Tabung berusia 2 ribu tahun dijumpai

on 26 Mei 2011

Lebih dari 1.200 keping duit syiling ditemukan dalam tabung peninggalan zaman Romawi, yang ditemukan di bekas kem angkatan bersenjata Britain.

 Duit syiling tersebut yang berusia  dua ribu tahun tersebut ditemukan dalam sebuah bekas berwarna abu-abu pada sebuah gedung di wilayah Colchester, Essex, Britain Demikian seperti yang dikutip dari Express.

 Tempat penyimpanan tersebut terbuat dari tembaga yang ditutupi oleh lapisan perak. Kini temuan tersebut dikirim ke British Museum di London untuk diteliti lebih lanjut.

 Philip Crummy,  dari Colchester Archaelogical Trust, mengatakan bahawa duit syiling tersebut sebelum ditanam sudah dilindungi cukup baik.

 Crummy percaya kalau wang tersebut ditanam  pada abad ke-3 sesudah masehi, namun sang pemilik kesulitan untuk menemukan lokasi penguburan harta tersebut.

 "Tahun 270 sesudah masihi di Inggris adalah waktu yang sulit di wilayah timur Inggris, kerana perang sivil di Kerajaan Romawi.

 "Ini adalah sebuah penemuan yang sangat menakjubkan," ujar Simon Brown, Managing Director dari Taylor Wimpsey East London.

sumber:
techno.okezone.com

Kerana Harold Camping ramal berlakunya kiamat ,remaja 14 tahun bunuh diri

Gadis 14 tahun dari Volga Republic of Mari El, Rusia, menggantung diri sendiri, Sabtu lalu (21/5). Penyiasat mengatakan, gadis ini takutan pada ramalan kiamat yang dibuat Harold Camping.

Pada 21 Mei 2011 dunia kiamat, begitulah ramalan Harold Camping yang terbukti salah. Penyiasat Alexander Kosharin mengatakan, perilaku gadis ini berubah secara dramatik ketika dia mengetahui perihal ramalan Camping.

"Paus pergi ke daratan dan burung sekarat. Kejadian itu merupakan awal kiamat. Kita bukanlah orang alim, hanya orang alim masuk syurga, lainnya akan tetap berada di Bumi menghadapi pedih yang tiada tara," tulisnya dalam ‘buku catatan kematiannya’.

“Saya tak mahu mati seperti kebanyakan orang. Itulah sebabnya saya bunuh diri sekarang,” isi pesan terakhir gadis itu.

Ketika ini para penyiasat sedang menyelidiki hubungan gadis ini dengan ‘kelompok informal pemuda’ atau ritual keagamaan.

Pemandu trak mengelembung seperti belon kerana pam udara tertusuk ke buntutnya

VIVAnews - Seorang pemandu trak dari New Zealand menggelembung badannya seperti balon ketika buntutnya tertusuk sebuah pam udara untuk gigi mesin kendaraannya. Udara sebanyak 100 pon per inci persegi mengisi badannya.

Steven McCormack sebelumnya berdiri di atas tempat kaki traknya pada Sabtu 21 Mei 2011 lalu. Namun dia tergelincir dan jatuh, mematahkan sebuah saluran udara ke saluran air untuk gigi mesin kendaraannya.

McCormack jatuh dengan sangat keras sehingga buntut kirinya tertusuk saluran udara dan seketika mengepamkan udara ke badannya. “Saya merasakan udara kuat masuk ke badan dan saya merasakan seperti akan meledak sejak dari kaki,” katanya kepada media tempatan di Kota Whakatane, di Pulau Utara, New Zealand, pada Rabu 25 Mei ini.

McCormack merasakan dirinya menggelembung seperti sebuah belon. “Saya tak punya pilihan selain berbaring di sana dan mengembang seperti balon.”

Syukurlah rakan kerjanya mendengar teriakannya dan berlari mendekati. Segera rakannya melepaskan pentil pengaman untuk menghentikan aliran udara.

McCormack lalu dilarikan ke hospital dengan tubuh menggembung dan cairan mengisi salah satu paru-parunya. Dokter menyatakan, udara telah memisahkan lemak dari ototnya, namun syukurlah tak sampai masuk ke saluran darahnya.

McCormack yang berusia 48 tahun itu menyatakan, kulitnya terasa seperti “babi panggang”– keras di luar namun lunak di dalam. Ada-ada saja.

Kesian.wanita ini.tak boleh ketawa kerana kalau ketawa pasti tertidur

Kesian dia..
saya petik dari myMetro


LONDON: Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan. - TS

Wow...Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing bernilai RM39.8 juta

Kaya betul ni...
saya petik dari kosmo online

KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu.

- Agensi

Kucing hitam dipenjara di Skudai,didakwa jelmaan pengamal ilmu hitam

Betul-betul misteri ni..
saya petik dari Sinar Harian

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

“Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

“Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Wajah binatang semasa murung










Kucing Jadi Ibu Angkat Kepada 30 Anak Ayam

HEILONGJIANG - Seekor kucing cenderung bertingkah sebagai ibu dari 30 anak ayam yang baru lahir. Tentu saja kelakuan kucing itu mengejutkan pemiliknya.

Lao, seorang petani berasal, Heilongjiang, China, awalnya khuatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

"Saya datang ke rumah dan menemukan Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada saat itu saya khauatir Niu Niu akan memakannya," katanya, seperti dikutip Orange, Rabu (25/5/2011).

"Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu ke luar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mahu keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain," imbuh Lao.

Sekarang Lao tak khawuatir lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama bayi-bayi ayam, sementara dia pergi ke ladang.

"Menakjubkan," ujar Lao. "Niu Niu bahkan memeluk bayi-bayi ayam tersebut dalam tidurnya, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

"Niu Niu menjilati anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana," jelas Lao.(rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved