Wanita ini belasah kekasih denagn kasut stiletto

on 02 Ogos 2011


AUGUSTA, KOMPAS.com — Seorang perempuan AS didakwa melakukan pembunuhan setelah diduga membunuh kekasihnya dengan tumit kasut stiletto-nya. Pihak berwajib di Georgia menuduh Thelma Carter (46), memukul kekasihnya dengan tumit kasutnya yang kemudian menyebabkan si lelaki tewas.

Polis yakin, Robert F Higdon (48), dibunuh pada Ahad (31/7/2011) malam setelah perseteruan fisik antara kedua orang di dalam trailer mereka di sebuah kawasan rumah kereta di Augusta. Para penyidik tidak yakin tentang berapa kali Carter diduga memukul Higdon dengan kasut sebelum ia akhirnya meninggal. Namun mereka mengatakan, tubuh lelaki itu menunjukkan adanya tanda-tanda trauma di kepala.

Carter mengatakan kepada polis bahawa dia melarikan diri dari trailer itu setelah perseteruan tersebut dan ketika kembali ia menemukan Higdon telah tewas. Augusta Chronicle melaporkan, polis menemukan mayat lelaki itu pada Isnin pagi setelah Carter memberi tahu mereka tentang kematian tersebut.
Sumber :
telegraph.co.uk

Angry Birds versi WWE

Mini Market Virtual di Korea Selatan [Video]

Lupakan beg belanjaan dan barisan panjang di cashier. Penduduk di Korea Selatan memiliki "warung" canggih yang memudahkan pengguna membeli barang-barang keperluan mereka di supermarket tapi tidak di supermarket. .

Supermarket asal Inggris, Tesco, menghubungkan para pelanggangnya yang sibuk dengan layanan belanja online mereka di subway. Uniknya, menu belanjaan dibuat selayaknya rak asli pada supermarket sungguhan. Dengan menggunakan smartphone untuk menscan QR Code, pembeli dapat memesan langsung barang yang ada di display dan barang pesanan mereka akan dikirim langsung ke depan rumah


Wow, Mesin Fotostat Ini Terbuat dari Emas


INILAH.COM, – Apa yang membuatlelaki ini menciptakan mesin fotostat dari emas?

Perangkat elektronik pejabat tak perlu mewah-mewah. Tapi desainer asal Amerika, Yogi Proctor, menciptakan mesin fotostat yang terbuat dari emas.

Sebenarnya mesin fotostat Canon ini tidak boleh memfotokopi apapun. Proctor menciptakannya sebagai karya seni. Ia sengaja memasang lampu yang mundar-mandir pada ‘mesin fotostat’ itu supaya karyanya seperti mesin fotostat sebenar. Canon 2011 ini berukuran 33 x 27 x 48 inci dan berlapis emas tulen.

“Membuat salinan adalah sesuatu yang indah. Setiap orang membuat salinan dengan caranya masing-masing,” ujarnya seperti dikutip dari Etnies.

Wah,iPad Bertulang Dinosaur Ini Dijual US$8 juta


INILAH.COM, Moscow – Perancang gadget ekslusif Inggris Stuart Hughes baru saja membuat karya terbaru. Sebuah iPad 2 bertabur berlian, emas dan serpihan tulang dinosaurus asli. Seperti apa?

Gadget ‘wah’ ini baru saja dijual di situs web seharga US$8 juta . Gadget ini dibalut emas dua kilogram 24 karat dan frame bahagian depan iPad 2 ini terbuat dari Ammolite, batu tertua di Bumi berusia 75 juta tahun.

Untuk membuat gadget ini lebih eksklusif, bahagian tulang paha T-Rex berusia 65 juta tahun dipecah ke dalam Ammolite. Logo Apple yang ada ditaburi 53 berlian tanpa cacat dan satu berlian 8,5 karat dengan dekorasi tombol ‘home’ seperti dikutip thaindian.

Gadget yang dijuluki ‘Gold History Edition’ ini merupakan edisi terbatas yang hanya dibuat sebanyak dua unit saja. Hughes dan istrinya, Katherine, merupakan pembuat dan penjual iPhone, laptop, TV plasma, dan gadget ekslusif lain dengan harga luar biasa.

Pelayan minta maaf tak kenal PM Britain


TUSCANY, Itali - Seorang pelayan wanita berusia 27 tahun, Francesca Ariani (gambar kecil) meminta maaf kerana beliau membuat kenyataan biadab kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa Cameron mengunjungi sebuah bar bersama isterinya, Samantha di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri itu meminta pelayan berkenaan membawa minuman ke sebuah meja di luar kafe yang menjadi tempat duduk beliau dan isterinya.

Namun, Ariani menyatakan dia terlalu sibuk sebaliknya meninggalkan Cameron membuat pekerjaan menghantar minuman bersendirian.

Ariani berkata: "Saya berasa amat malu. Saya tidak mengetahui beliau ialah Perdana Menteri Britain.

"Saya amat kesal jika saya kelihatan biadab. Saya tidak berniat begitu."

Menurutnya, kejadian itu berlaku semasa dia amat sibuk.

"Beliau (Cameron) meminta dua cawan cappucino dan secawan espresso dan menyatakan akan berada di meja di luar tetapi saya menyatakan beliau (Cameron) perlu membawanya bersendirian kerana saya berada di belakang bar," jelas Ariani.

Kejadian itu berlaku di luar bar Dolcenero di Montevarchi, Itali. - Agensi

sumber : kosmo online

Kesian adik buta kerana bisul


GOMBAK – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

“Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan,” ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

“Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah,” ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak.

sumber : kosmo online

Gara-gara Kucing, Ribuan Rumah di Florida Terpurus bekalan elektrik


KISSIMMEE - Seekor kucing memanjat tiang elektrik dan menyebabkan sekira tiga ribu perumahan di Florida mati elektrik

Kucing tersebut diduga merosak instrumen yang terdapat di pencawang elektrik di Kissimmee, Florida yang terletak di bahagian selatan Orlando.

Kerosakan tersebut menyebabkan padamnya elektrik di banyak rumah di Florida.

Seperti dilapor News Core, Isnin (1/8/2011), kucing tersebut ditemukan mati di kabel elektrik tersebut.

Pencawang elektrik itu dirancang untuk menurunkan dan menaikkan tegangan listrik. Listrik tersebut juga dialirkan ke perumahan dan ke pejabat, serta fasiliti lainnya yang ada di kota.

Dikhabarkan pula bahawa tupai dan binatang lainnya terkadang menyebabkan masalah dalam hal aliran elektrik, seperti halnya kucing yang memanjat pencawang elektrik tersebut.(rhs)

Pasangan Ini Dinikahkan Oleh Komputer


INILAH.COM, Texas – Sepasang muda-mudi menikah tanpa paderi. Sebagai pengganti paderi, diciptakanlah program komputer khusus.

Pasangan asal Houston, Texas Amerika Syarikat, Miguel Hanson dan Diana Wesley, menikah Sabtu (30/7). NBC memberitakan, yang unik dari pernikahan mereka adalah, prosesnya tidak dipimpin seorang paderi, melainkan dikawal oleh monitor 30 inci dan program komputer khusus yang direka oleh Hanson.

Monitor dan program komputer itu mengeluarkan suara robot yang memimpin jalannya upacara. Program itu juga memberi sambutan pada para tamu dan menceritakan kisah pertemuan kedua mempelai.

Upacara pernikahan yang diselenggarakan di halaman belakang kediaman orangtua Hanson ini murah dan sederhana, tapi tidak rasmi. Tidak mengikat secara hukum. Untuk dapat surat nikah resmi, proses sebenarnya harus tetap dilangsungkan.

Guru jual anak gadis bawah umur pada lelaki hidung belalang


TRIBUNNEWS.COM - Seorang guru diduga menawarkan rumah kepada gadis-gadis yang lri dari rumah sebagai tempat tinggal namun kemudian menjualnya kepada lelaki hidung belang dengan harga 170 dollar AS seorang. Demikian diberitakan Sydney Morning Herald, Isnin (1/8/2011).

Lelaki bernama Mark Ronald Glover (53) mendapatkan wang jaminan di pengadilan Fairfield Local Court setelah dituduh melakukan kejahatan terhadap anak di bawah 16 tahun dan menyebabkan dua anak yang saat itu baru berusia 13 dan 15 tahun menjadi pelacur pada tahun 2000 dan 2004.

Lelaki asal Parramatta, New South Wales, Australia, menolak semua tuduhan itu. Polis menuduh lelaki ini memasang iklan prostitusi anak di sebuah akhbar lokal dan memaksa seorang gadis berusia 13 tahun untuk mengakui umur mereka ke para lelaki yang memperkosanya. Glover menyimpan 40 peratus wang dari hasil pelacuran itu.

Polis menangkap Glover di rumahnya pada Isnin malam. Mereka mengatakan kepada Glover jika polis tahu dan dua orang perempuan mengetahui bisnis pelacuran yang dijalankan si guru tersebut. Si guru ini akan muncul di depan pengadilan pada 18 Ogos nanti.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved