Isteri masukkan suami kedalam beg pakaian untuk dibawa lari dari penjara

on 05 Julai 2011

TEMPO Interaktif, Chetumal - Seorang wanita ditangkap kerana cuba menyeludupkan suaminya lari dari Penjara Mexican di Chetumal, Mexico, dengan cara memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian.

Gerardo Campos, juru cakap polis di Carribean, Quintana Roo, mengatakan kes ini terungkap ketika pegawai penjara memperhatikan gerak-gerik wanita tersebut yang nampak gugup. Saat itu, sang wanita tengah menarik sebuah beg hitam beroda yang nampak besar.

Seperti dilapor AP, Selasa, 5 Julai 2011, penjaga penjara lantas memeriksa beg yang dibawa wanita bernama Maria del Mar Arjona, 19 tahun, itu. Petugas lalu menemukan Juan Ramirez Tijerina, tahanan penjara itu, di dalam beg tersebut dengan posisi seperti janin dalam kandungan.

Ramirez ditahan kerana terlibat kes memiliki senjata secara haram Dia dikenai hukuman 20 tahun tahanan.

Polis lantas menangkap Arijona kerana cuba membawa lari Ramirez dari penjara.

Gitar Puteri Duyung, Aneh dan Satu-satunya Di Dunia

Gitaris Andy Manson dengan gitarnya yang "gempak"

Telefon awam yang paling unik dan kreatif



Pendeta Minta Hasil TanamanDiganti Sarung Kaki dan Seluar Dalam

EXETER - Bukannya membawa buah dan sayuran untuk festival tanaman tahunan, seorang pendeta meminta para jemaahnya membawa sarung kaki dan seluar dalam.

Pendeta Gavin Tyte (39), mengatakan bahawa dia malah menginginkan gerejanya diberikan pakaian dalam dibandingkan dengan apel, jeruk dan kobis.

Pendeta kontroversi ini menginginkan para jemaahnya untuk memberikan semua itu kepada para penghuni rumah penampungan di Exeter, Inggris.

Pendeta itu pun mengumpulkan sumbangan yang terdiri dari seluar dalam lelaki dan sarung kaki, seluar, tali pinggang dan juga makanan anjing kering.

Dia juga meminta perlengkapan mandi seperti berus gigi, ubat gigi, sampo, dan juga alat cukur.

Seperti dilansir Orange, Isnin(4/7/2011), pendeta Tyte sebelumnya pernah membuat heboh dengan berceramah dengan mengeluarkan suara muzik dari mulutnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Inilah Robot Pesaki Gigi Cantik Mirip Manusia Sebenar

INILAH.COM, Jepun– Robot pesakit gigi ini mirip manusia , tapi agak menyeramkan.

Orang Jepun membuat robot yang mirip manusia s. Robot bernama Showa Hanako 2 ini dalah robot pesakit yang diciptakan untuk latihan praktik doktor gigi.

Dilancarkan Khamis lalu di Jepun, robot ini rencananya akan dijual ke berbagai sekolah,hospital, dan klinik gigi di Jepun.

Peneliti Showa University menciptakan robot dari bahan silikon sehingga hasilnya sangat mirip manusia sungguhan, tapi agak menyeramkan.

Matanya boleh berkedip dan kepalanya boleh menggeleng. Ia juga boleh tersedak, batuk, bersin, serta mengerakkan lidah dan rahang. Robot ini adalah hasil kerja sama dengan Orient Industry yang menciptakan “love dolls”, robot untuk orang dewasa.

Saat doktor ingin memeriksa keadaan gigi si robot, robot ini akan merespon, menutup mata, mulut, menarik lidah, atau menggeleng kepala.

Tapi tentu tidak seperti praktik gigi sebenarnya, pada robot ini doktor tidak boleh memasukkan air ke mulut robot kerana air akan merosak mesin.

Koutaro Maki, profesor Showa University School of Dentistry mengatakan, robot ini membantu siswanya belajar. Siswanya merasa seperti tengah berhadapan dengan pesakit sebenar , jadi mereka lebih berhati-hati.


Baju Ini Boleh Buat Anda Seperti Superman

INILAH.COM, London – Batman, Superman dan pahlawan-pahlawan super lain selalu mempunyai cara tersendiri memukau penggemarnya. Kini, Anda juga boleh mendapat kekuatan super itu.

Awalnya, Seiji Uchida (49) mengalami lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kecelakan kereta 28 tahun lalu. Ia sendiri berambisi mendaki situs Warisan Dunia Mont Saint Michel di Perancis.

Untuk itu, ia menggunakan tulang luar cyber yang mampu meningkatkan kekuatan penggunanya hingga 10 kali ganda. Selama pengujian, baju robot Hybrid Assisted Limb (HAL) ini berhasil mengembalikan kemampuan Uchida yang telah hilang.

Teknologi menakjubkan ini dikembangkan profesor Yoshiyuki Sankai di Tsukuba University. Riset dan pengembangan cybernetika sangat diperhatikan di Jepun. Salah satu perusahaan, Cyberdyne Corporation, secara besar-besaran memproduksi baju cybernetika yang mampu memberi ‘bantuan’ tubuh untuk bergerak dan meningkatkan kekuatan pemakainya.

HAL bekerja dengan mendeteksi singnal bioelektrik menggunakan bantalan yang ditempatkan di area tertentu tubuh. Bantalan inilah yang menggerakkan HAL. “Saat pemakai cuba bergerak, signal saraf dikirim dari otak ke otot melalui motoneuron yang akhirnya menggerakkan sistem musculoskeletal,” papar perusahaan itu di situs resminya seperti ditulis Dailymail.

Saat ini, signal bio itu boleh dideteksi di permukaan kulit, lanjutnya. “HAL menangkap signal itu melalui sensor yang dipasang pada kulit. Berdasar signal itu, unit tenaga boleh dikendalikan pengguna untuk melakukan kegiatan sehari-hari”.

Penulis blog fitnah Simon Cowell minta maaf

LONDON - Seorang penulis blog yang mendakwa syarikat penerbitan milik selebriti Simon Cowell mengatur kemenangan dalam program realiti televisyen, Britain's Got Talent memohon maaf selepas identitinya diketahui polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Penulis blog berusia 52 tahun itu yang menghadapi masalah kesihatan mental mengaku dakwaannya itu adalah satu penipuan.

Dalam permohonan maafnya, dia menyatakan terlalu taksub dengan program mencungkil bakat baharu yang diterbitkan oleh stesen televisyen ITV itu.

Dia turut menganggap jutaan peminat Britain's Got Talent bodoh kerana menerima apa sahaja komen Cowell dalam program realiti tersebut.

Dalam blog yang tidak disertakan nama penulisnya dan kononnya ditulis oleh eksekutif syarikat rakaman Sony BMG, lelaki berkenaan mendakwa syarikat produksi Cowell, Syco, mahu menjadikan budak lelaki berusia 12 tahun, Ronan Parke sebagai pemenang.

Namun, Parke hanya menduduki tempat kedua dalam program yang dimenangi oleh Jai McDowall pada bulan lalu. - Agensi
sumber : kosmo online

Pencuri larikan 800 troli pasaraya

LONDON: Pencuri melarikan lebih 800 troli dari sebuah pasar raya menyebabkan pengurusan syarikat itu menanggung kerugian lebih RM309,000.

Menurut laporan media, kakitangan pasar raya Asda menyedari kejadian itu selepas mendapati satu demi satu barisan troli di premisnya hilang dalam tempoh 12 hari.


Dipercayai, troli berkenaan dicuri untuk dijual semula sebagai besi buruk.


Jurucakap Asda, Jo Newbould, berkata kecurian itu dilakukan di kawasan letak kenderaan di Pusat Beli-belah Eastgate di Basildon, Essex.


“Sejumlah besar troli diambil dari pasar raya kami,” katanya.


Menurut Newbould, polis menyiasat mengapa troli berkenaan dicuri dan mendapati ia bukan dilakukan pelanggan Asda.



Katanya, Asda menanggung kerugian kerana kos menggantikan troli berkenaan tinggi.


“Kami meminta semua pihak segera memaklumkan pihak berkuasa jika melihat sesiapa mencuri troli dan menyukarkan pengguna,” katanya. - DM

sumber : myMetro

Seram! 12 orang Tergantung di Roller Coaster

INILAH.COM, Jakarta – Roller coaster menjadi wahana cukup menarik dan menegangkan untuk dicuba. Namun, apa jadinya jika roller coaster tiba-tiba rosak ketika di rel atas?

Sekelompok pengunjung Strathclyde Country Park menghabiskan lima jam waktunya tergantung dan terjebak di udara setelah roller coaster yang mereka kendarai terhenti di puncak rel.

Seramai sembilan orang harus diselamatkan mi di taman bermain dekat Hamilton, Scotland, itu oleh para petugas pemadam kebakaran. Rombongan ini terjebak  sejak 16.40 waktu setempat.

Penumpang pertama berhasil diselamatkan pada 20.30 waktu setempat. M&D sebagai pihak yang menjalankan taman bermain itu mengakui peristiwa itu sebagai ‘roller coaster terseram di Scotland’. Roller coaster itu berada di posisi terbalik saat tiba-tiba mengalami kerosakan.

Kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi. Pada 2009 seperti dilaporkan Dailymail, petugas pemadam kebakaran harus menyelamatkan enam orang setelah terjebak di ketinggian 12 meter pada wahana Tornado.

Alamak…Sekolah di Uganda Gunakan Bom Sebagai Loceng

REPUBLIKA.CO.ID, KAMPALA – Ketidak-tahuan boleh mendatangkan bencana! Satu pasukan kesadaran ranjau di Uganda terkejut kerana mengetahui satu bom yang tak meledak digunakan sebagai loceng ketika mereka mengunjungi satu sekolah untuk mengajarkan anak-anak cara mengetahui bom, demikian laporan satu harian tempatan.

Organisasi Anti-Mine Network melihat beberapa guru memukul bom itu dengan batu untuk memanggil anak-anak agar masuk kelas di sekolah yang memiliki 700 pelajar di satu daerah pedesaan, kata Daily Monitor.
“Hululedaknya masih aktif, yang bererti jika dipukul lebih kuat lagi, maka bom itu akan meledak dan mengakibatkan kerosakan yang tak terperi,” kata Wilson Bwambale, koordinator organisasi tersebut, kepada surat khabar itu sebagaimana dikutip Reuters.

Bwambale mengatakan mereka akan meledakkan bom tersebut di satu daerah yang ditutup.

Militer Uganda telah memerangi dua pemberontakan selama dua dasawarsa belakangan dan ranjau serta bom masih bersepah di bekas medan tempur di seluruh negeri itu.

Itu adalah bom kedua yang telah ditemukan Anti-Mine Network di satu sekolah Uganda dalam masa enam bulan ini.

Satu bom lagi ditemukan sewaktu digunakan oleh anak-anak pada waktu makan sebagai mainan dan ditaruh di ruang penyimpanan selama pelajaran berlangsung.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved