Tak Boleh Merokok, Tahanan Diberi Carrot

on 01 Jun 2011

WELLINGTON - Ada saja usaha yang dilakukan untuk menghentikan kebiasaan merokok, seperti hal yang diterapkan kepada para tahanan di New Zealand.

PusatTahanan Invercargill di New Zealand, berusaha untuk menghentikan ketergantungan nikotin para tahanan dengan memberikan carrot

Sedianya Rutan Invercargill akan melarang sepenuhnya para tahanan yang merokok pada Julai datang. Demi melancarkan niatan tersebut, para tahanan diberikan dua buah carrot per hari demi menghentikan kebiasaan buruk merokok, demikian seperti dilapor Straits Times, Rabu (1/6/2011).

Presiden Asosiasi Penjara Beven Hanlon, mengatakan sebelumnya dia berfikir bahawa cadangan tersebut hanyalah jenaka“Saya sebelumnya berfikir idea tersebut bukan idea terbaik, tapi patut dicuba juga,” ujarnya.

Hanlon yang juga pimpinan persatuan  mengatakan bahawa carrot tersebut tujuannya untuk mengalihkan fikiran para tahanan terhadap rokok. Langkah tersebut dinilai alternatif terbaik.

Sumber ;http://www.okezone.com/

Kesian...Wanita Ini Menderita Fobia Dengan Lelaki

VIVAnews - Jantungnya bergedup kencang. Keringat mengalir deras. Tubuhnya panas. Nafasnya pun seolah berhenti mendadak. Emily Day, 26, selalu mengalami serangan panik akut ini setiap kali berhadapan dengan lelaki. Bahkan, sekadar menghadapi lelaki pengantar bungkusan pun ia tak sanggup.

Doktor mendiagnosisnya menghidap androphobia, gangguan kejiwaan yang ditandai dengan ketakutan berlebihan terhadap lawan jenis. “Saya bukan lesbian. Saya boleh tertarik melihat foto lelaki tampan, tapi saya sungguh takut berhadapan langsung dengan lelaki,” katanya seperti dikutip The Sun.

Penghidap fobia ini umumnya memiliki trauma atau pernah menjadi korban kekerasan lelaki. Namun, trauma itu tak pernah terjadi pada Emily. Yang mungkin berperanan mengembangkan gangguan kejiwaannya adalah perceraian ayah dan ibunya. “Mereka bercerai ketika saya berumur enam tahun. Sejak itu saya tak pernah melihat ayah lagi.”

Emily menyedari ketakutan yang mungkin sangat tak rasional ini sejak kecil. Ia tak boleh melupakan serangan panik yang muncul saat ia membukakan pintu seorang lelaki yang bertugas menghantar parcel. Tubuhnya terbaring lemas. Saudaranya berpfkir ia terserang demam. “Efek fobia biasanya baru hilang setelah 10 minit sampai satu jam.”

Selain menghindari membuka pintu rumah saat ada yang mengetuk, ia juga harus memastikan tak bertemu ayah temannya saat datang berkunjung. “Saya tidak pernah memiliki kekasih. Saya sangat ketakutan menghadapi lelaki,” ujarnya. “Saya sangat sedar banyak orang yang mungkin melihat saya aneh.”

Ia sempat frustasi menghadapi keadaannya. Setelah mengetahui penyakitnya, ia mulai menjalani kaunseling psikologis. Selain terapi psikologis, ia juga mengikuti program pelatihan pernafasan untuk membantunya mengendalikan diri saat serangan muncul.

Bekerja sebagai asisten konsultan, Emely terus berjuang melawan fobia itu. “Saya berharap suatu ketika bertemu dengan lelaki yang boleh membantu saya melawan sakit ini. Lelaki yang boleh saya nikahi dan membuat saya hamil,” ujarnya.

Doktor di denda serta diberi amaran kerana tercabut gigi sihat

Kesilapan manusia..
saya petik dari Berita Harian

gambar hiasan

SINGAPURA: Seorang doktor gigi didenda S$3,000 (RM7,337.48) dan diberi amaran kerana tersilap mencabut dua batang gigi sihat seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC). 

 Dr Debbie Hong Pooi Mun, pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah selepas didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC). 
 Dalam kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007– satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah. 

 Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya. 

 Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah. 

 Selain didenda S$3,000 dan diberi amaran, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin. 

 Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. 
 Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat terbabit. 

 Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan  
dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah. – Agensi

Kesian...Ibubapa sakit mental sorok mayat bayinya didalam stor

Kesian bayi yang tak berdosa tu..
saya petik dari myMetro

SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.

Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.

Bercakap kasar,mencarut di tempat awam akan didenda di Australia

REPUBLIKA.CO.ID, MELBOURNE – Warga Australia menyukai gaya bicara yang sederhana tapi baru-baru ini kecenderungan itu ditetapkan dalam hukum yang akan membatasi gaya bicara seseorang.

Hukum itu bakal membolehkan polis untuk menjatuhkan denda di tempat bagi mereka yang diketahui menggunakan kata-kata sumpah seranah. Kota kedua terpadat di Australia itu dijadualkan menyetujui sebuah undang-undang baru minggu ini, di mana polis dapat menjatuhkan denda hingga 240 dolar Australia kepada orang-orang yang menggunakan kata-kata atau frase yang menyinggung.

Jaksa Agung Victoria Robert Clark mengatakan, denda tersebut mirip dengan denda yang diberikan bagi mereka yang tertangkap memecutt atau parkir ilegal, yang akan mengurangi beban polis.

“Ini akan memberikan polis alat yang mereka perlukan untuk dapat bertindak melawan perilaku buruk semacam itu di lokasi kejadian, daripada harus membawa pelaku ke pengadilan dan menghabiskan waktu dan wang dalam prosesnya,” kataya.

Namun bahkan para pengacara utama negara juga mengakui jika mereka kadang-kadang menyumpah. “Kadang-kadang saya menggumamkan sesuatu seperti orang lain juga mungkin,” katanya kepada radio ABC.

“Tetapi hukum ini tidak ditujukan untuk itu, hukum ini ditujukan pada perilaku yang menjengkelkan, sikap ofensif atau menyerang di depan umum yang membuat hidup tidak menyenangkan bagi orang lain,” demikian Robert Clark.

Pelik...Tumbuhan yang boleh menanam dirinya sendiri

VIVAnews - Para peneliti dari University of California, Berkeley, menemukan fakta adanya benih tumbuhan yang boleh menanam dirinya sendiri. Tumbuhan bernama Erodium cicutarium, yang memiliki keunikan ini.

Erodium cicutarium adalah tumbuhan berbunga yang termasuk dalam family Geranium. Tanaman ini biasanya tumbuh di iklim hangat.

Benih tumbuhan yang juga dikenal dengan sebutan Redstem filaree ini mengubur diri dengan cara memutar. Berputar seperti mesin penebuk, Redstem filaree bergerak ke bawah untuk menempatkan dirinya di tanah.

Keunikan ini pertama kali dipublikasikan dalam Journal of Experimental Biology. Dalam jurnal ilmiah itu disebut, saat buah menumbuh, bibit dalam keadaan basah. Namun ketika bibit mengering, muncul untaian bibit yang kemudian akan bergerak memutar spiral seperti mesin penebuk.


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved