Wow, Lulus Sarjana Pada Usia 99 Tahun

on 16 Jun 2011

REPUBLIKA.CO.ID,–Lebih baik terlambat daripada tidak sama sekali! Itu lah yang dialami seorang datuk di Oregon Amerika Syarikat yang berusia 99 tahun dan keluar dari perguruan tinggi tapi kini meraih gelaran sarjana.

“Saya cuma perlu waktu 80 tahun untuk menyelesaikan kuliah,” Leo Plass berlawak dalam satu wawancara dengan Reuters.

Atas desakan anak saudara lelaki itu, Eastern Oregon University, yang dulu bernama Eastern Oregon Normal School, memeriksa karya tulis Plass dan menyedari berdasarkan ketentuan yang diperbarui Plass memenuhi syarat untuk meraih gelaran sarjana dalam studi umum.

Plass, yang meninggalkan perguruan tinggi untuk bekerja, telah banyak makan asam garam kehidupan.Kampus La Grand, Oregon, telah berkembang sejak Plass kuliah pada 1930-an.

“Mereka membawa saya keliling kampus . Semuanya sudah berubah,” katanya.

Warga Redmond, Oregon, itu yang berusia 100 tahun pada 3 Ogos, mengatakan dia tak memiliki rencana untuk terjun ke karier lain dengan gelar barunya.

Ia mengatakan ia tak menyesal kerana meninggalkan perguruan tinggi untuk bekerja. “Saya mendapat wang dua kali lebih banyak. Saya benar-benar senang kerana melakukannya. Itu benar-benar bagus buat saya.”

Hebat! Gelombang Radio Sembuhkan Asma

Kajian terbaru menemukan fakta, penderita asma kini memiliki harapan baru untuk dapat hidup normal, yakni dengan gelombang radio.

Penyakit asma adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan (bronchiale) pada paru yang terdapat peradangan (inflamasi) dinding rongga bronchiale, sehingga mengakibatkan penyempitan saluran nafas yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas.

Penyakit asma paling banyak ditemukan di negara maju, terutama yang tingkat polusi udaranya tinggi, baik dari asap kendaraan mahupun debu padang pasir.

Para ilmuwan melakukan penelitian pada sebuah operasi thermoplasty bronkial seorang perempuan separuh baya di RS Wythenshawe di Manchester.
Tindakan ini melakukan pembukaan pada saluran udara sehingga secara dramatik akan mengurangi gejala, melemahkan, dan membantu pesakit menjalani kehidupan normal.

Seperti dikutip dari Dailymail, serangan asma berulang memang dapat menyebabkan jaringan paru-paru menebal. Tetapi pengubatan baru ini mencegahnya dengan membuka saluran udara agar pesakit boleh bernapas lebih mudah.

Dalam operasi itu, tabung dimasukkan melalui hidung pesakit ke dalam paru-paru. Lalu sebuah kawat dengan struktur seperti keranjang ditempatkan di bawah tabung dan dipanaskan, sehingga menghasilkan gelombang radio untuk membakar jaringan pada saluran udara yang tersumbat.

Operasi ini memerlukan waktu satu jam dan akan diulang 1-2 bulan sampai hampir semua saluran udara diperbaiki.

"Ini sangat menarik. Ini mungkin sebuah pilihan baru untuk pesakit dengan asma berat yang tetap mengalami gejala, meskipun telah menjalani terapi ubat," kata Rob Niven.
Namun ia menekankan bahawa pengobatan ini hanya cocok bagi penderita asma parah

sumber

Di Afganistan pemilik nombor plat 39 kena ejek

KABUL - Memiliki kereta memang menyenangkan, apalagi di wilayah yang masih minim kendaraan seperti Afghanistan, tapi para pemilik kereta takut memiliki plat nombor yang bernombor 39.

Para pemilik kereta telah memiliki plat nomor yang terdiri dari 39 sebelum beredarnya gossip yang tidak menyenangkan, namun kini mereka selalu diejek di sepanjang jalanan di Kabul.

Bahkan anak kecil pun mengatakan, “Itu lihat si nomor 39″. Kereta ini memang membawa kesialan, saya tidak boleh membawa keluarga saya,” ujar Mohammad Ashraf yang bekerja para projek PBB.

Pemilik “kereta 39″ lainnya menghindar untuk berbicara ketika ditanyakan apakah kereta nya membawa beban.

Gosip yang beredar mengatakan bahawa ada seorang gay yang berasal dari Iran, membawa keretanya yang berkilat dengan menggunakan plat nombor 39, cerita pun berlanjut dari mulut ke mulut, hingga akhirnya gay tersebut dijuluki dengan “39″.

Gossip “39″ ini pun muncul satu minggu setelah para pemilik kereta mencuba mengganti dekorasi pelangi yang terdapat pada kereta import. Mereka baru menyedari bahawa pelangi merupakan simbol bagi kaum gay.

Seperti dilapor Reuters, Khamis (16/6/2011), ketua persatuan penjual kereta Najibullah Amiri menyalahkan para polis korup yang telah menyebarkan gossip tersebut.

Kini para pemilik kendaraan harus dikenakan bayaran sebanyak SD200 hingga USD500 untuk mengganti plat “39″ dengan nombor yang lebih aman.

Sumber :http://www.okezone.com/

Gila,Pasangan Ini Bersetubuh di Altar Gereja

Gereja seharusnya dijadikan tempat beribadah. Tapi pasangan remaja ini nekad berhubungan seks tepat di depan altar Katedral di Oslo, Norway.

Mereka asyik telanjang sekaligus melakukan adegan seks di tengah aktiviti Katedral yang mulai ramai. Perbuatan nekad ini tertangkap oleh seorang pengunjung gereja. Dia kemudiannya membuat panggilan ke nombor 999.

"Kami menangkap tiga orang yang terlibat aktivitas seks,"kata Juru Cakap Polis yang tidak disebutkan namanya dalam Australian Time, Rabu, 15 Jun 2011.

Ternyata seorang diantara mereka bertugas mengambil gambar hubungan seks itu. Penyiasatan sementara mendapati ketiga tersangka mengaku sebagai aktivis pecinta alam.

Kegiatan bertajuk "F**k for Forest" ini akan digunakan sebagai penarik perhatian dalam kempenya melawan pembalakan hutan di dunia.

Apapun itu perbuatan mereka telah melawan hukum. Tapi di Norway perbuatan seperti ini hanya di hukum 16 hari penjara atau membayar wang denda "Kami memilih membayar dari pada berlama-lama di penjara tanpa boleh bercinta,"kata seorang tersangka.

Sebelumnya, Seorang lelaki didenda 130 pound kerana berhubungan seks dengan kekasihnya di halaman sebuah katedral bersejarah di Britain pada Oktober 2010.

Stephen Neal, 23 tahun, waktu itu terlihat berada di atas kekasihnya yang setengah bogel di luar Ely Cathedral di Cambridgegshire, Britain. Orang ramai yang tengah mengunjungi katedral tersebut langsung menghubungi polis dan polisi menemukan Neal serta kekasihnya sedang bersetubuh di taman rumput di belakang katedral.

Berdasarkan pengakuan di Pengadilan Ely, pasangan yang berhubungan intim tersebut langsung mengenakan kembali baju mereka dan meminta maaf. Pasangan itu berdalih mereka tidak sengaja berbuat demikian.

Neal didenda 130 pound setelah mengakui tindakannya telah melecehkan, membuat anggota masyarakat marah.

Neal membantah berhubungan seks. Tetapi polis mengatakan di pengadilan Neal serta kekasihnya bersetubuh. Pacar Neal yang tidak disebutkan namanya hanya diberikan amaran dari polis..

Terjerat Kemiskinan, Seorang Ibu Jual Surat Obama

TEMPO Interaktif, Seorang penyokong Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terpaksa menjual surat yang ditulis tangan oleh Obama sendiri kerana kemiskinan. Destiny Mathis, 26 tahun, merupakan ibu tiga anak yang memerlukankan biaya apartment dan perbelanjaan membesarkan anaknya.

Mathis mulai ikut melakukan kempenya untuk Barack Obama pada 2008. Ketika itu hidupnya dalam kesulitan, tapi dia punya harapan.

Seperti yang ditulis oleh Huffington Postpada Rabu 15 Jun 2011, Mathis adalah sarjana yang lulus dengan nilai terbaik di kelasnya. Warga Hobart, Indiana, Amerika Syarikat, itu kemudian bekerja sebagai tecnichian bedah.

Sambil bekerja, ia juga merawat ibunya yang terkena kanser. “Saat itu saya bekerja keras melakukan kempenya untuknya Obama,” katanya. Ia melakukan banyak hal untuk kemenangan Obama.

Namun, dua tahun setelah kemenangan Obama, situasi berubah buruk. Ia melahirkan anak ketiga yang lahir secara prematur dan memiliki masalah kesihatan. Akibatnya, ia tidak lagi dapat bekerja kerana harus merawat bayinya. Kemudian, ia memutuskan menulis surat kepada Obama.

Ia mengisahkan kekhuatirannya selama dua tahun ke depan. Ia tahu bahawa Obama pasti memiliki pekerjaan yang bertumpuk, tapi ia mengharapkan Obama menunjukkan sikap prihatin yang lebih lagi.

Tak disangka, ternyata Obama membalas suratnya. “Anda memiliki semangat yang positif,” kata Obama dalam salah satu kalimatnya di surat balasannya. Setelah ia mendapat balasan surat itu, keadaannya tidak juga berubah, dan ia pun memutuskan menjual surat itu agar ia membayar apartmentnya.

Mathis pun mendapatkan pembeli, yakni Gary Zimet, pemilik perusahaan Moments in Time. Surat . “Ia orang yang baik dan sangat memerlukan wang,” kata Gary.

Ia berharap penjualan surat Obama itu boleh membantunya hidup lebih baik bersama anak-anaknya: Silas, Milan, dan Londyn. Ia juga masih menyokong Obama, tapi ia berharap Obama sungguh-sungguh memberikan perubahan.

Pelajar maut makan biskut yang dicampur racun tikus

Belajar lagi dah pandai racun meracun...
saya petik dari myMetro


SAO PAULO: Polis semalam berkata, seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut selepas makan biskut beracun diberi dua remaja perempuan di Recife.

Pegawai penyiasat, Mariana Villas Boas, berkata dua remaja perempuan, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, mengaku meletak racun tikus ke biskut berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa ia dilakukan untuk meracun dua remaja perempuan lain di sekolah sama.


“Budak lelaki itu diminta menyerahkan biskut berkenaan kepada remaja yang ingin diracun tetapi dia memakannya secara diam-diam,” katanya. - AFP

McDonald's di fitnah bersifat perkauman di internet

NEW YORK - McDonald’s menafikan syarikat makanan segera itu akan mengenakan caj tambahan kepada pelanggan kulit hitam selepas satu poster palsu mengenai perkara itu disebarkan di Internet.

Poster itu menunjukkan McDonald’s membuat pengumuman akan mengenakan bayaran tambahan AS$1.50 (RM4.50) bagi setiap pembelian oleh pelanggan Afrika-Amerika kerana golongan itu kemungkinan besar akan merompak restoran tersebut.

Gambar poster itu dipercayai dimuat naik individu tidak dikenali di New York, Amerika Syarikat dan memberi imej buruk kepada McDonald’s kerana dianggap bersifat perkauman.

saya petik dari Sinar Harian

Nak jimat punya pasal sanggup bawa kereta baru beli dengan van

Betul-betul nak jimat...
saya petik dari kosmo online

BARGTEHEIDE, Jerman - Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.

Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.

Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa van tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.

Kertas akhbar digunakan untuk menutup kereta jenis Mazda 626 itu daripada dilihat oleh orang ramai.

Dua lelaki, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chielewski, 28, yang membeli kereta itu ditahan oleh polis bersama dengan van berkenaan.

Anggota-anggota polis menahan van itu selepas mereka mendapati ia bergerak dalam keadaan tersenggut-senggut.

Seorang jurucakap polis berkata, kereta dan van tersebut telah dirampas.

Namun, katanya, kereta berkenaan akan dibenarkan dibawa pulang ke Kazakhstan setelah semua dokumen perjalanan yang sah disediakan oleh kedua-dua lelaki itu. - Agensi

Sanggup jual organ untuk langsai hutang suami dengan along

Sampai macam tu sekali...
saya petik dari myMetro


JOHOR BAHRU: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.

Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.

Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.

“Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.



“Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat,” katanya.

Iran Melarang Lelaki Berpakaian Ala Barat

VIVAnews - Para lelaki harus waspada bila mengenakan rantai dan mewarnakan rambut mereka di Iran. Kerana pemerintah Iran mulai menerapkan peraturan yang ketat terhadap gaya berpenampilan ala Barat di negara tersebut.

Dilapor dari laman The Guardian, Selasa, 14 Jun 2011, pemerintah Iran melarang segala macam gaya berpakaian model Barat. Termasuk di antaranya adalah perhiasan dan gaya rambut yang dinilaikan glamour.

Gaya rambut lelaki yang tidak diperbolehkan adalah beekor kuda, mullet dan mohawk. Lelaki diperbolehkan untuk mengenakan pakaian pendek, tapi dilarang keras memakai seluar pendek.

Bagi wanita peraturan lebih ketat lagi. Mereka dilarang mengenakan jilbab pendek, gamis ketat, dan baju pendek yang dapat memperlihatkan kulit mereka. Pakaian yang mereka kenakan harus menutup hujung rambut sampai hujung kaki, walaupun cuaca saat ini di Iran sedang panas.

Untuk menegakkan peraturan ini, pemerintah Iran telah menurunkan 70.000 polis moral untukmengawasib para pemakai baju yang tidak dibenarkan. Selain denda, mereka juga terancam hukuman penjara.

“Penegakan moral adalah berkat permintaan dari negara dan akan terus dilakukan sampai rakyat faham betul dan sedar,” ujar Ahmadreza Radan, juru cakap polis Iran.

Pemerintah Iran mengatakan bahawa peraturan ini bertujuan untuk menghentikan pencemaran moral pemuda oleh budaya Barat. Sebelumnya, pemerintah Iran telah mengeluarkan peraturan denda yang melarang warganya memelihara anjing.

Binatang ini dianggap kotor dan melambangkan adat Barat. Bagi mereka yang memeliharanya, maka akan terancam hukuman denda.

Tembak adik 5 tahun ketika ayahnya membayar sewa motel

TEMPO Interaktif, Houston - Biasanya, anak-anak bermain dengan pistol mainan tetapi kali ini tidak.
Seorang remaja yang masih berusia lapan tahun, jelas seorang polis menembak mati adiknya berumur lima tahun dengan pistol di sebuah motel di Houston.

Insiden pembunuhan itu berlangsung, Selasa, 14 Juni 2011, pukul 10.30 pagi waktu setempat di bilik sebuah motel.

Sarjan polis Bobby Roberts mengatakan, ketika kejadian, ayah kanak-kanak meninggalkan mereka berdua selama beberapa minit untuk membayar sewa motel.

Ketika dia kembali ke bilik motel, pelaku langsung memeluk ayahnya seraya mengaku telah membunuh adiknya dengan pistol. Sang ayah langsung memeriksa bilik dan dia menemukan anak bungsunya terkapar berdarah tak bernyawa bersama dengan pistol yang menembus dadanya.

Roberts jelaskan, kes penembakan ini sebagi kecelakaan. Namun orang tua pelaku tetap harus mempertanggungjawabkan kejadian itu di depan kejaksaan di distrik Harris County. Sedangkan pelaku tidak dipenjara dan akan diawasi oleh Lembaga Perlindungan Anak, Amerika Syarikat.

“Anak-anak ini tinggal di motel bersama ayahnya sejak tahun lalu setelah pindah dari California,” tambah Roberts.

Untuk mengungkap motif kejadian itu, Jabatan Polisi Houston menyelidiki peristiwa yang melibatkan dua kanak-kanak ini.

“Kami juga tengah menyelidiki bagaimana seorang anak kecil boleh menguasai senjata,” kata Estella Olguin, juru cakapTexas Department of Family and Protective Services, Selasa, 14 Jun 2011.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved