Ubat Awet Muda Telah Ditemukan

on 03 Julai 2011

SUSSEX - Ubat mujarab untuk anak-anak yang menderita penuaan prematur telah diketemukan. Ubat ini akan memperbaiki sel sel anak-anak malang tersebut.

Para peneliti di Amerika Syarikat (AS) telah berupaya menciptakan cara untuk menyembuhkan Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGPS). Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang langka.

Rapamycin akan menjadi solusi bagi penderita HGPS. Ubat ini akan bekerja mengubati sel yang rosak. Demikian seperti dilapor dari Daily Mail, Sabtu (2/7/2011).

Rapamycin yang dijuliki obat awet muda ini juga bekerja dengan menyingkirkan progerin yang berlebihan dalam tubuh anak penderita HGPS dan memperbaiki sel yang rosak.

Penyakit HGPS umumnya diderita oleh bayi yang baru lahir. Bayi tersebut nampak seperti orangtua dan mengalami kerapuhan sel. Umumnya usia mereka tidak mencapai 12 tahun.

Film The Curious Case of Benjamin Buttons menceritakan seorang yang menyidap penyakit HGPS. Dalam film tersebut diperlihatkan sang penderita lahir dalam kondisi tua dan semakin lama terlihat muda. HGPS dipicu oleh sejenis protein yang disebut Progerin.

Salah seorang penderita HGPS di Sussex adalah Hayley Okines. Dirinya mengalami penuaan lapan kali lebih cepat daripada manusia normal.

Okines didiagnosa menderita penyakit tersebut pada 1999 lalu.(rhs)

TAG Heuer Lancar Telefon Android Berharga US$6.800

Pembuat jam Swiss TAG Heuer mulai memasuki pasaran telefon cerdas dengan menawarkan dua model telefon Android teranyarnya. Seperti dikutip dari situs PCWorld, TAG Heuer merilis telefon bertajuk Link. Telefon berlayar LCD TFT 3,5 inci itu akan menjalankan sistem operasi Android 2.2 dengan kapasiti penyimpanan internal 256 MB dan kad memory 8 GB. Link mempunyai kamera digital 5 megapiksel memiliki talk time sepanjang enam jam, serta memiliki waktu stanby selama dua minggu.


Telefon berlayar LCD TFT 3,5 inci itu akan menjalankan sistem operasi Android 2.2 dengan kapasiti penyimpanan internal 256 MB dan kad memory 8 GB

Dari sisi fiturnya, Link ini memang tak begitu istimewa. Namun Link dikemas dengan bahan-bahan yang sangat premium.
 Telefon ini direka berlapiskan bahan titanium, emas 18-karat, serta kulit aligator, atau kulit lembu. Jangan hairan bila kemudian telefon ini dijual dengan  harga US$6.800 .






Sebenarnya ini bukan kali pertama TAG Heuer melancarkan telefon bimbit. Pada 2008, TAG Heuer juga sempat mengeluarkan sebuah telefon berfitur bernama TAG Heuer Meridiist. Saat itu Meridiist dijual seharga US$5.000 . Nantinya,  Link akan hadir dalam dua versi, yakni versi CDMA maupun GSM. Menurut stitus ZDNet, Tag Heuer Link akan boleh dibeli mulai Julai nanti. (Sumber)

Video Awek Nekad Terjun Demi Cium Messi!



Entah apa yang ada di dalam fikiran wanita muda ini. Dia nekad melompat dari tempat duduk penonton hanya untuk memeluk dan mencium sang idola Lionel Messi. Begitu besar daya pikat para pemain bola terutama striker Argentina ini sehingga mampu mebuat seorang fans bertindak diluar akal yang sihat. Sungguh perbuatan yang tidak patut unutk ditiru...

Sejarah dan Asal Usul Gaya Rambut Mohawk

Mohawk adalah sejenis gaya rambut yang fenomenal, unik dan aneh kerana sangat berbeza dengan penataan rambut pada umumnya. Gaya rambut ini pada umumnya memotong habis bahagian sisi kiri dan kanan, kemudian meninggalkan bahagian tengahnya saja dari depan hingga kebelakang. Sekilas memang serupa dengan bentuk rambut kuda.



 Mohawk sering di kaitkan juga dengan gaya rambut penduduk di lembah Mohawk di bahagian utara kota New York Amerika Utara. Sebelumnya pernah juga ditemukan juga gaya rambut berjenis Mohawk di Yunani yang menggambarkan Scythian (seorang pejuang olahraga) pada masa 600 tahun SM. Meski demikian gaya rambut Mohawk yang sekarang popular cenderung disebutkan berasal dari Amerika.

 Keadaan tersebut mengacu pada populariti Mohawk yang menjadi icon khas untuk para Punkers  (komuniti punk) yang ada di dunia. Dimana diyakini bahwa asal mula kelahiran Punk ada di Amerika yang di pelopori oleh group band Ramones.

 Meskipun gaya rambut Ramones tidak bergaya Mohawk, tapi kehadirannya memang menjadi inspirasi dari band punk berikutnya. Seperti Blink182 The exploited dan sex pistol. Karakter musik punk bertempo cepat dengan beat-beat yang menghentak. Ramones memang yang pertama kali meramu jenis musik tersebut.


Sampai sekarang Mohawk masih terkait dengan gaya anak punk, tapi masih jadi bagian mainstream. Biasanya Mohawk diiringi dengan sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju Share yang lusuh, yang juga identik dengan punk..

Wow...Belajar memandu guna kereta Ferrari

LONDON - Kebanyakan orang belajar memandu kereta kecil atau mungkin dengan kereta enjin 1.4 liter.

Tetapi ada yang lebih suka sesuatu yang lebih mewah, mereka menggunakan kereta Ferrari 458 buatan Itali untuk belajar memandu.

Rakaman memaparkan seorang individu sedang belajar memandu dengan kereta berwarna merah yang mampu mencecah harga sehingga 190,000 pound (RM915,320) sebuah membuktikan impian kebanyakan orang untuk merasai pengalaman luar biasa mungkin akan menjadi kenyataan.

Ferrari mampu mencapai kelajuan sehingga 202 kilometer sejam dan mencecah 60 kilometer sejam dalam masa 3.4 saat.

Ini bermakna pelajar harus lebih berhati-hati dan tidak terlalu teruja untuk menekan pedal pemecut kenderaan tersebut.

sumber : sinar harian

Ibu kembar anak lima rayu jangan di usir

LONDON - Seorang wanita warga Afrika merayu dibenarkan tinggal di Britain selepas dia melahirkan anak kembar lima di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Nigeria itu, Bimbo Ayelabola dilaporkan memohon visa untuk mengunjungi Britain beberapa hari selepas dia disahkan hamil. Semasa berada di Britain, Bimbo mendapat pembiayaan agensi Perkhidmatan Kesihatan National (NHS) iaitu agensi kesihatan Britain selepas ujian imbasan menunjukkan dia mengandung anak kembar.

Selepas beberapa bulan berada di bawah jagaan NHS dengan kos rawatan mencecah £200,000 menggunakan wang pembayar cukai, Bimbo melahirkan anak kembar lima melalui kaedah pembedahan pada 28 April lalu.

Dua bulan kemudian, ibu berkenaan memohon untuk tinggal lebih lama di Britain kerana anak-anak kembarnya - dua lelaki dan tiga perempuan, terlalu kecil untuk melakukan perjalanan jauh. Anak-anak Bimbo tidak memiliki hak kerakyatan secara automatik walaupun mereka dilahirkan di Britain.

"Saya bukan berniat untuk mengambil kesempatan untuk mendapatkan jagaan percuma di Britain. Kebanyakan keluarga saya berada di negara ini, justeru saya memutuskan untuk melawat mereka di sini," katanya.

Menurut wanita itu, suaminya, Ohi, 37, pula lari meninggalkannya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab menyara anak-anak mereka. - Agensi

sumber : kosmo online

Lelaki mengamuk dirumah bekas kekasih

MELAKA - Angkara gagal menagih cinta lama, seorang lelaki tiba-tiba naik berang sebelum bertindak mencederakan bekas kekasihnya dan menikam ibu wanita itu sehingga mati dalam kejadian yang menggemparkan penduduk Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini malam kelmarin.

Wanita itu, Lim Mui Tang, 32, cedera parah ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Melaka tetapi ibunya, Ah Ngo, 75, meninggal dunia dipercayai akibat ditikam beberapa kali di rusuk kiri dan beberapa kesan kelar di leher dalam serangan tersebut.

Anak lelaki Mui Tang yang berusia dua tahun hasil perkahwinannya empat tahun lalu bagaimanapun terselamat kerana tidur dalam bilik. Suspek yang sebaya dengan Mui Tang datang ke rumah bekas kekasihnya itu pada pukul 7 malam dan berbual dengan mangsa selama kira-kira empat jam di dapur, dipercayai dengan niat untuk menagih cinta lama. Pada waktu itu, suami Mui Tang tidak berada di rumah kerana bekerja di luar negara.

Suspek dipercayai naik berang apabila Mui Tang menolak cintanya dan menyuruh dia pulang memandangkan hari sudah lewat dengan jam menunjukkan pukul 11.40 malam.

sumber : kosmo online

Nabi palsu ditangkap di sebuah Masjid di Arab Saudi

RIYADH - Seorang lelaki ditangkap setelah mengumumkan pada warga yang tengah beribadah di sebuah masjid di Kota Mekkah, Arab Saudi. Lelaki itu menyebut dirinya sebagai nabi dan juru selamat.

Lelaki 36 tahun ini bernama Sami menunggu para jamaah selesai menunaikan ibadah solat untuk mendeklarasikan dirinya sebagai seorang nabi.

"Saya Al Mahdi Al Montathar (Imam Mahdi), saya nabi yang diutus Allah SWT. untuk menyelamatkan dan membimbing kalian," ujarnya seperti dikutip emirates247, Sabtu (2/7/2011).

Investigasi dilakukan terhadap Sami. Saat disoalsiasat, Sami tetap menyatakan bahawa dirinya adalah nabi. Polis akan memeriksa kesihatannya di hospital kerana diduga mengalami gangguan mental.

Kejadian seperti ini sebelumnya juga pernah muncul di Mekkah dalam beberapa bulan yang lalu. Seluruh tersangka nabi palsu ditangkap dan diperiksa secara medik.(rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved