Suami Sebut Nama perempuan Lain di Malam Pertama

on 16 Mei 2011

TRIBUNNEWS.COM - Pasangan pengantin baru memutuskan berpisah setelah pengantin lelaki menyebut nama perempuan lain di malam pertama.

Sun Qiang (24) bertemu pengantin perempuan, Hu Yan, di kampung halamannya, Suiqian di Daerah Jiangsu, China, pada Oktober tahun lalu. Dua bulan kemudian, mereka menikah secara tradisional dan tak mendaftarkannya di catatan sivil.

Sun memberikan keluarga Hu berupa emas, motosikal, dan wang sebanyak 20 ribu yuan , sebagai mas kahwin. Setelah pesta, Sun dan Hu kembali ke bilik mereka. Ketika melihat Hu, Sun menyebut nama perempuan lain dalam keadaan mabuk.

Sang pengantin perempuan marah dan kembali ke rumah orangtuanya, esok harinya. Ia menolak menerima suaminya kembali meski berulang kali meminta maaf.

Pada Februari tahun ini, Sun meminta pernikahan dibatalkan dan memaksa agar Hu mengembalikan mas kahwin yang kemudian ditolak Hu.

Perkara kemudian bergulir di pengadilan. Hasilnya, pihak pengadilan meminta agar semua perhiasan, motor, dan sebahagian wang sebagai mas kahwin dikembalikan ke Sun.

Sumber: AsiaOne

Pilot Bunuh Isterinya Yang Kaya Gunakan Alat Bantu Seks Milik Kekasih

TRIBUNNEWS.COM - Seorang pilot dituduh membunuh isterinya yang kaya dengan menggunkan alat bantu seks yang sering digunakannya bersama kekasih barunya. Alat bantu seks itu ditemukan bersama dengan mayat sang isteri. Demikian diberitakan Daily Mail.

Robert Brown (47),  pilot di Syarikat Penerbangan British Airways, bertengkar dengan isteri yang telah memberikannya dua anak, Joanna Brown (46) di mansion sang isteri yang bernilai 3 juta poundsterling di Windsor Great Park, Windsor, Britain. Dia kemudian menggunakan alat bantu seks untuk mengikat leher isterinya hingga tewas.

Di dalam plastik pembungkus mayat isterinya ditemukan plaster, pengikat taman, sarung tangan getah, kasut plastik, dan tukul kayu yang memilik getah.

Ketika kekasihnya, Stephanie Bellemere (41), memberikan kesaksian di pengadilan, dia mengatakan jika pengikat taman itu digunakan saat bercinta. Sementara, beberapa item yang ditemukan dari lokasi penggalian mayat, Bellemere menyatakan itu hanya alat-alat rumah tangga biasa.

Bellemere adalah pramugari British Airways yang berasal dari Oise, sekitar 80 kilometer arah utara Paris dan bertemu Brown ketika bekerja sama dan berkasih pada tahun 2007. Bellemere hamil lima bulan ketika isteri Brown tewas dibunuh pada 31 Oktober tahun lalu.

Surat khabar Unik, Selesai Dibaca Boleh Terus Di makan

Begitu isinya habis dibaca, biasanya surat khabar terus disimpan atau dibuang dan kalau sudah banyak dijual . Namun, idea redaksi Metro, sebuah surat khabar yang terbit di Britain, dan sejumlah ahli makanan membuat seauatu yang unik.


Mungkin terinspirasi Willy Wonka, tokoh dalam film Chocolate Factory, yang membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan.

Seperti dilapor web Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan suratkhabar yang boleh dimakan. Jadi begitu selesai dibaca, suiratkhabar tak perlu dibuang, tetapi lboleh terus dimakan saja.


Heston Blumenthal,seorang pakar masak, punya peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Suratkhabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya," katanya.

Soal rasa bagaimana? Para sukarelawan sudah mencabik-cabiknya dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka pun menganggukkan kepala dan menilainya sangat lazat.


Tentu saja produksi suratkhabar itu tidak hanya memerlukankan editing yang ketat, tetapi pengolahan adunan yang cermat pula. Adunan itu sendiri terdiri atas tepung maizena, minyak sayur, permen arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel.


Proses pembuatan dan pencetakan suratkhabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlu waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, suratkhabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.

Charles Bouquet, dari Edible Paper Company, mengatakan projek itu akan mendorong kebiasaan daur ulang dalam masyarakat. "Kami berharap ini memberikan tambahan aroma pada berita dan menyajikan menu isu-isu terkini yang lebih berwarna."

sumber :http://bayusp.blogspot.com

Akibat kata tidak pada panda



Brutal betul iklan ni......

Jennifer Mills-Westley, Wanita Yang Dipenggal Tanpa Alasan Oleh Orang Tak Dikenal

Seorang wanita Inggris dipenggal kepalanya dalam serangan di sebuah supermarket di pulau resort Sepanyol Tenerife di Kepulauan Canary pagi ini (15/5/2011) telah diidentifikasi sebagai nenek dari lima orang cucu.

Jennifer Mills-Westley, 60 tahun, dari Norfolk di Inggris timur, dibunuh pada hari Jumat 13 Mei 2011 lalu, di resort pantai Los Cristianos, dalam rangka menghadiri acara amal bertajuk “Trust & Missing Abroad” yang diselenggarakan oleh Lucie Blackman.

Wanita ini sudah pencen dan seringkali menghabiskan waktu dengan melakukan perjalanan antara Tenerife dan Perancis.

Seorang lelaki 28 tahun, dari Bulgaria yang identitinya belum diungkap ditangkap polisi tak lama kemudian, setelah ia terlihat lari keluar dari supermarket dengan menggenggam sebilah pisau dan membawa kepala korban yang masih berdarah-darah.

"Ibu saya pencen beberapa tahun yang lalu dan telah sepenuhnya pencen dari pekerjaan, ia menikmati perjalanan antara Tenerife dan Perancis, di mana dia menghabiskan waktu untuk mengunjungi puterinya dan cucu-cucu, dan anak perempuannya yang lain di Norfolk," kata keluarganya.


Melalui badan amal, ia meluangkan waktu dan tenaga dengan bekerja sukarela untuk membantu keluarga mereka yang tewas atau hilang di luar negeri.

"Ia adalah ibu yang penuh ghairah hidup, murah hati, dan akan melakukan apa pun untuk siapa pun. Kami sekarang harus menemukan cara hidup tanpa cinta dan cahaya, kami memohon untuk diberikan privasi disaat yang sulit ini untuk mengatasi rasa kehilangan"

Bekas majikan wanita itu, di Norfolk County Council mengatakan dia telah bekerja di jalanan dengan memberikan pelatihan keselamatan berbasikal kepada anak-anak.

"Simpati kami yang terdalam Jenny kami berikan kepada keluarga dan teman-teman dekatnya. Ini adalah berita yang mengerikan," kata otoritas itu dalam sebuah pernyataan.

"Jenny adalah anggota popular dan dihormati oleh para staf, yang selama bersama Norfolk County Council bekerja sebagai petugas keamanan jalan. Bekerja sama dengan banyak sekolah dan anak-anak untuk mengajar pelatihan keselamatan berbasikal"

Laporan media setempat mengatakan tersangka meninggalkan kedai sambil berteriak "Saya pembalas yang dikirim Tuhan dan aku datang untuk keadilan."

Pihak berkuasa siasat emak berikan suntikan botox kepada anaknya 8 tahun

Hancur masa depan budak ni..
saya petik dari kosmo online

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.

Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.

Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi

Wow..ada alat kesan kecurangan

Bagus ni...
saya petik dari Sinar Harian

WASHINGTON - Sesuai untuk mereka yang tidak mempercayai pasangan masing-masing, ciptaan terbaru ini dipercayai boleh mendapatkan semula pesanan ringkas dan mesej yang telah dibuang daripada telefon bimbit seseorang.

Pemacu simpanan data mudah alih (USB) yang digelar iRecovery Stick ini direka untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit iPhone keluaran syarikat Apple.

Ia juga mampu mengesan maklumat panggilan, buku telefon dan pemetaan, yang akan menunjukkan destinasi dilawati pengguna telefon itu.

Tdak hairan, alat kecil itu begitu diminati individu yang mengesyaki pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain.

“Pemacu USB ini sesuai untuk semua orang termasuk isteri dan suami yang mengesyaki pasangan masing-masing dan kekasih,” kata jurucakap syarikat pengeluar Paraben, Ray Couch.

“Ia juga disasarkan kepada majikan dan polis,” katanya.



Gila..peserta mirip Britney Spears buat kejutan berbogel

Gila betul perempuan ni...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Seorang peserta program pencarian bakat Britain's Got Talent, Lorna Bliss yang memiliki wajah mirip penyanyi Britney Spears beraksi dalam keadaan separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Bliss memakai seluar dalam dan sehelai kain kecil yang menutup payu daranya semasa membuat persembahan di hadapan juri dan penonton.

Bagaimanapun, salah seorang hakim yang juga pelakon terkenal, David Hasselhoff tidak terpikat dengan aksi Bliss itu.

Pada satu ketika, Bliss duduk di atas meja hakim pertandingan.

Ketika-tiga hakim pertandingan tidak memilih Bliss sebagai peserta yang menunjukkan persembahan yang menarik.

Kesemua hakim itu tidak memberikan sebarang undi untuk Bliss yang berusia 32 tahun. - Agensi

Keluarga berlagak alim samun stesen minyak

Biar betul...
saya petik dari myMetro

JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Beginilah Keadaan Stesen Bas di Beijing

Beginilah keadaan stesen bas di China,khususnya di Beijing setiap hari.Keramaian ini merupakan sebuah bukti bahawa kepadatan penduduk di China sudah sangat mengerikan.Bayangkan,untuk menaiki bas saja,anda harus bersesak dan berhimpit dengan ribuan orang.

Jennifer Aniston Beli Penthouse US$ 4.95 JUTA untuk Anjingnya

BERUNTUNGNYA Norman. Si anjing jantan campuran corgi-terrier ini telah dibelikan sebuah penthouse oleh pemiliknya artis Hollywood Jennifer Aniston. Ya, penthouse tersebut sepenuhnya atas nama Norman, anjing yang kini berumur 15 tahun.

Jennifer Aniston bahkan memborong penthouse yang terletak di West 12th Street sebanyak 3 unit seharga US$4.950 juta .Manager Jennifer, Bruce Lagnese dikhabarkan telah menandatangani dokumen tersebut.

Kecintaan Aniston pada Norman tidak perlu dihairankan, haiwan paling setia nombor satu ini bahkan selalu dipuji Aniston sebagai anjing yang besar dan menggemaskan. Ia bahkan mengatakan Norman adalah manusia dalam cetakan anjing.

Anistonmerancang membawa Norman dalam sebuah sebuah acara televisyen drama komedi Horrible Bosses yang disutradarai oleh Seth Gordon.

Hubungan Aniston dengan si Norman ini tergolong istimewa. Saat ia patah hati kerana perceraiannya dengan Brad Pitt yang jadi bulan-bulanan media dan beberapa kali hubungannya kandas dengan beberapa lelaki setelah itu, ia pun menjalani terapi anjing. Caranya mengadopsi anjing untuk mengalihkan kesedihan dan depresinya.

Ia bahkan pernah dikhabarkan lebih memilih anjing daripada lelaki .“Lelaki datang dan pergi tapi tak ada hubungan yang benar-benar seperti saat kamu punya anjing dan anjing melakukannya seumur hidupnya, sayang ia tak hidup lama,” ujar Jennifer yang dikutip dari Contactmusic.

Tahun lalu, saat Norman didiagnosa mengalami depresi, Aniston pun sedih. Apalagi anjing ini bahkan tidak bolehmengenali majikannya. “Norman tertekan dan itu yang menyebabkannya bertindak aneh,” ucapnya.

Ia pun lantas memberikan ubat untuk Norman sesuai reseip yang dianjurkan terapis dan rela mengeluarkan US$250 seminggu untuk biaya perubatan dan periksa kesihatan.

Video...lelaki dibelasah perempuan kerana tak nak buat 'projek'


Dahsyat betul perempuan ni...samapi macam tu sekali....

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved