Inilah kubur yang tak seram dan pelancung suka lawati di Romania

on 24 Mei 2011

Biasanya jika kita mendengar kubur, telinga dan hati kita merespon dengan ngeri. Pasti ada rasa menyeramkan dan kesedihan yang ditonjolkan di situ. Kematian merupakan jalan menuju kepada kekekalan dan sangat ditakuti oleh orang-orang.

 Kubur merupakan tempat  untuk jenazah. Dan suasana ngeri sudah dicop di sana.
 Tapi bagaimana dengan kuburan yang ada di utara Romania ini? Kuburan dengan nama Merry Cemetery of Sapanta yang terletak di sebelah utara Romania tidak menimbulkan rasa ketakutan. Bahkan jauh dari kesan menyeramkan, kuburan ini bahkan terdengar menyenangkan. Tapi tentunya bukan bagi jenazah, tapi
 bagi orang-orang yang berkunjung. Itulah sebabnya, Merry Cemetery of Sapanta merupakan salah satu daya tarik pelancungan orang-orang berkunjung ke sana. Bukan sekedar ziarah, tapi untuk temasya.






Tak habis-habis..Harold Camping ramal pulak kiamat kan berlaku 21 Oktober

OAKLAND - Ada-ada saja pernyataan peramal yang satu ini. Setelah ramalannya gagal mengenai kiamat yang akan terjadi pada Sabtu, 21 Mei 2011 kelmarin, Harold Camping berata pula bahawa sebenarnya kiamat itu datang pada 21 Oktober nanti.

Camping yang meramalkan 200 juta pemeluk Kristian akan pergi ke syurga pada saat kehancuran pada Sabtu kemarin. Kerana tidak jadi kiamat, dia merasa hancur pada saat ramalannya meleset. Akhirnya dia pun melarikan diri ke sebuah hotel bersama isterinya.

Seperti dilansir Associated Press, Selasa (24/5/2011), kelompok independen miliknya dari stesen Family Radio International, telah menghabiskan dana jutaan dolar untuk membuat lebih dari lima ribu billboard dan 20 bas yang bertuliskan pesan hari Kiamat.

Tapi kini Camping berkata bahawa sebenarnya hari kiamat tersebut akan datang lima bulan kemudian dari sekarang, iaitu 21 Oktober, itu terjadi ketika dunia ini akan ditelan oleh sebuah bola api raksasa.

Ini bukan pertama kalinya penyiar radio tersebut meramalkan hari kiamat yang salah, pada tahun 1994 Camping meramalkan bahawa kiamat akan terjadi, tapi kemudian dia mengatakan telah terjadi kesalahan penghitungan matematk.

Lelaki ditahan kerana letak kemera pengintip di toilet Starbucks


CALIFORNIA - Masyarakat Glendora, California, baru saja dihebohkan dengan pemberitaan adanya "pengintip" di toilet wanita di sebuah kedai kopi ternama asal Amerika, Starbucks.

William Velasco (25) adalah seorang warga keturunan Filipina-Amerika yang ditangkap polis setempat kerana telah meletakkan kamera tersembunyi di toilet wanita di kedai kopi tersebut.

Polis mendapatkan video rakaman yang menampilkan 40 wanita yang sedang berada di toilet, demikian lapor abs-cbnnews, Selasa (24/5/2011).

Pihak berkuasa belum dapat menjelaskan apakah video tersebut sudah diunggah pelaku ke internet atau belum. Kejadian ini membuat paranoid para wanita.

Perbuatan terdakwa Velasco akan dianggap sebagai kejahatan besar, kerana para korban menganggap kes ini sebagai serangan terhadap martabat manusia dan meminta ke ini benar-benar disiasat.

Mangsa meminta penegak hukum membuat peraturan baru yang mengikuti perkembangan teknologi, sehingga kes penyalahgunaan teknologi seperti ini dapat dibendung(rhs)

Gila ..ibu cuba jual keperawanan anaknya yang baru berusia 11 tahun


SALT LAKE CITY - Seorang ibu dari Salt Lake City , Amerika Syarikat sanggup menawarkan keperawanan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun kepada seorang lelaki.

Ibu muda tersebut dilaporkan menawarkan kegadisan anaknya sebanyak USD10 ribu .
Ibu itu pun akhirnya dikenai hukuman oleh pengadilan Distrik Utah dengan dua tuduhan , pelecehan seksual serta ekploitasi seksual di bawah umur.

Dokumen pengadilan menjelaskan bahawa ibu tersebut memberikan tawaran kepada lelaki hidung belang itu setelah dia meminta untuk melakukan oral seks dengan gadis cilik itu.

Polis mengatakan, sebenarnya kedua ibu dan anak tersebut akan dijadikan model pakaian dalam oleh lelaki, namun kekasih sang ibu akhirnya mengetahui transaksi tersebut melalui pesan SMS yang dia dapatkan dari telefon sang ibu.

Seperti dilansir Associated Press, Selasa (24/5/2011), kini sang ibu yang bernafsu mendapatkan wang besar tersebut harus duduk dibalik jeruji besi.(rhs)

Wanita ini disiksa,dipukul serta hendak dibakar sebelum dapat anak lelaki

DELHI - Kajian yang dilakukan di India pada tahun 2011 menunjukkan penurunan yang cukup drastik terhadap gadis yang berusia tujuh tahun. Para aktivis khuatir bahawa janin anak perempuan digugurkan dalam kurun waktu beberapa tahun ini.

Kulwant, salah seorang ibu di India yang memiliki anak perempuan berusia 24, 23, dan 20 serta seorang anak laki-laki berusia 16 tahun. Sebelum anak lelakinya lahir, tiga kali kehamilannya terpaksa harus digugurkan atas permintaan keluarga kerana diketahui janinnya anak perempuan.

"Ibu mertua saya mencemuh saya jika melahirkan anak perempuan. Dia mengatakan bahawa anaknya akan menceraikannya jika tidak melahirkan anak laki-laki," ujarnya seperti dilansir BBC, Isnin(23/5/2011).

Sebelum anak lelakinya lahir, Kulwant hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan, dia selalu dipukuli oleh suaminya, ibu mertuanya bahkan kakak iparnya. Pernah sekali mereka cuba untuk membakarnya hidup-hidup.

"Mereka sangat marah, mereka tidak menginginkan anak perempuan dalam keluarga. Mereka menginginkan anak laki-laki agar mendapatkan mahar perkahwinan yang besar," lanjutnya.

Pada tahun 1961, India melarang pemberian mahar dari pengantin wanita kepada lelaki, tapi praktek itu tetap meluas dan bahkan jumlah maharnya hingga kini meningkat, mempengaruhi kehidupan antara sang miskin dan yang kaya.

"Suami saya meninggal tiga tahun setelah anak lelaki kami lahir. Saya fikir itu kerana kutukan telah membunuh putri-putrinya. Itulah kenapa dia mati muda," pungkas Kulwant.(rhs)

Akhirnya kahwin juga selepas 28 tahun bertunang

Ini dikatakan kalau dah jodoh tak kemana..
saya petik dari kosmo online...

FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu.

Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.

Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."

Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti.

"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi

Hebat..2 pekebun cipta taman tergantung

Kreatif betul...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.

Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.

Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung.

Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. - Agensi

Wow..Syarikat kasut jenama Jimmy Choo bernilai RM2.7 BILLION

Wow tinggi nilainya..
saya petik dari kosmo online

LONDON - Pengasas bersama syarikat pengeluar kasut Jimmy Choo, Tamara Mellon semakin hampir menjual syarikatnya kepada kumpulan barangan mewah Jerman, Labelux dengan anggaran nilai sebanyak 550 juta pound sterling (RM2.7 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.

Perjanjian dengan syarikat tersebut bakal menyaksikan Mellon memiliki kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus serta mengekalkan peranannya sebagai ketua pegawai kreatif.

Mellon yang merupakan bekas editor majalah Vogue menubuhkan syarikat itu bersama pereka kasut dari Malaysia, Datuk Jimmy Choo pada tahun 1996.

Modal sebanyak 150,000 pound sterling (RM739,420) digunakan bagi memajukan syarikat tersebut.

Pinjaman itu diperoleh daripada bapa Mellon, Tommy Yeardye yang merupakan pengasas bersama rantaian dandanan rambut Vidal Sassoon.

Bagaimanapun, pada tahun 2001, Jimmy menjual kepentingannya dalam syarikat itu apabila firma ekuiti persendirian, Phoenix Equity Partners melabur sebanyak sembilan juta pound sterling (RM44.3 juta) dalam perniagaan.

Pada tahun 2004 pula, syarikat TowerBrook membeli majoriti saham syarikat itu pada tahun 2007.

Jenama Jimmy Choo bukan sahaja terkenal dengan kasut tetapi turut popular dengan barangan mewah lain untuk golongan kaya seperti beg tangan semasa ia di bawah TowerBrook. - Agensi

Anjing yang kurang ajar dengan tuannya

Sanggup ia memperlakukan tuannya begini

Adik Lahirkan Anak Kakak

WARWICKSHIRE – Setelah dipastikan hidup tanpa rahim, akhirnya Cheryl Keye (36) dapat menjadi seorang ibu, berkat kebaikan sang adik, Lyndsay Wootton (32) yang bersedia menjadi rahim pengganti bagi Elliot, anak pertama Cheryl.

Sejak umur 17 tahun, doktor menyatakan bahawa rahim Cheryl berada di tingkat pertama Mullerian Agenesis, sehingga membuatnya tidak dapat membentuk janin dengan sempurna.

Cheryl menikah dengan Jason Keye yang mahu menerima kondisinya pada usia 22 tahun. Cheryl mengaku sangat menikmati hari-hari menjadi isteri.

“Suami saya menerima saya apa adanya. Kami mengisi kehidupan tanpa anak dengan membeli sebuah rumah yang cantik, mengejar karier kami dan bepergian ke tempat-tempat yang eksotis,” ujar Cheryl.

“Namun, saya pun sedar adanya kekosongan tanpa adanya bayi,” lanjutnya seperti dilapor Dailymail, (23/5/2011).

Akhirnya, Cheryl yang berprofesi sebagai manager pengembangan bisnis pun fokus berusaha agar dapat memiliki keturunan. Ia mempelajari penelitian sebuah proses rahim pengganti.

Ketika mempelajari proses tersebut, ia pun memperbincangkan hal tersebut kepada adiknya Lyndsay yang sudah memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Dengan senang hati Lyndsay mengiyakan keinginan Cheryl menjadi rahim pengganti bagi janin Cheryl.

“Tentu saya dengan amat senang mendengar adanya proses tersebut dan dengan senang hati bersedia melakukannya untuk kakak saya,” ujar Lyndsay.

“Dapat melahirkan  anak saudara saya adalah hal yang luar biasa di hidup saya,” imbuh Lyndsay.

Sumber :http://www.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved