Lelaki kurang ajar letak daging babi dipagar masjid dan di kasut jamaah yang sedang solat

on 07 Jun 2011

REPUBLIKA.CO.ID, BRISTOL – Seorang lelaki di Bristol, Britain ditangkap polis dan ditahan setelah didapati menggantung daging babi di pagar depan sebuah masjid di kota itu. Tak hanya itu, ia juga menaruh beberapa potong daging di kasut jamaah yang ketika itu tengah menunaikan solat Dzuhur.

Jamie Knowlson, pemuda itu, lari setelah ada pengurus masjid yang memerhatikan kelakuannya. Sambil berlari, dia melakukan ejekan dengan kata-kata kasar.

Jamaah Masjid Al-Baseera yang terletak di Wade Street di St Judes mengaku “muak dan sedih”.

Untunglah, polis bertindak segera. Berdasar informasi pengurus masjid, jejaknya dicari. Ia ditangkap di rumahnya dan mengakui semua perbuatannya.

Pihak polis Knowlson mengatakan dia tidak tahu bahawa menempatkan daging babi di kasut jamaah ‘akan menyinggung perasaan’. Ia mengatakan melakukan hal itu untuk bergurau saja dan menganggapnya lawak kecil. Namun ia kemudian mengakui ke polis bahawa ia telah menyedari sepenuhnya implikasi tindakannya.

Knowlson, dari Charlton Road, Kingswood, mengaku bersalah melakukan pelecehan ras atau agama. Di pengadilan Bristol Crown Court Knowlson dituntut hingga dua tahun penjara. Ia juga diminta untuk kembali ke masjid untuk meminta maaf secara peribadi atas perbuatannya.

Penuntutan di Bristol Crown Court, David Hunter mengatakan telah menjadi “pelanggaran terencana” dan bahawa komuniti Muslim telah secara khusus menjadi targetnya.

Pembelanya, Ian Halliday menyatakan Knowlson merasakan penyesalan yang mendalam dan mengatakan dia tengah mabuk ketika melakukan tindakan tersebut.

Ayah pelik,setiap pagi guna pakaian aneh semasa menunggu bas sekolah anaknya


UTAH - Rasa sayang seorang ayah terhadap anak lelakinya memang kadang boleh berlebihan. Bahkan perilaku kasih sayang tersebut boleh membuat malu sang anak.

Hal ini yang dilakukan oleh Dale Price di Utah, Amerika Syarikat (AS). Dirinya rela menunggu anaknya yang berangkat dengan bas sekolah dan melambai tangannya ke arah anaknya yang baru berusia 15 tahun.

Sekilas hal ini seperti umumnya dilakukan oleh para orang tua. Tetapi apabila hal tersebut dilakukannya dengan menggunakan kostum aneh setiap pagi, boleh jadi hal tersebut membuat malu anak itu.
Terlebih lagi Rain Price, anak dari Dale masih berusia 15. Usia dimana remaja mulai membesar dan kerap merasa malu akan kekurangan mereka.

Dale nampaknya tidak peduli dengan hal tersebut. Dirinya sudah menyiapkan 170 kostum gila yang dipakainya setiap pagi saat melepas anaknya ke sekolah. Setiap pagi Rain melihat ayahnya dengan menggunakan kostum dan melambaikan tangannya ketika pergi ke sekolah. Demikian diberitakan Telegraph, Selasa (7/6/2011).

Kostum gila yang dipakai salah satunya adalah kostum Dewa Zeus. Lengkap dengan wig berwarna putih dan tongkat, Dale melambaikan tangan ke arah anak lelakinya.
Terlepas dari itu, nampak rasa sayang Dale terhadap anak lelakinya, meskipun tidak jelas Rain menyukai perangai ayahnya atau tidak.
(faj)

Hebat..remaja 13 tahun cipta 'Smart Bell' anti pencuri yang boleh dihubungkan ke handphone

LONDON - Seorang pelajar 13 tahun asal Inggris berpeluang menjadi usahawan berjaya setelah menciptakan loceng pintu yang membuat seolah-olah rumah kosong anda tetap berpenghuni. Cara ini diharapkan boleh menggagalkan rancangan pencuri mencuri barang-barang di rumah anda.

Smart Bell ciptaan Laurence Rook ini akan menghubungkan loceng rumah ke handphone pemilik rumah ketika ditekan agar bioleh berhubung dengan siapapun yang berada di depan pintu mereka. Gadjet ini juga hanya menghasilkan sedikit white noise sehingga tamu tak diundang akan menyangka bahawa mereka berhubung melalui sistem interkom.

Menggunakan built in SIM card serta teknologi hondphone yang sudah ada, Laurence khabarnya sudah berhasil menjual sekira 20 ribu unit Smart Bell kepada raksasa telekomunikasi Commtel Innovate dan tengah menyelesaikan kesepakatan dengan perusahaan lain untuk menjual 25 ribu unit tambahan. Demikian dilansir Daily Mail, Selasa (7/6/2011).

“Ketika saya mulai mengembangkan Smart Bell, saya sedar ini boleh menjadi perangkat anti-kecurian yang bagus,” ujar Laurence.

“Kebanyakan pencuri oportunis akan membunyikan loceng rumah terlebih dulu untuk memeriksa apakah ada orang di rumah. Tapi Smart Bell memiliki cara tepat untuk mengatasi hal itu,” tambah remaja asal Surrey itu.

“Jika anda sedang keluar rumah dan ada pencuri yang datang membunyikanloceng rumah anda, setelah 10 saat Smart Bell akan menghubungi handphone anda sehingga anda boleh menjawab panggilan loceng tersebut,” jelas Laurence.

“Ada sedikit white noise dari perangkat ini sehingga akan terdengar seperti intercom. Pencuri tidak akan pernah menyangka anda sebenarnya tidak berada di dalam rumah,”tegasnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Warga Tajikistan Gemar Beri Anak dengan Nama-Nama Seram

REPUBLIKA.CO.ID,DUSHANBE – Salah satu kalimah paling terkenal William Shakespeare adalah ‘Apalah arti sebuah nama.’ Kalimah ini seringkali diulang untuk menekankan bahawa nama bukanlah hal terpenting dari diri manusia.

Namun, kalimah ini nampaknya tidak berlaku bagi Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon. Sebab, rakyat negeri Asia Tengah itu gemar memberikan nama-nama seram untuk anak-anak mereka.

Sebuah nama, menurut Rahmon, harus dibuat indah kerana sebuah nama akan memainkan peranan penting dalam menentukan takdir seseorang. Maka, sang presiden menyarankan agar para orangtua membaca kisah epik kuno Persia Shahnameh atau Buku Para Raja karangan Ferdowsi. Dalam kisah itu, lanjut Rahmon, banyak nama yang boleh digunakan para orangtua Tajikistan.

“Banyak nama indah dan bagus dalam buku Shahmaneh atau karya-karya klasik Tajikistan,” kata Rahmon. “Bagaimana mungkin seseorang memberikan nama seekor serigala untuk anak-anak mereka?”

Sebab, kata Rahmon, dirinya kerap ‘ketakutan’ ketika mengetahui nama keluarga seseorang. “Misalnya nama Gurgakov yang bererti serigala. Atau, Janjoliyev yang bererti konflik,” kata ayah sembilan anak itu. “Bagaimana mungkin seseorang memberikan nama seekor serigala untuk anak-anak mereka?”

Tajikistan, negara berbahasa Persia berpenduduk seramai 7 juta orang, adalah negeri Asia Tengah bekas Soviet Union termiskin. Negeri ini berupaya untuk melepas pengaruh budaya Rusia sejak runtuhnya Soviet Union pada 1991. Namun, secara ekonomi negeri ini masih sangat bergantung pada Russia.

Biarawan Kembar Meninggal di Hari yang Sama


TEMPO Interaktif, Buffalo - Biarawan kembar itu meninggal dalam usia 92 tahun dengan selang waktu beberapa jam akibat sakit jantung.

Selama 65 tahun, lelaki kembar identik, Julian dan Adrian Riester yang dilahirkan di Buffalo, New York, menjadi pelayan umat di Gereja Katolik Rom. Selain mengabdikan diri untuk Tuhan, keduanya bekerja di St. Bonaventure University New York, menjadi tukang kayu, mengurus taman, serta sebagai pemandu.

“Keduanya nampak menyukai pekerjaan itu,” kata Yvonne Peace, rakan kerja si kembar di St. Bonaventure Friary selama 21 tahun, Jumaat, 3 Jun 2011.

Menurut Bapa James Toal, wali St. Anthony Friary di St. Petersburg, kedua biarawan itu meninggal pada Rabu, 1 Jun 2011, di hospital Anthony di St. Petersburg akibat gagal jantung. Bruder Julian meninggal pagi, sedangkan Bruder Adrian selang beberapa jam di petang hari.

“Kami sangat terkejut atas pemergian beliau,” ujar juru bicara St. Bonaventure, Tom Missel.

Julian dan Adrian Riester lahir di Buffalo, 27 March 1919, dari pasangan Katolik Jerome dan Irving yang memiliki lima orang anak.

Penyanyi terkenal ini benci wanita setelah ditinggalkan isteri

Betul dah fobia dengan wanita...
saya petik dari kosmo online


Photobucket

LONDON - Penyanyi terkenal, Sir Bob Geldof mengaku membenci wanita selepas dia ditinggalkan isterinya, Paula Yates yang menjalin hubungan dengan penyanyi rock Australia, Michael Hutchence pada tahun 1995, lapor sebuah akhbar semalam.

"Isteri saya meninggalkan saya, saya kemudian menceraikan isteri. Hidup saya musnah akibat perpisahan tersebut.

"Saya tidak dapat menerima hakikat kehilangan (perpisahan) besar itu. Kepala saya menjadi berserabut. Saya sukar menemui penyelesaian terhadap masalah tersebut.

"Saya menganggap peristiwa ditinggalkan isteri cukup berat. Saya membenci wanita. Saya tidak mempercayai golongan ini lagi. Saya juga enggan berada dekat dengan mereka," jelasnya yang kini popular dengan lagu baharu, Silly Pretty Thing.

Geldof yang berusia 59 tahun itu mengejutkan peminat apabila dia membuat pengakuan mengenai kisah peribadinya sempena Festival Hay di sini baru-baru ini.

Yates yang merupakan pengacara televisyen meninggal dunia pada tahun 2000 akibat pengambilan dadah berlebihan.

Namun, dia juga mendedahkan bahawa aktres Perancis, Jeanne Marine berjaya mengubah perasaan bencinya terhadap wanita selepas mereka bertemu dan menjalin hubungan cinta.

Geldof dan Marine hidup sebagai pasangan sejak 15 tahun lalu. - Agensi

Kerana bunuh adik budak 12 tahun ini bakal dipenjara seumur hidup

Brutal jugak budak ni...
saya petik dari myMetro


Photobucket

MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi.

Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: “Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini.” Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu.

David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya.

Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya.

Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.

Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.- Agensi

Jangan simpan handphone di kocek belakang kalau tak nak jadi macam ni



menangis tak berlagu..kalau jadi macam ni

Bekas tentera laut yang ingin menjadi wanita

NORTH TYNESIDE - David Payne (48) adalah bekas anggota angkatan laut Kerajaan Britain secara berani memutuskan untuk melakukan transgender.

Sejak usia 28 tahun, Payne memang sudah tidak merasa nyaman berpenampilan sebagai seorang lelaki. Dulu dia sering menyatakan hasratnya untuk dapat menjadi seorang wanita.

“Sejak di usia empat tahun, saya sudah mempunyai fikiran bahawa seharusnya saya berada di dalam tubuh seorang wanita,” ujar Payne.

“Pada tahun 1960an, saya cuba mengungkapkan hasrat sesungguhnya kepada keluarga, namun keluarga saya tidak menyetujui. Hingga saya pun cuba berhubungan dengan seorang wanita,” imbuhnya.

Dia sempat menikah dengan seorang wanita selama tiga tahun dan memiliki seorang anak laki-laki.

Isterinya pada saat itu mendukung hasrat kewanitaan yang Payne miliki. Namun 11 tahun kemudian mereka berpisah dan Payne bergabung dengan Royal Fleet Auxiliary, untuk kembali menyembunyikan hasrat kewanitaannya.

Pada tahun 1998, Payne meninggalkan angkatan laut dan menikah lagi untuk yang kedua kalinya, namun isteri keduanya menceraikan Payne setelah mereka menikah selama tujuh tahun.

Seiring perceraiannya tersebut, Payne memutuskan untuk menjadikan dirinya sebagai seorangh wanita secara fizik, dan menggunakan nama wanita, yakni Natasha Gray, demikian dilapor Dailymail, Isnin (6/6/2011).

Kini dia tinggal di North Tyneside, Inggris, dengan anak lelakinya yang kini telah berusia 21 tahun dan seorang teman wanitanya yang bekerja sebagai manager di sebuah restoran cepat saji.

Payne, kini Gray, mengaku bahwa dia mendapatkan kesulitan untuk dapat diterima masyarakat setelah pilihan hidupnya yang baru tersebut.

Namun, anaknya menerima keputusannya. “Ini adalah hidupmu, Ayah,” ujar Gray mengikuti perkataan anaknya.

“Orang tua saya dan saudara kandung saya juga tidak mahu menerima pilihan saya ini. Saya pernah ke rumah ayah saya dengan memakai pakaian wanita, namun ayah menyuruh saya mengganti pakaian dengan menggunakan seluar panjang, kerana saya menyeramkan baginya,” ungkap Gray.

Gray kini berprofesi sebagai konsultan teknik mesin dan juga seorang penari eksotik.

Dia pun menjadi penasihat bagi orang-orang yang mengalami hal yang sama sepertinya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved