Scary Dentistry Tools From The Past

on 12 Mei 2011














Video..aksi selamba pemuda bersihkan parit dipenuhi ular kobra (hebat)

Lelaki berani adalah makhluk yang seksi di mata wanita. Tapi bagaimana dengan lelaki ini? Ia telah melakukan pekerjaan paling berbahaya di dunia. "Dan saya yakin, ia tidak dibayar untuk itu," kata komen setelah melihat video seorang lelaki di salah satu negara Asia Tenggara bergelut setiap hari dengan ular kobra.


Dia membersihkan parit penuh kobra yang mematikan. Ini seperti mimpi buruk jika terperangkap di sarang kobra seperti itu. Tapi lelaki berpakaian santai berselipar, seluar pendek dan t-shirt lalu memasuki lubang sempit memegang sapu. Dia hanya cuma mengangkat ular dengan leher mereka dan melemparkan mereka ke satu sisi. Dan dia dikelilingi ratusan ular yang mematikan.



iAugment, Aplikasi iPhone Pembesar Payudara

Apakah anda merasa payudara anda kurang besar dan menarik? Aplikasi iPhone ini mungkin boleh menjawab pertanyaan anda.

Aplikasi  iAugment ini ditujukan bagi para wanita yang merancang memperbesar payudaranya dan ingin melihat seperti apa bentuk payudaranya sebelum akhirnya melakukan operasi perbesaran itu.

 iAugment merupakan aplikasi buatan doktor bedah plastik Elizabeth A Kinsley yang menjadi dokter pertama yang menggunakan  teknologi citra 3D untuk memperlihatkan hasil akhir operasi pada wanita yang ingin melakukan operasi, sebelum ia benar-benar yakin akan melakukan operasi perbesaran payudara.

Langkah pertama yang dilakukan adalah memfoto dada dan menggunakan kursor untuk menandai dada. Kemudian, kursor diperlebar sebelum memilih 17 ukuran penanaman virtual yang berkisar dari 210-690cc.


“Pembesaran payudara boleh menjadi prosedur sangat rumit ketika wanita mulai bertanya ‘akan seperti apa payudara saya nantinya’ atau ‘ukuran berapa yang sesuai untuk saya’,” papar Kinsley.




Rumah Mewah di Dalam Tanah

Rumah yang terlihat indah dan mempesona adalah idaman setiap orang. Apalagi rumah itu memiliki ciri khas yang tersendiri, juga mempunyai suasana alam yang boleh membuat anda menjadi relax selepas kegiatan anda sehari-hari. Ramai orang-orang memilih lokasi tempat membangun rumah impian dengan adanya latar pegunungan.

 Salah satunya orang-orang yang terpesona oleh suatu perbukitan yang Indah. mereka pun berfikir untuk membangun rumah impian mereka disana dengan latar pemandangan yang sangat fantastik dan beberarapa orang berhasil membangun sebuah rumah mewah yang berada di bawah permukaan tanah, yang terletak di Fals Swiss.




Melukis dengan senapang

Ada-ada saja cara untuk berkarya. Termasuk yang ini: 'melukis' dengan senjata, baik senapang mahupun pistol. Menggunakan bahan logam sebagai kanvasnya, dan senjata sebagai berusnya. Lubang-lubang yang ada di lembaran logam menjadi catnya.




Nenek 79 tahun dera amah

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 79 tahun didakwa di mahkamah rendah kelmarin atas tiga tuduhan mendera pembantu rumahnya.

 Bagi tuduhan pertama, Maimunah Ahmad, yang tiba di mahkamah dengan berkerusi roda, didakwa meletakkan sudip yang dipanaskan pada tangan kanan amahnya.

 Tindakan warga tua itu meninggalkan kesan melecur di tangan mangsa, Puteri Andanari, 23 tahun, warga Indonesia.

 Menurut pertuduhan, kejadian itu berlaku di dapur rumah pangsa HDB di Blok 429, Tampines Street 41, antara 13 November dengan 27 November 2009.

 Dalam dua kejadian berasingan pada 2 Disember 2009, Maimunah juga dituduh memukul amahnya itu dengan menggunakan penyangkut baju plastik dan senduk.

 Maimunah dikatakan memukul amahnya itu di seluruh tubuhnya dengan penyangkut baju plastik, serta memukul kepala amahnya sebanyak tiga kali dengan senduk.


 Menurut laman web The Straits Times, Maimunah, yang kelihatan lemah, diwakili peguam bela, S S Dhillon. – Agensi

saya petik dari Berita Harian

Tak dapat cuti lelaki terjun dari bangunan tertinggi di dunia

DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan.

 Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.

 Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.

 “Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir,” kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut.

 Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka
pada pada Januari 2010. – AP/ Agensi
saya petik dari Berita Harian

Gila...Bayi dibuang dalam tong sampah di toilet kritikal

NEW YORK: Tindakan pantas seorang kakitangan hospital menyelamatkan nyawa bayi yang ditinggalkan ibunya sejurus selepas dia dilahirkan dalam tandas, semalam.

Jurucakap polis berkata, bayi perempuan itu kini dalam keadaan kritikal.Katanya, seorang wanita muda, Dawa Lama, melahirkan bayi terbabit dalam tandas Hospital Elmhurst di Queen, dan meninggalkannya di dalam tong sampah.


“Tidak lama kemudian, seorang kakitangan hospital ternampak kesan darah dalam tandas itu dan selepas disiasat, terkejut mendapati ada bayi di dalam tong sampah,” katanya.Menurut jurucakap itu, Dawa, 23, tiba di hospital itu untuk menjalani pemeriksaan prakelahiran kira-kira jam 2 petang.

Selepas melahirkan bayi itu, Dawa membuangnya dan meninggalkan hospital berkenaan.“Setakat ini bayi terbabit berada dalam keadaan kritikal,” katanya.Jurucakap itu berkata, Dawa ditemui polis tidur di rumahnya kira-kira tiga jam kemudian.Katanya, wanita terbabit dibawa ke Hospital Besar Queens untuk dirawat.

Polis belum memutuskan sama ada mahu mendakwa Dawa atau tidak.Siasatan polis mendapati, Dawa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

saya petik dari myMetro

Bakal pengantin lari sebelum akad nikah

Kenapa mesti nak lari?
saya petik dari myMetro

JOHOR BAHRU: Gara-gara gagal menyediakan wang hantaran seperti dijanjikan, seorang lelaki dipercayai melarikan bakal isterinya pada hari perkahwinan mereka, Ahad lalu.

 Difahamkan, lelaki itu yang berjanji memberikan wang hantaran RM10,000 dikatakan pernah menangguhkan tarikh perkahwinan daripada 1 Mei kepada 8 Mei lalu dengan alasan tidak dapat datang dari Sabah. 

 Malangnya, beberapa jam sebelum majlis pernikahan mereka, keluarga mendapati pengantin perempuan berusia 18 tahun tiada di rumah, dipercayai menghilangkan diri bersama bakal suaminya itu. 

 Tindakan mereka menyebabkan puluhan jemputan termasuk saudara-mara dari Indonesia bukan saja menanggung malu, malah kerugian lebih RM3,000 berikutan pelbagai persiapan sudah dilakukan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Bendahara di sini. 

Menceritakan kejadian itu, sepupu pengantin perempuan, Nor Lindawati Abdul Talib, 38, berkata, sepupunya Julianasari Jaafar atau Sari yang tinggal di rumahnya sepatutnya bernikah pada 1 Mei lalu bersama jejaka pilihan hatinya yang juga seorang kontraktor.

Lelaki lari dari penjara , sembunyi 16 tahun di sebuah gua

Seorang tahanan di Portugal yang lari dan bersembunyi di gua selama 16 tahun akhirnya kembali ditangkap. Dalam persembunyiannya, buah-buahan menjadi makanan utama dia.

Lelaki yang kini berambut gondrong dan ditumbuhi janggut lebat itu mencoba melawan penahanannya ketika polisi mengepungnya kemarin. "Namun dia tidak menggunakan pistol yang dia punya," kata seorang juru cakap polis, dikutip dari news.com.au.

Buruan itu kini berumur 54 tahun. Sebelumnya dia telah menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana membunuh ketika lari pada 1993. Mungkin kerana tak tahan di dalam penjara, dia lari ke wilayah yang dihuni penduduk peribumi Portugal di Vieira do Minho.

"Sejak lari, dia bersembunyi dan tinggal di tiga atau empat gua di kawasan tersebut, yang dia kenal baik," ujar Inspektur Kepala Carlos Gomes dari kepolisian di Braga, sebelah utara Portugal.

"Dia memakan buah-buahan dan tidak pernah menemui doktor. Namun sepertinya dia dalam keadaan sihat," tambah Gomes. Namun menurut khabar lain yang beredar, sang buruan itu menerima makanan dan ubat-ubatan dari anggota keluarganya.

Polis memulai kembali perburuan terhadap lelaki itu beberapa tahun lalu dan menggelar Operasi Cro-Magnon untuk membawa sang "manusia gua" kembali kemuka pengadilan.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved