Mari Berkunjung ke Muzium Penis di Ireland

on 15 Julai 2011




Apa yang unik dari muzium ini? Icelandic Phallological Museum yang berdiri di kota nelayan sebelah utara dari Húsavík, Ireland, menawarkan sesuatu yang menarik bagi para pengunjungnya, iaitu koleksi terbesar dari berbagai jenis penis di dunia.

Berbagai tabung uji dan wadah kaca dari segala bentuk dan ukuran menyimpan penis yang direndam dalam cairan formaldehyde. Bahkan ada yang digantung di dinding seperti gantung kepala rusa. Koleksi tersebut terdiri dari segala bentuk dan ukuran, berjumlah lebih dari 200 spesimen.


Terdapat sebuah batu berbentuk penis berdiri di depan muziu
m. Muzium ini didedikasikan untuk menunjukkan penis dari berbagai mamalia di sekitar Ireland

Para pengunjung juga dapat melihat penis manusia bersama dengan berbagai penis dari spesies lain, seperti penis tikus hingga ikan paus raksasa yang berukuran 170 cm.Penis manusia ini berasal dari Páll Arson yang mendermakan penis miliknya setelah ia meninggal untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi museum.

Muzium ini juga menampilkan berbagai karya seni dan artifak, mulai dari lukisan penis sampai tudung lampu yang terbuat dari kantung kemaluan lembu.

Aneh Bin Ajaib, Wanita Ini Miliki Tiga Puting Susu!



Aneh bin ajaib. Seorang wanita memiliki puting susu ketiga yang tumbuh di telapak kaki. Hal ini merupakan sejarah baru di dunia kedoktoran.

Para peneliti percaya atas fakta itu setelah 22 tahun mempelajari kes tentang puting ketiga.

Menurut peneliti, antara dua hingga lima peratus penduduk diyakini mengalami situasi tidak normal ini, yang secara klinikal hal serupa ini disebut dengan istilah jaringan payudara yang berlebihan (breast supernumerary tissue/BST). Biasanya puting ekstra itu ditemukan tumbuh di atas pinggang.

Misalnya ekstra puting yang pernah diekspos adalah milik bintang pop Lily Allen. Ia mengungkapkan adanya puting ketiga pada payudara sebelah kiri. Sedangkan kes lainnya puting ketiga ditemukan di punggung, bahu serta wajah.

Khusus puting ketiga di telapak kaki, staf medik meyakini jika puting muncul jauh dari badan, maka dipastikan payudara itu tidak berfungsi.

Kejadian langka ini dimuat pertama kali di Jurnal Ilmiah Dermatology Online, yang memuat tulisan “Seorang wanita 22 tahun memerlukan perawatan medik kerana tonjolan yang tumbuh di kaki kirinya, berbentuk puting payudara yang di sekelilingnya terdapat areola dan tumbuh rambut.”

“Dari hasil uji mikroskopis pada kulit menunjukkan bahawa di dalamnya terdapat folikel rambut, kelenjar ekrin, dan kelenjar sebasea,” kutip jurnal tersebut seperti dilansir The Sun.

Lebih jauh uji tersebut juga menemukan adanya jaringan lemak di bawah luka menonjol itu. Telaah klinik dan dan hisopatologi menyimpulkan bahawa tonjolan itu sebagai jaringan payudara berlebih (BST) atau yang juga dikenal dengan nama payudara palsu. Puting ini sudah ada sejak lahir dan tidak pernah ada keluhan selama ini. Ketika ini puting itu berukuran diamater 4 Cm.

“Menurut sepengetahuan kami, ini jaringan payudara berlebihan yang pertama ditemukan di telapak kaki,” tegas para peneliti.

Kasihan…Ingin Tolong Burung, Malah Kehilangan Mata


INILAH.COM, London – Bermaksud menolong seekor burung yang sedang terluka, Michael Buckland malah cedera. Si burung mematuk matanya hingga terluka dan keluar dari rongga mata.

Buckland (38) diserang oleh seekor burung laut Gannet yang dia cuba selamatkan, saat berada di pantai. Ia mengangkat si burung yang kemudian mematuk wajahnya kerana panik melihat seekor anjing yang berlari ke arah mereka.

Paruh burung yang tajam mematuki wajah Buckland berulangkali. Setidaknya tiga kali bola mata kanannya kena patuk dan kelopak mata kiri terbelah jadi dua.

“Saya meletakkan tangan kanan di wajah dan merasakan lubang besar, tempat mata saya seharusnya berada. Bola mata saya tergantung ke luar dan saya harus memasukkannya kembali ke dalam rongga,” ujarnya, kepada The Sun.

Dibantu kekasihnya, Buckland memerlukan waktu 45 minit untuk kembali lagi ka taman karavan tempat mereka menginap selama cuti itu. Kemudian mereka ke hospital dan lelaki itu mendapat 11 jahitan di bola matanya.

Kini, hanya mata kiri Buckland yang masih berfungsi. Akhirnya, mereka kembali lagi ke pantai tersebut dan mendapati si burung terbaring tak bernyawa di pasir.

Askar wanita ini berani ajak Justin Timberlake dating


NEW YORK - Seorang askar marin Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di pangkalan Quantico, Koperal Kelsey De Santis menyiarkan video di laman YouTube bagi mengajak pelakon terkenal, Justin Timberlake keluar dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 27 tahun meminta Timberlake keluar untuk menemaninya menghadiri majlis tarian Marine Corps Ball di Washington pada November depan.

"Saya akan meminta anda keluar dan meminta anda untuk datang menghadiri Marine Corp Ball dengan saya pada 12 November di Washington D.C," katanya di laman YouTube.

Semasa dia membuat permintaan itu, beberapa askar marin berada di belakangnya.

Buat masa ini, askar marin itu menunggu jawapan daripada Timberlake.

Pada minggu lalu, seorang askar marin AS yang berkhidmat di Afghanistan, Sarjan Scott Moore menggunakan laman YouTube bagi meminta aktres Mila Kunis menjadi temannya untuk menghadiri majlis yang sama.

Permintaan Scott itu diterima oleh Kunis semasa aktres itu ditemuramah dalam program Fox411.

Kunis memberi jawapan untuk menghadiri majlis itu selepas dia bertanya kepada Timberlake yang merupakan kekasihnya samasa ada dia akan turut datang.

"Mereka tidak mahukan saya. Mereka mahukan kamu," kata Timberlake ketika itu. - Agensi

sumber : kosmo online

Wajah perompak dirakam


BRADFORD, Britain - Seorang perompak yang mencuri empat kamera litar tertutup (CCTV) tidak menyedari wajahnya dirakamkan oleh CCTV yang dicurinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dia menggunakan pemutar skru untuk melarikan kamera berkenaan di sebuah pub yang tidak digunakan lagi di sini pada Ahad lalu.

Polis mengeluarkan wajah perompak itu yang sedang berusaha menanggalkan CCTV tersebut dengan menggunakan skru untuk dilihat orang ramai bagi tujuan mengesannya.

Ganjaran sebanyak £200 (RM968) ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat.

Seorang peguam, Amjad Ali, 37, yang menjadi pemilik bangunan itu berkata: "Dia (perompak itu) amat rapat (dengan kamera CCTV) anda boleh mendengar dia bernafas." - Agensi

Pemandu buta dikenakan hukuman

Pengadilan Kota Gary, Indiana, menghadirkan seorang tertuduh yang ditahan kerana memandu tanpa SIM dan Buta.

Richard Bombain, tertuduh, ditanyai oleh Hakim Itsia River mengapa dirinya membawa kereta meskipun belum memiliki keizinan.

“Saya buta,” jawab Bombain singkat. Memang hukum di Indiana dan kebanyakan negara di dunia tidak memungkinkan orang buta untuk memiliki keizinan memandu.

Tapi nampaknya hakim Rivera tidak puas dengan jawapan itu. “Berapa ramai orang yang ingin anda bunuh?” Balas sang hakim.

Bombain segera meminta maaf apabila jawapan yang ia berikan tidak berkenan, namun hakim berkata ia tidak ingin menerima permintaan maaf, ia hanya ingin Bombain tidak memandu dijalanan lagi.

Di Indiana, hukuman bagi pemandu yang tidak memiliki keizinan memang termasuk dalam klasifikasi hukum teringan. Hukuman itu adalah penjara maksima 60 hari dan denda paling banyak $500. Hakim Rivera nampaknya kesal kerana tertuduh kali ini jelas-jelas telah melakukan tindakan yang sangat berbahaya, namun hukum di daerah itu tak memungkinkan Bombain dihukum dengan hukuman berat.

sumber: ABC News

Suami Perkosa Kemudian Tembak Isteri dengan Senapang


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki dinyatakan bersalah di sebuah pengadilan di NSW, Australia, kerana cuba menyakiti kemudian memperkosa serta membunuh isterinya. Demikian dilapor Sydney Morning Herald, Khamis (14/7/2011).

Perempuan yang identitinya dirahsiakan ini menderita kekerasan fizik antara tahun 1977 dan 1997 termasuk ditembak, dicekik dengan kabel elektrik, dan memaksa sang isteri berhubungan seks setelah mengancam dengan pisau dan senapang.

Lelaki ini dinyatakan bersalah atas 17 dakwaan termasuk sejumlah kekerasan seksual dan pemaksaan seks serta tiga cubaan pembunuhan.

Dalam satu kesempatan, sang suami menarik rambut isteri keluar rumah dan menggunakan kabel untuk mencekiknya. Si perempuan berusaha lari namun ketika ia menghindari suami dia ditembak dengan senapang kaliber 22.

Si lelaki itu dinyatakan bersalah namun tiga dari 20 tuduhan dakwaan yang ditujukan kepadanya setelah sidang berlangsung selama sebulan di mana ia mewakili dirinya sendiri. Ia bersumpah akan melakukan rayuan setelah putusan dibacakan. Sang istri yang menjadi korban berteriak dari kerusi pengunjung. "Ia tidak dapat menyakiti kita sekarang," ujarnya. Si lelaki masih dalam tahanan untuk menunggu penjatuhan hukuman setelah dinyatakan bersalah.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved