Hebat...burung unta dapat cari lokasi tuannya selepas dapat melarikan diri dari penculiknya

on 17 Mei 2011

Burung unta yang satu ini memang hebat. Burung unta yang baru saja dicuri dari sebuah peternakan di Romania ini mampu menunjukkan keterampilannya untuk kembali ke rumah seperti halnya seekor merpati setelah berhasil lari dari pengawasan sang pencuri. Burung raksasa tersebut melarikan diri dan menjalani semua perjalanan pulang menuju peternakan dengan kecepatan 40 mph atau setara dengan kecepatan 64,37 km/ jam dengan selamat.

 Burung-burung besar asli ke Afrika tersebut sebenarnya memang terkenal kerana kemampuan mereka untuk berjalan atau berlari dengan kecepatan tinggi tetapi dianggap bukan burung yang memiliki kemampuan navigasi yang baik.

 Tapi satu burung unta di Romania ini memang berbeza dengan saudara-saudaranya itu.Peternakan yang menjadi asal burung unta pintar tersebut berada di kota Pitesti.

 Sang pemilik peternakan tersebut Florin Diaconescu (47) mengaku sangat lega melihat kembali si burung unta itu ke peternakannya. Bahkan Florin masih takjub melihat bagaimana dia telah berhasil menemukan lokasi peternakan tersebut sekalipun telah dibawa cukup jauh oleh sang pencuri.

 "Aku telah menganggapnya sebagai hilang selamanya," katanya.

 "Tapi saya terkejut melihat tiba-tiba ada kepulan awan debu sedang bergerak menuju peternakan dan ia berlari ke halaman secepat kakinya boleh membawanya. Luar biasa", kata Florin masih takjub dengan si burung raksasa yang pintar ini.

Pelari 100 meter tergemuk didunia

American Samoa ‘sprinter’ Savannah Sanitoa memanaskan pagi hari Minggu pada kejuaraan dunia di Berlin – meskipun menyelesaikan lebih dari tiga saat di belakang pemenang  100 meter. Berat badannya adalah £ 210 (95 kg) dan dia menjadi seorang selebriti di Kejuaraan Atletik Dunia di Berlin.




Cara menentukkan anda seorang gay atau macho???


Menentukan seseorang Gay atau Macho tidak hanya dilihat dari bentuk fizik dan tingkahlakunya saja.Ada cara untuk mengetahui seseorang itu apakah orang tersebut Gay atau Macho iaitu dengan melihat jari-jari tangannya. Entahlah cara ini benar atau tidak tapi patut dijadikan acuan dalam menentukan keperibadian anda.Believe or Not…..

sumber : http://tegarmuhammadsakti.blogspot.com

Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ais tangkai paling mahal di dunia

MEXICO CITY - Sebuah hotel di Mexico membuat ais paling mahal di dunia. Ais tangkai tersebut dijual dengan harga USD1,000.
Ais popsicle itu disajikan dengan tangkai plastik. Namun yang membuat ais ini jauh lebih mahal dari ais lainnya adalah bahan baku pembuat ais tersebut. Demikian diberitakan News.com.au.
Ais itu dibuat dari tequila atau minuman keras khas Mexico yang dijual 900 poundsterling . Popsicle Tequila Premium Clase Azul Ultra ini, juga disertai serpihan emas seberat 24 karat.
Pemilik resort Marquis Los Cabos di Baja California Sur mengatakan, mereka mengharapkan ais ini dapat dikenal luas dikalangan warga kaya di dunia.
Menurut General Manager Marquis Los Cabos Ella Messerli, pembuatan ais popsicle termahal di dunia ini merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan mereka. Selain juga menjadi bentuk pendekatan baru untuk melayani para pengunjung yang mengunjungi resort tersebut.
Sumber :http://www.okezone.com/

OSLO - Seorang warga negara Jerman dinyatakan sebagai pemilik janggut terbagus di dunia setelah membuat takjub masyarakat pada sebuah pertandingan yang diadakan di Norway. Janggut unik tersebut dibentuk seperti seekor rusa dan bendera Norway.

Elmar Weisser, seorang penata rambut yang berusia 47 tahun mengalahkan 160 pesaing dari 15 negara dan mendapatkan peringkat pertama Kejuaraan Misai dan Janggut yang diadakan di Trondheim, Norway.
Hebatnya, Weisser sebelumnya juga sudah pernah mengikuti pertandingan ini dan telah menang beberapa kali. Dirinya mengaku bahawa saudara perempuannya telah membantunya dan mereka berusaha seharian untuk membentuk janggut ini.

“Ketika janggutku tidak tertata, janggutku sampai ke pinggang. Ini harus dilipat,” ucap Weisser seperti dikutipAFP.
Weisser juga mendapatkan juara serupa tahun 2005 di Berlin, Jerman dengan jenggotnya yang membentuk gerbang Brandenburg. Bahkan, dua tahun yang lalu dia menang di Britain dengan rekaan uniknya iaitu Menara London.
Sumber :http://www.okezone.com/

Gila...Menantu acu pisau rampas anak dari mentuanya

Kenapa boleh jadi begini?
saya petik dari myMetro

SUNGAI PETANI: Bagi ‘merampas’ anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

 Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

 Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

 Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.

 “Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Ibu Cekik Anak Kandung Hingga Mati Kerana Kahwin Pemuda Hindu

TRIBUNNEWS.COM - Dua perempuan Muslim membunuh anak perempuan mereka kerana menikahi pemuda beragama Hindu. Keduanya membunuh anak mereka dengan mencekiknya hingga tewas. Demikian diberitakan Daily Mail, Isnin (16/5/2011).

Pengantin baru bernama Zahida (19) dan Husna (26) dicekik hingga meninggal dunia ketika kembali ke rumah setelah menikahi pemuda pilihan mereka. Demikian ujar Anil Kumar Kusan, seorang polis yang bertugas di wilayah Baghpat,negara bahagian Uttar Pradesh, India, tempat kejadian itu berlangsung.

Zahida dan Husna bertetangga dan jatuh cinta dengan dua pekerja kontrak. Mereka berdua memilih kahwin lari dan kembali ke rumah masing-masing dengan harapan boleh berdamai dengan keluarga. Ibu mereka yang masing-masing bernama Khatun dan Subrato menolong satu sama lain mencekik anak kandung sendiri.

“Kami membunuh mereka kerana membuat malu komuniti. Bagaimana boleh mereka kahwin lari dengan (pemuda) Hindu? Mereka pantas mati dan kami tak punya rasa sesal,” kata Khatun setelah ditangkap pada Jumaat, minggu lalu

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved