Dipecat Hanya kerana Tatap Mata Arnold Schwarzenegger

on 27 Mei 2011

TRIBUNNEWS.COM - Cinta gila sepertinya telah merasuk ke Arnold Schwarzenegger. Dari pengakuan sejumlah saksi , bintang Hollywood dalam filem Terminator tersebut seolah menghalalkan segala cara guna menutupi perselingkuhannya dengan sejumlah wanita.

Arnold diketahui sering menggunakan wang dan fasiliti negara guna berselingkuh di sebuah hotel mewah, Hyatt Regency Hotel di Sacramento.

William Taylor, veteran penegak hukum yang pernah menjadi ketua keamanan di hotel itu mengungkapkan sebahagian besar pegawai hotel dan staf gabernor tahu semua yang terjadi, tetapi mereka semua terlalu takut untuk bicara, kerana Schwarzenegger mengintimidasi mereka begitu rupa, misalnya tidak boleh bertatap mata langsung dengannya.

Dilansir National Enquirer, yang mengejutkan, kata Taylor, dua staf hotel dipecat gara-gara berani menatap mata Schwarzenegger. “Setelah itu, tak satu pun orang berani bercakap soal kegiatan rahsia  bintang itu, bahkan di antara mereka sekalipun, takut dipecat,” kata Taylor.

Tuduhan Taylor, yang harus melalui 'lie detector' untuk mengungkapkan testimoni tersebut- menambah panjang daftar tuduhan yang diletakkan kepada Schwarzenegger, setelah ia mengungkap perpisahannya dengan Maria Shriver yang telah dinikahinya selama 25 tahun.

Tak lama setelah itu terungkap, Schwarzenegger punya anak dari hubungan gelapnya dengan salah satu staf rumah tangga gabernor, iaitu Mildred Baena. Aktor Hollywood ini juga dikatakn memberikan wang 65.000 dolar AS sebagai wang muka pembelian rumah Baena di Bakersfield California. Rumah itu dibeli agar anak yang menginjak remaja itu punya tempat berteduh.

Taylor mengaku, berani buka suara kerana Schwarzenegger memanfaatkan dirinya, pasukan keamanan hotel dan CHP untuk menyalahgunakan wang negara dan menipu keluarganya. “Saya suka kebenaran tentang orang ini akhirnya terungkap dan saya yakin bukan satu-satunya yang percaya dia buat dan sepatutnya dia menerima ini semua,” tanda Taylor.

Impak dari pengakuan Taylor itu cukup besar. Anggota DPR mulai menyerukan dibentuknya penyelidikan soal benar tidaknya Schwarzenegger menggunakan wang negara untuk memenuhi keperluan syahwatnya ketika menjadi gabernor California.

Buang Bayi ke Tong Sampah,Ibu Ditahan

ERIE - Ditemukan jasad kanak-kanak berumur 14 bulan dalam beg di sebuah tong sampah. Bayi nahas itu nampak kurus, disyaki meninggal akibat kekurangan nutrisi.

Tania R Coleman, wanita berusia 20 tahun yang mengakui bahawa dia adalah ibu kanak-kanak yang meninggal itu. Pihak berkuasa setempat mengatakan, Tania sedang hamil dan memiliki dua anak perempuan yang berusia dua dan tiga tahun. Demikian dilansir Associated Press, Jumaat (27/5/2011).

Penyisatan sedang dijalankan mengenai kematian kanak-kanak ini. Kekasih wanita yang berusia 19 tahun juga ditahan.

Xavier disyaki cuba menyembunyikan kematian putri Tania dengan cara membuang jasadnya jauh dari rumah.

Kedua orang itu ditahan dengan tuduhan menyembunyikan kematian seorang anak dan membuang mayat. Tania juga didakwa atas tuduhan penganiayaan anak.(rhs)

Kaki Dimakan Tikus, Kura-Kura Berjalan dengan Skateboard

LONDON – Tuly, seekor kura-kura malang yang kehilangan satu kakinya, kini tidak perlu risau lagi. Kini dia boleh melangkah lebih cepat, dibandingkan teman-teman yang lainnya.

Tuly kehilangan kakinya dengan sedih sekali.. Kaki depan kanannya hilang kerana dimakan seekor tikus ketika ia sedang kelaparan.

Berkat idea gadis cilik Eleanor, anak dari Philip Chubb (64) seorang penggagas kelompok pecinta kura-kura, Tuly tak lagi kesulitan berjalan.

Di bawah badan Tuly dipasangkan papan yang diselipkan sebuah roda sebagai pengganti kaki. “Kami mendapatkan Tuly di sebuah klinik doktor haiwan, setelah ia menjalani pembedahan buang kaki demi keselamatan nyawanya,” ujar Philip Chubb, seperti dilansir Orange, Jumat (27/5/2011).

“Pada saat itu dia terlihat sangt lemah. Boleh bergerak dan berjalan namun sangat lambat,” imbuhnya.

Kulit bawahnya selalu tergesek ketika ia berjalan. Hal tersebut dapat menambah komplikasi bagi Tuly.

“Tuly nampak tak keberatan diletakkan di atas roda tersebut dan nampak senang meluncur. Dia sekarang benar-benar kura-kura tercepat yang kita miliki dan lucu,” tegasnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Video: Buat Audi A7 Dari Kertas

jangan lupa undi BEN ASHAARI DI SINI

Selalu ada cara unik yang dipilih pembuat kereta dunia untuk memperkenalkan produk barunya ke pasaran, Audi salah satunya. Kereta keluaran Jerman yang bermarkas di Ingolstadt ini menampilkan video unik salah satu model barunya A7 mengaplikasikan teknik kerajinan kertas di pameran New York Auto Show yang tengah berlangsung di "The Big Apple" .

Audi Amerika Syarikat menggundang designer grafik Taras Lesko untuk mewujudkan hal ini dan memerlukan waktu 10 hari untuk menyiapkan.Total 285 guntingan kertas yang dicetak melalui printer warna dan dipotong-potong, lalu disambung dengan bantuan gam. Hasilnya, luar biasa. Kereta dibuat bukan cuma tampilan luar, tapi juga sampai interiornya. Jom Lihat Videonya!






Lelaki terajang pemandu ambulan yang memandu perlahan demi isterinya

Seorang lelaki yang tidak sabar, menendang keluar pemandu ambulan dan memandu ambulan itu sendiri ke hospital di Wuhan, China.

Lelaki yang bernama Lin ini khuatir akan keadaan isterinya yang tidak sedarkan diri setelah meminum racun setelah mereka bertengkar pada tanggal 13 Mei lalu.

Dia pun memanggil ambulan untuk segera membawa isterinya ke hospital di daerah Jianyu, dan setelah diperiksa disana, doktor memutuskan isterinya harus dirawat di hospital daerah.

Di perjalanan, Lin komplen ke pemandu ambulan kerana menurut dia ambulan berjalan terlalu perlahan. Dan setelah melalui satu jam perjalanan, dia memutuskan untuk mengambil tindakan drastik. Ketika ambulan berhenti di lampu merah daerah Wuhan, Lin memecahkan kaca pengemudi dan memberitahu ke pemandunya bahawa dia yang akan memandu sendiri ambulan tersebut. Polis mengatakan bahawa dia mengancam pemandu ambulan dengan pisau dan menendang si pemandu keluar sebelum akhirnya membawa ambulan itu ke hospital.

Si pemandu melaporkan kejadian itu kepada polis namun pada akhirnya menolak untuk meneruskan kesnya kerana merasah iba dengan Lin.

sumber: chinadaily

Terpaksa runtuh dinding rumah untuk keluarkan pesawat yang dibuat dibawah tanah

Dahsyat betul lelaki ni..
saya petik dari myMetro

CAMP HILL: Di kawasan pinggir bandar seperti Cumberland County, sudah menjadi perkara biasa untuk melihat penduduknya meletakkan kereta di laluan masuk ke rumah.

Tetapi tidak ada orang yang menyangka akan melihat apa yang ada di besmen kediaman Dan Reeve - sebuah pesawat dua tempat duduk.


Jirannya tidak menyedari hal itu hinggalah Reeve memecahkan dinding untuk mengeluarkan pesawatnya.Menurut Reeve, dia menghabiskan masa sembilan tahun membina pesawat berkenaan di rumahnya.


Pesawat itu tiba dalam bentuk kepingan menerusi mel dan akhirnya menjadi terlalu besar untuk dimuatkan di besmen kediamannya.Reeve terpaksa menggali parit dan meruntuhkan dinding untuk menarik keluar pesawat itu menggunakan trak dan dengan bantuan beberapa jiran.

Menurut Reeve, jirannya hanya mengetahui apa yang dilakukannya selepas dia memasang sepanduk yang berbunyi ‘Pemindahan Pesawat pada Rabu’ di tempat letak keretanya. - Agensi

Anak kacukan harimau dan singa disusukan oleh seekor anjing betina

Pndai betul anjing ni...
saya petik dari kosmo online

BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi

Kerana sering dibuli disekolah,pelajar 12 tahun toreh muka jiran untuk lepaskan geram

Akibat tekanan...
saya petik dari myMetro

SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi semalam, Azlina Ahmad, 24, cedera di tangan kiri dan muka serta menerima 14 jahitan selepas ditoreh kanak-kanak berkenaan di tempat letak kenderaan di rumahnya di Seri Era Apartment, Desa Latania, Seksyen 36 di sini.

Ketika ditemui semalam, Azlina yang masih trauma dengan kejadian tanpa disangka itu berkata, sewaktu kejadian dia hendak ke tempat kerjanya di Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) di Subang.

“Saya nampak budak itu di belakang kereta saya. Dia memakai seragam sekolah menunggu bas ke sekolah. Kemudian dia menghampiri saya yang ketika itu mahu menghidupkan enjin kereta.

“Budak itu bertanya sama ada saya mengenali tukang urut kerana ibunya sakit. Saya kata, nanti saya cuba tanyakan. Tiba-tiba saya nampak dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang sebelum melibas-libaskan benda itu terhadap saya,” katanya.

Gempak...handphone Porsche (mesti lihat)

Porsche Phone, begitulah orang-orang menyebutnya, Handphone ini sangatlah unik, dilihat dari namanya saja kita sudah boleh meneka dimana letak keunikanya.Keunikan handphone ini adalah bentuknya yang menyerupai kereta Porsche.Porsche Phone ini adalah handphone unik terbatas yang diproduksi oleh salah satu perusahaan Handphone di China.
 Jangan salah, Walaupun Bentuknya seperti kereta dan sering dianggap sebagai handphone mainan, namun Handphone ini mempunyai fungsi yang sama dengan Handphone biasa bahkan ada beberapa keunggulan-keunggulan yang dimiliki oleh Handphone ini, diantaranya support 2 Mpx digital camera, TFT display, MP3/MP4 playback dan microSD slot.

 Harga Handphone ini juga lumurah , iaitu $169 .

Sekarang Dah Ada Game Online untuk Kucing Anda

INILAH.COM, London – Sekarang, kucing Anda tidak akan kacau anda lagi. Mereka boleh main game online melalui iPad.

Friskies, pengeluar makanan haiwan, mengeluarkan game internet untuk iPad, khusus untuk dimainkan kucing. Nama permainannya iaitu Cat Fishing!, Party Mix-Up!, dan Tasty Treasures Hunt!.

Mereka melihat peluang bahawa kucing senang memainkan game di layar monitor. Semua game itu dapat diakses secara online lewat iPad.

Jenis permainannya dirancang dengan bentuk dan gambar warna-warni, serta gerakan-gerakan grafis flash yang menarik perhatian kucing. Selanjutnya kucing akan merespon gerakan tersebut dengan cakar mereka.

Layar iPad terbuat dari kaca dan tidak akan mudah rosak jika dicakar kucing. Tapi Friskies mengingatkan bahawa komponen iPad yang terbuat dari plastik bisa jadi akan rosak tergores.

Nah, jika kucing saja sudah boleh main game online, jangan sampai iPad Anda jadi rebutan.




Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved