di kalangan masyarakat Musahar akan dapat dikurangi.
Dia mengatakan daging tikus tidak hanya makanan lezat tetapi juga kaya akan protein, dan daging tikus digemari di Thailand dan Perancis.

"Tikus hampir tidak memiliki tulang dan berkhasiat. Banyak orang tidak menyedari fakta kuliner ini tetapi lama-lama mereka akan tahu."

Namun Prakash kemungkinan akan sulit mempopularkan strategi semacam ini di masyarakat yang konservatif seperti di Bihar dan negara-negara bahagian lainnya di India utara.
Prakash mengatakan dia punya resepi yang membuat daging tikus menjadi santapan lazat, yang sekarang akan dia sebarkan ke semua hotel di Bihar.

Dia juga mendorong perternakan tikus sama seperti perternakan ayam.
Meski memakan daging tikus masih menjadi stigma di daerah-daerah bandar, Prakash mengatakan penelitian yang dia lakukan mengungkapkan bahawa tikus adalah makanan kegemaran di sebagian daerah Bihar.

Jururawat Salah Ajar Cara Suntik, Ribuan Pesakit Diabetes Terancam HIV


Sebuah klinik di Amerika menghubungi ribuan pesakit untuk mengingatkan kemungkinan tertular Human Imunodeficiency Virus (HIV). Gara-garanya, salah seorang jururawat melakukan kesalahan saat mengajari pesakit diabetes cara menyuntikkan insulin.

Seorang jururawat di Dean Clinic di Wisconsin, Amerika Syarikat diduga memperagakan alat suntik dan pen untuk ujian darah secara langsung ke tubuh pesakit.Menurut panduan, cara menyuntik seharusnya dilakukan pada patung atau benda lain misalnya buah limau.

Ketika menusukkan alat-alat tersebut, jururawat yang kini sudah diberhentikan itu memang menggantikan jarum di bahagian hujungnya sehingga 1 pesakit hanya menggunakan 1 jarum. Namun kerana alat lainnya tidak diganti, dikhuatirkan ada kuman yang terjebak lalu menular ke pesakit lain.

Antara tahun 2006-2011, bekas jururawat tersebut telah mengajari 2.345 pesakit diabetes. Seluruhnya merupakan pesakit baru yang harus memakai insulin dalam jangka panjang, sehingga perlu diajar bagaimana cara menyuntikkannya tanpa bantuan doktor.

Bukan cuma HIV, juru bicara Dean Clinic juga mengkhuaatirkan risiko infeksi penyakit lain yang menular melalui darah. Di antaranya adalah hepatitis B dan C, yang jika tidak tertangani atau terlambat didiagnosis boleh membuat kanser hari.

"Tujuan kami sekarang adalah memastikan agar para pesakit yang mungkin terinfeksi segera mendapat pemberitahuan, lalu secepatnya diuji," ungkap Dr Craig Samitt,ketua sekaligus pemilik Dean Clinic seperti dikutip dari ABC News, Rabu (31/8/2011).

Sementara itu menurut seorang pakar kesihatan, pesakit punya hak untuk memastikan bahawa dirinya aman dari risiko penularan infeksi di pusat-pusat layanan kesihatan. Bahkan, pesakit berhak menanyakan pada doktor atau perawat apakah sudah cuci tangan sebelum menyuntik.

"Kadang-kadang memang tidak perlu, tapi langkah kecil seperti ini boleh memberi perlindungan ekstra terhadap keamanan pesakit," ungkap sang pakar, Dr Robert Glatter dari Medscape Emergency Medicine yang tidak terlibat langsung dalam kes tersebut.

Video..seekor kucing dibuli oleh rakannya yang brutal

Kucing malang ini harus meringkuk di dalam sebuah kotak kecil setelah kawannya yang brutal dengan sengaja menutup kotak itu.

Kucing putih ini awalnya sedang bermain-main dan menjelajahi sebuah kotak yang dainggapnya sebagai tempat sempurna untuk bersantai, tanpa menyedari ia sedang menjadi perhatian kucing lainnya.



Kucing abu-abu tersebut kemudian menyelinap ke belakang dan menutup kotak tersebut sehingga sang kucing putih terjebak didalamnya.

Namun mimpi buruk sang kucing baru saja dimulai, kerana sang musuh abu-abu tersebut kemudian menduduki tutup kotak tersebut guna memastikan ‘tawanannya’ tidak melarikan diri.

Kucing putih semakin panik dan berusaha mendorong dirinya keluar dari kotak tersebut, namun usahanya sia-sia.

Merasa bosan dengan aksinya ini, sang kucing abu-abu kemudian turun dari atas kotak dan bertingkah seperti tak bersalah sambil melihat ke sekeliling ruangan ketika sang keluar dari kotak.


Peminat pulangkan jam Rolex RM 65,791 kepada penyanyi


LOS ANGELES – Seorang peminat memulangkan semula seutas jam tangan Rolex yang dihiasi dengan berlian berharga AS$22,000 (RM65,791) selepas dia mencampakkannya pada satu persembahan Anugerah Muzik Video MTV di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Jam tangan itu dicampakkan dari pentas oleh Brown bagi mengelak persembahannya terganggu pada Ahad lalu.

Namun, jam tangan itu dicampakkannya ke arah para penonton.

Seorang pengawal keselamatan kemudian pergi ke arah para penonton itu untuk mencari jam tersebut selepas persembahan Brown berakhir.

Bagaimanapun, seorang peminat yang bermurah hati memulangkan kembali jam tangan tersebut kepada pengawal berkenaan.

“Walaupun Brown tidak bertemu dengan peminat itu, dia amat menghargai tindakannya,” kata seorang jurucakap penyanyi tersebut kepada laman hiburan TMZ. – Agensi

Dubai diancam jantan gatal


DUBAI: Ketika suhu semakin menurun dan penduduk setempat mula bertumpu ke pantai, pengunjung kawasan rekreasi di Dubai kini berdepan dengan bahaya baru - serangan seksual.

Menurut saksi dan mangsa, serangan biasanya dilakukan lelaki miang yang berpura-pura berenang atau menyelam berhampiran wanita.

Disebabkan ancaman itu, pihak berkuasa berkata, semakin ramai wanita menjauhi kawasan pantai di Dubai.

Sementara itu, seorang wanita Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Candice, berkata dia mengunjungi kawasan pantai Jumeirah bersama suami dan rakannya dua minggu lalu.

Kata Candice, 28, ketika dia bermain air agak jauh dari kenalannya, dia terkejut apabila berasa ada tangan menyentuh kaki kanannya.

“Ada seseorang berenang di bawah saya dan tangannya mula meraba-raba sehingga ke parah paha,” katanya.


Mengaku terlalu takut untuk menjerit, Candice berkata, dia cepat-cepat berenang semula ke pantai dan mengadu kononnya tidak sihat.Dia kemudian meminta dihantar ke biliknya.

Kata Candice, dia takut jika mengadu, keadaan boleh menjadi tidak terkawal jika suaminya bertindak mencari lelaki miang terbabit.Justeru, katanya, dia cuba melupakan insiden itu.Bagaimanapun, Candice mengaku tidak akan mahu mengunjungi pantai berkenaan lagi.


Darleen, 31, juga mendakwa pernah mengalami insiden menakutkan.Katanya, sebagai wanita bujang, dia terpaksa melakukan semua aktiviti bersendirian, termasuk jika mahu menonton wayang, membeli-belah atau beriadah di pantai.


“Pada satu petang, saya terfikir mahu berenang di Jumeirah lalu mengunjungi kawasan itu tanpa ditemani sesiapa,” katanya.Di situ, kata Darleen, dia ternampak sekumpulan pemuda berenang tidak jauh dari tempatnya.“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya cuma memejamkan mata dan mengapungkan diri untuk merehatkan badan.


“Tidak lama kemudian, saya berasa ada seseorang menyelam di bawah dan menyentuh tubuh saya,” katanya.Dia terkejut dan segera membuka mata.

sumber : myMetro

Kesian..ditinggalkan anak setelah kembali miskin


SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya.

Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala.

Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.

“Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.



“Ketika baru menerima pampasan RM1.5 juta daripada kerajaan 13 tahun lalu, semua anak pasti pulang setiap hujung minggu dan berkumpul tapi itu semua hanya tinggal kenangan sebaik duit dibahagikan sesama mereka,” katanya ketika dikunjungi Harian Metro di rumahnya.

sumber : myMetro

Penganggur Temukan 150K di Halaman Belakang Rumahnya

Seorang pengangguran berasal Illinois menemukan kejutan berharga di halaman belakang rumahnya ketika menemukan sebuah beg berisi tumpukan wang pecahan 20 dolar.

Wayne Sabaj (49) tukang kayu yang tinggal menganggur di Johnsburg, menjelaskan kepada WGN, dia mencari brokoli di kebun ketika melihat bag wol tersebut. Setelah Sabaj menunjukkan bag kepada ayahnya, mereka memutuskan untuk melaporkan kejadian ini kepada polis.

Sabaj mengatakan kepada Northwest Herald bahawa dia sempat mempertimbangkan menyimpan wang itu untuk dirinya sendiri, tetapi ia mengaku takut, sebab bukan hanya Sabaj tak tahu dari mana uang tersebut berasal, tetapi siapa yang mungkin datang kembali untuk mengambilnya.

“Aku tidak bekerja dalam dua tahun. Sepertinya, aku boleh menggunakan wang itu, namun dengan keadaan seperti ini saya dapat tertangkap kerana dituduh merampok bank” kata Sabaj kepada ABC7.

Menurut Northwest Herald, bungkusan bag berisi wang tersebut kini dalam tahanan polis, dan sedang diproses mencari cap jari dan bukti lainnya.

Sampai saat ini belum ada tersangka, sementara penyelidik meninggalkan kad nama nombor telefon dan sebuah catatan. Dan jika sang pemilik tak boleh diidentifikasi, polis mengatakan bahawa mereka dapat membantu Sabaj dalam menentukan apakah dia boleh mengklaim wang tersebut.

Sumber : huffingtonpost


Sony Lancarkan Tablet Clamshell Pertama Sebagai Pesaing iPad


Spesifikasi SONY Tablet P
-Android 3.2 Honeycomb
-Layar : 5,5-inci x 2
-Tampilan : 1024 x 480 Pixel x 2
-RAM : Tidak Diketahui
-Memori : 16GB
-Prosesor : NVIDIA Tegra 2
-Kompatibel : WiFi dan 3G
-Harga – £ 479
Ditetapkan untuk rilis pada November







Spesifikasi SONY Tablet S
-Android 3.1 Honeycomb

-Layar : 9.4 inci
-Resolusi : 1280 x 800

-RAM : 512MB
-Memori : 16GB
-Prosesor : NVIDIA Tegra 2
-Kamera : Depan dan Belakang
-Kompatibel : WiFi dan 3G yang kompatibel
-Bekerja sebagai remote control pada produk Sony
-Harga : £ 399 (sekitar 5,5 juta)
Ditetapkan rilis pada bulan September

Sumber : dailymail

Seorang Wanita Membayar 180 Dolar Untuk Sebuah iPad Dari Kayu


Seorang wanita South Carolina yang fikir dia membeli iPad murah dari dua lelaki di tempat letak kereta McDonald ditemui dan tablet itu sebenarnya "sekeping kayu yang dicat hitam dengan logo Apple. "

Menurut laporan Pejabat Spartanburg County Sheriff, Ashley McDowell, 22, memberitahu bahawa dia didatangi oleh dua lelaki kulit hitam yang mendakwa mempunyai banyak iPads untuk di jual dan mereka hendak menjual dengan harga $ 300 sahaja (harga pasaran $499). Selepas McDowell menjelaskan bahawa dia hanya mempunyai $ 180, kedua-duanya bersetuju untuk menjualnya pada kadar potong.

Tetapi apabila McDowell memandu pulang dan membuka kotak FedEx yang mengandungi iPad, dia dan hanya menemui kayu dengan logo Apple yang dirangka dengan pita hitam. Pihak polis sedang mencari lelaki tersebut dengan menyelidiki cap jari di iPad palsu itu.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved