Kenapa anak kanggaru ini dipanggil Salt and Pepper?r

on 12 Ogos 2011


VICTORIA - Sebuah zoo di Victoria Australia dengan nama Chris Humfrey's Wild Action Zoo baru saja memiliki dua bayi tammar wallaby (kangguru kecil) yang istimewa. Dua bayi tersebut kembar dan bahkan salah satu dari mereka albino.

Humfrey, seorang zoologist, mengatakan adanya bayi wallaby kembar saja adalah sebuah hal yang jarang terjadi, terlebih salah satu dari bayi wallaby ini albino. Hal yang sangat jarang terjadi.

"Bayi wallaby kembar adalah hal yang sangat jarang terjadi, dan salah satu dari mereka albino adalah hal yang sangat tidak biasa. Kelahiran mereka hanya dialami oleh satu dari sejuta wallaby," ujar Humfrey, seperti dikutip Daily Telegraph, Khamis (11/8/2011).

Pasangan kembar nan langka dari wallaby tersebut lahir pada Minggu, 7 Ogos. Perbezaan warna yang terdapat pada bayi kembar wallaby tersebut membuat mereka dijuluki dengan sebutan "Si Garam dan Lada" (Salt and Pepper). Lada untuk bayi walabi yang berwarna normal keabu-abuan, sedangkan garam untuk bayi wallaby yang albino.(rhs)

Kereta dibuat khas untuk orang kerdil





Tanam sayur dihalaman sendiri pun kena denda


OAK PARK, KOMPAS.com — Menanam sayuran di halaman sendiri malah terkena denda. Julie Bass dari Michigan menarik perhatian media massa nasional kerana pertarungannya dengan dewan kota.


Persoalan bermula ketika Bass menanam sayur di halaman depan rumahnya. Namun, Bass malah disuruh membayar denda 100 dollar AS atau mendekam di penjara selama 93 hari. Bass pun bertarung melawan nya penguasa setempat serta membuat blog dan halaman di Facebook berjudul Oak Park Membenci Sayuran.

Akhirnya, keputusan itu dibatalkan jaksa Eugene Lumberg. Tidak jelas alasan pemerintah kota setempat menjatuhkan denda tersebut.

Kerana suaminya pindah kerja ke Seattle, akhirnya keluarga Bass pindah. Bass mengatakan, dia menunda kepindahan itu dan akan mengumpulkan sayur-sayur itu hingga batang yang terakhir. "Taman sayur ini merupakan hal yang menakjubkan bagi teman dan tetangga kami. Mohon maaf jika harus memindahkannya sehingga taman ini tidak terlihat lagi," ujarnya. (UPI/JOE)

Dikira Ada Rumput Segar, Kuda Poni Terjepit di Tayar Traktor


LIMMER - Marlene Schmidt (30), seorang pecinta kuda dari Limmer, Jerman, harus rela bersusah payah mengotori tangannya setelah kuda poni kesayangannya terjebak dalam sebuah tayar traktor yang besar.

Menurut Marlene kuda kesayangannya itu terperangkap ke dalam sebuah bekas tayar traktor yang besar itu ketika sedang meragut rumput segar di balik tayar tersebut.

Namun sayangnya, yang berada di balik tayar besar tersebut adalah sebuah kubang yang agak cukup dalam, bukanlah rumput. Kerananya, kuda poni malang itu terperosok jatuh ke dalam kubang itu dan terjepit di tayar.

"Dia memang sangat lucu, dia sering kali terjebak ketika sedang mencari rumput-rumput segar," ujar Marlene seperti dikutip Dailymail, Khamis (11/8/2011).

Marlene telah berupaya sendiri menangani menyelamatkan kudanya, namun akhirnya dia meminta bantuan petugas pemadam kebakaran untuk memberikan pertolongan.

Petugas itu lantas membelah tayar besar itu menggunakan mesin pemotong elektrik untuk membebaskan kuda milik Marlene.

Untungnya, kuda poni bernama Smila itu tidak terluka dalam insiden tersebut.(rhs)

Cry Baby Lane: Film Hantu Nickelodeon Yang Dibanned Meskipun Baru Tayang Sekali

Kerana dinilai terlalu menyeramkan bagi anak-anak, filem ini terpaksa di berhentikan meskipun baru tampil satu kali dalam pertunjukan perdananya.

Sepertinya semua orang tahu kalau Nickelodeon adalah stesen televisyen yang memproduksi filem-filem khusus untuk konsumsi anak-anak, namun lucunya justru pegawai yang bekerja pada bahagian penapisan filem di Nick lupa akan hal itu.

Ketika esisode perdananya diputar pada 28 Oktober tahun 2000, Cry Baby Lane dinilai telah menampilkan horror yang terlalu vulgar bagi kebanyakan ibu-ibu yang kemudian membanjiri layanan pelanggan perusahaan itu pada keesokan harinya. Nickelodeon pun setuju untuk menghentikan filem tersebut dan hasilnya episode perdana itu secara rasmi telah merangkap menjadi episode yang terakhir.

sumber: tumblr


Pasukan volley ball pantai Inggris menyewakan ruang iklan di seluar bikini milik mereka


Pasukan volley ball pantai Inggris menyewakan ruang iklan di seluar bikini milik mereka sebagai tempat beriklan. Di belakang seluar tersebut akan dicetak barcode Quick Response yang akan menghantarkan ke web taruhan.
foto
Getty Images Sport/ Phil Walter

Pasuakn ini diperkuat Zara Dampney, 24 tahun, dan Shauna Mullin, 26 tahun. Di belakang seluar bikini mereka akan dicetak barcode Quick Response. Jika penonton menggunakan telepon pintar (smartphone) dan mengambil gambar barcode di bikini tersebut, mereka boleh memindai barcode tersebut yang nantinya akan disambungkan ke sebuah web taruhan.

Shauna dan Zara yang masuk peringkat 26 dunia dan bercita-ciat ingin bermain di Olimpiade London 2012 menyetujui iklan tersebut sebagai sebahagian dari kontrak sponsor dengan web taruhan Betfair.

Iklan tersebut akan diuji cUba pada sebuah acara di Horse Guards Parade, London, hari ini.

Perwakilan Betfair, Andy Lulham, berkata, "Minat orang terhadap bola tampar pantai sangat besar dan kami ingin memastikan kempenye iklan kami dilihat dan dikenang oleh sebanyak mungkin penggemar olahraga."

"Sejauh yang kami ketahui, ini merupakan pertama kali kode Quick Response digunakan dalam iklan olahraga secara langsung. Cara terbaik untuk menguji efektivitsnya adalah menempatkannya ke suatu tempat yang sering difoto."

Gila..anak jutawan 11 tahun dituduh merompak


LONDON - Seorang anak perempuan jutawan dan pembantu guru didakwa di mahkamah kelmarin atas dakwaan merompak dalam rusuhan yang berlaku di London, lapor sebuah akhbar semalam.

Rusuhan yang berlaku sejak Sabtu lalu sebelum berakhir pada Rabu lalu itu berlaku selepas seorang lelaki berkulit hitam yang dianggap tidak mempunyai kesalahan ditembak mati oleh polis pada minggu lalu.

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan sejumlah lagi golongan profesional juga berdepan dakwaan serupa semasa didakwa di sebuah mahkamah di London.

Budak lelaki itu didakwa mencuri tong sampah semasa golongan muda merusuh di Romford, Essex pada malam Isnin lalu.

Pendakwa raya Steven Davis berkata, polis melihat dia mendekati tingkap yang telah dipecahkan.

Menurutnya, dia kemudian tunduk masuk dan mengambil tong sampah dan melarikan diri.

Apabila ditangkap polis, budak lelaki itu berkata, dia mahu menghantar tong sampah itu kepada seseorang.

Turut didakwa bersama puluhan orang lagi kelmarin ialah Laura Johnson yang berusia 19 tahun yang merupakan anak seorang jutawan.

Dia ditangkap dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang dicuri, rokok dan minuman keras yang bernilai £5,500 (RM26,637).

Polis menyatakan, dia sedang memandu dari kedai di Charlton, tenggara London.

Laura ditangkap pada malam Isnin lalu bersama Alexander Elliott-Joahill, 18 dan seorang lagi berusia 17 tahun.

Mereka didakwa menutup muka masing-masing daripada dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang lagi pelajar, David Attoh berusia 18 tahun merupakan antara yang dibebaskan walaupun dia mengaku mencuri dua helai baju T.

Majistret menerima ceritanya bahawa dia menemui baju itu di sebatang jalan raya di Hackney.

Seorang suspek, David Benjamin, 25, mendakwa dia mencuri gogal yang digunakan semasa meluncur salji bagi melindungi matanya daripada terkena serpihan kaca yang berterbangan di Ealing.

Seorang lagi remaja yang didakwa merompak menggunakan penampilannya di sebuah mahkamah di Croydon untuk mengadu mengenai elaun kebajikan.

Remaja itu, Aaron Samuels, 19, menjerit ke arah hakim dan berkata: "Saya tidak penah mendapat wang untuk elaun kebajikan rumah."

Seorang pembantu guru yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dihadapi pelajar, Alex Bailey, 31, mengaku melakukan rompakan semasa rusuhan berlaku.

Dia kini dipenjarakan sementara menunggu hukumannya dijatuhkan.

- Agensi

sumber : kosmo online

Penari bogel rupanya perompak


PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penari bogel, Lee Grace E. Dougherty dipindahkan ke penjara dari sebuah hospital di sini selepas dia ditangkap ketika cuba melarikan diri dalam satu rompakan kelmarin.

Penari seksi berusia 29 tahun itu ialah anggota geng penjenayah Dougherty yang amat dikehendaki oleh polis AS kerana melakukan beberapa rompakan bersenjata api.

Selain Lee, geng Dougherty dianggotai oleh dua adik lelakinya iaitu Dylan, 26, dan Ryan, 21.

Lee ditangkap setelah dia cedera ditembak polis di salah satu kakinya selepas keretanya terbabas kerana dia mengacukan senjata api ke arah anggota polis.

Dua adiknya turut cedera apabila kereta Subaru Impreza yang mereka naiki bersama Lee naiki terbabas di sebuah lebuh raya dekat sini, negeri Colorado semasa dikejar polis sejauh 32 kilometer.

Kereta mereka terbabas selepas polis menembak salah satu tayar kenderaan mereka dalam adegan mengejar.

Sebelum itu, trio berkenaan merompak sebuah bank di negeri Georgia pada 2 Ogos lalu dengan melarikan sejumlah wang.

Dalam rompakan itu, kumpulan berkenaan menggunakan senjata api.

Polis telah menemui dua raifal AK-47 dan sepucuk pistol MAC-11 di lokasi kejadian.

Seorang anggota polis pada mulanya mengesan kereta yang dinaiki penjenayah tersebut di sebuah stesen minyak menyebabkan adegan mengejar itu berlaku dekat Walsenburg - Agensi

sumber : kosmo online

Skill Menumpuk Batu Ajaib Dari Seniman Mike Grab



Seniman Mike Grab memiliki hobi unik untuk menciptakan karya seni dari tumpukan batu tanpa alat bantu seperti gam, dawai atau lainnya. Yang diperlukan lelaki ini hanya konsentrasi dan graviti.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved