Unik! Tayar Ini Tak Mengunakan Angin Dan Tak Akan Bocor

on 31 Julai 2011





Tayar kempes atau bocor selalu menjadi musuh utama pemandu kereta. Apalagi tayar kempes terjadi di ketika memandu. Kini tentera Amerika Syarikat (AS) telah menemukan tayar yang tidak boleh bocor bahkan tidak memerlukan angin.

Tayar yang diberi nama Airless Tire ini mampu menahan beban sampai 1.746 kg dan boleh digunakan sejauh 24.140 km yang dinilai sudah masuk standard dalam tentera di Amerika.

Untuk kenyamanan penggunaan tayar ini,pasukan kajian tentera AS menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama dengan tayar biasa yang boleh memberi kenyamanan.

Tayar ini berukuran 37 inci (berdiameter 94 centimeter).

Tayar anti bocor ini nantinya akan digunakan di seluruh kendaraan perang milik Amerika seperti Hummer dan lainnya.

Sayangnya pihak tentera AS tidak menyebutkan bahan apa yang digunakan untuk membuat tayar ini dan apakah nantinya akan dikembangkan untuk kepentingan komersial.

Video yang patut dilihat...monyet beri anak harimau susu

Pelik..6 tahun kahwin baru perasan 'suaminya' perempuan


GOWA - Belum hilang dalam ingatan kes pernikahan sejenis antara Icha alias Rohmat dengan Umar di Bekasi serta pasangan Nuraini dengan Emi di Serang, kini di Gowa Sulawesi Selatan, kes serupa juga terjadi.

Seorang perempuan, NS, melaporkan suaminya, JN, pada Rabu 27 Julai malam, setelah diketahui ternyata pasangannya berjenis kelamin sama. Padahal mereka sudah menikah selama dua tahun.

Lebih aneh lagi, sebelum menikah mereka sudah empat tahun berpacaran.

“Dulu kami sudah empat tahun pacaran tapi benar-benar baru ketahuan kalau dia itu perempuan sekarang ini,” ungkap NS, Kamis (28/7/2011).

Kedok JN baru ketahuan setelah dia berniat menikah lagi dengan perempuan lain. Calon pasangan yang baru mengetahui bahwa JN ternyata adalah perempuan.

Sekilas, kata NS, penampilan fisik JN seperti laki-laki dengan dada rata dan tangannya juga kekar, demikian juga dengan suaranya.

EN mengaku, Saat prosesi pernikahan pada 2009 lalu, JN membawa keluarga. Bahkan orangtuanya sendiri yang menjadi wali.

Atas penipuan ini, NS melaporkan JN ke Polres Gowa. “Akibat perbuatannya pelaku terancam Pasal 226 tentang pemalsuan identiti dengan ancaman maksima 6 tahun penjara,” ujar Kanit Reskrim Polres Gowa Ipda Hambali semalam.

Sampai hari ini, polisi masih memeriksa JN di Mapolres Gowa untuk mendalami motif pelaku menipu korban.

Sumber :http://www.okezone.com/

Pemuda ini maut kerana video game


SHEFFIELD, Britain - Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat, lapor sebuah akhbar semalam.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

sumber : kosmo online

Alamak..pesawat rempuh rumah


MANCHESTER, Britain - Dua lelaki teruk melecur apabila pesawat mereka merempuh dua buah rumah di kawasan penempatan penduduk di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiada kecederaan lain dilaporkan dalam insiden tersebut yang berlaku pada Khamis lalu. Beberapa jiran berkata, juruterbang pesawat berkenaan dan penumpangnya meraung kesakitan apabila pesawat itu terbakar selepas terhempas.

Kedua-dua mangsa nahas tersebut kini berada di hospital selepas mereka diselamatkan oleh 40 pekerja binaan dari sebuah tapak pembinaan berhampiran.

Pekerja-pekerja terbabit segera mengeluarkan mangsa dan menyimbah baldi-baldi berisi air untuk memadamkan api.

"Pekerja-pekerja binaan itu menjadi wira dalam nahas ini. Mereka menyelamatkan nyawa mangsa terbabit," kata seorang saksi Sonia Vize, 41.

- Agensi

sumber : kosmo online

Video: Keluarga Yang Di Selamatkan Warga Dari Kebakaran Kereta

Pencuri baik hati tinggalkan duit untuk tuan rumah yang dimasukinya


TRIBUNNEWS.COM – Sekawa pencuri masuk ke rumah seorang isteri pesara berusia 91 tahun. Namun, setelah tahu jika pesara perempuan itu sungguh miskin maka pencuri itu meninggalkan wang sebanyak 500 roubles agar dia boleh memenuhi keperluan hidupnya. Demikian dilapor Daily Mail, Sabtu (30/7/2011).

Pencuri itu masuk ke rumah veteran perang Rusia di wilayah Kirovsky dan hanya mendapatkan janda berusia tua dengan benda-benda yang berterabur Tak ada benda yang hilang dan sejumlah wang pun ditinggalkan.

“Seluruh kotak saya dibuka, jendela dihancurkan, dan semuanya berantakan. Tak ada yang hilang dan sepertinya mereka tahu saya sangat miskin dan tak mengambil apapun serta meninggalkan wang,” kata Zinaida Makarova.

“Wang ini akan membantu Anda,” demikian pesan itu. Polis tempatan bernama Anatoly Gorbunov belum pernah melihat hal seperti ini. “Saya belum pernah melihat hal ini dalam kurun waktu 40 tahun,” katanya. Zinaida membingkai surat pencuri dan wangnya digunakan untuk membeli gula-gula buat cicitnya

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved