Kempen di Facebook, Perempuan Ini Ditahan

on 22 Mei 2011

TEMPO Interaktif, Pemerintah Arab Saudi menahan seorang perempuan gara-gara berkempen di jejaring sosial, Facebook. Melalui Facebook, Manal al-Sherif, perempuan itu berusaha mengubah peraturan Kerajaan dan Pemerintah Arab Saudi yang melarang perempuan memandu kereta.
Manal membuat laman di Facebook berjatuk “Teach me how to drive so I can protect myself” yang mendesak pemerintah mengubah aturan larangan memandu bagi perempuan. Dia juga posting video dirinya sedang memandu di Facebook dan YouTube.
Manal mendorong para perempuan untuk mengikuti yang dia lakukan dan membuat kempenye ini lebih besar lagi. Dalam video itu, Manal mengatakan, “Ini adalah kempen sukarela untuk membantu para perempuan di negara ini memandu kereta” Paling tidak, lanjut Manal, untuk masa darurat, Tuhan pasti memaafkan.
Menurut aktivis Hak Asasi Manusia Walid Abou el-Kheir, Manal ditahan oleh polis syariah. Dia ditahan dengan dasar interpretasi Kerajaan yang rigid tentang ajaran Islam.
Arab Saudi adalah negara satu-satunya yang melarang perempuan memandu kereta Aturan ini berlaku bagi perempuan keturunan Arab mahupun perempuan berkewarganegaraan asing. Para perempuan diminta menyewa pemandu yang bergaji US$ 300-400 per bulan.
Bila tidak mampu, para perempuan tersebut harus meminta tolong saudara laki-laki mereka untuk menghantar ke tempat kerja, sekolah, atau pergi berbelanja. Selain dilarang memandu, perempuan juga dilarang bergaul dengan lelaki selain suami, kakak, atau kerabatnya.
Lewat Facebook, Manal juga mengajak perempuan memandu pada 17 Jun ini. Ketika ini para suporter Manal di Facebook sudah mencapai 11 ribu orang. Dalam pesannya, Manal juga mengatakan kempennye ini bukan untuk melawan hukum atau melanggar aturan pemerintah, tapi, “Kami hanya ingin meminta hak kami.”

ADOLF HITLER dulu melukis untuk cari duit

Koleksi lukisan karya Adolf Hitler senilai 150.000 Poundsterling baru-baru ini terungkap dan ternyata pemimpin Jerman pada masa Perang Dunia II itu pada masa mudanya adalah seniman yang berusaha mencari nafkah.

 Koleksi itu terdiri dari lukisan cat air yang semuanya dilukis sekitar tahun 1908 ketika Hitler masih seniman.

 Lukisan-lukisannya menggambarkan pemandangan yang luas di sepanjang perkebunan dengan sebuah menara gereja di kejauhan, atap-atap rumah penduduk dan nampak pula beberapa cerobong asap dari kilang.

 Richard Westwood-Brookes dari tempat lelong Mullocks mengatakan bahawa 'Bos besar Nazi' itu dulu berusaha memperoleh wang dengan menjual lukisan-lukisan itu kepada para pelancung.

 "Setiap hari dia keluar dan melukis," kata Westwood-Brookes seperti yang dikutip Daily Mail.

 "Ia berusaha masuk ke sebuah akademi di Wina untuk mengejar karier sebagai seorang seniman profesional tetapi dua karyanya dipulangkan," kata Westwood-Brookes.

 "Ia pada dasarnya tidak berbakat, khususnya ketika menggambar manusia semuanya salah," papar Westwood-Brookes.

 Banyak yang telah menyelidiki masa itu dalam hidup Hitler dan menjelaskannya sebagai titik balik dalam sejarah.

 "Jika ia diterima di akademi itu hal yang paling banyak kita dengar tentang Adolf Hitler mungkin bahawa ia adalah seorang pelukis landskap," ujar Westwood-Brookes.

 "Para pakar percaya kerana ditolak di akademi itu, ia lalu berang dan berubah menjadi monster. Mereka percaya akademi itu dijalankan oleh sebahagian besar orang Yahudi," ulas Westwood-Brookes.

 Westwood-Brookes lalu menyingkapkan bagaimana lukisan-lukisan itu boleh sampai ke tangannya.

 Lukisan-lukisan itu ditemukan dalam sebuah bangunan besar di utara Austria oleh seorang pengacara yang membeli seluruh bangunan itu.

 "Ketika ia pindah ke bangunan itu, lukisan-lukisan itu terletak dalam sebuah almari. Banyak rumah lelong besar dimiliki oleh orang Yahudi jadi mereka menolak untuk menyentuh apa saja yang berkaitan dengan Hitler," Westwood-Brookes bercerita.

 "Anda tidak boleh menjualnya di Eropah, misalnya di Perancis atau Austria, kerana hukum di negara-negara itu akan menganggap anda mengagung-agungkan Nazi," tambahWestwood-Brookes.

 "eBay di negara-negara itu tidak menerima apa saja yang berhubungan dengan Hitler, jadi mereka harus menjualnya ke luar negara-negara itu," ucap Westwood-Brookes.

 Akhirnya, lelongan itu akan dilaksanakan pada 30 September nanti di Ludlow Racecourse, Shrops, Britain.
 

"Narco-tank" kereta tank yang selalu digunakan oleh pengedar dadah di Mexico

Polis Mexico mengatakan mereka telah menyita sebuah kendaraan yang mereka sebut sebagai "narco-tank" dan biasa digunakan oleh geng pengedar dadah.

 Kendaraan yang sebenarnya berupa truk pick-up ini , badan kereta dan kabinnya dilapisi dengan besi baja oleh anggota geng untuk melindungi mereka saat terjadi  tembak menembak.

 Kepolisian Mexico menemukan kendaraan ini di sebuah desa sebelah barat Jalisco.

 Daerah tempat ditemukannya kendaraan ini merupakan daerah yang kerap menjadi tempat pertempuran antar geng pedagang narkoba dengan polis atau geng lainnya.

 Jalisco juga merupakan tempat perlindungan bagi tokoh geng dadah ternama, Ignacio "Nacho" Coronel, salah seorang oang penting geng Sinaloa.

 Sejak dia tewas akibat serangan pasukan keamanan pada tahun lalu, wilayah itu kini menjadi lokasi yang diperebutkan antara geng Sinaloa dengan pesaingnya geng de Jalisco Nueva Generacion.

 Polis yang bertugas di wilayah itu kerap mengeluhkan bahawa para anggota geng narkoba ini dilengkapi persenjataan dan peralatan yang lebih baikdaripada yang mereka miliki

Gadis cacat ini jadi jaguh pecut dunia


Wilma Rudolf (1940-1994) adalah seorang wanita kulit hitam dari Amerika Syarikat. Dia adalah seorang atlit lari yang pernah menjuarai olimpik sebanyak 2 kali berturut-turut. Wilma tercatat sebagai wanita terpantas pada eranya (60-an).

Namun yang teman-teman harus tahu iaitu Wilma Rudolf terlahir dalam keadaan cacat. Lahir prematur hanya dengan berat 1,5 kg, terserang penyakit polio hingga lumpuh. Lalu pada usia 12 tahun, penyakit cacar dan campak menyerangnya pula.

Dengan keadaan yang sangat memprihatinkan tersebut, Wilma memiliki sebuah impian iaitu ingin menjadi seorang juara lumba lari.

Cuba bayangkan, berjalan saja dia tidak mampu, bagaimana boleh berlari? Apa lagi ingin jadi juara?

Tetapi dia dengan gigih terus berlatih berjalan dan terus berubat secara teratur, hingga setahap demi setahap dia pun mulai pulih dan boleh berjalan. Lalu berlari…

Pada usia dewasa, Wilma telah mendapatkan berbagai penghargaan dari pemerintah Amerika dan Eropah, selain itu dia dijuluki sebagai “The Tornado” atau “wanita tercepat”. Sungguh, segala penyakitnya di masa kecil tidak membatasinya untuk bermimpi. Dengan mimpinya yang semua orang bahkan mengatakan itu “Tidak Mungkin” akhirnya dia buktikan hingga menjadi “Mungkin”.

Keadaan masa kecil Wilma Rudolf tentunya bukan keadaan yang kita ingin miliki. Bila kita memiliki keadaan yang lebih baik dari dia, sepatutnyalah kita dapat melakukan hal yang lebih baik pula. Terakhir yang ingin saya sampaikan, Ketika mula patah semangat, ingatlah kembali impian kita.

Suami 'naik hantu' lihat isteri berjalan bersama lelaki lain

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang cemburu melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain ‘naik hantu’ apabila membelasah wanita itu separuh mati termasuk menetak hingga putus jari hantu tangan kiri mangsa sebelum membunuh diri dalam kejadian di Kampung Gentoung Rosok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Dua Tulis, 46, parah di kepala selain patah tangan kiri selepas suaminya, Sibin Tetobok, 46, membelasahnya menggunakan parang dan kayu.


Difahamkan, suami mangsa dikatakan berang melihat isterinya berjalan bersama lelaki lain di sawah padi kampung berkenaan lalu mengamuk, termasuk mengeliling kampung dan menjerit akan membunuh isterinya.


Beberapa penduduk yang menyedari perkara itu menghubungi polis berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini.


Selain itu, jiran mangsa mendakwa terdengar pertelingkahan antara pasangan berkenaan sebelum anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menemui mangsa dalam keadaan parah manakala suaminya menghilangkan diri.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superintendan Mohan Nadasen mengesahkan perkara itu dan memberitahu, mangsa kini dirawat di Hospital Kota Belud akibat cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya.



“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis menuju ke rumah pasangan berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam rumah terbabit.


“Polis turut menemui parang dan kayu dengan kesan darah, dipercayai digunakan suspek untuk menetak dan memukul isterinya,” katanya.


Mohan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui jari hantu mangsa dan dihantar ke hospital untuk disambung semula, namun doktor mendakwa sudah terlambat.


“Polis kemudian menjejaki suspek sebelum dimaklumkan penduduk bahawa lelaki itu berada di sebuah pondok di sawah padi.


“Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran polis meminum sejenis cecair dipercayai racun sebelum rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.


Katanya, suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.


“Polis masih menunggu laporan bedah siasat suspek untuk mengetahui punca kematiannya.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
saya petik dari myMetro

Berhati-hati..doktor pelatih hilang setelah ditepuk gadis bertudung merah

Berhati-hati..
saya petik dari kosmo online

ALOR SETAR – Kehilangan seorang doktor pelatih, Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sejak lima hari lalu menjadi bertambah misteri apabila dia pernah hilang sebanyak dua kali bulan ini selepas dipercayai dipukau seorang gadis bertudung merah.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, anaknya menghilangkan diri pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, dalam kejadian pada 3 Mei lalu itu, anak sulungnya itu hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.

“Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pada 12 Mei lalu, Mohd. Noor Azam sekali lagi hilang ketika berada di kawasan HSB dan pulang ke rumah semula dua hari kemudian.

Takut Diperkosa, Para Nenek di Nairobi Belajar Seni Beladiri

NAIROBI, RIMANEWS — Jangan dikira ancaman pemerkosaan hanya dihadapi anak-anak dan perempuan muda. Di Kenya, kaum perempuan usia lanjut pun sering menjadi korban kekerasan seksual. Di Nairobi, ibu kota Kenya, hampir 20 peratus korban pemerkosaan adalah kaum perempuan berusia di atas 60 tahun.

Ancaman itu mendorong sejumlah perempuan lanjut usia di Nairobi berlatih beladiri. Mereka tergabung dalam sebuah kelab beladiri yang digagas Sheila Kariuki, seperti dilaporkan GlobalPost.

“Waktu pertama kali membentuk kelab beladiri untuk nenek, mereka kaget sekali. ‘Kami latihan karate? Tidak ah, itu untuk orang muda,’” ucap Kariuki yang mendirikan kelab ini pada 2007.

“Namun, ketika kami sudah duduk bersama dan saya menunjukkan teknik-teknik sederhana untuk membela diri, mereka berlatih dengan antusiasme tinggi. Sekarang, setelah tiga tahun, mereka tetap rajin datang berlatih dan terus belajar,” imbuh Kariuki.

Dalam video yang ditampilkan GlobalPost, nampak nenek-nenek itu bergiliran memukul sansak atau menendangnya. Kadang mereka belajar menangkis serangan lawan. Kariuki juga menunjukkan titik-titik mana saja yang boleh menjadi titik lemah penyerang.

Mereka juga berlatih berpasangan. Salah satu berperanan sebagai penyerang, sedangkan pasangannya berusaha melawan.

Usaha Kariuki kini berbuah. Salah seorang muridnya, nenek berusia 70 tahun, menceritakan pengalamannya membela diri ketika diserang sekelompok lelaki.

“Suatu kali, anak-anak muda itu datang ke rumah saya. Seorang di antara mereka memegang gaun saya, tetapi saya terlalu cepat buat mereka. Tangan saya langsung memukul kemaluannya. Ketika dia menjerit, para tetangga mendengar dan datang. Akhirnya mereka lari,” kata sang nenek dengan nada bangga.

Rakannya punya pengalaman berbeza. “Sejak dulu saya memang pemberani. Tetapi, sekarang saya makin percaya diri kerana boleh membela diri,” ujarnya.

Polis Tangkap Lelaki Makan Hati Manusia Campur Kentang

TRIBUNNEWS.COM - Polis berhasil menangkap seorang lelaki yang memakan hati manusia dicampur kentang. Demikian diberitakan The Korea Herald/ANN, Sabtu (21/5/2011).

Polis di Moscow Russia berhasil menangkap si tersangka setelah menemukan sejumlah bahagian tubuh manusia yang tercicir termasuk tangan dan kepala. “Ketika berhasil diltangkap dia sedang makan hati manusia dengan kentang,” kata juru cakap polis Moscow, Russia.

Seluruh hati manusia itu ditemukan di peti sejuk di rumah tersangka. Pihak polis belum boleh memastikan penyebab kematian dari pemilik hati yang dimakan tersangka.

“Tersangka mengakui kejahatannya dan memakan hati dari mangsanya,” demikian pernyataan yang dikeluarkan pejabat kejaksaan setempat.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved