O La la.., Nenek Hampir Monopause Di katakan Hamil Dua Bulan!

on 30 Mei 2011

PAHANG, RIMANEWS —- Kes salah diagnosa tengah menjadi perbincangan hangat . Seorang doktor di negeri itu mendiagnosa seorang wanita separuh baya yang sudah berada di ambang menopouse mengandung dua bulan.

China Press melaporkan, wanita ini sebelumnya telah memiliki dua anak, usia 21 dan 28 tahun. Ia mengaku sangat terkejut dengan pengesahan doktor tentang kandungannya, sebelum akhirnya ia berusaha mendapatkan opinion kedua dari doktor lainnya.

“Saya dan suami saya memang sama-sama tak menggunakan kontrasepsi, namun saya tak berfikir bahawa saya boleh hamil,” katanya. Mereka berdua mengaku panik saat ia telah tidak datang haid dua bulan, dan kepanikan memuncak saat doktor mengesahkannya hamil.

Kemudian mereka mencari doktor lain. Sang dokter menjelaskan, lambat datang bulannya bukan kerana dia hamil, melainkan keraa sudah masuk masa menopouse. Olalala…

Gambar Agnes Monica keluar hospital

Sejak beberapa hari lalu, penyanyi Agnes Monica menjalani rawatan di Hospital Siloam, Jakarta Barat kerana cedera punggung ketika berlatih. Minggu (29/5/2011), dokter sudah memperbolehkan Agnes pulang.



Setelah lima hari dirawat kerana mengalami cedera otot di punggung, Agnes Monica akhirnya diperbolehkan keluar dari di Hospital Siloam, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Minggu 29 Mei. Untuk memulihkan keadaan, Agnes tetap harus menjalani fisioterapi dua kali dalam sehari. Selain itu, ketika keluar dari rumah sakit, Agnes masih menggunakan kerusi roda dan penyangga leher.

Wow..polis Vietnam dilarang pakai cermin mata hitam

Pemerintahan Komunis Vietnam telah mengeluarkan larangan kepada pihak polis untuk mengenakan kacamata hitam, chatting, merokok dan meletakkan tangan di saku mereka ketika mereka bertugas di tempat awam seperti ditulis laporan media tempatan Vietnam.

 Peraturan yang ditetapkan oleh kabinet baru dari Kementerian Keamanan Publik Vietnam ini memaparkan alasan penetapan aturan tersebut. Menurut pihak Kementerian, petugas polis harus menjaga tata krama yang tepat dan berada dalam posisi yang tepat ketika bertugas, seperti tertulis di website Surat Khabar berbahasa Inggris Toui Tre yang dikuasai pemerintah.

 "Ini bererti polis lalu lintas tidak boleh bersembunyi di balik pohon untuk 'menyergap' dan mencari denda," ujar juru cakap Kementerian setempat dikutip dari chinapost.com.

 Laporan itu, juga mengatakan polis pada tugas-sekarang dilarang membaca buku, membuat atau menjawab panggilan telefon , minum alkohol atau makan di restoran.

 Peraturan ini dibuat kerana polis Vietnam yang dituduh korup, tidak bekerja baik dan bercitra buruk. Upaya ini guna meningkatkan citra kepolisian, pemerintah Vietnam juga menerbitkan sejumlah peraturan yang harus ditaati para polis yang tengah bertugas.

 Dalam catatan lembaga Human Right Watch (HRW) yang dihimpun 2009, terdapat 19 laporan kes kekerasan yang dilakukan polis yang menewaskan 15 orang. Mereka mendesak pemerintah Vietnam untuk menyelidiki kekerasan yang dilakukan polis tersebut.

Gunakan Toilet Presiden, Seorang Polis Ditahan Tiga Minggu

REPUBLIKA.CO.ID,HARARE – Seorang polis Zimbabwe ditahan gara-gara menggunakan toilet peribadi Presiden Robert Mugabe (87). Sarjan Alois Mabhunu, nama polis  tersebut, terpaksa duduk di penjara selamat tiga minggu.

Kejadian ini bermula ketika Mabhunu bertugas di sebuah acara pameran perdagangan Bulawayo pada 7 Mei. Sebuah toilet disiapkan khusus untuk Mugabe yang hadir dalam acara tersebut. Beberapa penjaga pun ditempatkan untuk menjaga toilet jika sang presiden tiba-tiba saja sakit perut saat acara berlangsung.

Tapi, Mabhunu yang saat itu sakit perut. Dia langsung bergegas ke toilet kelas pertama yang tidak lain adalah toilet khusus Mugabe. Petugas sudah mengusir Mabhunu, tapi entah bagaimana dia akhirnya boleh menemukan jalan untuk melepas hajatnya di toilet sang presiden.

Petugas, yang melihat Mabhunu masuk ke toilet Presiden, tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mabhunu menguncinya dari dalam. Mabhunu akhirnya berhasil melepas hajat. Tapi setelah selesai, Mabhunu langsung ditangkap ketika keluar dari toilet Mugabe.

Juru cakap polis, Mandlenkosi Moyo, menolak untuk memberi komen. Dia menyatakan masalah Mabhunu merupakan masalah dalaman polis..

Robert Mugabe memerintah Zimbabwe sejak dia membantu negara Afrika itu memerdekakan diri dari Inggris pada 1980. Dalam sejarah rejim despotik, polis dan keamanan digunakan sebagai alat politik untuk mengancam para rival politiknya.

Mugabe berkuasa selama 31 tahun dengan menerapkan gaya kekuasaan ala Uni Soviet. Dia menempatkan satu skuadron besar polis rahsia dan tentara untuk menjaganya ke mana pun dia pergi.

Mengomentari soal kes toilet Mugabe, pengacara hak asasi manusia Beatrice Mtetwa mempertanyakan dakwaan yang dijatuhkan kepada Mabhunu. ”Harus ada hukum yang menyebutkan toilet itu toilet presiden. Toilet itu berada di tempat umum sehingga siapa pun berhak memakainya,” tandasnya.

Gila...Wanita ini berbogel didepan balai polis kerana disuruh "roh"

Polis Chicago menemukan seorang wanita bogel di luar pejabat polis. Wanita itu mengatakan, ia bugil karena diminta ‘roh’ melepas pakaian dan pergi ke balai polis.

Para penyiasat mengatakan, tiga petugas polis menemukan wanita berusia 52 yang namanya tak disebutkan itu sedang berdiri di barat daya Gurnee Police Station pada pukul 7.30 pagi waktu setempat.

Polis mengatakan, wanita itu mengaku ‘dibangunkan roh di apartmentnya’ dan disuruh bogel kemudian berjalan menuju ke balai polis.

Wanita ini kemudian dibawa ke Vista Medical Center East di Waukegan dan akan diperiksa keadaanya secara psikologis.

Wow…Luar Biasa, Nenek Ada Six Pack di Usia 74 Tahun

VIVAnews – Usianya sudah senja, 74 tahun. Namun jangan pernah kata, dia sudah tua, apalagi renta.  Badan Ernestine Shepherd bahkan jauh lebih fit dan sihat dari perempuan lain yang lebih muda puluhan tahun.

Nenek sihat berasal Baltimore ini bahkan dinobatkan sebagai ahli bian badan wanita tertua versi Guiness Book of World Records.  Washington Post, Shepherd dengan yakin mengatakan, “usia hanyalah angka.”

Dan, tubuhnya yang kencang, perut ‘six-pack‘ adalah bukti sahih, perkataannya bukan kata kosong. Atas pencapaiannya itu, Shepherd menjadi ‘icon’ pusat kesihatan Baltimore. Suaminya yang dia nikahi selama 54 tahun, Collin Shepherd bahkan cemburut, ia sulit mencegah para lelaki mendekati sang istri yang mengagumkan ini.

Selain menjadi instruktur fitness, Shepherd juga terkadang menjadi model. Untuk menjaga fiziknya, nenek segar ini terus berlatih keras di bawah bimbingan Yohnnie Shambourger (57),bekas peraih gelar Mr Universe. “Perut six pack adalah identitinya,” komen Shambourger soal Shepherd.

Lalu, apa rahsia Shephere memiliki fizik menakjubkan di usia tua? Jelas ini tak secara segera, sebuah proses yang menuntut kedisiplinan dan kemahuan keras.

Tiap pagi Ernestine Shepherd bangun pada pukul 03.00, setelah meditasi ia lari pagi 10 km dan latihan angkat beban. Makanan pun dijaga ketat, tak sembarangan. Dia hanya makan nasi merah, dada ayam rebus tanpa kulit dan lemak. Ia juga minum telur putih mentah, tiga kali sehari. Tak pernah tertarik makan makanan manis.

Dalam 18 tahun terakhir, Shepherd mengikuti dalam sembilan lumba marathon, dan dua pertandingan bian badan.

Yang menarik,  di masa tuanya Shepherd menemukan tekad untuk hidup segar. Dulu, kata dia, bentuk badannya mirip ‘kentang’. Di usia 56, ia dan kakaknya, Mildred, menyedari tubuh mereka yang mulai lembek.

Lalu, mereka berdua mulai sering berlatih di pusat kesihatan. Hasilnya, terlihat pelan-pelan. Puas, dua bersaudara ini saling memberi semangat, bahkan ikut pertandingan bina badan Setelah kematian Mildred,  Ernestine sempat patah semangat, sampai ia teringat ‘janji kelingking’ yang ia buat bersama sang kakak: untuk terus berusaha.

Meski banyak yang kagum, Shepherd mengaku ada juga yang mengritik cara hidupnya. Kata mereka latihan beratnya itu akan membuatnya  cepat mati.

Lalu apa jawaban dia? “Semua orang bakal mati, namun aku menjalani hidup yang berkualiti,” kata nenek yang mengidolakan Sylvester Stallone itu. (Daily Mail)

Pelik..sekolah larang muridnya bersalaman,menepuk bahu dan berpelukan

Sebuah sekolah melarang adanya aktiviti yang melibatkan fizik antara murid seperti berpelukan, salaman atau menepuk bahu kerana untuk menghindari kes bullying (tindakan yang tidak pantas) dalam sekolah.

 Dayna Chong, murid berumur 15 tahun di sekolah Quest Academy, terpaksa duduk sendirian dan harus melepaskan waktu rehatnya hanya kerana memeluk temannya sambil memberi salam.

 Ibunya, Anita, mengatakan bahawa aturan ini "ekstrim" dan "menggelikan hati". "Jika berpelukan saja dilarang di dalam sekolah, diantara mereka akan ada yang mengalami kesulitan dalam berinteraksi secara sosial," Ujarnya.

 Hal yang serupa terjadi kepada anak perempuan Sarah Hope, anak yang berumur 15 tahun dikenai hukuman hanya keranana menepuk bahu kawannya. Menurutnya, ini adalah peraturan yang sangat pelik, Ia sedih anaknya harus kehilangan momen bila berdekatan dengan teman-temannya.

 Juru cakap dari Quest Academy sendiri mengatakan: "Hubungan fizik antara murid tidak diperbolehkan kerana seringkali  yang terjadi adalah tindakan yang tidak pantas atau bullying yang dapat mengakibatkan terjadinya perkelahian."

Gila..majikan suruh masak babi dan berhutang gaji dengan pekerja

Melampau...
saya petik dari myMetro

TAIPEI: Satu pasangan Taiwan disiasat selepas didapati memaksa pembantu rumah warga Indonesia yang beragama Islam supaya memasak babi di restoran mereka, lapor media tempatan, semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Ati itu turut mendakwa majikannya di selatan bandar Chiayi berhutang bayaran gaji sebanyak AS$4,100 (RM12,300), lapor akhbar United Daily News. Ati, 28, memberitahu polis dia diambil bekerja untuk membantu ibu majikan lelakinya yang tidak pernah ditemui sejak dia datang dua tahun lalu. Malah, majikannya meminta dia memasak babi di restorannya. Pasangan itu kini disoal siasat kerana mencabuli hak pekerjanya. - AFP

Gempak..budak 10 tahun tangkap buaya

Betul-betul berani budak ni...
saya petik dari kosmo online

ROCKLEDGE - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.

Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.

Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.

Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.

"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.

Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - Agensi

Janda rindukan bau bekas laki,menyesal minta cerai

Bila nasi dah jadi bubur...
saya petik dari myMetro

KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.

 “Untuk mengubat rindu, saya minta kain pelekat dan tuala bekas suami untuk hidu baunya,” kata seorang janda hanya mahu dikenali sebagai Noor. 

 Wanita berusia 49 tahun itu mengaku perceraian dengan suaminya dua tahun lalu berpunca daripada kesilapannya sendiri yang tidak mahu dikongkong dan suka memarahi suami biarpun ketika itu dia bekerja sebagai guru mengaji al-Quran. 

 Noor berkata, sikapnya itu menyebabkan rumah tangganya sentiasa diselubungi masalah hingga dia nekad meminta cerai daripada suaminya.

 “Selepas bercerai, saya hanyut dalam kehidupan melalaikan seperti sering ke pusat karaoke mengubati kekecewaan,” katanya yang dikurniakan lima cahaya mata hasil perkongsian hidup itu.

Mengintip Proses Pembuatan Rumput Sintetis








Remaja India Bakar Diri Bagi Menuntut Negara Baru

Seorang remaja di India,  mati bunuh diri dengan membakar dirinya hidup-hidup ketika bantahan di Kota Hyderabad, bagi penyokong pembentukan negara wilayah selatan, Telangana. remaja itu S. Yadaiah, akhirnya mengembuskan nafas terakhir di rumah sakit.


Seperti yang dipetik dari  BBC, remaja berusia 19 tahun itu menyiram dirinya dengan minyak petrol dari botol yang disimpan di dalam poketnya. Ia menyalakan api ketika menyaksikan prosesi mahasiswa.

Remaja yatim yang menganggur  itu meninggalkan sebuah catatan. Dalam tulisannya, ia menganggap bahawa pebentukan  negara baru akan membuatkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Catatan bunuh diri yang ditemukan di dalam poketnya menunjukkan bahawa ia merasa kecewa kerana kurangnya peluang kerja yang didapati,” kata pejabat polis, Srinivasa Rao, seperti dipetik dariThe Indian Express.

Dalam kempen tersebut menyatakan bahawa pembentukan negara baru pembangunan ekonomi telah diabaikan untuk kepentingan pihak Telangana yang lebih kaya dan lebih kuat. Dengan demikian, negara baru adalah satu-satunya penyelesaian.

Pada bulan Disember lalu, kerajaan India menyatakan Telangana akan menjadi negara baru dari daerah utara Andhra Pradesh. Namun, masih memerlukan perbincangan yang cukup panjang. Keputusan akhir untuk mencipta sebuah bangsa baru di tangan Parlimen India.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved