Unik..penunjuk perasaan ala video klip Michael Jackson

on 28 Jun 2011

Lagu dan klip video mendiang Michael Jackson 'Thriller' menjadi inspirasi bagi para mahasiswa Chile ini untuk menyuarakan tuntutan mereka pada pemerintah. Mereka menuntut agar pemerintah membelanjakan pengeluaran lebih banyak untuk sekolah serta reformasi dalam sistem pendidikan Chile.


Aksi berjalan atas air membuat heboh media massa

LONDON – Masyarakat Inggris baru saja ada bintang hiburan baru dari dunia magik. Dynamo alias Steve Frayne, memperkenalkan diri sebagai ahli silap mata ilusionis yang siap menghadirkan atraksi-atraksi magikyang memukau.

Dynamo baru saja membuat seluruh mata masyarakat Inggris tertuju pada aksinya berjalan di atas Sungai Westminster, Inggris.

Bisa jadi hal tersebut adalah atraksi terbaiknya. Setelah aksinya tersebut, kini Dynamo berhasil menjadi bahan perbincangan di sejumlah media massa di Inggris.

Sebagaimana dilanpor Dailymail, Isnin(27/6/2011), aksi Dynamo menyeberangi sungai dengan cara berjalan di atasnya merupakan salah satu aksi perdana dalam program televisyen terbarunya: Magician Impossible.

Lelaki kelahiran Bradford 28 tahun lalu ini berhasil membuat penonton yang menyaksikan langsung atraksinya dari atas jembatan Westminster terpegun.

Sumber :http://www.okezone.com/

Yoda anjing terhodoh di dunia

CALIFORNIA - Bulunya pendek dan jarang, lidahnya selalu menjulur, matanya bulat dan merah, membuat Yoda meraih juara sebagai anjing terhodoh didunia.

Anjing jenis Chihuahua ini berhak membawa pulang wang tunai USD1.000 sebuah piala.

Sang Pemilik, Terry Schumacher, mengaku saat kali pertama melihat anjingnya, dia berfikir itu adalah tikus.

Namun ketika dia menyedari bahawa rambut dan bentuk tubuhnya adalah seekor anjing, Terry akhirnya membawa pulang dan memeliharanya.

Sementara penganjur mengungkapkan, tujuan diadakannya pertandingan ini untuk menumbuhkan kesedaran untuk menyelamatkan dan memelihara anjing.

Pasalnya, anjing-anjing yang mengikuti pertandingan merupakan haiwan peranakan yang gagal dan akhirnya ditinggalkan oleh para pemiliknya.

Seperti dilansir Metro, Isnin(27/6/2011), anjing lainnya yang mengikuti lomba tersebut adalah Princess Abby, anjing Chihuahua yang memiliki satu mata, serta seekor anjing buldog yang buta matanya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Ramai penganggur jadi seniman jalanan di Nevada

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Kegawatan ekonomi yang melanda bandar negeri Nevada memaksa puluhan lelaki dan wanita di sini mencari rezeki dengan melakukan persembahan di jalanan.

Mereka berada di jalan-jalan raya di pusat bandar ini dengan berpakaian seperti selebriti, watak filem popular dan hero kartun.

Sejak setahun lalu, penghibur jalanan itu memakai kostum watak-watak popular seperti Elvis Presley, Homer Simpson, Mad Hatters dan Batman berkeliaran di bandar ini yang popular sebagai kota perjudian dan pelacuran AS.

Para penghibur itu menawarkan peluang kepada pelancong untuk bergambar dengan mereka dan dikenakan sedikit bayaran.

"Pekerjaan ini dapat membantu saya membayar bil dan memberi kenangan manis kepada pelancong," kata seorang penghibur jalanan, Luis Reyes yang bergambar bersama pelancong di pusat bandar ini dengan memakai kostum penyanyi kumpulan rock Kiss, Gene Simmons.

Seorang jurucakap polis, Bill Cassell berkata, penghibur jalanan itu mula berkembang pesat di sini sejak tahun lalu.

Menurutnya, mereka mencuri tumpuan rakyat AS pada bulan lalu selepas seorang lelaki berpakaian Batman terbabit dalam satu pergaduhan dengan seorang pelancong berhampiran sebuah kasino di sini.

Tiada laporan polis dibuat, kata Cassell tetapi rakaman pergaduhan itu yang disiarkan di laman perkongsian video, telah mempopularkan penghibur jalanan di sini. - AP

Lady Gaga disaman kerana dituduh gelapkan wang dana

LOS ANGELES - Penyanyi yang terkenal dengan gaya pelik, Lady Gaga disaman lebih AS$4.79 juta (RM14.64 juta) selepas dia dituduh menggelapkan dana yang diwujudkan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi tersebut menjual gelang tangan getah yang berharga AS$4.95 (RM15.13) bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

Namun dia didakwa menggelapkan wang kutipan tersebut yang disumbangkan oleh para peminatnya dengan tidak memberi semua hasil jualan kepada mangsa-mangsa bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun.

Sebuah firma guaman di Detroit, Michigan, Amerka Syarikat (AS) telah memfailkan tuntutan ke atas penyanyi itu beberapa jam sebelum dia membuat persembahan untuk membantu mangsa-mangsa tsunami pada hujung minggu lalu.

Alyson Oliver yang memfailkan saman tersebut di sebuah mahkamah persekutuan berkata: "Apabila anda menggunakan kuasa selebriti dan pengaruh sebagai ahli muzik untuk mengambil wang daripada orang ramai dengan menggunakan alasan yang salah, ia merupakan perbuatan yang salah." - Agensi
sumber : kosmo online

Guru wanita nyaris maut kerana dilibas dengan parang

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.
sumber : kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved