Ada akal ke tak ada ni?

on 04 Julai 2011

Seluar dalam samurai

Seluar dalam perang buat yang berjiwa SAMURAI..diproduksi oleh salah satu perusahaan innovatif Jepun bernama ROGIN berlabel SIDO seluar dalam baju perang, seri seluar-seluar dalam ini mengambil model dari desain baju perang tokoh-tokoh perang Jepun zaman dahulu seperti Tokugawa, Oda nobunaga del el.Berdasarkan catatan pErusahaan ROGIn kebanyakan yang membeli seluar dalam ini adalah wanita... mungkin sebagai hadiah untuk keluarga .




Inilah Tank dengan Bentuk Paling Canggih di China

Kecintaannya akan dunia ketenteraan membuat seorang warga di China sangat tergila-gila dengan dunia ini, salah satunya ia menyukai kendaraan yang disebut tank, keinginan berkreasi lalu membuat lelaki ini membangun sebuah tank miliknya sendiri, dan tentu saja ini hanya kreasi dari luar saja kerana tank ini tetap saja tak boleh digunakan untuk berperang, setidaknya boleh untuk bergaya.




Adalah kita seperti orang ini?


Kecacatan dia tidak membuatkannya lupa pada keluarga ,tanggungjawab
dan Tuhan...

Video..pelajar tergolek ketika menari kesukaan selepas terima ijazah



AKIBAT TERLAMPAU GEMBIRA..KESIAN CIK ADIK NI...

Di tembak 30 kali tapi masih hidup

LONDON: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail.

Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.
 Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.
 Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.
RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi.
sumber : Berita Harian

Jual koleksi Transformers bernilai RM967,815 demi kekasih

BODDAM, Scotland - Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainan Transformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.

Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patung Transformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.

"Benar, saya dapat membayar hutang rumah jika saya menjual permainan itu," kata Fenton.

Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.

Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.

"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.

Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual. - Agensi

sumber : kosmo online

Beli Bugatti RM290 ,di jual RM2.08 juta

SUSSEX, Britain - Sebuah kereta lumba Bugatti yang dibeli pada harga £60 (RM290) pada 1950 telah dijual dalam satu lelongan pada harga £430,000 (RM2.08 juta) pada Festival Kelajuan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu milik Jack Perkins dari Ruby, Warwickshire yang dibelinya di Nottinghamshire dan diubah suai untuk digunakan dalam perlumbaan.

Perkins yang merupakan seorang jurutera menggunakan kereta itu dalam perlumbaan Indianapolis 500 pada 1936 dan Kejuaraan Kebangsaan Amerika pada 1938.

Dia meninggal dunia pada 1992 dan berlumba sehingga Jun 1988 semasa berumur 78 tahun.

Balunya, Jean kemudian memutuskan untuk mempamerkan kereta itu di Muzium Kenderaan Haynes di Somerset sehingga Disember 2010.

Keluarga Perkins kemudian memutuskan untuk melelong kereta itu dalam satu acara lelongan pada hujung minggu lalu.

Identiti pemilik baharu kereta itu tidak diketahui. - Agensi

Pelajar 15 tahun gantung diri kerana disaman polis

JASIN: Akibat tertekan selepas disaman polis, seorang remaja nekad menggantung diri dalam bilik di rumahnya di Taman Bemban Utama, di sini, kelmarin.

Mayat, M Rajathurai, 15, ditemui ibunya, S Chinnammah, 49, dalam keadaan leher diikat dengan kain kira-kira jam 5 petang selepas membuka pintu bagi melihat anaknya tidur.


Empat jam sebelum ditemui mati, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban itu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Bemban.


Chinnammah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya bertindak demikian selepas tertekan akibat disaman.


Katanya, kejadian bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia meminta anaknya ke kedai berhampiran membeli makanan.


Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengetahui anaknya itu menaiki motosikal dan menyangkakan keluar menaiki basikal seperti kebiasaannya.



“Saya mula gelisah kerana kelibatnya belum dilihat berikutan sudah terlalu lama keluar.


“Tiba-tiba muncul kereta polis di depan rumah dan anak saya masuk ke rumah sebelum mengambil MyKadnya.



“Saya yang terkejut terus bertanya kepada polis terbabit dan mereka menjelaskan anak saya ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen berhampiran pekan Bemban,” katanya selepas ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia terus ke Balai Polis Bemban yang terletak dua kilometer dari rumahnya bagi mengetahui kejadian sebenar.


Katanya, dia mengakui memarahi anaknya dengan tujuan menasihatinya sebelum membawanya pulang.


“Ketika menarik tangannya, dia menggigil dan saya terus membawanya pulang. “Selepas makan, dia terus masuk bilik yang dijadikan tempat kami sekeluarga sembahyang dan tidur.


“Dua kali saya menjenguknya dan ketika mahu menyuruhnya ke kedai, saya terkejut apabila mendapati dia tergantung dengan leher dicerut kain,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


ibu kepada empat anak itu.


Dia cuba mengejutkan anaknya itu tetapi tiada tindak balas dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Jasin.


“Ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibedah siasat,” katanya.


Dia berkata, anaknya akan tidur jika mempunyai masalah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

sumber : myMetro

Video tips ringan agar tetap cantik walau menggunakan kacamata

Video dari youtube, Mudah mudahan bermanfaat .Kadang kala Kacamata seperti merubah wajah Anda, itu kemungkinan tidak disesuaikan dengan muka dan tata rias wajah anda.Kacamata tidak lagi menjadi beban untuk saat ini tapi juga sudah menjadi trend disamping keperluan pokok bagi mereka yang memiliki ketergantungan terhadap kacamata.

Nah silahkan ikuti tips ringan dibawah ini, Mungkin ada yang mahu mencoba dirumah atau dipejabat agar tetap selalu kelihatan cantik walau menggunakan kacamata.


Standing Cat



LETAK MAKLUMAT IKLAN

Pensyarah arah pelajarnya rompak bank

WINA - seorang profesor dikecam keras kerana menyuruh mahasiswanya merancangkan perompakan. Tidak hanya itu, mahasiswa juga diharuskan mempublikasikan hasil perampokan mereka.

Armin Blasbichler pensyarah di Universitas Innsbruck, Austria, menjelaskan tugas itu diberikan untuk membuktikan lemahnya keamanan bangunan.

Profesor Blasbichler mengajar kuliah arkitek.

Sekira 21 bank diharuskan diceroboh oleh mahasiswa. Hal ini mengundang kontroversi di Austria, terlebih lagi Blasbichler mewajibkan mahasiswanya menyiarkan proses perompakan bank.

"Perbuatan ini amat tidak bertanggung jawab. Buku (mahasiswa) tersebut, kini menjadi ikutan bagi semua pelaku kriminal di kota kami," demikian isi pernyataan pihak salah satu bank yang diompakl seperti dikutip Austrian Times, Ahad, (3/7/2011).

Sementara Blasbichler membela diri bahawa dia tidak bermaksud untuk mencuri apa pun. "Tujuannya hanya ingin para mahasiswa mendalami arkitek sebuah bangunan," ucap Blasbichler.

Menurutnya seorang arkitek memiliki jalan fikir yang unik guna menghadapi potensi ancaman yang ada.

"Kami tidak bermaksud membuat celaka pihak bank. Sebaliknya,dengan scenario hipotesis ya

Suami bodoh paksa isteri jadi pelacur untuk bayar duit kereta

KUALA LUMPUR: Seorang suami durjana memaksa isterinya melacur semata-mata ingin mendapatkan wang untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, di Bukit Bintang, di sini, bukan kali pertama wanita berusia 25 tahun itu diperlakukan sedemikian, sebaliknya lebih sepuluh kali dalam tempoh hampir setahun lalu.

Suami yang berusia lewat 20-an dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memaksa isterinya menjual tubuh apabila kesempitan wang dengan dia bertindak sebagai ‘bapa ayam’ untuk mencari pelanggan.

Tidak tahan dengan tindakan jijik suaminya, mangsa yang meloloskan diri daripada kawalan suaminya membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, tengah hari kelmarin.


Sumber polis berkata, dalam laporannya mangsa memberitahu dia melarikan diri daripada suaminya selepas selesai melayan seorang pelanggan di sebuah hotel murah di Bukit Bintang.

sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved