Bayi Ini Terlahir Dengan Keadaan Jantung Di luar

on 06 Julai 2011

Bayi perempuan warga Desa Genteng, Banyuwangi, Jawa Timur mendapat perawatan medik di ruang Neonatus Intensive Care Unit (NICU) Hospital Doktar Soetomo Surabaya, kerana mengalami kelainan organ jantung yang berada di luar rongga dada atau berada di bahagian dada luarnya.

Bayi perempuan yang memiliki kelainan jantung berada di luar tubuh merupakan puteri pasangan Edi Sukamto dan Tukini. Kelainan jantung yang diderita bayi tersebut diketahui sejak bayi dilahirkan ibunya di tempat bersalin .

Menurut Edi Sukamto, saat dilahirkan keadaan kesihatan bayi dan ibunya  normal. Bayi perempuannya itu lahir dengan berat 3,35 gram dan panjang sekitar 40 centimeter. Namun, kerana memiliki kelainan jantung yang berada di luar tubuh dan harus mendapatkan perawatan  khusus. Edi Sukamto akhirnya memutuskan membawa bayinya ke RS Dokter Soekamto. "Saya ingat operasi pemisahan bayi kembar empat yang berhasil, jadi saya berharap anak saya juga boleh di operasi agar jantungnya boleh berada pada tempat semestinya," katanya.

Pihak RS Doktor Soekamto mengaku baru pertama kali menangani kes bayi berkelainan jantung di luar tubuh tersebut. Untuk sementara waktu, pihak rumah sakit belum akan melakukan operasi kerana saat ini doktor  melakukan penstabilan keadaan bayi. "Meski berada di luar rongga dada namun jantung bayi masih dilindungi lapisan perekat," kata Dr Agus Hariyanto, doktor spesialis anak RS Dokter Soetomo.

Museum Mayat Korban HIV

Seperti yang pernah kita tahu, HIV merupakan Penyakit yang paling berbahaya saat ini. Mengapa? selain belum ditemukan Ubatnya, HIV juga menyerang semua umur. Mari kita lihat Museum “MAYAT” Korban HIV..
Museum ini terletak di Wat Siam Lopburi, Thailand. Museum ini bertujuan untuk memberi tahu pada masyarakat luas, betapa mengerikannya HIV itu.








Tahanan minta bahan pornografi kerana ketagihan masturbasi

TRIBUNNEWS.COM - Seorang tahanan menuntut disediakan pornografi di selnya kerana mengaku menghidap penyakit masturbasi kronik. Demikian dilapor Gawker, Isnin (4/7/2011).

Kyle Richards (21) ditahan di Macomb County Jai, Detroit, Michigan, Amerika Syarikat (AS), ini mengajuka tuntutan ke pengadilan menuntut Gubernur Rick Snyder dan negara bahagian Michigan. Dalam tuntutan yang ia tulis tangan sebanyak lima lembar itu, ia meminta disediakan bahan pornografi dilengkapi televisyen, konsol video game, dan juga radio.

“Penolakan terhadap keperluan seksual penggugat membuat si penggugat mengalami masalah seksual, menolak segala bentuk gratifikasi seksual dari penggugat dan menolak kebutuhan seksual penggugat untuk melakukan reproduksi seksual,” tulis Richards dalam tuntutan tersebut.

Richards dinyatakan bersalah merampok sebuah bank, pada Khamis minggu lalu, dan sedang menunggu keputusan pengadilan. Kerana kes rompakan boleh mendapat hukuman seumur hidup di negara bahagian Michigan maka kemungkinan Richards akan menghabiskan waktu lebih lama di tahanan.

Penyanyi cun ni diugut disimbah asid kemukanya

BEIRUT: Penyanyi Lubnan, Elissa (atas), ketika ini berada dalam ketakutan selepas menerima ancaman daripada seorang lelaki yang bersumpah membakar mukanya dengan asid.
Lelaki yang membuat ugutan itu dilaporkan peminat seorang lagi penyanyi terkenal negara berkenaan, Nawal Al Zoughbi.

Elissa membaca ugutan berkenaan yang disiarkan beberapa laman web mengatakan lelaki itu dan sekumpulan peminat Nawal lagi merancang menyimbah asid ke muka Elissa untuk merosakkan sama sekali wajahnya.

Lelaki yang merancang ancaman itu juga menggesa semua peminat Nawal membantunya melaksanakan rancangan berkenaan.

Bagaimanapun, sebab dia mahu melakukan serangan itu tidak didedahkan.

Pegawai kanan polis segera diminta mengambil langkah perlu termasuk menahan lelaki dan bagi melindungi Elissa meskipun ancaman berkenaan yang disiarkan di laman web dipadamkan dua jam kemudian.
Berikutan itu, Elissa mengambil keputusan mengupah beberapa pengawal peribadi bagi mengawalnya pulang dan mengiringinya pada setiap masa bagi mengelak serangan lelaki terbabit termasuk orang lain.

Dalam satu lagi perkembangan lain, Elissa menamatkan pembikinan lagu muzik video terbarunya berjudul ‘Bitsada’ Bi Meen’ (Siapa yang kamu percaya), yang terkandung dalam album terbarunya.

Klip itu dirakamkan atas arahan Emile Seelani di beberapa lokasi di Beirut. Lagu itu juga akan disiarkan di beberapa saluran televisyen satelit tidak lama lagi.

Lagu itu ditulis oleh penyajak, Nader Abdalla dan diedarkan oleh syarikat Tamim dengan Waleed Saed sebagai pengarah dan dihasilkan firma Rotana’.

Sementara itu, majalah perniagaan Arab menyenaraikan Elissa di tempat ketiga sebagai dalam senarai bintang pop terkaya Lubnan dengan aset AS$35 juta (RM105 juta). Bintang pop terkemuka Mesir, Amr Diab adalah yang paling kaya dengan AS$$41 juta (RM123 juta).

Di tempat kedua ialah Nancy Ajram, memiliki AS$36.3 juta manakala Fairuz di tempat keempat dengan AS$29.5 juta
(RM88.5 juta). – Agensi

sumber : berita harian online

Budak ni suka makan ubat nyamuk sejak berusia 8 bulan

POLEWALI MANDAR (Indonesia): Biasanya kanak-kanak gemar meminum susu, makan cokelat atau biskut. Namun, bagi Abdillah Syarif yang berusia tujuh tahun dan berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, dia sangat gemar memakan ubat nyamuk.
Dalam sehari, Abdillah yang dipanggil Adit itu mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk. Ibu bapa Adit sudah berusaha untuk menghilangkan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya mengapa dia gemar memakan ubat nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka. “Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya. Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak. Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung kepada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

sumber : myMetro

Suami cuba sembelih isterinya yang suruh berhenti minum arak

KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.

Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.

“Teguran mangsa menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Suspek bukan saja menampar, malah turut menumbuk dan menendang wanita itu hingga terjatuh.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir apabila suaminya bertindak lebih ganas dengan mengambil parang,” katanya.
sumber : myMetro

Gambar seekor harimau yang mengecapi kebebasan

MOSCOW - Pasukan BBC Wildlife Magazine baru saja mengabadikan momen seekor harimau yang meluapkan geramnya setelah diselamatkan dari jeratan pemburu.

Peristiwa itu terjadi ketika binatang buas bernama Victor tersebut sedang di bawa oleh ahli untuk menjalankan perawatan kesihatan setelah tertangkap secara brutal oleh para pemburu yang kejam.

Sebagaimana dilapor Dailymail, Selasa (5/7/2011), harimau jenis Amur yang baru berusia sembilan tahun ini diselamatkan oleh sekumpulan siswa dalam hutan Russia terpencil yang mendengar raungan kesakitan dari Victor yang terjebak dalam jeratan kabel. Melihat kejadian tersebut, sekelompok siswa baik hati tersebut pun melaporkan kejadian ini ke Inspection Tiger Department. Beruntung setelah berhasil diselamatkan Victor ditetapkan dalam keadaan sihat.

Victor pun terlihat sangat antusias ketika kandang di kendaraan pasukan observasi dibuka. Dia nampak memiliki kebebasannya kembali.

"Kami memilih sebuah tempat dengan ruang terbuka yang cukup sehingga kita boleh duduk di kendaraan dan menyaksikan Victor meninggalkan kandangnya menuju kebebasan. Dan kami mendapatkan sebuah momen membahagiakan yang tidak terlupakan," ujar John Goodrich, 45, seorang lelaki yang telah 16 tahun bekerja dengan harimau di Russia.(rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved