Keasyikan Bercuti, Tak Sedar Air Laut Pasang

on 20 Jun 2011

NORTH EAST - Malangnya nasib dua warga dari Australia yang sedang menikmati percutian mereka ke Lindisfarnce, Inggris kerana mereka salah memperkirakan bila air laut akan pasang.

Lindisfarnce adalah suatu daratan cantik yang berada di pinggir pantai Northumberland, Inggris. Di sana terdapat sebuah castle yang berdiri kukuh di dataran yang lebih tinggi di hamparan wilayah tersebut.

Dua warga Australia ini ketika itu sedang menikmati suasana Lindisfarnce yang menyenangkan. Namun sayangnya mereka salah memperhitungkan waktu untuk segera beranjak dari tempat itu sebelum air laut pasang.

Akhirnya mereka dapat segera menjauh dari wilayah yang unik itu dengan kereta mereka mengapung dengan ketinggian sekira 300 meter.

Untungnya, mereka boleh diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

"Pemandu nampaknya tidak menyedari tentang bahaya yang akan mendatangi mereka. Mereka  hanyut dengan kereta hingga ke Laut Utara," kata ujar Ian clayton, salah seorang daripada pasukan penyelamat, sebagaimana dilapor Dailymail, Isnin (20/6/2011).
(rhs)

Rumah Yang Terbuat Dari Water Tower

Rumah ini tadinya merupakan sebuah water tower. Rumah itu terletak di 1st Anderson.St, Sunset Beach, CA. Pemilik rumah ini bernama Jerry Wallace. Pada awalnya rumah ini dipakai untuk Memperbaiki atau men'service' Kereta wap. Rumah ini dibuat sekitar tahun 1980'an.



Anak Pukul Kepala Ibu dengan Tongkat Kerana Tolak Jual Tanah

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki menyerang ibu kandungnya dan mengancam akan membakar rumah tempat tinggal mereka jika tak mahu menjual sebagian tanah warisan. Demikian diberitakan The Star, Isnin (20/6/2011).

T Chellam (64) mengatakan bahawa anaknya memaksa menjual tanah seluas 0,5 hektar yang dibeli mendiang suaminya pada tahun 2001.

Tak tahan, sang ibu kemudian melapor kejadian ini ke balai polis dengan laporan yang anak laki-lakinya mengancam membakar rumah dan sempat memukul dengan tongkat dan membuat adik perempuannya terluka yang cuba menolong si ibu.

(Foto) Detik-detik Ketika Seekor Katak Melahap Bulat-bulat Seekor Burung

Dalam alam liar memangsa dan simangsa adalah sesuatu yang biasa, ketika insting untuk bertahan hidup muncul maka seluruh kemampuan dari haiwan tersebut muncul juga, seperti ketika seekor katak dewasa melahap bulat-bulat seekor burung yang melintas didepannya.



Wow,Rumah LamaTanpa Toilet dan Bilik Mandi Laku £ 250 ribu

TEMPO Interaktif, London - Rumah ini tidak memiliki bilik mandi, pemanas, paip saluran pembuangan, atau toilet. Bahkan, sudah hampir tak tersentuh dalam 100 tahun! Tapi, hal itu tidak menyurutkan sejumlah pembeli. Mereka bahkan ada yang berani menilainya £ 250 ribu .

Lokasinya yang menakjubkan di Yorkshire Dales, membuat rumah itu bernilai £ 1,5 juta setelah diubahsuai.

Pembelinya, Dandra Garth, akan mendapatkan sebuah rumah dengan empat bilik tidur seperti milik bangsawan di abad ke-16. Loteng besar rumah itu digunakan sebagai tempat pelayan ditambah sebuah gudang terpisah dan tiga hektar tanah.

Rumah itu semula milik Walter Harper, yang pindah ke sana bersama keluarganya pada tahun 1942 untuk bertani di tanah sekitarnya.

Ayahnya meninggal dunia pada 1968 dan ibunya menyusul pada 1972. Namun, Harper terus bertani sampai awal 1980-an.

Sekarang dia berusia 92 dan baru-baru ini pindah ke rumah perawatan. Sebelumnya dia cukup senang tinggal di rumah yang tidak memiliki utiliti atau kemewahan itu.

Ia cukup puas menghangatkan diri di depan perapian terbuka dan mendidihkan air untuk mengisi bak mandi di dapur.

Harper dipujuk menggunakan elektrik di properti itu 10 tahun lalu. Sebelumnya dia menggunakan lampu gas.

Agen properti Tim Brown dari George F. White mengatakan, “Ada peminat yang luar biasa, tapi saya tidak terkejut. Tempat ini hampir tak tersentuh oleh abad ke-20 dan 21. Sifat seperti ini sangat aneh.”

“Ini salah satu tempat yang paling indah di Yorkshire Dales National Park dan memiliki potensi besar,” tuturnya.

Oops…400 Orang Berbogel di Pantai

TEMPO Interaktif, London -Sebanyak 400 orang menciptakan rekod dunia dengan berenang telanjang di pantai South Wales, Inggris Sabtu, 18 Jun 2011. Lelaki dan wanita datang dari berbagai negara untuk menciptakan rekod berenang di pantai Rhossili tanpa seutas benang pun.

Secara selambamereka melepaskan pakaian sebelum pukul 08.00 waktu setempat. Setelah itu, mereka berteriak dan melompat kegirangan tanpa rasa malu dan gentar meski angin bertiup cukup kencang.

“Saya terbang dari Australia melalui Brazil untuk join,” kata Lizzy White, 25 tahun, salah satu peserta yang dikutip oleh Daily Mail, Sabtu, 19 Jun 2011. Lizzy mengaku merasa senang meski kedinginan.

Steven Absalon, 29 tahun, peserta lainnya sempat malu kerana dia belum pernah berenang telanjang sebelumnya, apalagi di depan 400 orang. Namun sebenarnya di antara perenang telanjang tidak ada rasa malu satu sama lain.

Steven merasa bangga boleh mengikut menciptakan rekod dunia. Nantinya ia akan menceritakan kepada anak cucuknya.

Penyelenggara acara tersebut menyatakan peristiwa itu memang harus diverifikasi oleh pencatat rekod dunia Guiness, tetapi mereka meyakini acara itu telah memecahkan rekod sebelumnya yang hanya diikuti oleh 250 orang saja.

Acara ini tadinya hanya akan diikuiti oleh 300 orang saja, tetapi mendekati hari penyelenggaraan, jumlah peserta bertambah menjadi 400. Acara ini bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi yayasan kanser Marie Curie

Gila..ibu racun dua anaknya sebelum dia bunuh dirinya

ACAPULCO: Pihak berkuasa Mexico semalam berkata, seorang wanita berusia 30 tahun memberi racun serangga kepada anak perempuannya sebelum dia membunuh diri.

Seorang lagi anak wanita itu - berusia enam tahun - turut diracun tetapi sempat diselamatkan.


Pihak berkuasa negeri Guerrero berkata, wanita terbabit dikenali sebagai Leticia Chete Aguero, manakala anaknya yang dibunuh, Leslie Abigail Solis Chete, 11.


Cristian de Jesus Solis Chete sempat diselamatkan selepas paramedik Palang Merah mengejarkannya ke hospital di Acapulco.


Sumber berkata, Leticia meracun dirinya dan anak-anak dengan sejenis serbuk yang digunakan untuk membunuh serangga tanaman.


Walaupun menemui nota ditinggalkan Leticia, polis tidak mendedahkan kandungannya kepada media. - AP

sumber : myMetro

Manusia boleh jadi seperti watak filem X-men

LONDON - Kita mungkin boleh menjadi wira dan mempunyai kuasa mutan seperti watak filem X-Men, tetapi ia tidak benar.

Ini kerana, kajian saintis mendapati terdapat lebih 60 gen mutan berbeza dalam genetik manusia tetapi ia tidak mungkin boleh menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa luar biasa.

Penyelidik di Institut Wellcome Trust Sanger di Cambridge mendedahkan setiap manusia mewarisi sehingga 60 gen mutan daripada ibu bapa mereka.

Keputusan hasil kajian menunjukkan genetik manusia yang mewakili 23 pasang kromosom mengalami mutasi semasa proses persenyawaan, sekali gus memberikan perubahan terhadap DNA individu tersebut.

Bagaimanapun, teori terdahulu yang mempersoalkan sama ada kejadian mutasi diwarisi daripada ibu atau bapa diputuskan berdasarkan tindak balas berbeza antara setiap individu.
sumber : Sinar Harian

Zamrud Terbesar di Dunia Dipamerkan

Liputan6.com, Bogota: Zamrud atau atau batu mulia berwarna hijau terbesar di dunia dipamerkan di ibu kota Colombia, Bogota, Sabtu (18/6). Permata bernama zamrud Fura 15 ribu karat dengan berat 2,27 kilogram itu dipamerkan dalam sebuah pameran dagang internasional untuk pertambangan batu mulia dan logam.

Saat dipamerkan zamrud itu masih dalam bentuk aslinya. Namun, keindahannya tetap terpancar. Batu yang dipercaya memiliki keberuntungan itu ditemukan 12 tahun lalu di tambang Muzo di Boyaca, 75 kilometer utara ibu kota Bogota.

Para ahli perhiasan mengatakan, satu karat zamrud ditaksir US$ 100 ribu . Lalu, berapa harga zamrud terbesar yang dipamerkan ini? Zamrud Fura itu tidak ternilai harganyA

Lari 100 Meter dengan Kasut Tinggi

ZAGREB, KOMPAS.com — Lomba lari 100 meter yang diikuti para atlet wanita itu biasa. Apabila peserta lumba para selebriti dan wanita cantik, itu juga tidak terlalu menarik perhatian.

Namun, lumba lari 100 meter ini memiliki daya pikat dan publikasi, ketika peserta lumba yang terdiri para wanita cantik ini berlumba dengan menggunakan sepatu hak tinggi (high heel). Ketinggian kasut itu minima 7 sentimeter.

Tidak kurang dari 70 wanita ikut mendaftar sebagai peserta lumba lari 100 meter ini. "Sebelum berlumba, semua kasut yang akan digunakan peserta diukur. Apabila kurang dari tujuh sentimeter, tidak diizinkan. Minima 7 sentimeter atau lebih," kata pengurus perlumbaan.

Uniknya, lumba yang diselenggarakan pada Sabtu (18/6/2011) ini tidak dilakukan di stadium olahraga, tetapi di ruang terbuka pusat kota Zagreb, Croatia.

Curi Ayam, Pemuda 21 Tahun "Dipasung"

SANTA CRUZ, KOMPAS.com - Seorang warga Kanada mengurung anaknya yang berusia 21 tahun di dalam kotak kayu selama lapan minggu.

Selama dua bulan, Johan melakukan semua kegiatan di dalam kotak berukuran 1,8X2,7 meter itu. Dia boleh berkomunikasi dengan orang luar melalui lubang kecil..


 David Knelsen, seorang penganut Kristian Menonit yang tinggal di Bolivia, mengatakan, Johan anaknya patut dihukum kerana mencuri tiga ekor ayam.

 Johan langsung membantahnya. "Saya pergi, dan ketika pulang mereka marah. Beberapa orang mengikat saya lalu memasukkan saya ke dalam kota ini lapan minggu lalu," katanya kepada akhbar tempatan.



 Polisi datang ke rumah keluarga Knelsen begitu mendapat informasi tentang pengurungan itu pada Khamis (16/6/2011).   Mereka  memaksa Knelsen mengeluarkan anaknya . Beberapa media tempatan melaporkan Johan juga dihukum kerana menggunakan handset.

 Begitu kotak itu dibuka dan Johan keluar dari dalamnya, terlihat beberapa botol berisi cairan berwarna kekuningan dan dua buah bantal. Menurut Johan, botol itu berisi air kencing.

 "Saya makan dan tidur di sini. Melakukan semuanya di sini. Makan dan minum, dan mandi di sini," kata Johan.

 Jaksa setempat, Ever Merida, cukup geram mengetahui kes itu. "Menyiksa anak secara fizik dan mental merupakan pelanggaran undang-undang Bolivia," kata Merida.

 David Knelsen boleh dikenai pasal percubaan pembunuhan dan penyiksaan.

 Keluarga Knelsen tinggal di wilayah Tres Cruces, Bolivia. Di wilayah itu lebih dari 40.000 penganut Kristian Menonit .

 Menonit adalah sekte fundamentalis Kristian yang menerapkan ajaran Alkitab secara ketat. Mereka menolak penggunaan teknologi.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved