Video Anjing Memandu Jadi Bintang Baru di You Tube

on 09 Jun 2011

SEBUAH video yang menampilkan seekor anjing yang sedang memandu kini menjadi video paling banyak dilihat di YouTube.

Video dengan durasi 30 saat itu nampaknya mengambil lokasi di wilayah Brasil. Adegan dimulai dengan sebuah mobil berjalan terlihat tanpa ada pemandu.

Tapi ketika kereta VW tersebut mendekat ke kamera, terlihat jelas seekor anjing sedang memandu kereta tersebut.

Video tersebut pun kini telah mencapai jumlah pengunjung 900 ribu, tapi banyak yang mempertanyakan apakah video tersebut asli atau tidak.

"Bagaimana dia menyentuh pedal gas dengan kakinya yang kecil?" demikian ujar salah seorang pengunjung seperti dilapor Orange, Khamis (9/6/2011).(rhs)

Akhirnya Perempuan Bertindik 6.925 Menikah

EDINBURGH, KOMPAS.com - Elaine Davidson, perempuan bertindik terbanyak dunia, mengakhiri masa jandanya, Rabu (8/6/2011). Perempuan yang memiliki 6.925 tindik itu menikah dengan Douglas Watson di Pejabat Sivil Edinburgh.

Dia mengenakan gaun pengantin warna putih dan tiara berbunga. Wajahnya yang penuh tindik itu bercat hijau, kuning, dan putih.

Perempuan kelahiran Brasil itu menjadi tontonan ketika dia berjalan memasuki pejabat itu. Penampilannya memang heboh. Dia mengenakan gaun pengantin warna putih dan tiara berbunga. Wajahnya yang penuh tindik itu bercat hijau, kuning, dan putih.

 Padahal Watson, calon suaminya, tampil rasmi dan sederhana. Wajahnya hanya berhias kacamata. Lelaki 60 tahun itu memegang pengantinnya sepanjang jalan menuju ke pejabat sivil. "Elaine sangat mengagumkan," puji Watson selesai upacara yang berlangsung selama 35 minit itu.

 Pasangan ini tinggal di Edinburgh, tempat Davidson mengelola kedai aromaterapi yang dinamai Tropical Rainbow.

 "Orang-orang hanya melihat tindiknya, tetapi saya melihat keperibadian yang mengagumkan di balik penampilannya. Kami mengenal sudah cukup lama," imbuh Watson.

 Menurut Watson, mereka berkenalan 15 tahun di sebuah kafe di Glasgow. "Kami langsung cocok dan berpacaran sejak itu," imbuhnya.

 "Saya selalu kagum melihat efek tindiknya terhadap orang lain. Dia perempuan yang mengagumkan. Orang mungkin berfikir yang dilakukannya tidak konvensional. Tetapi dia  apa adanya, dan orang-orang menyayanginya kerana itu," papar sang suami.

 "Kalau Douglas tidak menyukai tato dan tindik saya, bererti dia bukan jodoh saya. Saya sangat bahagia," tegas Davidson.

 Ketika diakui secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness pada tahun 2000, Davidson hanya mempunyai 462 tindik, 192 di antaranya pada wajah.

 Perempuan yang pernah berprofesi sebagai jururawat itu kini memiliki 6.925 tindik, termasuk lebih dari 1.500 berada di bagian tubuh "internal". Kalau ditimbang, semua cincin dan hiasan tindiknya berberat hampir tiga kilo.

 Menurut situs peribadinya, Davidson "tidak pernah melepas cincin dan hiasan tindiknya". Katanya, keluarganya tidak menyukai tindiknya yang luar biasa itu.

Stress Dimarahi Ibu, Seorang Gadis Nekad Bunuh Diri di Masjid

gambar hiasan

REPUBLIKA.CO.ID, SEMARANG – Seorang gadis jatuh dari tingkat tiga masjid Baiturrahman, Semarang, Rabu (8/6). Korban dikatakan cuba berniat bunuh diri setelah bertengkar dengan ibunya.

Korban bernama Siti Munawaroh (20), warga Kampung Kledung Malang Kota Semarang. Siti anak terakhir dari empat bersaudara. Ayahnya bernama Untung, dan ibu bernama Suranti.

Saksi kejadian, Ivan Farhan (22) mengatakan sekitar pukul 17.00 WIB, korban dilihat bertengkar dengan kekasihnya, Agus Suparno (23). Agus sempat memberi helmet kepada Siti, namun helmet itu dilempar Siti. Agus kemudian meninggalkan Siti seorang diri di masjid. Setelah ditinggal Agus, Siti nampak termenung di tangga utama masjid. “Dia lalu ke dalam untuk solat maghrib,” kata Ifan.

Setelah solat, Siti kemudian pergi ke teres muka masjid di tingkat tiga yang menghadap Simpang Lima. Dari tingkat tiga, Siti kemudian menjatuhkan dirinya dengan kepala menghadap ke bawah. Menurut saksi yang lain, kejadian terjadi sekitar pukul 18.45 WIB. Tubuh Siti sempat menghempas kanopi masjid, lalu jatuh ke lantai . Siti pengsan seketika dengan luka memar di kening. Warga yang melihat langsung berkerumun.

Selang 15 minit petugas Polis datang ke TKP dan membawa korban ke hospital Telogorejo, Semarang. Agus, kekasih Siti, ditelefon petugas dan diminta hadir ke hospital untuk diminta memberikan keterangan. Dari keterangan Agus terungkap jika Siti sebelumnya mengalami stress akibat sering kena marah ibunya. “Dia sifatnya memang begitu, suka stress kerana masalah kecil,” kata Agus.

Agus mengaku mengajak Siti untuk pulang, namun Siti menolak. Katanya Siti, ia merasa lebih tenang di masjid. Kerana tidak berhasil memujuk Siti, Agus memutuskan untuk meninggalkannya kerana harus mengajar.

Kakak korban, Ratih Kusumadewi (22), membenarkan jika sebelumnya Siti terlibat pertengkaran dengan ibunya. Namun ia tidak menyangka jika adiknya nekad cuba bunuh diri. “Kelakuanya membuat malu keluarga,” kata Ratih.

Ketika ini Siti dalam rawatan petugas hospital. Petugas telah memberi ubat penenang dan mengubati luka-lukanya. Menurut petugas Polsek Semarang Tengah yang ikut membawa Siti, KSPK Wagiyo, Siti diduga melakukan cubaan bunuh diri. “Kesimpulan sementara adalah cubaan bunuh diri,” ujarnya

Perompakan Bank Bertopeng yang Terinspirasi dari Film The Town

source all picture by dailymail

Seorang lelaki dan wanita bertopeng telah merampok bank Chicago. Wanita itu berpakaian seperti biarawati dalam filem Ben Affleck, 'The Town'. Perampokan itu terjadi pada hari Minggu kelmarin pada jam 01.58.

Para pencuri bertopeng membawa beg penuh wang setelah mereka menyerbu bank di Palos Heights. Mereka membawa pistol dan memaksa para pekerja bank untuk menyerahkan wang sebelum mereka pergi.

Mereka melompat di atas meja dan mengancam teller bank dan menyuruh manager branch ke peti besi di mana beg ransel Nike dipenuhi dengan wang. Berikut screen shoot dari kamera CCTV:


Lelaki perlu 3 helai seluar dalam.wanita 10 helai apabila pergi bercuti seminggu


LONDON: Lelaki hanya perlu tiga helai seluar dalam apabila bercuti seminggu manakala wanita pula membawa 10 helai.

Perkara itu diketahui selepas penyelidik menyoal 1,294 lelaki dan wanita Britain yang pernah bercuti seminggu sejak 12 bulan lalu.
Ketika memberi alasan mengapa hanya perlu tiga helai saja, 12 peratus responden lelaki berkata mereka akan membasuhnya ketika cuti manakala 37 peratus lagi berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam pakaian mandi.

Pendirian sebanyak 51 peratus lagi responden mengenai isu itu tidak didedahkan.

Kajian itu dijalankan bagi laman web percutian Britain juga mendapati wanita negara itu membawa 34 barang ketika bercuti sedangkan lelaki hanya membawa 14.

Lelaki menggunakan barang yang dibawa bercuti sebanyak 98 peratus manakala wanita 62 peratus saja.

Selain itu, 47 peratus wanita membeli pakaian baru ketika di luar negara tetapi hanya enam peratus lelaki membeli
pakaian ketika bercuti. – Agensi

saya petik dari Berita Harian Online

Sanggup menyorok dalam beg besar sebab nak kebas barang

Pencuri oh pencuri...
saya petik dari kosmo online

BARCELONA: Seorang pencuri sanggup mengerekot dalam beg pakaian yang besar untuk mencuri barangan berharga dalam beg lain ketika berada dalam ruang bagasi bas lapangan terbang Sepanyol.
Menurut polis, pencuri itu mempunyai rakan yang akan membeli tiket bas dan meletakkan beg pakaian berkenaan dalam bas dari lapangan terbang Girona ke Barcelona di timur laut Sepanyol. “Sebaik perjalanan bermula dia akan keluar dari beg pakaian itu dan mennyelongkar beg lain untuk mencari barangan berharga serta menyorokkannya di dalam beg kecil yang dibawanya,” kata polis daerah Catalan dalam satu kenyataan. Pencuri itu kemudian masuk semula ke dalam beg pakaian tadi yang akan diambil rakannya pada akhir perjalanan.

Berikutan kes kecurian yang berlaku berulang kali, polis mengesyaki satu beg mencurigakan di atas bas pada 3 Jun lalu dan membukanya.

“Mereka lihat seorang lelaki mengerekot dalam beg itu bagaikan ahli jimnastik,” kata kenyataan itu. - AFP

Bantuan Pak Nil Berjaya Selamatkan Lelaki Hutang Along Bunuh Diri

Baik sungguh hatinya...
saya petik dari myMetro

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.
Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.


Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

Air pancut ditutup hujung minggu kerana digunakan untuk buang air besar dan kecil

NEW LONDON - Pemerintah setempat New London terpaksa mematikan air pancut pada saat akhir minggu, hal tersebut dilakukan kerana banyak yang menggunakannya sebagai toilet pada hari cuti tersebut.

Patung air pancut dengan bentuk ekor ikan paus tersebut, baru saja dirasmikan sebulan yang lalu.

Dewan Kota Michael Buscetto III mengatakan bahawa sejak air pancut tersebut dibuka, polis menerima banyaknya laporan bahawa air pancut tersebut sering digunakan untuk buang air kecil, buang air besar dan juga mandi.

Lebih lanjut dia mengatakan bahawa air pancut tersebut juga terkadang digunakan untuk mencuci luka dari para warga yang terluka.

Seperti dilansir Associated Press, Rabu (8/6/2011), Manager Kota Denis Rose mengatakan bahawa kini polis tengah mencari cara agar boleh mengawasi air pancut tersebut.

Sumber :okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved