Pecahkan Rekod, 150 Orang Terkurung di Gelembung Udara

on 01 Ogos 2011


BEIJING - Fan Yang, baru saja menunjukkan keupayaannya yang luar biasa untuk dapat memecah rekod penghasil gelembung air dengan orang terbanyak di dalamnya, dalam acaranya yang bertajuk ‘Pertunjukkan Triliunan Gelembung’ (Gazillion Bubble Show) di Beijing, China.Fan Yang berasal dari Kanada tetapi tinggal di Kota New York, di mana dia biasanya melakukan lapan pertunjukan selama seminggu.


Lelaki yang dijuluki ‘Bubbleologist’ ini berhasil menciptakan sebuah gelembung yang sangat besar, hingga dapat menyelimuti 150 orang di dalamnya.

Aksi Fan Yang tersebut, menggantikan rekoD sebelumnya yang hanya mampu menyelimuti sebanyak 100 orang di dalam sebuah gelembung, pada Oprah Winfrey Show tahun 2008.

Rekod yang baru saja dia pecahkan hari Minggu (31/7/2011) kelmarin ini merupakan rekodnya yang ketujuh kali dalam membuat gelembung dengan banyaknya orang di dalam gelembung tersebut, demikian sebagaimana dilapor Dailymail, Selasa (1/8/2011).

Fan Yang yang sudah 20 tahun membuati aksi pertunjukkan gelembung air ini, pertama kali memecahlan rekod dengan mengumpulkan lapan orang di dalam satu gelembung besar. Namun, posisi rekornya tidak bertahan lama, kerana ramai yang menyainginya.

Sebelum aksinya ini, Fan Yang juga pernah mengejutkan khalayak dengan meniupkan gelembung ke seekor gajah seberat 4.000 kilogram
Sumber :http://www.okezone.com/

Drive-in Sex Box - Buat yang sudah tak tahan...


Pemerintahan Switzerland telah secara rasmi menyelesaikan tempat parking berbentuk kotak sebagai tempat bagi para pemandu yang ingin berhubungan intim. sehingga para pelacur dapat memberikan layanan yang maksima tanpa adanya gangguan dari luar.


Adapun alasan dewan setempat untuk menyetujui pembangunan kotak seks tersebut adalah kerana banyaknya komplain dari para warga yang sudah muak melihat banyaknya pasangan & pelacur yang melakukan hubungan seks ditempat terbuka bahkan disiang hari.

Pelacurani tidak boleh dihapuskan, namun boleh dikawal...GILA

Mulia hati wanita ini sanggup maafkan lelaki yang curahkan asid kemukannya


TEHRAN: Seorang pemuda Iran terlepas daripada hukuman matanya dibutakan selepas perbuatannya mencurah asid ke muka pelajar wanita diampunkan mangsa, semalam, lapor laman web televisyen kerajaan.
“Oleh kerana mangsa serangan asid, Ameneh Bahrami, mengemukakan permohonan, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas (balasan setimpal dengan perbuatan) diampunkan pada saat akhir selepas mangsa memutuskan untuk memaafkannya,” menurut laporan itu.

Majid dijatuhkan hukuman dibutakan matanya pada 2009 selepas didapati bersalah melemparkan asid ke muka rakan sekuliah di universitinya, Ameneh.

Majid bertindak melampaui batas selepas Ameneh berulang kali menolak lamarannya untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Pada pertengahan Mei lalu, mahkamah mengarahkan hukuman membutakan Majid ditangguhkan tanpa sebarang alasan rasmi diberikan kepada umum.

Ameneh memberitahu agensi berita ISNA yang beliau mengampunkan penyerangnya kerana ‘Allah bercakap mengenai qisas dalam al- Quran tetapi Dia juga menyarankan pengampunan’ dan tindakan itu lebih mulia berbanding qisas.
“Saya bertungkus lumus selama tujuh tahun untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa orang yang mencurah asid perlu dihukum menerusi qisas, tetapi hari ini saya mengampunkan Majid kerana ini adalah hak saya.


“Saya lakukan ini kerana negara saya, kerana negara lain melihat apa yang kami lakukan,” tambahnya. – AFP

Polis kenal lelaki mabuk yang banyak buat salah kerana tatu ganjilnya


WISCONSIN, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berusia 29 tahun, Cory Smith yang mempunyai tatu ganjil pada mukanya ditangkap buat kali kelima kerana memandu kereta dalam keadaan mabuk, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia ditahan oleh polis baru-baru ini selepas dilihat keretanya dipandu ke kiri dan ke kanan jalan di bandar Two Rivers di sini.

Semasa didekati polis, badan pemuda itu mengeluarkan bau alkohol yang kuat dan dia tidak mampu untuk berdiri kerana mabuk.

Dia amat dikenali oleh polis sebagai pemandu yang pernah melakukan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk kerana mukanya dipenuhi tatu.

Hakim Patrick Willis memerintahkan lesen memandunya digantung selama 40 bulan, menjalani ujian air kencing secara rambang dan dipenjarakan 10 bulan tetapi dibenarkan keluar untuk bekerja. - Agensi

Orang Utan paling berat di Britain amalkan diet untuk kurus


DORSET - Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.

Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.

"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin. - Agensi

sumber : kosmo online

Lompatan Ajaib Proffesor Splash Telah Memukau Penonton America's Got Talent

Proffesor Splash, 48, adalah salah satu peserta America's Got Talent 2011. Bakat yang dia miliki ini benar-benar lain daripada yang lain. Dia dapat melakukan lompatan yang tidak masuk akal dari tempat tinggi ke dalam kolam yang sangat dangkal tanpa menyakiti dirinya sendiri.

Pada penampilan terakhir, dia melakukan bellyflop yang menjadi ciri khasnya dari ketinggian 11,15 meter ke dalam sebuah kolam sedalam 30,5 sentimeter. Ini merupakan sebuah rekod dunia baru!

Kecepatan Professor Splash meluncur dari atas pijakan menuju kolam di bawahnya boleh mencapai 65 km/jam dan kekuatan ketika dia mencapai air setara dengan kekuatan benda seberat 4 ton. Penampilannya ini telah membuat para juri dan penonton terkesan.


Polis terkejut ada tengkorak yang pandu kereta


Polis di Jerman dibuat terkejut ketika melihat kaca pandang belakangnya dia melihat sebuah kendaraan yang dikemudikan oleh tengkorak.

Polis pun menepikan kereta yang menyeramkan itu di tepi jalan, dan baru menyedari bahawa kereta tersebut ternyata dipandu oleh seorang manusia biasa, Martin Williams, 23.

Masalahnya, kereta itu adalah kereta Inggris yang dipandu disebelah kanan berbeza dengan kereta Jerman yang dipandudi bagian kiri. Jadi dari mata polis itu, yang duduk di kerusi pemandu adalah tengkorak plastik milik Williams.

Williams mengatakan kepada polis bahawa dirinya sengaja mengikat tengkorak plastik seukuran tubuh manusia yang dibelinya dari kedai setempat itu di kerusi depan kerana ia khuatir tengkorak itu akan rosak apabila disimpan di bagasi.

"Kami tidak dapat memberi dia saman kerana memiliki tengkorak plastik di dalam kereta bukanlah sesuatu yang salah" ujar juru cakap polis.


sumber: orange news

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved