Lelaki mati kena serangan jantung ketika perkosa nenek 77 tahun

on 14 Jun 2011

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang memperkosa nenek tua berusia 77 tahun di rumahnya. Demikian dilapor Heraldsun.com.au, Selasa (14/6/2011).

Isabel Cuhavelo Gutierrez berusia 53 tahun dari Tivoli, Texas, Amerika Syarikat (AS), berbasikal sejauh dua km dan mask ke rumah seorang nenek berusia 77 tahun dan memperkosanya.

Pihak berkuasa setempat mengatakan, ketika memperkosa nenek tersebut yang diancaman pisau, dia mengaku tidak enak badan dan berhenti memperkosa sehingga ia boleh istirahat.

Tak berapa lama kemudian ia kembali memperkosa nenek tua itu namun sebelum akhirnya terjatuh di lantai dan meninggal dunia.

Sarjan Gary Wright dari Refugio County Sheriff mengatakan bahawa si pelaku mendapat serangan jantung setelah berbasikal sejauh dua km. Mayatnya kemudian dibawa ke RS Nueces County,Corpus Christi, untuk dibedah siasat.

Menurut keterangan mangsa ia melihat Gutierrez berada di pejabat pos sehari sebelum pemerkosaan terjadi pada 2 Jun lalu. Saat Gutierrez memperkosanya, si nenek mengira lelaki itu meninggal gara-gara terlalu banyak minum alkohol kerana tercium bau dari mulutnya.

Saat lelaki tak sedarkan diri, si nenek kemudian pergi dari rumahnya dan menelefon anaknya lalu memberitahu polis. Saat mereka tiba, Gutierrez sudah meninggal dunia.

Gutierrez pernah melakukan kekerasan seksual terhadap kanak-kanak perempuan 7 tahun dan kemudian mendapatkan pengampunan. Hal itu terjadi pada tahun 2008 lalu.

Isteri Diplomat Congo Seludup Rokok ke Romania


BUCHAREST - Seorang isteri diplomat Congo dari Parti Republik Demokrat tertangkap kerana menyeludupkan rokok di Romania.

Polis menemukan isteri diplomat tersebut berusaha menyembunyikan 18 ribu bungkus rokok di dalam keretanya.

Esther Pascaline Bombeto, yang ketika ini suaminya sedang bertugas di Serbia, meminta kekebalan diplomatik ketika polis berusaha menggeledah keretanya.

Badan intelijen Rumania sendiri selama ini telah mengintai kereta tersebut selama berbulan-bulan.

"Dengan alasan kekebalan diplomatik, penyeludup membawa rokok tersebut ke Romania dua kali dalam seminggu," ujar jaksa penuntut Mircea Andres seperti dilapor BBC, Selasa (14/6/2011).

Polis akhirnya terpaksa memecahkan tingkap kereta Bombeto dan langsung menggeledah kereta tersebut.

Polis menemukan rokok produksi Albania tersebut di dalam kereta dan Bombeto sendiri menolak untuk bekerja sama dengan pihak polis dengan alasan kekebalan politik lagi.

Polis menangkap dua orang tersangka warga Serbia yang terkait dengan penyeludupan tersebut, polis juga masih mencari sembilan pelaku lainnya yang terkait.(rhs)

Penulis Buku Cerita Anak-anak dihalau keluar dari pesawat kerana berkata f**k

TRIBUNNEWS.COM - Seorang penulis buku cerita anak-anak diusir dari pesawat gara-gara menyebut kata f**k di dalam pesawat. Kata itu terlontar setelah ia mengeluhkan pesawat yang terlambat terbang di lapangan terbang Detroit Metro Airport, Amerika Syarikat (AS).

Seperti dilapor AP, Selasa (14/6/2011), penulis bernama Robert Sayegh (37) mengatakan staf Atlantic Southeast Airlines terlalu sensitif atas bahasa yang digunakannya dan memanggil polis dan menggiringnya keluar dari pesawat.

"Kata F**k memang bukan kata yang bagus," katanya ketika diwawancara. Meski demikian, dia tetap membela diri dan mengatakan dirinya hanya mengeluhkan masalah keterlambatan jadual terhadap dirinya sendiri ketimbang mengatakannya kepada orang lain.

"Saya yakin tidak mengatakannya dengan suara keras," jelas Sayegh yang tinggal di Brooklyn, New Yor, dan juga bekerja sebagai produser televisyen. Dia menggunakan pesawat lanjutan setelah menghadiri pesta pernikahan keluarganya di Kansas City, Missouri.

Ia mengaku penat dan pesawat tidak juga berangkat. Dalam keadaan tak nyaman dia pun mengatakan kata f**k dan membuat seorang pramugara yang ada di dekatnya tersinggung. Dia pun diiring polis keluar dari pesawat.

Seorang Nenek Rompak Bank dengan Ancaman AIDS

DENVER - Seorang wanita tua cuba merampok bank Colorado dengan menyerahkan sebuah catatan yang mengancam akan menulari virus AIDS kepada cashier jika tidak menyerahkan uang.

Juru cakap polis Colorado Jeff Satur, mengatakan bahawa kini polis sedang mencari pelaku yang diketahui berusia 55 hingga 75 tahun dengan perawakan kurus.

Satur mengatakan bahawa pelaku yang menggunakan topi kondaktur kereta dan juga sweater berwarna abu-abu tersebut, berjalan menuju cashier bank dan menyerahkan catatan tersebut.

"Pelaku mengatakan bahawa dia mengidap AIDS dan akan menulari juruwang jika tidak menyerahkan wang," ujar Satur seperti dilansir Reuters, Selasa (13/6/2011).

Pada ketika melakukan aksinya, wanita tua itu nampak selalu terbatuk-batuk, dia pun melarikan diri dengan sejumlah wang yang belum diketahui jumlahnya.

Polis dan FBI kini telah menyebarkan foto wanita tua tersebut dan juga video pengawasan pada ketika di tempat parking bank untuk mencari identiti perampok tua itu.(rhs)

Dante, Kucing Vegetarian Dari Norway

Seekor kucing yang berhasil selamat dari kelaparan menolak semua makanan yang diberikan kepadanya kecuali sayur dan buah-buahan organik.

Dante, 2 tahun, ditemukan hampir mati kelaparan pada ketika dia baru dilahirkan, demikian kata pemilik Becky Page seperti dilapor oleh Daily Mirror.

Miss Page, 21, yang berasal dari Tasburgh, dekat Norwich, mengatakan, "Sudah seringkali saya cuba berikan ia daging, ikan atau apa saja yang biasanya disukai oleh kucing lain, namun Dante selalu tak mahu.

"Suatu ketika saya lihat ia sedang melahap piring berisi sayuran yang hendak saya buang. Sejak saat itu saya selalu memberikan sayuran kepadanya. Terkadang saya menyelipkan sedikit su daging diantara sayuran supaya ia tetap mendapatkan asupan nutrisi yang diperlukan.

"Kadang-kadang juga ia menyedari daging yang ada di sayuran tersebut dan menyisihkannya. Dante memang memiliki selera makan yang unik, namun hingga kini ia sihat saja."

Miss Page, yang menanam sendiri sayur dan buah-buahannya, mengatakan, bahawa makanan favourite Dante kini adalah melon, pisang, brokoli, aubergine dan Brussels sprouts.

Maggie Roberts, direktur pelayanan haiwan di lembaga Cats Protection, mengatakan, "Kucing ini benar-benar aneh kerana kucing adalah haiwan karnivor yang kesukaannya adalah daging, bukan pemakan sayuran."

Blogger Lesbian Ternama Syria Ternyata Seorang Lelaki Beristeri

TRIBUNNEWS.COM - Penggiat hak asasi manusia (HAM) marah setelah mendapat tahu ternyata penulis blog Gay Giril in Damascus yang dikatakan pemilik seorang lesbian bernama Amina Arraf adalah seorang lelaki. Demikian dilapor AP, Isnin (13/6/2011).

Blogger ini menjadi perhatian dunia kerana ikut berperanan dalam pergerakan melawan pemerintah. Penulisnya seorang lelaki berasal Amerika Syarikat (AS) bernama Tom MacMaster, berusia 40 tahun, dan kuliah mengambil master di Universiti Edinburgh, dan sudah menikah.

Minggu lalu, MacMaster akhirnya mengakui jika dirinya adalah penulis bernama Amina Abdullah atau Amina Arraf, dan menggambarkan dirinya sebagai blogger politik Syria. Selasa lalu, seorang yang mengaku sebagai sepupunya bernama Raina Ismail menulis jika Amina diculik lelaki bersenjata dan dibawa ke sebuah kendaraan kelompok pro-pemerintah.

Laporan ini kemudian membuat marah para penyokong Amina. Para pendukungnya bahkan membuat fan page di Facebook, Free Amina Abdullah, dan berhasil meraih 15 ribu pendukung. MacMaster akhirnya mengakui dan muncul di postingan blog jika dirinya penulis blog tersebut.

"Saya tidak pernah berharap mencapai perhatian sejauh ini," kata MacMaster yang meminta maaf atas apa yang dilakukannya.

"Saya yakin tidak menyakiti siapapun namun saya harus menulis sesuatu yang penting mengenai apa yang saya ingin beritahukan kepada semua orang," katanya.

Harian The Guardian memberitakan jika sejumlah blogger menunjuk pemilik blog itu adalah MacMaster dan isterinya bernama Britta Froelicher.

MacMaster adalah aktivis Timur Tengah sementara isterinya mengambil kuliah jurusan doktor di Universiti St Andrews, Scotland, untuk jurusan pembangunan ekonomi Syria.

Wanita yang bakar khemah kerana suaminya nak kahwin lagi di hukum mati

Diri sendiri yang rugi...
saya petik dari Berita Harian online

MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.
Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.

Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain.

Beliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.

Wanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.

Hukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.
Nasra adalah wanita kedua menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan
permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi

Di Brazil ada setinggan anjing

CAXIAS DO SUL - Sebuah kawasan setinggan di sini, selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam

Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.

Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.

Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.

"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti it. - Agensi
saya petik dari kosmo online

Kerana pergi melancung tanpa izin suami,wanita ini hampir disembelih

Bila amarah menguasai diri...
saya petik dari myMetro

KAJANG: Tindakan pantas tiga beradik menyelamatkan ibu mereka berusia 30-an daripada disembelih suaminya dengan parang apabila tiba-tiba ‘naik hantu’ selepas bergaduh dalam kejadian di rumah mereka, di Taman Kelab Ukay, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pergaduhan kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku selepas suami mangsa yang berusia 40 tahun berang dengan sikap isterinya yang pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan tanpa memaklumkan kepadanya.
Berikutan itu, berlaku pergaduhan sebelum suaminya yang bekerja di sebuah syarikat swasta berang dan bertindak lebih kejam apabila mula menampar muka, menumbuk badan dan menghentak kepala isterinya ke dinding.

Akibat tindakan itu, si isteri lebam dan cedera di badan.


Sumber polis berkata, pada mulanya pasangan itu berbincang berikutan si isteri melancong ke luar negara tanpa memberitahu suami sebelum menjadi lebih panas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan dan mula menampar muka serta memukul isterinya.

Polis kena serang dengan gagak

EVERETT -Balai polis wilayah Seattle kini tengah menghadapi kes yang tidak biasa. Mereka diserang, tapi penyerangan ini dilakukan oleh sekelompok burung gagak.

Burung-burung tersebut menyerang para polis pada saat di tempat parking di Balai Polis Everett. Burung tersebut turun dan menerjang para petugas polis yang hendak ke kereta mahupun yang baru turun dari kereta.

Leftnan Bob Johns mengatakan bahawa baru-baru ini dia diserang oleh burung agresif dan bersemangat tersebut. “Burung-burung itu seperti velociraptor (burung besar zaman purbakala),” ujarnya seperti dilansirAssociated Press, Isnin (13/6/2011).

Salah seorang petugas berusaha menggunakan siren untuk mengusir burung gagak tersebut, namun tidak berhasil. Burung-burung itu malah menghias kereta para polis dengan kotoran mereka.

Ahli Biologi dari Departemen Lingkungan Hidup Ruth Milner mengatakan bahawa burung-burung tersebut sebenarnya hanya melindungi bayi mereka yang sedang belajar terbang. Gagak dewasa sangat protektif terhadap gagak kecil.

Dia pun mengatakan bahawa gagak merupakan haiwan dengan memori yang bagus dan merupakan pendendam.

“Jika ada seorang polis yang melakukan sesuatu terhadap burung tersebut, maka itu dianggap sebuah ancaman, burung-burung tersebut akan menganggap semua polis adalah orang tersebut, kerana menggunakan seragam yang sama,” tegasnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved