Hebat..134 hari selepas gempa di New Zealand Shaggy masih hidup

on 28 Julai 2011


CHRISTCURCH - Gempa hebat yang menewaskan 181 orang di New Zealand ternyata menyisakan korban selamat, dua ekor ikan emas, yang bertahan selama 134 hari tanpa makanan.

Ikan emas bernama Shaggy dan Daphne ini terperangkap di dalam tangki selama hampir empat setengah bulan atau 134 hari tanpa ada seorang pun yang membantunya memberikan makanan Hingga akhirnya kedua ikan ini ditemukan dan diselamatkan.

Beruntung kedua ikan tersebut tinggal di dalam tanki besar yang akhirnya menghasilkan ganggang dan lumut untuk persediaan makan mereka.

"Ini merupakan cerita yang menakjuban. Saya tidak menduga bahawa ikan ini boleh hidup selama empat bulan," ujar Paul Clarkson, kurator Monterey Bay Aquarium di California seperti dilansir Telegraph, Rabu (28/7/2011).

Sebelumnya diketahui di dalam tangki tersebut terdapat enam ikan emas, namun tiga ekor lainnya tidak diketahui keberadaannya, sementara satu ekor lagi sudah mengambang di permukaan air.
(rhs)

Gila..guru besar dan guru hisap syabu disekolah


CHARLESTON – Sebuah sekolah kejuruan di West Virginia, Amerika Syarikat, ditutup hingga waktu yang tidak ditentukan. Penutupan dilakukan kerana ditemukan syabu-syabu di gedung sekolah. Ini merupakan dari penyelidikan atas guru besar dan guru yang ketahuan menghisap syabu.

Ketua polis Negara Bagian West Virginia Andy Perdue menyatakan, ubat-ubatan terlarang ini ditemukan di saluran air, pejabat guru besar, lorong-lorong, dan bilik mandi di beberapa bahagian sekolah. Perdue menambahkan, seorang guru mengaku menghisap syabu bersama gurubesar dipejabatnyadik.Akibatnya, guru bernama Jack Turley tersebut menghadapi tuntutan pembuatan pabrik sabu dan pengadaan Sudafed (ubat yang mengandung pseudoephedrine, bahan kimia untuk membuat sabu). Sementara guru besar Keith Phipps menghadapi tuntutan pembelian Sudafed di atas batas. Demikian seperti dikutip dari AP, Rabu (27/7/2011).


Meski melakukan aksi ilegal di lingkungan sekolah, polis tidak menemukan bukti bahawa sekolah itu digunakan sebagai makmal syabu. Namun, hingga kini, penasihat hukum kedua tersangka tidak mahu memberikan komen.

Sumber :http://www.okezone.com/

Bapa bunuh anak perempuannya satu persatu kerana berpacaran

FAISALABAD - Seorang lelaki membunuh enam orang puterinya kerana dua di antara mereka ditangkap berpacaran dengan seorang pemuda, yang tak lain adalah tetangganya.

Arif Mubashir memanggil puteri-puterinya yang masih remaja ke biliknya dan menembaknya satu per satu di depan ibunya.

Setelah Mubashir menembak keenam puterinya, istrinya Musarrat menelefon polis dan melaporkan kes tersebut. Demikian seperti diberitakan ANI, Rabu (27/7/2011).

Mubashir menembak puterinya setelah mendengar laporan dari puteranya yang menyatakan bahawa dua saudarinya berpacaran. Menurut laporan, puteri Mubashir, Sameena yang berusia 14 tahun dan Razia 16 tahun, berpacaran dengan seorang pelajar yang merupakan tetangganya.

Dilaporkan pula bahawa puteri-puterinya yang lain membela Sameena dan Razia. Mubashir akhirnya ditahan atas tindakannya yang menghilangkan nyawa darah dagingnya sendiri.(rhs)

Lelaki ini dipenjara kerana sengaja jangkiti dua wanita dengan virus HIV


DARLASTON, Britain - Seorang lelaki yang sengaja menjangkiti dua wanita dengan virus HIV dan dipercayai menjangkiti tujuh wanita lain, kini dipenjara selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki warga Zimbabwe itu, Nkosinati Mabanda, 44, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Mahkota Wolverhampton, Britain selepas dia mengaku bersalah kerana memudaratkan orang lain.

Seorang mangsanya mendapat tahu Mabanda menghidap HIV selepas membaca mesej telefon bimbit Mabanda yang dihantar oleh tunang lelaki itu.

Dia kemudian menghubungi tunang Mabanda dan dinasihatkan supaya menjalani ujian HIV oleh wanita berkenaan.

Mangsa yang disahkan menghidap HIV bertindak melaporkan Mabanda kepada polis pada 2009.

Ketika dia ditangkap lelaki tersebut mengaku melakukan hubungan seks tidak selamat bersama tujuh wanita lain.

Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Seorang wanita lain kemudian tampil membuat aduan terhadap Mabanda selepas melihat wajahnya di akhbar tempatan berhubung kes berkenaan.

Mangsa kedua yang berasmara dengan Mabanda selepas dia diikat jamin memberitahu, lelaki itu tidak memaklumkan kepadanya bahawa dia menghidap HIV. - Agensi

sumber : kosmo online

Merana...Petugas baca akhbar semasa pandu kereta api digantung kerja


LONDON - Seorang pemandu kereta api digantung kerja kerana didapati membaca akhbar ketika memandu kereta api yang berkelajuan 96.5 kilometer (km) sejam.

Kenderaan itu yang mampu mencapai kelajuan 201km sejam berlepas dari Plymouth pada pukul 5.53 pagi 4 Julai lalu untuk menuju ke Paddington.

Gambar yang menunjukkan pemandu itu membaca sambil memandu kereta api laju tersebut dirakamkan oleh Jim Hales, 64.

Hales terkejut sejurus menyaksikan gelagat pemandu itu di laluan terowong Coryton berdekatan Dawlish, Devon pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan.

Kini petugas yang bertanggungjawab membawa ratusan penumpang itu telah digantung kerja sehingga siasatan mengenai kejadian berkenaan selesai dilakukan.

"Ia kelihatan sangat bahaya. Dia mempunyai tanggungjawab besar apabila memandu kereta api yang dipenuhi penumpang," jelas Hale kepada akhbar Daily Mirror. - Agensi

Menarik dipagi hari..seni yang terbuat daripada buku










Inilah Lelaki Pemilik Janggut Terbaik Dunia


INILAH.COM, Olypmia – Lelaki 26 tahun ini berhasil memenangkan World Beard and Mustache Championship. Ia berhasil memenangkan kategori ‘janggut penuh dengan misai bergaya’.

Burke Kenny pertama kali memenangkan kategori ini empat tahun lalu. Saat itu ia juga menjadi lelaki termuda yang menjadi juara .

“Saya sama sekali tak menganggapnya serius,” ujarnya.

Ia mengaku senang menjadi lelaki terhormat dan diperlakukan secara terhormat pula. Kenny mulai membela janggut dan misainya ketika ia berusia 20 tahun dan pengaruh bulu mukanya berasal dari ayahnya.

“Ayah saya menjadi inspirasi nombor satu saya. Ia memiliki misai selama 30 tahun,” ungkapnya seperti dikutip UPI.

Kenny merupakan salah satu dari enam pasukan anggota Beard Team USA yang berhasil membawa medal emas di kejuaraan tahun ini.

Menurutnya, medal emas ini menjadi pemahaman dan penerimaan atas janggutnya.

“Saya dukung lelaki lain untuk menumbuhkan bulu muka berkualiti jika mereka boleh dan ‘mengenakannya’ dengan rendah hati,” katanya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved