Transformers Tiruan Yang Unik

on 20 Mei 2011

Ingat filem populer "Transformers"? Mungkin anda berharap robot-robot itu menjadi nyata dalam kehidupan, dan boleh membantu aktiviti anda sehari-hari.




Di Taiwan, seorang anak guru pencen dan memiliki minat yang besar terhadap hal-hal yang berhubungan dengan kereta dan robot membuat  salah satu robot tiruan Transformer di luar rumahnya.

Ukuran robot yang populer dengan nama "Optimus Prime" ini dibuat  sama besarnya dengan yang ada di filem, termasuk semua detail sehingga terlihat seperti nyata.

Gempak cara bawa motor di China ni..tapi merbahaya

Rahsia Panjang Umur Manusia Tertua di Dunia

TEMPO Interaktif, Ramai orang berusaha keras untuk mendapatkan hidup lebih lama. Mulai dari hal yang biasa seperti hidup sihat dan berolahraga, hingga hal-hal aneh yang di luar akal sihat. Tapi tahukah Anda, resepi panjang umur dari manusia tertua di dunia? Ternyata tidak serumit yang kita bayangkan.

Dilansir dari laman Daily Mail, Khamis, 19 Mei 2011, Maria Gomes Valentim yang dinobatkan sebagai manusia tertua, menurut Guiness World Records mengatakan setiap pagi dia sarapan dengan roti dan buah-buahan dan sesekali ia minum wine.

Wanita asal Brazil ini tercatat berusia 114 tahun, 313 hari lebih tua 48 hari dari pemegang rekod sebelumnya, Besse Cooper dari Georgia, Amerika.

Cooper kini meraih sebagai manusia tertua di Amerika Utara.

Berdasarkan data Guiness, Valentim dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, Wilayah Bahagian Tenggara Minas Gerais, tempatnya tinggal sepanjang hayat.
 Dikenal sebagai Nenek Quita, keluarga Valentim memiliki tabiat keras kepala. Mereka terbiasa menjalankan perniagaan sendiri. Ayahnya pun hidup hingga umur 100 tahun.

Cucunya, Jane Ribeiro Moraes, 63 tahun, berkata pada surat khabar tempatan “Nenek pernah berkata, ia boleh hidup lama kerana selalu menjaga diri sendiri, bukan ‘meributkan’ orang lain.”

Selain itu, ia pun senang memakani makanan tradisional Brazil, Feijoada, yakni sup kacang hangat dengan potongan daging babi yang masin, lalu kuih yang terbuat dari olahan daging ayam dengan banyak saus pedas.

Craig Glenday, Kepala Editor Guinness World Records, Valentim merupakan kes yang jarang terjadi di Brazil. Mengetahui ada seseorang yang masih hidup, padahal ia terlahir ketika pemerintahan Ratu Victoria, atau sebelum perusahaan Ford Motor didirikan, atau bahkan sebelum George dan Ira Gershwin dilahirkan. Menjadi sangat luar biasa karena ia adalah orang Brazil.


Sebenarnya Guinness mendapatkan beberapa laporan mengenai calon-calon lainnya yang lebih tua, tapi hingga kini masih belum dapat dibuktikan dengan fakta dan dokumentasi.

Kesehariannya dihabiskan dengan duduk di kerusi roda. Pihak keluarga berharap dengan banyaknya perhatian mungkin dapat membantu keperluan kewangan Valentim untuk berubat.

Menurut pihak keluarga, ia mendapatkan pencen yang sedikit. Oleh sebab itu, untuk berubat mereka bergantung pada sistem kesihatan publik sebagai keluarga miskin yang tidak mampu membayar asuransi swasta.

Valentim menikah dengan suaminya, Joao, pada tahun 1913. Kemudian suaminya meninggal pada tahun 1946. Kini ia hidup dengan memiliki satu anak laki-laki, empat orang cucu, tujuh orang cicit, dan lima orang anaknya cicit.

Video...PENGALAMAN SYAM KAMIKAZE TERIMA HIDAYAH

Mari kita saksikan pengalaman Sham Kamikaze terima hidayah...




sumber video : IAR

Pelajar 14 tahun di hukum kerana laporkan kawan melakukan hubungan seks dalam bas

OHIO – Seorang pelajar perempuan dihukum berhenti belajar sekolah kerana tidak terus melaporkan terjadinya hubungan seks yang dilakukan temannya di bas sekolah. Selain itu, dia juga dihukum kerana berpindah tempat duduk selama di dalam bas.

Peristiwa ini terjadi ketika sekolah Dayton View Academy melakukan perjalanan perlancungan ke kampus di negara bahagian lain. Dalam perjalanan itu, pelajar perempuan yang berusia 14 tahun ini berpindah tempat duduk dengan seorang pelajar laki-laki. Pelajar laki-laki tersebut ingin duduk di sebelah teman perempuannya. Setelah pelajar laki-laki itu berpindah, dia melihat mereka melakukan hubungan terlarang.

Sepulang dari melancung, 22 April, pelajar perempuan ini mengadu kepada ibunya, Sandra Roundtree. Dia menjelaskan apa yang dia lihat ketika berada didalam bas sekolah, namun takut untuk melaporkannya ke pihak sekolah.

“Anak saya takut akan tindakan pelajar laki-laki itu. Dia khuatir lpelajar itu akan membalasnya,” kata Roundtree seperti dikutip dari Associated Press, Jumaat (20/5/2011).

Roundtree pun melaporkan apa yang dilihat anaknya kepada pejabat sekolah. Mereka mengaku akan melakukan penyelidikan. Namun setelah melaporkan, pejabat sekolah  menghukum anak Roundtre, dengan larangan menghadiri prom night kelas lapan serta cuti akhir tahun  pada Jun ini.

Sang ibunda mempersoalkan hukuman tersebut. Menurutnya, hukuman terhadap anaknya salah kerana dia melakukan hal benar dengan menceritakan apa yang dilihatnya. "Tapi mereka tidak melakukan apa pun kepada lapan penjaga pelajar yang duduk di depan bas dan seharusnya memantau anak-anak. Kalau mereka tidak melakukan apa-apa kepada para penjaga, kenapa mereka menghukum anak saya?” tegasnya.

Menurut Roundtree, hukuman ini salah “Ini mengirimkan pesan bahawa dia seharusnya tidak mengatakan apa-apa,” kata Roundtree.

Seperti dilaporkan WHIO-TV, dua pelajar ini terlihat berhubungan seks ketika bas berhenti. Pihak sekolah tidak menjelaskan hukuman apa yang akan dihadapi dua pelajar ini.

Setelah laporan ini, Roundtree mahukan anaknya di rumah. Dia cuba untuk mengikutkan anaknya belajar di rumah (home schooling) selama beberapa minggu hingga akhir tahun ini.

“Pelajar lain tahu dan kami takut akan aksi pembalasan,” kata Roundtree, yang tidak menyebutkan nama anaknya. Dia telah menghubungi penasihat hukum untuk meminta sekolah agar memberhentikan hukuman anaknya.(rfa)

Lelaki mengaku nabi tuhan tak suka manusia

TENERIFE: Lelaki yang dituduh memenggal seorang wanita Britain di pulau percutian Tenerife, Jumaat lalu, suka menonton filem sains fiksyen Predator khususnya aksi pertumpahan darah.

Deyan Deyanov, 28, gemar melihat makhluk asing dalam filem itu memburu dan mencantas mangsanya.
Deyanov memancung Jennifer Mills-Westley, 60, di sebuah pasar raya selepas pihak berkuasa perundangan Sepanyol membebaskannya daripada unit psikiatrik. Dia sebelum itu dibenarkan ikat jamin, meskipun polis memberi amaran dia masih mengancam keselamatan awam.

Selepas menyerang pengawal keselamatan, waran tangkap dikeluarkan ke atasnya tetapi Deyanov sempat membunuh lagi sebelum ditahan.

Lelaki dari Bulgaria itu yang tidak berumah dan suka menghisap kanabis selain menyimpan video aksi ganas dalam telefon yang dirakam empat tahun lalu dan berkata: “Saya tidak suka manusia.”

Selepas memotong kepala mangsa, Deyanov dilaporkan membawa dan menunjukkannya di khalayak ramai.

Pada 10 Mei lalu, hakim Nelson Diaz Frias mengeluarkan waran tangkap terhadap Deyanov kerana gagal memenuhi syarat ikat jamin selepas menyerang dan mematahkan gigi depan mangsanya menggunakan batu.
Serangan terhadap pengawal keselamatan berlaku di pantai pusat peranginan Los Cristianos, 4 Januari lalu.

Apabila Deyanov ditahan, dia mendabik dada dan memberitahu polis dia ‘nabi tuhan di Bumi’ dan merancang ‘sesuatu yang besar.’

Warga Bulgaria itu sepatutnya melaporkan diri kepada mahkamah setiap dua minggu menyebabkan hakim mengeluarkan waran tangkap pada 10 Mei lalu.

Mayat Mills-Westley dijangka dihantar ke Britain minggu ini. Beliau mempunyai dua anak perempuan dan lima cucu. –
Agensi
saya petik dari Berita Harian

Hebat...remaja 17 tahun cipta motosikal ala transformer

Harap ada remaja kita mencipta sesuatu ...
saya petik dari kosmo

MASSACHUSETTS, Amerika Syarikat - Seorang pencipta muda Amerika Syarikat (AS) berusia 17 tahun, Benjamin Gulak melakar sejarah tersendiri apabila mencipta motosikal berkuasa elektrik ala robot dalam filem Transformers bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Motosikal luar biasa itu dihasilkan oleh syarikatnya, BPG Motors dan diberi nama Uno III Streetbike atau U3.

Menurut Gulak, 20, cetusan idea untuk mencipta jentera itu berlaku semasa dia mengikuti bapanya ke Asia atas urusan perniagaan dan mendapati bandar raya Shanghai, Beijing dan Hong Kong mengalami kesesakan jalan raya yang teruk.

Justeru, dia mencipta motosikal yang boleh berubah bentuk dengan bergerak tanpa roda depan yang disimpan di celah dua roda belakang dengan hanya menekan butang.

Motosikal itu sesuai disimpan di dalam bilik dan dibawa masuk ke dalam lif. - Agensi

Kesian..bayi hanya hidup 14 hari kerana tersedak susu

Bila ajal dah sampai..
saya petik dari myMetro


TUMPAT: “Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya,” kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.

“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.

“Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.

“Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu,” katanya.

Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.

“Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.

“Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda,” katanya.

Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit.

Pelik..kucing bermata satu,tak ada hidung dan lidah sentiasa keluar

Lagi kejadian aneh....
saya petik dari myMetro


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.

Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Topi Puteri Beatrice Termahal di Dunia

Liputan6.com, London: Topi Beatrice Elizabeth Mary yang ia kenakanketika pernikahan Putera William dan Kate Middleton tak luput dari kacamata fashion. Topi berbentuk pita dengan rekaan liukan di kiri kanannya sempat menuai kritik lantaran terlihat seperti ubur-ubur tak diundang dalam The Royal Wedding.

Pemilik tahkta Her Royal Highness (HRH) dalam Kerajaan Inggris ini, melelong topinya dalam jejaring eBay. Dan hingga berita ini ditulis, Khamis (19/5), harganya sudah mencapai 20.200 poundsterling. Topi ini sekaligus menjadi topi termahal di dunia.

Bukan tanpa alasan Beatrice melelong topinya. “Dia menaruh topinya di dalam pelelongan di eBay untuk disumbangkan ke Badan PBB untuk Urusan Anak (UNICEF),” ujar sang bunda, Sarah Ferguson dalam acara Oprah Winfrey .

Topi Putri Beatrice sempat menjadi perbincangan hangat di facebook dan twitter dengan judul “Topi Buruk Puteri Beatrice dalam The royal Wedding” beberapa jam setelah The Royal Wedding dilangsungkan. Ketika itu, halaman tersebut mendapat kunjungan dari 135 ribu pengguna facebook.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved