Atuk ini diselamatkan oleh gigi palsunya

on 17 Julai 2011


Keajaiban terjadi. Zacarias Pacheco de Moraes (81) dari Brazil selamat gara-gara gigi palsu.

Moraes sebelumnya ditembak di bahagian wajah, akan tetapi ia selamat lantaran gigi palsu yang dipakainya mengubah arah peluru menuju otaknya.

Pihak hospital yang menangani Moraes menyebutkan, lelaki lanjut usia ini ditembak ketika sedang menunggu bar miliknya di kota Alta Floresta, Brazil. Peluru dipastikan akan menerjang otak Moraes jika ia tak memakai gigi palsu. Peluru itu akhirnya bersarang di di tenggorokan Moraes dan nyawanya berhasil diselamatkan.



Jose Marcos da Silva, seorang pegawai hospital menjelaskan, Moraes tak akan menjalani operasi membuang peluru di tenggorokannya kerana cukup berbahaya.

Dikutip Daylife , Moraes sendiri dikhabarkan sihat meski harus dirawat untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Mungkin inilah balingan bowling yang paling aneh di dunia.

Mungkin inilah balingan bowling yang paling aneh di dunia.


Tradisi makan daging anjing di Korea di protes


Para pencinta binatang melakukan protes di pasar Seongnam, Korea Selatan untuk menentang tradisi makan daging anjing.
Sekitar 15 pegiat mengecam kedai yang menjual daging anjing dalam hari pertama tradisi tahunan menyantap daging anjing yang dimulai 14 Julai.
Salah satu tradisi lama Korea Selatan adalan makan daging anjing selama tiga hari untuk menghadapi cuaca panas.
Para pengunjuk rasa membacakan pernyataan menentang penjualan daging anjing dan mereka juga mengenakan rantai dan masuk ke kandang sebagai tanda penyiksaan yang dilakukan sebelum anjing disembelih untuk disantap dagingnya.
Selama protes, para penjual daging anjing berteriak lantang dan mengatakan tidak ada salahnya memakan daging haiwan itu.
Setelah protes, para pegiat berkumpul di satu lokasi untuk membahagikan sup sayur kepada warga yang lewat.
Jenis anjing tertentu dipelihara untuk dipotong di Korea Selatan.


Mereka yang mendukung mengatakan bo-shin-tang atau sup pedas daging anjing bagus untuk kesihatan.
"Saya makan sup daging anjing kerana dapat meningkatkan energi bahkan bilapun saya lelah," kata Shin-Gwan-sup di satu restoran.
"Dibandingkan daging lain, daging anjing memiliki lebih banyak protein dan lebih sedikit lemak," katanya.
Kebiasaan makan daging anjing di Korea mengundang protes dari para pegiat di luar negeri.
Aktivis Perancis dan juga pencinta binatang Brigitte Bardot termasuk yang mengecam.
Tetapi restoran yang menyajikan daging anjing tidak risaug. Warga juga rela berbaris panjang hari Khamis (14/07), hari pertama tradisi tiga hari menyantap daging anjing.
Makanan lain yang juga dianggap dapat digunakan untuk menghadapi cuaca panas termasuk sup ginseng ayam atau sangyetang. Namun harga ginseng tahun ini meningkat tinggi. - (BBC)

Mahasiswa dihukum kerana melakukan aksi seks didalam bas


Gloucester – Jaksa Inggris memastikan enam mahasiswa naik bas dan berpakaian ala karakter film 'Top Gun', kemudian melakukan aksi seksual di kendaraan itu mendapat hukuman setimpal.

Gloucester Crown Court menyatakan, Ryan Lissamore (19), Oliver Graham (21), Lewis Baker (22), James Devlin (20), Alex Bye (20) dan Daniel Hammond (20) menanggalkan baju mereka di bas dan melakukan aksi seksual seperti masturbasi.


Jaksa mengatakan, terdapat sejumlah saksi di dalam bas. Termasuk empat gadis 17 tahun. Para tersangka adalah mahasiswa University of Gloucester yang melakukan uji sebagai ritual masuk pasukan rugby atau bola.

“Para tersangka mabuk. Aksi yang mereka lakukan di bas merupakan perintah dari senior kelab yang ingin mereka masuki. Aksi ini sendiri dianggap menjijikkan,” papar pengadilan.

Baker, Devlin, Bye dan Hammond mengaku bersalah atas aksi tak pantas itu di depan empat remaja gadis. Sementara itu, Lissamore dan Graham mengaku bersalah atas kelakukan tak senonoh di depan publik.

Keenam mahasiswa ini pun dihukum melayani komuniti dan dipaksa membayar denda. Selain itu, seperti ditulis The Sun, para mahasiswa ini juga dilarang minum alkohol selama 160 hari.

Gila...Video Polis China Belasah Wanita

Ini rakaman surveilans yang sengaja diupload ke internet dimaksudkan untuk menunjukkan bagaimana wakil ketua jabatan polis tempatan di Daerah Sichuan bersama rakan-rakannya berulang kali mengajar seorang wanita di lobi. Video ini mengundang kemarahan banyak pihak, meskipun pihak polis berdalih bahwa si wanitalah yang memulakannya.

Gila..bapa bakar kemaluan anak

MAKKAH: Seorang ibu kecewa kerana tidak dibenarkan bercerai dengan suaminya oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.

Ketika mengadu masalahnya kepada seorang wartawan, wanita itu berkata, dia tidak tahan lagi hidup dengan lelaki yang menjadi bapa tiga anaknya selepas si suami menyerang anak kedua mereka dan memukulnya dengan teruk sebelum mencucuh api pada kemaluan kanak-kanak itu.


“Ia bukan kali pertama dia memukul anak kedua kami, Raghad yang kini hidup dalam trauma.


“Kehidupan kami sekeluarga penuh dengan keganasan fizikal dan penderaan,” kata wanita itu.


Raghad yang berusia lima tahun dikatakan menjadi sasaran untuk melepaskan geram bapanya.


“Dia akan mengusirnya setiap kali kanak-kanak itu mendekatinya. Dia tidak membenarkan Raghad makan bersama. Dia terpaksa makan bersendirian, jauh dari anggota keluarga lain,” kata wanita itu.



Dalam kejadian terbaru, katanya, Raghad cirit-birit. Ketika ditandas, dia dipukul bapanya hingga teruk. Tubuhnya juga dicucuh dengan api. Suami saya juga mengeluarkan pistol sambil mengancam untuk membunuh saya yang cuba menghalangnya memukul Raghad. Dia mencekik saya hingga hampir mati. “Dia menolak ibu saya hingga jatuh sebelum menghamburkan kata-kata kesat, kata wanita itu.


Mahkamah menolak permohonannya untuk cerai dan menyuruhnya kembali kepada suaminya. - Agensi

sumber : myMetro

Kerana tiada pembeli rumah termahal diBritain mungkin dirobohkan


KINGSTON, Britain - Kediaman termahal di Britain yang berharga £70 juta (RM339.6 juta), Uptown Court, mungkin dirobohkan selepas tiada pihak berminat untuk membelinya sejak enam tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Rumah agam tersebut yang terletak dekat sini di daerah Surrey, tenggara England, memiliki 24 bilik tidur, lima kolam mandi dan sebuah gelanggang boling.

Ia yang dibina pada 2002 adalah seluas 4645 meter persegi sekali gus lebih luas daripada Istana Buckingham di London. Kos penyelenggaraan bulanan rumah agam berkenaan yang dimiliki kerajaan Ireland, mencecah £60,000 (RM291,138) dengan menggunakan wang rakyat. Pentadbiran Ireland mungkin merobohkan kediaman tersebut dan menjual tanah sekitarnya untuk pembangunan bagi menampung kerugiannya. - Agensi

'Buaya Darat' kena bogel dan nyaris kemaluan kena potong


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.

Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.



Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.


Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini.

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga.

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya.

sumber : myMetro

Video..lelaki ini rompak hanya guna tukul besi

Lelaki Cina ini benar-benar "luar biasa". Dia nekad merompak bank hanya dengan bermodalkan tukul besi, tanpa senjata tajam apalagi senjata api. Seperti terlihat dalam rakaman video CCTV ini, dengan cara yang sederhana dan "mudah", ia berhasil menerobos dinding kaca "anti pecah", mengambil wang tunai "seadanya", sebelum polis datang untuk meringkusnya. Yang lebih luar biasa, meski lelaki ini tersepit di antara pecahan dinding kaca di bawah pistol, dia masih sempat menjatuhkan diri secara "lembut" kemudian akhirnya lari.

Pelik...Wanita Ini Dipenjara Kerana Membunuh Tikus


Seorang wanita dan seorang lelaki Australia dinyatakan bersalah telah melakukan kekejaman terhadap binatang. Atas perbuatan mereka, kini keduanya ditahan dengan hukuman yang berlaku di tempat asal mereka.

Kejahatan Naomi Anderson asal Caboolture, Queensland adalah merakam aksinya memenggal kepala seekor tikus, lalu mengunggah video berisi aksi tersebut ke situs jejaring sosial Facebook pada awal bulan ini.
Wanita berusia 23 tahun ini dinyatakan bersalah melakukan kekejaman terhadap binatang oleh Pengadilan Tinggi Brisbane, sebagaimana dilansir dari pejabat berita AP.

Video yang diunggah menggunakan nama alias itu menunjukkan Anderson memenggal kepala seekor tikus menggunakan pisau steak.

Anderson sebenarnya boleh saja dikenakan hukuman maksima dua tahun kurungan berdasarkan hukum yang berlaku di Queensland. Namun ia hanya dihukum melakukan servis sosial selama 180 jam dan mengikuti program perbaikan perilaku selama 18 bulan.

Sementara itu, Jason Hampton asal Tasmania dinyatakan bersalah telah memburu dan menyiksa lima ekor possum pada Oktober dan November 2009. Possum adalah haiwan marsupial kecil asal Australia.

Dalam video yang diputar di pengadilan, nampak Hampton mencucuk beberapa possum dengan pisau. Tak cukup hanya itu, ia memukuli mereka dengan gagang sapu, juga membakar dan meledakkan mereka dengan bunga api. Nampak juga possum-possum kecil yang malang itu saling ditabrakkan satu sama lain.

Kini lelaki berusia 20 tahun ini ditahan sambil menunggu hukuman yang baru akan dijatuhkan pada 28 Julai. Hukuman maksimum untuk kekejaman terhadap binatang di Tasmania adalah 18 bulan penjara. (eh)
Sumber : VIVAnews

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved