Polis tertipu,tembak buaya simen

on 06 Jun 2011

KANSAS CITY -Polis di Kansas City mendapatkan laporan pada Sabtu malam, laporan tersebut menyebutkan bahawa terdapat seekor buaya besar bersembunyi di kolam,” ujar juru cakap polis Tom Gentry seperti dilapor Reuters, Isnin (6/6/2011).

Para polis pun akhirnya menghubungijabatan haiwan yang memerintahkan untuk menembak buaya tersebut kerana pada ketika itu tidak ada petugas yang boleh membantu.

Seperti yang diperintahkan, seorang polis menembak buaya tersebut, tidak hanya sekali namun dua kali, namun tembakan itu ternyata hanya memantul, kerana buaya tersebut terbuat dari simen.

Pemilik kolam pun akhirnya memberitahu bahawa dia sengaja membuat buaya tersebut untuk menjauhkan anak-anak dari kolamnya, namun ternyata para penduduk yang panik.

Sumber :http://www.okezone.com/

Hebat...cara unik angkat batu bata


Hebat betul cara dia mengangkat batu bata..
kuat betul leher dan kepala orang ini...
cuba lihat videonya..




Yang terbaru dari seorang bernama Lady Gaga



Akibat hebohkan majlis harijadi di Facebook seramai 1600 orang tetamu yang tak dikenali hadir

Hamburg - Gara-gara melakukan jemputan di Facebook, sebuah pesta ulang tahun ke 16 seorang remaja dibanjiri ramai tetamu. Jumlah pengunjung mencapai lebih dari 1.600 orang, dan disebut-sebut sebagai pesta ulang tahun terbesar di Jerman.

Remaja asal Hamburg bernama Thessa ini bertindakdengan membuat undangan ulang tahun di Facebook sebagai even publik. Akibatnya, sekitar 15 ribu user Facebook merespons undangan tersebut.

Untuk mencegah kejadian yang tidak diinginkan, Thessa menghubungi polis setempat. Dan dugaannya benar, ribuan pengunjung dari seluruh Jerman benar-benar hadir di rumahnya untuk ambil bahagian dalam perayaan.

Sekitar 100 polis berjaga-jaga untuk menertibkan peserta yang datang. Mirko Streiber selaku juru cakap polis menyatakan Thessa sebenarnya hanya ingin mengadakan pesta private kecil-kecilan, namun undangan di Facebook itu mengubah segalanya.

Seperti dilansir Reuters dan dikutip detikINET, Isnin (6/6/2011), polis telah menahan 11 pengunjung pesta. Sebab mereka melakukan kekerasan dengan merosak properti atau melukai orang lain.

“Secara umum pesta berlangsung damai. Ada beberapa nyala api, kekerasan dan minuman alkohol membuat beberapa orang merosak properti. Terdapat pesta terancang yang lebih besar di Hamburg namun pesta ini mungkin adalah pesta ultah tidak terancang terbesar yang pernah terjadi,” kata Streiber.

Blunder di Facebook semacam ini pernah terjadi di Australia. Namun para pengunjung tidak sempat hadir kerana pesta dibatalkan

Saya nak boleh ?

KENAPA AKU PATUT LETAK BLOG ANDA DALAM BLOG LIST DI BLOG INI?
sebab: Blog ini memaparkan pelbagai info yang boleh dikongsikan 
bersama dengan pengunjung blog bro.Yang penting semua ini akan
memberi manafaat kepada semua pembaca.Kiranya situasi win..win lah....

Nenek 70 tahun buktikan usia tak menghalangnya untuk belajar di sekolah rendah

Menuntut ilmu tidak kira usia...
saya petik dari myMetro

JENIN: Seorang wanita Palestin berusia 70 tahun tidak merasa malu untuk duduk bersama dengan teman sekelasnya yang berusia lebih muda daripada cucunya di sebuah sekolah di Kampung Jaba, utara Tebing Barat.

Kedutan pada muka dan dengan tangan sentiasa terketar-ketar tidak menghalang Arifa Malaysha daripada meneruskan keinginan untuk belajar membaca dan menulis dari peringkat asas.


“Saya tidak bernasib baik kerana terlepas peluang untuk belajar ketika muda akibat kemiskinan. “Keinginan untuk bersekolah tidak pernah padam walaupun saya sudah tua.


“Saya ingin menghadiahkan diri saya dengan mendapatkan pelajaran walaupun terpaksa duduk bersama mereka yang lebih muda daripada cucu saya,” kata Arifa yang kini belajar di darjah satu.


Sebelum memasuki kelas secara rasmi, Arifa menghadiri pendidikan di sebuah sekolah untuk golongan buta huruf di kampungnya selama tiga tahun.


“Saya begitu gembira apabila sekolah itu dibuka di kampung kami. Ia membolehkan penduduk wanita belajar membaca dan menulis. “Kini saya yakin saya boleh membaca dan menuilis seperti golongan cerdik pandai lain,” kata wanita itu.



Menurutnya, sejak mula memasuki sekolah secara rasmi dua bulan lalu, dia sudah boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab di samping tahu mengira pada peringkat asas.


“Saya adalah wanita pertama dari kampung saya yang belajar di sekolah rasmi kerana saya sentiasa dahagakan pelajaran,” kata Arifa yang menyara kehidupannya dengan membuat botol tembikar.


Di rumah, katanya, dia akan belajar menulis dengan pensel di bawah cahaya lampu minyak tanah. Arifa berhasrat belajar mengenai sejarah Palestin supaya dia boleh menceritakannya kepada kanak-kanak di kampungnya. - Agensi

Kesian...Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh

Kesian...
saya petik dari myMetro


NILAI: Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh. Itulah tragedi berdarah yang menimpa seorang pekerja restoran makanan segera apabila ditemui mati dengan kesan tetak di Flat Cempaka Puri, semalam.

Lebih menyedihkan, mukanya turut ditekup bantal tidur sebelum ditinggalkan pembunuh terbabit yang kemudian melarikan komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Azizul Ali, 29, ditemui terlentang di dalam bilik tidurnya dengan kesan kecederaan teruk di kepala dipercayai ditetak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata teman serumah mangsa berusia 20-an yang kebetulan baru menamatkan syif kerja menemui mayat mangsa di atas tilam di rumah flat tiga tingkat itu.

“Teman serumah mangsa yang kebetulan mahu mencari komputer ribanya di bilik mangsa terkejut apabila melihat mayat berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala,” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro

Di Texas, Pemuda berseluar londeh atau saggy dilarang naik bas


TEMPO Interaktif, Texas - Di kalangan anak muda Amerika Syarikat, memakai seluar londeh atau saggy trousers dianggap hebat. Tapi, bagi sebahagian orang seluar itu sama sekali tidak sedap dipandang. Bahkan tiga tahun lalu, Presiden Barack Obama pernah mengecam gaya anak muda yang gemar memperlihatkan seluar dalam mereka. “Saudara-saudara anda mesti menarik seluar mereka,” katanya.

Pemerintah Texas agaknya juga geram dengan anak muda yang gemar memakai seluar londeh ini. Di beberapa kota di Texas, mereka yang memakai seperti ini dilarang naik ke bus. “Naikkan seluar atau cari kendaraan lain,” tulis peringatan di beberapa bas di Kota Fort Worth, Texas.

“Para penumpang lain tidak ingin melihat seseorang memakai seluar seperti itu,” kata Joan Hunter, Manager Komunikasi Transportasi Fort Worth. “Penumpang lain merasa mereka itu tidak sopan.”

Seluar londeh telah menjadi trend selama lebih dari 10 tahun lalu. Seluar itu sengaja dipakai menggantung rendah hingga memperlihatkan seluar dalam yang memakainya. Gaya berseluar seperti ini biasa dipakai oleh komuniti atau pecinta rap dan hip hop. Seluar ini juga menjadi simbol kebebasan.

Sebelumnya, Datuk Bandar Delcambre, Louisiana, Carrol Brousard, pernah mengeluarkan peraturan yang melarang pemuda-pemudi di sana memakai seluar londeh atau saggy itu. Bila melanggar, ancamannya enam bulan penjara dan denda US$ 500 .

Hanya Gara-Gara Berjanggut, Lelaki Ini Dipecat oleh Armani Exchange

REPUBLIKA.CO.ID, DUBAI–Armani Exchange di Dubai memaksa pegawai lelakinya yang berjanggut untuk mencukur janggutnya atau si pegawai kena denda.

Demikian pengakuan HA (25) dalam sidang pengadilan Dubai. Peristiwanya terjadi Februari lalu. HA dipanggil menghadap atasannya.

Dia langsung diberi pilihan, mencukur janggutnya yang tidak sesuai dengan standard perusahaan. HA, yang warga Syria ini, menolak. Ia menegaskan, memelihara janggut adalah haknya sebagai Muslim.

Armani Exchange lantas memecat HA . HA mengadukan perlakuan Armani Exchange ke pengadilan. Selain itu, dia juga mengadukan Armani Exchange ke Kementerian Tenaga Kerja Dubai.

HA beralasan, Armani Exchange tidak punya hak melarang pegawainya berjanggut atau tidak. Armani Exchange menegaskan, HA tidak boleh masuk pejabat kalau belum mencukur janggutnya.

Ketika HA datang ke kedai untuk bekerja, pengurus kedai Armani Exchange memanggil polis dan memberi HA denda. Dalam sidang, HA mengatakan kedai Armani Exchange juga menahan pasportnya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved