Ada tempat khas gay 'beromen' di taman ini

on 19 Jun 2011

ROTTERDAM, KOMPAS.com — Ada pemandangan baru di Kralinge Bos, sebuah taman kota Rotterdam, Belanda. Pemerintah kota itu telah memasang pancang bercat pelangi dan bergambar sepasang kaki.




Pancang itu untuk mengingatkan para pengunjung bahawa taman itu menjadi tempat kaum homoseksual berpacaran dan bercinta.

Kaum gay hanya boleh bermesraan di tempat-tempat yang bertanda pancang pelangi itu. Di luar itu mereka boleh kena denda.

Seorang pegawai di kota Rotterdam yang bertanggung jawab atas program pancang pelangi itu mengatakan, "Setiap orang berhak bersenang-senang."

Wanita rugi kerana rosakkan pasu lama yang tinggi harganya dengan tukul

REPUBLIKA.CO.ID,WILTS – Seorang wanita membuat nilai jual sebuah pasu lama menjadi turun lantaran dia cuba memperbaikinya dengan menggunakan tukul. Bukannya bertambah baik pasu tersebut justru hancur sehingga nilai jualnya berkurang dari semula 250 ribu poundsterling menjadi kini 50 ribu poundsterling.

Wanita, yang tidak disebutkan namanya tersebut, mengatakan bahawa keluarganya memiliki pasu lama tersebut sejak moyangnya dulu. Dia tidak tahu bahawa pasu tersebut sangat berharga. Vas setinggi 28 cm itu merupakan peninggalan Dinasti Qing pada kurun 1821-1850.

Si wanita baru mengetahui pasu tersebut berharga ketika mendengar barang sejenis itu dihargai 192 ribu poundsterling. Tapi, kerana pasunya sedikit rosak pada bahagian atasnya, wanita itu cuba memperbaikinya agar pasu baik kembali keadaanya.

Salahnya adalah wanita itu memperbaikinya dengan menggunakan tukul untuk mengembalikan pecahan kecil vas ke permukaan vas yang sumbing .

”Jika tidak ada kerosakan, nilai vas itu boleh mencapai 250 ribu poundsterling. Pemilik mengatakan dirinya berusaha mengembalikan pecahan di permukaan atas vas dengan menggunakan tukul agar keadaan pasu kembali baik” kata jubir rumah lelong Clare Durham. ”Sayangnya, dia membuat pecahan besar. Dia meng-email foto pasu tersebut. Kami mengatakan kepadanya untuk jangan membuang pasu tersebut kerana dia ingin membuangnya setelah melihat kerusakannya semakin parah.”

Para ahli mengatakan vas tersebut merupakan peninggalan pemerintahan Kaisar Daoguang. Vas tersebut memiliki gambar pirus dan gulungan teratai. Ada simbol Buddha dan karakter ‘Shou’ yang menandakan hidup panjang. Meski sudah rosak, nilai vas tersebut ditaksir mencapai 50 ribu poundsterling hingga 60 ribu poundsterling. (Woman devalues her rare Chinese vase by £200,000 by trying to ‘fix it’… with a hammer)

Helang Botak Jatuhkan Rusa dari Langit, Penyebab Montana Terputus Bekalan Elektrik

REPUBLIKA.CO.ID,IDAHO – Anak rusa, yang dijatuhkan oleh helang botak di kabel elektrik bervoltan tinggi, diduga menjadi penyebab terputusnya bekalan elektrikminggu lalu di Montana barat, Amerika Syarikat. Demikian kata seorang pegawai Northwestern Energy baru-baru ini.

“Itu baru pertama kali terjadi,” kata wanita juru bicara Northwestern Energy, Michelle Sullivan. “Satu rusa tergantung di kabel, itu tak pernah terjadi sebelumnya.”

Sullivan mengatakan bahawa petugas, yang sedang menyelidiki penyebab elektrik padam di satu kawasan kota di East Missoula, tak boleh mempercayai apa yang mereka lihat. Mereka menemukan bangkai anak rusa tergantung di kabel elektrik pada ketinggian lebih dari dua tingkat bangunan.

Para pekerja menduga helang telah menjatuhkan anak rusa itu dari atas langit. Kesimpulan tersebut didapat setelah pekerja mendapat laporan dari seorang warga, Lee Bridges, yang mengatakan salah satu burung helang telah bertenggek selama 15 minit di pohon cemara di halamannya pagi itu. Kejadiannya tak lama setelah elektrik di lingkungan tersebut padam.

Ketika pekerja Northwestern Energy tiba, Bridges mendatangi petugas perbaikan untuk mengetahui penyebab padamnya elektrik. “Ia menunjuk ke langit dan mengatakan,’Itu –’rusa terbang’,” kata Bridges sebagaimana dilaporkan Reuters.

Dia mengatakan helang tersebut, salah satu keluarga helang yang bersarang di Clark Fork River, nampaknya telah merancangkan cara menemukan kembali sisa korbannya. Bridges mengambil kameranya dan mulai mengambil gambar. “Saya kira tak seorang pun akan percaya ini,” katanya.

Helang botak dapat memiliki rentang sayap sampai hampir lapan kaki dan berat sampai 14 pound. Menurut perkiraan, korban helang tersebut baru berusia beberapa hari.

Sullivan mengatakan padamnya elektrik berlaku selama sekitar setengah jam dan dialami oleh sebanyak 30 rumah. Perusahaan regional tersebut mempunyai sebanyak 665.000 pelanggan di Montana, South Dakota dan Nebraska

Tabik...Lihat Mangsa Kemalangan PM Palestin Terus Turun Dari Kereta


REPUBLIKA.CO.IDGAZA – Sebuah peristiwa kemalangan terjadi bertepatan ketika rombongan PM Palestin, Ismail Haniyah, melalui di jalan yang memisahkan antara Deir Balah dan Gaza. Haniyah terus turun dari kereta untuk menyelamatkan warga yang menjadi mangsa dalam kemalangan pada Sabtu (18/6) tersebut.

Kemalangan yang terjadi bertepatan ketika rombongan Haniyah lalu tersebut mengakibatkan 8 orang warga terluka. Para saksi menyebutkan, begitu melihat peristiwa tersebut PM Haniyah langsung turun dari kereta dan segera memberikan bantuan sendiri. Dia memberikan pertolongan pertama sebelum para mangsa diangkut ambulan kehospital di kota Gaza.

Pejabat perdana menteri mengatakan bahawa Haniyah menyaksikan kemalangan dua buah kereta saat rombongan yang membawanya melalui lokasi kejadian. Dia langsung memerintahkan pengawalnya menghentikn kereta untuk segera memberikan pertolongan kepada warga yang menjadi mangsa. Diapun turun untuk menenangkan warga dan memberikan bantuan sampai akhirnya ambulan mengangkut korban ke hospital.

Pencuri lepaskan kambing curian kerana tak di layan

REPUBLIKA.CO.ID,SURREY – Sebuah bar di Horley, Surrey, jadi kacau bukan kerana ada pemabuk yang berkelahi. Tetapi, suasana bar menjadi kacau lantaran ada kambing mengamuk yang dilepas oleh pencurinya.

Kejadian ini berawal ketika dua pencuri berhasil mencuri seekor kambing. Setelah ‘bekerja’, mereka pergi ke bar sambil membawa kambing curian. Tapi melihat mereka datang sambil membawa kambing, pelayan bar tidak bersedia melayaninya.

”Kejadian ini sungguh tidak boleh dipercaya. Ini pengalaman pertama bagi saya,” kata manager pub Fairman Jack, Steve Lea. ”Kami tidak melayani orang itu kerana membawa kambing. Kami pun menelefon polis dan mereka akhirnya kabur dengan meninggalkan kambing yang akhirnya membuat kecoh.”

Kambing berusia dua tahun itu diketahui bernama Billy. Sang pemilik, yang tidak ingin disebutkan namanya, baru menyedari kambingnya hilang ketika polis menelefonnya.
“Alasan Billy mengamuk di depan umum itu kerana dia mungkin merasa kebebasannya terganggu. Dia adalah kambing yang baik dan biasanya tidak pernah melakukan kekecohan,” katanya.

Pilot ini tak boleh mendaratkan pesawat kerana tidak ada kelayakkan (sijil)

Bagaimana reaksi penumpang pesawat yang sedang berada di ketinggian 30.000 kaki, yang ketika itu pilotnya mengumumkan “Maaf, saya tidak punya kelayakan (sijil) untuk mendaratkan pesawat ini”.

Yang jelas mereka pasti terkejut. Ini terjadi ketika seorang pilot pesawat milik penerbangan Flybe tersebut akan mendaratkan pesawat berpenumpang 80 orang itu di lapangan antarabangsa Charles de Gaulle Paris Perancis.

Pilot itu sudah berpengalaman selama 30 tahun lebih. Namun dia mengaku baru kali ini menerbangkan pesawat jenis fog.

Pesawat Flybe jenis fog

Setelah mengumumkan dia tidak boleh mendaratkan pesawat, ia membalikkannya ke lapangan terbang Cardriff, tempat di mana pesawat take off yang jaraknya 480 km lebih.

Seorang penumpang Cassandra Grant menceritakan, Pilot itu mengeluarkan pengumuman “Sayang, saya tidak boleh mendaratkan pesawat ini di Paris, jadi kami harus kembali lagi ke Cardriff”. Pengumuman itu disampaikan 20 minit sebelum mendarat di Paris.

Grant dan penumpang lainnya di pesawat dengan nombor penerbangan BE1431 itu akhirnya mendarat 3 jam kemudian di lapangan antabangsa Cardriff.

Untungnya, ketika mendarat di Cardriff, jalur pendaratan tidak sibuk sehingga dapat mendarat dengan aman. Grant mengatakan, semua penumpang kecewa dan tertawa seharusnya pilot mengatakan “Maaf, Anda (pilot) dapat menerbangkan pesawat ini, namun tidak boleh mendaratkannya”.

Sementara juru cakap penerbangan Flybe mengatakan, pilot yang disembunykan identitinya itu baru saja ditransfer menerbangkan pesawat ke jenis Bombardier Q400. Dia menambahkan pilot juga tak boleh didaratkan oleh asistennya karena tidak memiliki kelayakkan untuk mendaratkan pesawat.

Keputusan pilot tersebut dianggap positif oleh pihak berkuasa penerbangan sivil Prancis Civil Aviation Authority (CAA). “Tindakannya dengan membatalkan pendaratan di Paris sudah benar,” kata juru cakap CAA. Dia menambahkan, jika pilot itu memaksakan mendarat di Paris, dia boleh ditangkap.

“Ini tidak sama seperti memandu kereta yang masih sempat melihat buku panduan. Seorang pilot tidak mungkin melakukan itu di ketinggian 12.000 kaki dan ada 100 penumpang di belakangnya,” paparnya.

Sementara seorang konsultan penerbangan Simon Gill mengatakan, kesalahan pilot itu adalah mengumumkan kalau dia tidak boleh mendaratkan pesawat. Namun jika dia mengatakan, pesawat tidak boleh mendarat karena cuaca buruk, mungkin tak ada orang yang meragukannya. [thepadi.com]

Berani...Artis grafiti lakukan vandalisme tukar tugu jadi karektor adiwara

SOFIA - Satu tugu peringatan yang dibina untuk mengingati ulangtahun liberalisasi Tentera Merah Rusia ke atas Bulgaria pada tahun 1944 di Sofia, Bulgaria telah ditukar menjadi karektor adiwira dan kartun popular seperti Superman.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu artis grafiti mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme itu, lapor sebuah akhbar.

Berada di tengah-tengah ialah watak Superman dengan lambang huruf 'S' berwarna kuning merah dan baju berwarna biru.

Di sebelah kiri pula ada watak Santa Claus, manakala maskot rangkaian makanan segera McDonalds, Ronald McDonald berada di sebelah kanan. Tidak ketinggalan, watak Joker yang diambil daripada filem Batman.

Pada bahagian bawah, artis grafiti itu menulis "Bergerak bersama masa" dalam bahasa Bulgaria menggunakan cat berwarna hitam. - Agensi

Bawa lembu curi dengan Proton Perdana V6

Dah namanya mencuri sanggup lakukan apa saja...
saya petik dari myMetro

ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.


Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.


Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.


“Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.


“Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap,” katanya.



Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.


“Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis,” katanya.



Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.


“Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.


“Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.


“Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis,” katanya.

Kesian adik ni jarinya terputus tersangkut eskalator

Kesian adik ni...
saya petik dari myMetro

MUAR: “Saya terus mengambil dua jari anak yang putus sebelum membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” kata Ahmad Imran, 37, di Ledang dekat sini, semalam.

Ahmad ditemui di pekarangan HPSF ketika menghantar anak lelakinya berusia dua tahun, Mohd Faizal, untuk menerima rawatan kecemasan selepas dua jari kanak-kanak itu putus kerana tersepit pada eskalator sebuah pasar raya di bandar berkenaan, jam 6 petang kelmarin.


“Bagaimanapun, luluh hati saya kerana proses penyambungan dua jari yang putus itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Selangor, menemui kegagalan,” katanya.


Mengimbau kejadian, Ahmad berkata, Faizal dibawa sepupunya ke pasar raya untuk membeli makanan ringan.


Menurut Ahmad, ketika menggunakan eskalator itu, ia terhenti secara tiba-tiba, mengakibatkan Faizal terjatuh bersama sepupunya.


“Cubaan mengangkat Faizal gagal kerana dua jari, masing-masing satu di tangan kanan serta kiri, tersepit, namun terpaksa direntap, menyebabkannya putus.



“Saya mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke pasar raya yang terletak satu kilometer dari rumah di Jalan Haji Yunus,” katanya.


Bagaimanapun, sebaik tiba lima minit kemudian, Ahmad hanya mampu melihat anak lelakinya meraung kesakitan.



Menurut Ahmad, eskalator terbabit kerap rosak dan sering berhenti secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.


Selain putus dua jari, mangsa luka di kedua-dua belah tangan, menyebabkan dia menerima beberapa jahitan.


Ahmad kemudian membuat laporan polis berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Hakim Yahudi hukum anjing dengan lemparan batu kerana dianggap membawa sial

gambar hiasan

VIVAnews - Pengadilan agama Yahudi di Yerusalem, Israel, memberi hukuman mati keatas seekor anjing dengan lemparan batu.Kerana, anjing itu dicurigai sebagai titisan seorang pengguam yang pernah menghina para hakim di pengadilan tersebut 20 tahun lalu, sehingga dianggap membawa sial.

“Putusan itu berdasarkan perintah para rabi kerana dia dinilai boleh membawa petaka bagi pengadilan,” kata salah seorang petugas pengadilan yang dikutip harian Israel, Yedioth Aharonoth dan dimuat di laman Ynet, 16 Jun 2011. Sebelumnya, Ketua Pengadilan Agama Yahudi, Rabbi Avraham Dov Levin, membantah khabar hukuman mati atas seekor anjing dengan lemparan batu.

Menurut sumber di Ynet, masalah bermula ketika anjing besar itu beberapa minggu lalu sendirian datang ke gedung pengadilan agama di distrik Yahudi ortodoks Mea Shearim di Yerusalem. Kehadiran anjing liar itu membuat takut para hakim dan penuntut setempat.

Meski berupaya diusir berulangkali, anjing itu tidak mahu pergi. Salah seorang hakim lantas menduga bahawa anjing itu adalah jelmaan dari seorang penguam yang terkenal pernah terang-terangan menghina para hakim agama setempat dua dekad lalu.

Penguam sekular yang dimaksud lalu dikutuk oleh para hakim agama agar arwahnya bakal pindah ke tubuh anjing. Dia diketahui sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Bagi pemeluk agama Yahudi tradisional, anjing dianggap haiwan yang kotor dan patut dijauhi. Mereka juga percaya bahwa roh manusia yang telah mati bioleh reinkarnasi ke wujud yang lain.

Maka, menurut Ynet, hakim itu lantas menjatuhkan hukuman mati bagi anjing misteri itu. Hukumannya berupa lemparan batu hingga mati oleh anak-anak setempat . Namun, haiwan itu untungnya berhasil lari dari hukuman.

Kes ini mengundang kecaman.. Suatu kelompok penyayang binatang, “Let the Animals Live,” mengadu ke polis Yerusalem perihal hukuman yang tidak masuk akal itu. Seorang anggota Dewan Kota Yerusalem dan juga aktivis sosial, Rachel Azaria, mengirim surat kepada jaksa agung untuk menindak “para kriminal itu.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved