Mohammad Karimi Kanak-kanak Bermuka Setengah

on 24 Jun 2011

Anak berusia 11 tahun Mohammad Karimi kini boleh bermain seperti anak lain. Anak yang akrab dipanggil ‘Mo’ ini telah menjalani berkali-kali operasi untuk memperbaiki wajahnya.




Anak yang membesar di Iran ini harus menjalani operasi muka atau Face off ke-19 sebagai cara bagi para doktor untuk memperbaiki kerosakan yang ia alami saat lahir, di mana hampir meragut nyawanya.



Sejak lahir, Mo tidak mempunyai hidung, mata kanan dan banyak lagi di sisi kanan muka sehingga sudah mengalami 18 operasi sejak kedatangannya di AS pada 2003. Setelah menerima mata buatan yang disertai kalenjar air mata, jalur pernafasan serta cuping telinga dalam jangka waktu beberapa tahun terakhir, anak muda ini menjalani operasi wajah atau Face off yang diketuai oleh D. Lucie Capek untuk membentuk lubang hidung bahagian kanan lewat cangkok dari telinga Mo sesuai prosedur operasi 3 jam di Ellis Health Center, Schenectady.

“Operasi atau Face off ini berjalan dengan baik,” ujar Dr Mohammad Rad, doktor yang melakukan operasi pada Mohammad dan telah menghantar Mo beserta ibunya ke rumahnya di Amsterdam, New York, seperti dikutip dari AOL News.

“Sebagai anak lelaki kecil, ia merasa grogi namun ia tidak merasa ragu dalam melakukan Face off.”

Anak muda ini telah menjadi sebahagian keluarga bagi Mo dan ibunya, Laila Ahmadi, sejak pertemuan mereka di tahun 2003, saat kelompok kemanusiaan Rotary Amsterdam membawa Mo ke AS sebagai sebahagian dari program Gift of Life. Selama lebih dari 7 tahun, Mo nyaris meninggal kerana kekurangan udara akibat ketiadaan lubang hidung telah mengalami 19 kali operasi dan face off.

“Ini seperti sebuah keajaiban bagi saya,” ujar Ahmadi menyangkut progres anaknya. Di Iran, ujarnya, anak-anak yang memiliki kekurangan seringkali bersembunyi di rumah mereka. Meskipun wajah Mo tetap "bengkak" dari operasi baru-baru ini, Rad mengatakan Mo cukup sihat untuk memulai perkhemahan musim panas.

Anak yang fasih berbahasa Inggris, ternyata cukup cerdas di sekolah, meskipun pada awalnya ia ditanya oleh teman-teman sekelasnya tentang penampilannya.

"Pertama kali saya pergi ke sekolah, semua orang terus menatap dan bertanya apa yang salah dengan wajah saya," katanya

Moment seorang pemadam kebakaran Lepas dari MAUT

Gila..ada boneka barbie berharga 302,500 Dollar AS


Boneka Barbie sedemikian terkenal di dunia anak-anak hingga baju,beg atau produk lainnya pun banyak bergambar boneka cantik tersebut. Tapi ada boneka Berbie yang sangat mahal mencapai 302.500 dolar AS .

Boneka Barbie ini menjadi sedemikian mahal kerana berhias kalung berlian merah muda. Boneka tersebut berhasil dilelong di New York, walau kurang dari target semula tapi tetap menjadi boneka termahal di dunia. Rekod sebelumnya dipegang oleh boneka Barbie yang dijual pada 2006 seharga 17.091 dolar AS.

Hasil lelong menurut rancangannya akan diserahkan ke lembaga yang bergerak di bidang penelitian penyakit kanser, Breast Cancer Foundation. Boneka Barbie yang dilelong di New York dibuat oleh Stefano Canturi, perancang perhiasan Australia.

Boneka berambut perang ini mengenakan gaun malam hitam dan kalung berlian satu karat. Oleh perancangnya, Barbie ini disebut bergaya moden tapi juga tak lekang dimakan zaman. Canturi juga mengatakan Barbie berkalung berlian adalah investasi ideal saat ini.

"Orang mencari berbagai cara dalam berinvestasi. Dalam situasi tidak menentu seperti sekarang, orang-orang melabur dengan membeli emas dan permata," kata Canturi dikutip bbc. Rumah lelong Christie's mengatakan harga berlian dan batu berharga naik lebih dari 20% dalam setahun terakhir. (*)

Dikepung 16 Jam, Penculik Asyik Main Facebook

TEMPO Interaktif, Ogden - Jason Valdez, 36 tahun,telah menahan seorang perempuan dengan senjata di sebuah motel di kawasan Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

Selama pengepungan 16 jam oleh pihak polis setempat, Valdez asyik bermain Facebook. Sedikitnya ada enam status, beberapa foto, dan 16 teman baru dalam akaun jejaring sosialnya selama negosiasi dengan polisi.

“Aku punya mangsa baru,”begitu bunyi status pertamanya seperti dimuat dalamMasable, hari ini.

Valdez menculik wanita bernama Veronika pada Selasa minggu lalu. Namun, polis baru mendapat tahu keberadaannya pada Jumat malam. Valdez selama ini dikenal sebagai penjahat  yang tak segan melukai korbannya.

Selama penahanan itu, status Valdez di Facebook mengundang perhatian teman-temannya yang mengirimkan sekitar 100 pesan kepadanya. “Jason kuatlah, kamu punya keluarga di sini,”kata seorang teman.

Polis yang kehabisan akal terpaksa menurunkan tim SWAT. Valdez yang mengetahui posisinya terjepit mendadak menembakkan senjatanya. Bukan pasukan SWAT yang ditembak, melainkan lehernya sendiri. Akhirnya korban pun dapat diselamatkan. Inilah akhir pengepungan selama 16 jam.

“Facebook boleh membantu, tetapi juga boleh menjadi penghalang,” kata Letnan Croyle kepada abcnews.

Walah…DiKatakan Satu-satu Selamat dari Kiamat, Desa ini Laku Gila

VIVAnews - Sebuah ramalan kelompok sesat mengatakan bahawa kiamat akan datang pada 12 Disember 2012, hanya ada satu tempat di Perancis yang lepas dari kehancuran. Akibatnya, sekarang tempat ini laris jadi keutamaan para pembeli properti di seantero negeri.

Tempat ini adalah desa Bugarach yang terkenal dengan puncak Pic de Bugarach, tempat misteri bagi para penganut aliran kepercayaan. Puncak setinggi 1.230 meter ini menyimpan berbagai hikayat mistik hingga dikatakan sebagai tempat berlabuhnya kapal alien.

Dilapor dari harian Perancis Le Figaro, Rabu, 22 Jun 2011, akibat kisah keselamatan tempat ini dari murka akhir zaman, penjualan rumah disini laku . “Ada 15 rumah dijual. Saya telah menjadi datuk bandar Bugarach selama 34 tahun dan tidak pernah mengalami ini sebelumnya,” ujar walikota desa kecil ini, Jean Pierre Delord.

Delord mengatakan setiap harinya ada saja yang menanyakan informasi seputar lahan di desa itu. Banyak juga yang menanyakan berapa kapasiti desa dan apakah ada bahan makanan untuk bertahan hidup. Delord mengatakan banyak dari mereka yang ingin menyewa rumah pada 12 Disember 2012.

“Kami selalu mengatakan tidak ada,” ujar seorang wanita penjual sosej.

Delord mengatakan desa kini menjadi penuh sesak akibat banyaknya orang yang datang. Kebanyakan mereka adalah para penganut kepercayaan, fanatik alien, dan pengikut aliran new age. Mereka sering mengadakan lokakarya mahupun meditasi bersatu dengan kosmos di tempat tersebut.

Sebanyak 10.000 orang mendaki puncak Bugarach tahun lalu dan meningkat pesat pada tahun ini. Delord mengatakan bahawa hingga Julai telah 20.000 orang yang mendaki. Ramainya desa itu kini semakin mengkhuatirkan, Delord takut jika di antara puluhan ribu orang itu terdapat penganut kepercayaan berbahaya.

Untuk menjaga desa dari hal-hal yang tidak diinginkan, Delord telah menghubungi dewan di Paris, polis dan Miviludes, sebuah badan pemerintah untuk mengawasi aliran dan sekte kepercayaan. Penjagaan akan diperketat, terutama menjelang hari H, yang dikatakan sebagai akhir zaman.

Bekas bintang filem lucah bankrap

ABERMARLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas penari gelek, bintang filem lucah dan model bogel yang dikenali sebagai janda 'terkaya dalam sejarah' selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang bilionair, telah bertindak mengisytiharkan dirinya muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Patricia Kluge memperoleh bayaran penyelesaian perceraian berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) selepas dia bercerai dengan suaminya yang merupakan taikun media AS, John Kluge pada tahun 1990.

Pada tahun, 1980-an, Patricia menganjurkan parti-parti mewah untuk golongan diraja, tokoh korporat, selebriti dan tokoh sasterawan di rumahnya.

Patricia yang kini berusia 62 tahun bagaimanapun memohon perintah perlindungan muflis bersama suami ketiganya, William Moses baru-baru ini.

Model berkenaan yang dilahirkan di Baghdad dan pernah membintangi sebuah filem lucah, The Nine Ages Of Nakedness, mengisytiharkan dirinya muflis selepas asetnya merosot selain mengalami kerugian besar dalam perniagaan membuat wain miliknya.

Menurut kertas permohonan muflis yang difailkan di sebuah mahkamah AS, dia dan suaminya, William Moses yang menetap di sini, negeri Virginia, memiliki hutang berjumlah AS$50 juta (RM151.9 juta). - Agensi

GILA...Ibu bakar anaknya yang cacat

RENO (Nevada): Seorang ibu disyaki membakar bayinya berusia dua bulan yang cacat teruk.

Suceli Ardon didakwa meletakkan anaknya dalam plastik sampah sebelum menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup.


Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu mendakwa, anak perempuannya itu sudah mati akibat memakan terlalu banyak ubat penahan sakit.


Namun, bedah siasat peringkat awal menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dia dibakar selepas asap dikesan dalam paru-parunya.


Pendakwa raya di Reno berkata, mereka akan memfailkan tuduhan membunuh sebaik menerima laporan penuh bedah siasat.


Suceli, ibu tiga anak, ditangkap selepas seorang wanita yang berjalan bersama anjingnya menemui mayat bayinya, Brandy, yang sudah rentung, Mac lalu.



Bayi berkenaan menghidap sindrom Wolf-Hirschhorn, menyebabkan dia cacat teruk.


Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya selepas lahir di hospital sebelum diserahkan kepada Suceli dan teman lelakinya, Luis Martinez, Mac lalu.



Sucile sepatutnya memberi morfin kepada bayi berkenaan untuk melegakan kesakitannya.


Polis berjaya mengenal pasti Brandi menerusi alat pembedahan di perutnya yang digunakan sebagai tiub untuk memasukkan makanan.


Apabila disoalsiasat, Sucile mengaku membakar anaknya selepas mendakwa bayi itu sudah mati akibat terlalu banyak diberikan morfin. - Agensi

Bos Gangster Ternama Tertangkap Setelah 16 Tahun Di Buru

TRIBUNNEWS.COM -Gangster ternama bernama James "Whitey" Bulger iaitu Ten Most Wanted FBI dan dituduh melakukan 19 pembunuhan di tangkap di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) setelah diburu selama 16 tahun.

Seperti dilanpor Fox News, Khamis (23/6/2011), gangster ternama asal Boston ini dan berusia 81 tahun ditangkap bersama kekasihnya bernama Catherine Greig (60) di sebuah rumah di kawasan Santa Monica. Penangkapan ini berdasarkan informasi dari hasil kempenya yang dilakukan pihak polis akhir-akhir ini.

Kedua orang ini ditangkap tanpa ada insiden apapun. Sarjan Polis Santa Monica Rudy Flores mengatakan pihak FBI melakukan operasi ketat di wilayah itu.

Agen FBI masih menutup lokasi tempat penangkapan Bulger beberapa jam setelah penahanan itu berlangsung di gedung lantai dua dan tiga.

Bulger adalah pemimpin gang bernama Winter Hill Gang ketika ia melarikan diri di tahun 1995 setelah diberi tahu oleh seorang bekas agen FBI di Boston yang menyatakan ia akan diadili. Bulger adalah top eselon informan FBI saat itu.

Lagi bentuk double standard...Australia guna cap jari kenal pasti pemakai purdah

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia sedang mempertimbang untuk menggunakan cap jari bagi mengenal pasti identiti individu memakai purdah.

 Cadangan itu dibuat selepas hakim sebuah mahkamah di Australia tidak dapat memastikan identiti seorang wanita berpurdah dalam satu kes kendaliannya.

 Wanita itu, Carnita Matthews didakwa membuat laporan palsu terhadap polis namun kes itu tidak dapat diteruskan selepas hakim tidak pasti sama ada wanita terbabit adalah individu yang melakukan tuduhan palsu tersebut.

 Menurut dokumen mahkamah, tuduhan terhadap polis itu dibuat oleh seorang wanita memakai purdah di balai polis Sydney tetapi pegawai polis bertugas tidak melihat wajah wanita itu.

 “Saya tidak dapat memastikan dengan tepat sama ada Matthews yang membuat tuduhan itu,” menurut hakim Clive Jeffreys, Isnin lalu.

 Ketua Polis New South Wales, Mike Gallacher berkata, kes itu membuktikan sistem pengenalan identiti baru perlu digunakan bagi pemakai purdah

sumber : Sinar Harian

Gila, Seorang GadisTawar Keperawanannya Demi iPhone4

BEIJING - Demi memenuhi hasrat peribadi, tak jarang orang mencari jalan mudah seperti halnya seorang gadis yang menawarkan keperawanannya demi mendapatkan iPhone4.

Seperti dilapor dari Biznewschina, seorang gadis kelahiran tahun 90 mengatakan ingin sekali membeli iPhone4, namun sang ayah tidak memperbolehkannya.

Dalam postingnya di twitter, dia pun memutuskan untuk menyerahkan keperawanannya demi mendapatkan telepon genggam terbaru tersebut.

Dia pun tak segan mengunggah fotonya lengkap dengan data diri bagi siapapun yang ingin membelikannya iPhone4.

Komen pun banyak diberikan dan bernada negatif, banyak yang mengatakan bahawa dengan menyerahkan keperawanannya sangat tidak sepadan dengan mendapatkan telepon genggam tersebut.

Seperti dilapor Straits Times, Khamis (23/6/2011), pada April lalu, seorang pemuda berusia 17 tahun membeli sebuah iPad dan telepon genggam dengan menjual sebuah ginjalnya seharga 22 ribu yuan .
sumber: http://international.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved