Inilah Manusia Pertama yang Sakit Jantung

on 18 Mei 2011

Kompas.com - Seorang puteri dari Mesir yang hidup sekitar 3.500 tahun lalu dikirakan menjadi orang pertama yang diketahui menderita sakit jantung. Para doktor yakin jika puteri itu hidup di zaman moden ini dia pasti mendapat tindakan pembedahan pintas jantung (heart bypass).

Dalam pemindaian terhadap mumi sang puteri diketahui adanya sumbatan pada pembuluh darah yang menuju bahagian jantung, otak, perut dan kakinya. Para ilmuwan yang menyebutkan kes ini menunjukkan penyakit jantung sudah ada sebelum gaya hidup moden.

Ilmuwan jantung dari Amerika bekerja sama dengan pasukan dari Universiti Al Azhar di Cairo, Mesir, menganalisa 52 mumi, termasuk mumi sang putri. Para mumi itu discan seluruh tubuh di National Museum of Antiguities, Cairo. Hasilnya ditemukan pengerasan arteri pada separuh mumi yang discan.

Puteri Ahmose-Meryet-Amon, mumi yang sakit jantung tersebut, berasal dari keluarga Mesir yang tersohor. Ia hidup dalam kemewahan sekitar tahun 1580 SM dan mati di usia 40 tahun.

Dr.Gregory Thomas dari Universiti California mengatakan, pada masa Puteri Ahmose hidup belum ada gas atau elektrik, sehingga diasumsikan dia memiliki gaya hidup aktif.

“Pola makan mereka juga lebih sihat dari manusia moden. Di masa itu mereka makan lebih banyak buah dan sayuran serta ikan banyak ditemukan di sungai Nil. Selain itu pertanian diolah secara organik dan belum ada minyak trans fat dan rokok,” katanya.

Akan tetapi, kata Thomas, tetap saja terjadi penyumbatan pembuluh darah. “Ini membuktikan ada link yang hilang pada faktor risiko penyakit jantung, sesuatu yang belum terungkap,” katanya.

Ia menambahkan, mumi Mesir itu menunjukkan bahawa penyakit jantung boleh menjadi bahagian dari hidup manusia. “Meski kita sudah melakukan segala hal untuk mencegah sakit jantung, tapi pada satu titik kita tidak perlu menyalahkan diri sendiri jika ternyata kita tetap perlu pembedahan jantung,” katanya.

Gila...kerat dan makan hati rakan

gilalah lelaki ni..
saya petik dari myMetro

MOSCOW: Polis di bandar raya ini menahan seorang lelaki yang mengerat rakannya dan menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk sebelum memakan hatinya, kata pegawai penyiasat, semalam.

Nikolai Shadrin ditahan selepas polis mengesan apartmen tempat dia membunuh warga Moscow berusia 40 tahun, Ilya Yegorov pada awal Mei lalu. “Ketika menggeledah apartmen itu, alat digunakan untuk mengerat mangsa dan hati manusia ditemui. Shadrin mengaku melakukan jenayah berkenaan dan memakan sebahagian hati temannya itu,” kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Siasatan. Yegorov dibunuh pada 2 Mei lalu dan polis menemui organ tubuh manusia termasuk kaki, tangan dan sebahagian lengan di Sungai Moscow dan beberapa ruang bawah tanah di barat Moscow, kata polis, Aleksei Saveliev.

 Menurutnya, ketika ditahan, Shadrin sedang memakan stew hati manusia. Dia meremukkan tubuh mangsa dengan penyodok di mana terdapat kesan cap jarinya. Shadrin adalah pesakit hospital jiwa. - AFP

Jijik..penghuni flat di Singapura minum air mayat

Bagaimana perasaan mereka yang meminumnya?
saya petik dari kosmo online


SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agens

Patah kaki kali kedua kerana ditendang guru

Kesian murid ni..
saya petik dari myMetro

TELUK INTAN: Selepas tujuh bulan patah kaki akibat kemalangan jalan raya dan ketika kecederaan itu semakin pulih, seorang pelajar bernasib malang apabila kaki kanannya patah sekali lagi akibat ditendang seorang guru sekolahnya.

Dalam kejadian Khamis lalu, A Pavithran, 15, terpaksa menempuh kesengsaraan apabila kaki kanannya patah ditendang seorang guru dalam kelasnya. 

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Saint Anthony di sini, mendakwa kejadian berlaku Khamis lalu apabila guru berkenaan dikatakan bengang dengan perbuatannya meletakkan kaki di atas bangku ketika peperiksaan pertengahan tahun. 

Ketika ditemui di rumahnya di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini, Pavithran yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi berkata, dia patah kaki kanan akibat kemalangan jalan raya berdekatan rumahnya pada 24 Oktober tahun lalu dan sejak itu tidak dapat bersekolah tujuh bulan. 

Dia kembali bersekolah pada 13 April lalu kerana tidak mahu banyak ketinggalan pembelajaran di sekolah walaupun kaki masih sakit.

Melancung dan boleh bunuh diri di Switzerland

PERJALANAN melancung lumrahnya adalah untuk bersenang-senang menghabiskan waktu terluang. Namun, jika melancung untuk bunuh diri?

Meski terdengar aneh, namun melancung untuk melakukan bunuh diri benar-benar ada. Dan kota Zurich, Switzerland menjadi salah satu kota tujuan pelancung bunuh diri itu.

Ternyata, assisted suicide (bunuh diri dengan bantuan) membuat warga kota Zurich terkejut. Sebab, ramai warga asing datang ke kota itu untuk bunuh diri kerana adanya jasa layanan assisted sucide di negara mereka.

Padahal di sisi lain pemerintah Switzeerland sangat menghargai hak asasi manusia termasuk hak untuk bunuh diri.

Sehingga, praktik bunuh diri dengan bantuan di Switzerland sudah menjadi kebiasaan selama berpuluh tahun.

Untuk itu, pada Minggu (15/5) warga kota Zurich akan mengikuti referendum berkaitan dengan wisata bunuh diri ini.

Pilihan pertama adalah melarang secara penuh praktik melancung bunuh diri ini. Kedua, melegalkannya khusus untuk warga kota Zurich.

Nampaknya pilihan kedua ini yang bakal memenangkan banyak suara.

Sebuah survey menunjukkan sebahagian besar warga Switzerland masih mendukung adanya praktik assisted suicide.

“Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia.”

Namun, sebahagian warga Switzerland juga menolak jika negerinya dijadikan tujuan pelancung bunuh diri.

Bernhard Sutter, pengelola organisasi bantuan bunuh diri terbesar di Switzerland Exit menuding Eropah menularkan dilema moral mereka ke negeri yang dikenal juga dengan produk coklatnya itu.

“Kami tak boleh menyelesaikan masalah bunuh diri di Eropah. Sangat menyedihkan melihat seseorang datang ribuan kilometer ke sebuah negeri bebas hanya untuk meninggal dunia,” kata Sutter.

“Negara-negara itu harus menyelesaikan problemnya sendiri. Jadi kami sangat bahagia jika Jerman atau Britain mengubah hukum mereka,” tambah Sutter.

Saat ini Exit hanya melayani warga Switzerland atau mereka yang sudah tinggal lama di negeri itu.

Exit mengatakan proses melakukan bunuh diri dengan bantuan ini cukup lama kerana harus mempersiapkan diri si pesakit dan keluarganya.

Para pelaku bunuh diri ini sebagian besar adalah mereka yang menderita sakit parah yang tak boleh diubati lagi.

Di beberapa negara Eropah, proses bantuan bunuh diri atau euthanasia masih dianggap ilegal. Sehingga sebahagian dari mereka pergi ke negara yang melegalkan euthanasia seperti Switzerland.

Namakan anak 'Like' kerana terinspirasi daripada facebook

VIVAnews - Laman jejaring sosial, Facebook sudah jadi sebagian hidup ramai orang. Mulai jadi laman pertemanan sampai temu jodoh, menyuarakan perubahan, protes, bahkan inspirasi nama.

Ada seorang lelaki Mesir memberi nama anaknya yang baru lahir dengan Facebook Jamal Ibrahim. Ini bahagian dari euforia kemenangan warga Mesir melawan rejim Hosni Mubarak, untuk menghormati peranan Facebook dalam menggulingkan rejim.

Kini, seperti dimuat laman CNN, giliran pasangan Israel menamai anaknya ‘Like’ — terispirasi tombol ‘Like’ di Facebook. Seperti dimuat media Israel, Galgalatz, adalah Lior dan Vardit Adler yang menamai anak perempuannya dengan nama itu. Kini, bayi mungil bernama Like itu baru saja merayakan ulang tahun pertamanya.

Apa yang membuat orang tuanya memberi nama aneh itu? Lior dan Vardit Adler berkata, mereka mencari nama yang modern dan inovatif. Apalagi, setelah mengecek tak ada satu orang pun di Israel yang punya nama ‘Like’. Menurut media Israel, Haaretz, nama paling popular di Israel adalah Noa, Maya, dan Tamar.

“Pendapat kami, itu (Like) adalah persamaan yang modern dari nama Ahava yang berarti cinta,” kata Lior seperti dimuat BBC. “Ini adalah cara kami memanggil putri kami tersayang, cinta.”

Saat memperkenalkan ‘Like’ di Facebook, ia langsung mendapat 40 tombol likes. “Mengingat aku punya 100 lebih sedikit teman di Facebook..”

Keluarga Adler bukan yang pertama. Seorang ayah berniat menamai anaknya Batman jika ia mendapat 500.000 fans di laman Facebook-nya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved