Kerana tulisan dalam diari perompak ini ditangkap

on 11 Julai 2011


LONDON, KOMPAS.com - Hati-hatilah menulis dalam dairi harian! Pencuri malang Jonathan Ochola dari Essex, Inggris, dihukum kerana ikut serta dalam perompakan bersenjata. Yang membuat aksi pencuriannya diketahui kerana buku catatan hariannya sendiri (diari). Ia menulis tentang kejahatannya itu dalam buku itu.

Pencuri berumur 21 tahun itu semula menyatakan dia berada di rumah dan asyik menonton bolasepak di TV ketika rakannya, Rashad Delawala, mencuri ratusan pounds dari sebuah kedai Ladbrokes di Southsea, Hants, Inggris.

Namun kenyataannya, Ochola menjadi perancang bagi Delawala dan mereka, pada Jun tahun lalu ketika peristiwa itu terjadi, menggenggam senjata api tiruan dan membagi 500 pounds wang yang mereka curi.

Pengadilan Portsmouth mengetahui bahawa Ochola ditangkap setelah polis menemukan sebuah catatan pada buku hariannya pada tarikh perompakan itu terjadi, yang berbunyi, "Pergi ke Portsmouth. Rompakan Terlaksana".

Detektif Constable Mel Sinclair, dari Hampshire Constabulary, mengatakan, sebagaimana dikutip The Telegraph, Ahad (10/7/2011), "Anda tidak biasanya mendapatkan bukti yang baik seperti itu. Dia agak bodoh dengan memasukkan hal itu pada buku hariannya dan mengakui dalam wawancara bahawa tindakannya itu suatu kebodohan."

Juri hanya memerlukan waktu 40 minit untuk memutuskan Ochola, yang berasal Dagenham, Essex, bersalah atas perompakan dan ia akan dijatuhi hukuman pada akhir bulan ini. Delawala, juga Essex, mengaku bersalah atas perompakan dan sedang menunggu waktu untuk menjalani hukuman.

Walaupun berkaki satu,lelaki tetap jaguh

Para penunjuk perasaan berciuman untuk elakkan kekerasan pemerintah


VIVAnews - Aksi protes dan demonstrasi tak selalunya berlangsung penuh kekerasan. Sebuah aksi protes menentang peraturan pendidikan di Chile berlangsung unik.

Dua ribu mahasiswa turun ke jalan-jalan ibukota Chile, Santiago, untuk memprotes presiden Chile Sebastian Pinera yang dinilai merugikan dunia pendidikan pada 7 Julai 2011 lalu. Sembari membawa aneka poster, para pemrotes saling berciuman dengan pasangan pada demo disebut ‘Pesta Ciuman’.

Seperti dikutip dari BBC, aksi protes ini dimaksudkan untuk menghindari kekerasan terhadap para demonstran yang kerap dilakukan pemerintah.

“Negara ini telah melihat kami melakukan segala macam cara. Ini adalah salah satu cara yang paling lucu,” kata mahasiswa kedoktaran pergigian, Ignacio Marchant.

Mahasiswa yang tidak puas, merancang terus menentang. Mereka bakal menggelar ‘mogok nasional’ pada 14 Julai nanti.

Wow..Kecepatan tangan diperlukan untuk bekerja di kilang ini

Mari kita lihat bagaimana para karyawan kilang kad di China ini bekerja dengan tangan mereka yang super cepat untuk memasukan ribuan tumpukan kad ke dalam kotak setiap harinya


Alamak..800 orang berbogel dalam perang bantal


BRUSSELS - 800 laki-laki dan perempuan tunggang langgang tanpa pakaian sehelai pun dalam perang bantal di Brussel, Belgium. Ini merupakan bentuk inspirasi seni dari seniman Amerika Syarikat (AS) Spencer Tunick.

Atas nama seni, inspirasi yang berjudul “Sleeping Beauties” ini berlangsung di Castle Gaasbeek, yang letaknya sekira 6 km dari Ibukota Belgium, Brussels. Karya Tunick memang selama ini lebih banyak mengetengahkan tubuh telanjang laki-laki dan perempuan di tempat awam.
Karyanya kali ini tentu mencengangkan melihat tubuh tanpa sehelai benang pun, saling pukul dengan menggunakan bantal. Kurang 800 orang sepertinya menikmati perang bantal tersebut tanpa rasa malu akan tubuh bogel mereka. Demikian diberitakan Daily Mail, Minggu (10/7/2011).
Aksi 800 manusia telanjang ini nantinya diabadikan oleh Tunick dalam sebuah foto. Ia juga mengatur para sukarelawan yang tanpa pakaian ini dalam berapa pose diakhiri dengan perang bantal.
Tidak terlalu sulit nampaknya bagi Tunick untuk mengatur seninya. Buktinya, 800 orang tersebut seperti bebas dan merasa nyaman dengan tubuhnya tanpa ditutupi pakaian serta berkumpul bersama di lingkungan luar castle.
Hebatnya, Tunick tidak mengeluarkan biaya banyak untuk menyelesaikan instalasi seninya ini. Ia bahkan hanya membayar mereka dengan foto edisi terbatas sebagai kompensasi.
Spencer Tunick memang dikenal akrab memberikan karya bogel dari intepretasi seninya. Awalnya ia mengambil foto bugil dari objek di sebuah sekolah di Dulwich, London, Britain. Seiring dengan waktu, Tunick pun makin memiliki idea gila mengambil foto objeknya dari lokasi tidak biasa.
Projek bogel terbesar yang pernah dia lakukan adalah di Mexico beberapa waktu lalu. Saat itu sekira 18 ribu orang, bersedia difoto bugil di pusat kota Meksiko City. Projek ambisius ini ia sebut Zocalo.
Sumber :http://www.okezone.com/

Pelajar selokah agama buat projek dalam tandas masjid

SULAWESI BARAT: Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara, nyaris dipukul oleh orang ramai kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Khamis lepas.

Mereka ditangkap oleh seorang petugas masjid yang mahu masuk ke bilik air. Pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Berita tentang pasangan tersebut terus tersebar dan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat.

Mereka terus mengerumuni pasangan itu di perkarangan masjid. Mujur ada sekumpulan orang yang dapat meredakan kemarahan masyarakat dan menyelamatkan pasangan tersebut.


Lebih memalukan lagi, pasangan itu adalah bekas sebuah sekolah agama yang terkenal di daerah itu.
Untuk mengelakkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan kejadian itu, pasangan tersebut terus dibawa ke markas polis daerah Wonomulyo. Mereka ditahan sehingga ibu bapa masing-masing datang menjemput mereka di balai polis - Kompas

sumber : myMetro

Bunuh kucing jiran dalam ketuhar kerana dihalau dari sebuah parti


LONDON: Beberapa jam selepas dihalau dari sebuah parti, seorang wanita didakwa menangkap dan membunuh anak kucing jirannya dengan meletak haiwan berkenaan dalam ketuhar gelombang mikro.

Gina Robins, 30, dituduh melakukan penderaan dan kini diikat jamin sebelum kesnya dibicarakan pada Ogos depan.

Bagaimanapun Gina mengaku tidak bersalah di depan majistret di Torquay, Devon, semalam.

Sebelum ini, saksi berkata, pemilik anak kucing itu terkejut melihat haiwan peliharaannya berkecai dalam ketuhar Gina.



Kes itu dirujuk kepada pertubuhan kebajikan haiwan sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada pihak berkuasa.


Menurut saksi, pemilik anak kucing itu memelihara dengan baik kira-kira 20 ekor kucing di rumahnya. - TS

sumber : myMetro

Wow besarnya,bayi seberat 7.3 kg dilahirkan


DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang ibu, Janet Johnson melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan yang seberat 7.3 kilogram (kg) di sebuah hospital di Longview, Texas, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, bayi itu mungkin yang paling berat pernah dilahirkan di negeri Texas.

Ibunya tidak pernah menjangka anaknya itu terlalu berat semasa dilahirkan kerana doktor pernah memberitahu mengenai bayinya mungkin seberat 5.4kg.

Bayi yang dilahirkan pada Jumaat lalu itu merupakan anak keempat pasangan itu.

Janet sebelum ini mempunyai tiga anak perempuan berusia 18 tahun, 16 tahun dan 10 tahun.

Dia menghidap diabetes semasa melahirkan anak lelaki itu. - Agensi

sumber : kosmo online

Wow..nenek ada 200 teman lelaki kerana kain ular berlaki


MARANG: Berbekalkan sepotong kain batik yang dipuja dikenali sebagai kain ular berlaki atau mengawan, seorang wanita mendakwa pernah memiliki lebih 200 teman lelaki sepanjang lima tahun dia menjanda, sejak 2003 sebelum berkahwin semula pada 2008.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan ghairah mendapat kasih sayang lelaki, wanita yang mahu dikenali sebagai Nora, 50, dari bandar ini berkata, ketika zaman ‘gemilang’nya itu dia bukan saja berjaya memancing lelaki bujang berusia 30 hingga 60 tahun, malah menjalin hubungan dengan suami orang.

Nora yang kini bergelar nenek mendakwa dia memiliki sepotong kain dinamakan kain ular berlaki yang mampu menarik minat lelaki kepadanya selain minat mendalamnya mempelajari ilmu kebatinan sejak remaja bagi menambahkan seri wajahnya.

“Kain yang tersimpan sejak 34 tahun lalu itu saya dapat daripada seorang wanita di bandar ini dan bermula daripada situ hidup saya berubah apabila sering menjadi tarikan lelaki.



“Kain batik itu istimewa kerana ada sepasang ular mengawan di bawahnya. Ia kemudian dipuja dengan ayat tertentu yang saya tidak tahu sebelum boleh digunakan sebagai penyeri, pelaris dan pengasih,” katanya.


Nora berkata, cara penggunaan kain itu mudah iaitu hanya disimpan di dalam beg atau dompet, namun perlu berhati-hati kerana ia tidak akan mujarab jika suami atau lelaki tahu mengenai kewujudan kain itu dalam simpanannya.

Nora berkata, melihat dirinya menjadi tarikan lelaki, ibu bapanya menyuruhnya berkahwin pada 1981 dan mendapat sembilan anak.

“Walaupun sudah berkahwin, masih ada lelaki yang mahu mendekati, tetapi saya pandai menyembunyikan rahsia itu daripada pengetahuan suami,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Menurutnya, akibat pergolakan rumah tangga berikutan diburu lelaki yang terpaut dengannya, dia bercerai pada 2003 dan dalam menjanda selama lima tahun.

Berbekalkan kain ular berlaki itu, dia memikat ramai lelaki untuk menjadi kekasihnya dan sepanjang lima tahun menjanda dia mendakwa mempunyai lebih 200 teman lelaki.

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mereka, sebaliknya sekadar berseronok seperti berbual dan keluar minum bagi menghilangkan kebosanan.

“Bagi mendapatkan lelaki bagaikan memetik jari dan mereka akan mendekati sama ada meninggalkan nombor telefon atau mempelawa saya keluar bersiar-siar,” katanya.

Nora yang bekerja sebagai peniaga sambilan produk kecantikan berkata, dia mempercayai kain yang dipuja itu memberi kuasa dalam hidupnya hingga mudah mendapatkan lelaki tanpa perlu berkata-kata.

Menurutnya, selepas lima tahun menjanda, dia berkahwin kali kedua dengan seorang lelaki berusia 10 tahun lebih muda daripadanya pada 2008.

“Bagi menguji keberkesanan kain itu, saya pernah meletakkannya di dalam dompet suami tanpa pengetahuannya dan tidak lama selepas itu, suami hilang nafsu seks kepada saya,” katanya.

Namun katanya, lama-kelamaan kain itu menimbulkan banyak masalah kerana dia masih menjadi tumpuan lelaki sehinggakan untuk sukar menjalankan urusan harian selain bimbang tembelangnya mempunyai ramai kekasih diketahui keluarga dan rakan.

“Saya sudah tua dan hidup pada usia ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari keredaan Ilahi atas kesilapan lampau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata umat Islam haram mempercayai perkara tahyul dan khurafat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata, mempercayai unsur yang tidak diajar agama boleh menjejaskan akidah seseorang kerana setiap yang dijadikan Allah adalah sempurna.

“Orang Islam sepatutnya tidak menjadikan makhluk lain seperti jin dan syaitan sebagai tempat untuk mereka meminta pertolongan bagi tujuan tidak baik.

“Justeru itu, mereka yang sudah terlanjur mengamal ilmu tidak menepati syariat Islam wajib meninggalkan perbuatan itu dan pulang ke pangkal jalan selain mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna,” katanya.

sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved