Lelaki Tatoo Gigi Depannya Dengan Gambar Putera William dan Kate Middleton

on 08 Mei 2011

Seorang lelaki rela mengeluarkan wang sebanyak 1.000 Poundsterling untuk pernikahan Putera William dan Kate Middleton dengan cara mentatoo dua gigi depannya dengan gambar pasangan yang sedang berbahagia itu.

Baz Frank, 29 tahun, menghabiskan waktu selama enam jam duduk di kerusi dokter gigi ketika tatoo potret Pangeran William dan Kate Middleton ditatookan ke gigi depannya.


Dr. Neil Gerrard menciptakan desain sementara pada kertas sebelum gambar pasangan yang sedang berbahagia itu diukir dengan tangan pada gigi Baz Erank menggunakan stensil dan berus ultrahalus.


Karya seni sementara ini dikenal dengan nama "gnasher tats" akan bertahan selama tiga bulan dan hanya dapat terhapus setelah beberapa lama diberus dengan kuat.

Baz, yang tinggal di Bristol, mengatakan "aku menyukai keluarga kerajaan dan ini adalah caraku memberikan dokongan untuk hari besar mereka." Dr. Gerrard menambahkan, "Saya telah mengerjakan beberapa kosmetik gigi yang tidak biasa selama saya bekerja, tapi yang satu ini yang paling aneh."

Really stupid boxer can't get in the ring

Zebra cross tersibuk di dunia

Shibuya Crossing, juga disebut sebagai Shibuya Scramble Crossing adalah tempat penyeberangan pejalan kaki di luar pintu keluar Stasen Shibuya Hachiko Jepun.Shibuya Crossing yang juga dikenal sebagai penyeberangan pejalan kaki menyeberang diagonal atau eksklusif. Perebutan persimpangan di Shibuya Hachiko Square, dilaporkan pejalan kaki tersibuk di dunia . Dikelilingi oleh layar video, memberikan bladerunner sangat terasa. Ini diabaikan oleh salah satu kafe Starbucks tersibuk di dunia, di mana foto ini diambil.







Ajaib…Hampir Dua Bulan Tersesat di Hutan,Pelancung Ditemukan Selamat

REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON – Seorang pelancung dari Kanada yang hilang sejak pertengahan March telah ditemukan dalam keadaan hidup di satu daerah hutan rimba terpencil di bahagian barat Amerika Syarikat.

“Rita Chretien (56) selamat dan sudah boleh berbicara dengan keluarganya, dia sekarang dirawat di sebuah hospitalt di Twin Falls, Idaho. Sementara suami Rita, Albert Chretien, masih dalam pencarian,” kata Sarjan Josh Bryant dari kepolisian Baker City, Oregon, Sabtu (7/5).

Van pasangan suami-isteri itu terjebak di sebuah jalan ketika mereka melakukan perjalanan di daerah terpencil menuju kota judi Las Vegas, Nevada. Albert Chretien (59) meninggalkan kereta mereka—Chevrolet Astro 2000—untuk mencari bantuan. Sementara isterinya, Rita, tetap tinggal di van tersebut.

Beberapa pemburu menemukan Rita Chretien dan kendaraannya pada Jumaat (6/5) di daerah terpencil di Nevada. Rita kemudian dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

Raymond Chretien, salah seorang anak pasangan suami-istri itu, mengatakan kepada wartawan setempat bahwa ibunya telah kehilangan berat sembilan sampai 14 kilogram. “Merupakan sebuah “keajaiban” ibu boleh bertahan hidup,” ujarnya.

Walah…Sepanyol Hukum Dua Lanun Perompak Somalia 439 Tahun

REPUBLIKA.CO.ID, MADRID – Dalam kes yang jarang terjadi. Hakim di Sepanyol baru-baru ini menghukum dua orang  perompak Somalia yang mengambilalih kapal ikan Sepanyol tahun 2009. Masing-masing dihukum 439 tahun penjara, menurut salinan tuntutan yang diterima CNN.

Tuntutan yang lama dari dakwaan untuk penahanan ilegal dari 36  anggota awak kapal , dengan hukuman 11 tahun untuk setiap hitungan penahanan, atau 396 tahun.

Selain itu, para terdakwa dihukum atas tiga tuduhan lainnya, termasuk perompakan bersenjata dan menjadi anggota sebuah geng jenayah Jumlah seluruhnya, tuntutan mereka menjadi 439 tahun.

Kapal Alakrana dibebaskan pada bulan November 2009 setelah ditahan selama 47 hari di lepas pantai Somalia. Para kru termasuk 16 pelaut Sepanyol dan 20 dari Afrika dan Asia ada di dalamnya.

Sehari setelah perompakan oleh 12 lanun laut bersenjata,  tentera Sepanyol  menangkap dua tersangka lanun laut 3 Oktober 2009 saat mereka meninggalkan kapal ikan. Kemudian pemerintah mengambil langkah yang tidak biasa membawa mereka ke Madrid.

Banyak tersangka lanun laut lainnya yang telah ditangkap oleh pasukan tentera internasional – berusaha untuk menjamin keselamatan pelayaran dan pedagang ikan di lepas pantai Somalia -  telah diambil untuk negara-negara Afrika untuk prosedur pengadilan, tetapi tidak ke Eropah.

Pengadilan Sepanyol mengidentifikasi dua orang itu sebagai Raageggesey Hassan Aji, dari Ceel Maccan, Somalia, yang lahir pada tahun 1978,  dan Cabdiweli Cabdullahi, dari Marka, Somalia, tanpa disebutkan usianya.

Lelaki 57 panjat gunung-gunung semata-mata nak ambil gambar

Macam-macam gelagat manusia...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Seorang lelaki, Robert Bosch, 57, menakluki puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, Banjaran Alps di Eropah dan banjaran di Antartika semata-mata untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan.

Didorong minatnya untuk mendapatkan imej puncak yang hebat dan sempurna, Bosch telah menghabiskan masa hampir 40 tahun dengan mendaki puncak-puncak banjaran utama di dunia.

"Mendaki Everest dengan menyusuri laluan biasa tidaklah sesukar mana untuk seorang pendaki yang berpengalaman," katanya.

"Saya pernah mendaki laluan lereng barat Everest yang sukar tetapi gagal.

"Ramai orang mendaki Everest dan berfikir mereka dapat menulis buku mengenainya tetapi kebanyakan mereka banyak bergantung kepada pemandu arah tempatan dikenali sebagai Sherpa," tambahnya. - Agensi

Makan ratu anai-anai RM2500 seekor untuk kuat tenaga batin

Macam-macam..
saya petik dari myMetro

LEDANG: “Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,” kata Abdul Rahim Abu Bakar, 45, menceritakan khasiat memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Dia yang menjalankan perniagaan mengawal serangga perosak mendakwa khasiat ratu anai-anai umpama Viagra yang membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.

Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

“Seelok-eloknya ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.



“Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah tabib Cina percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.



Dia berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.

Bagi lelaki, dakwa Abdul Rahim, memakan ratu anai-anai dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin.

Wanita yang memakannya pula dikatakan dapat menambahkan kesuburan seperti fungsi ratu anai-anai itu sendiri yang menghasilkan ribuan telur.

Selain itu, ratu anai-anai dipercayai sangat berkhasiat dalam membantu memulihkan beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit buah pinggang, lenguh badan, cepat letih, menerangkan penglihatan dan kencing manis bagi peringkat awal.

Abdul Rahim berkata, disebabkan khasiat dan kesukaran mendapatkannya, seekor ratu anai-anai dijual antara RM1,500 hingga RM2,500 kepada orang tengah dan boleh mencecah RM5,000 di kedai.

“Harga ratu anai-anai bergantung kepada saiz dan warnanya. Yang kecil biasanya berwarna hitam pucat manakala ratu anai-anai besar berwarna kekuningan seperti ulat sagu. Lagi besar, khasiatnya lagi bagus.

“Saya pernah memperoleh RM7,000 hasil penjualan tiga ekor ratu anai-anai. Bagaimanapun, ia bukan selalu kerana memang sukar mendapatkan ratu anai-anai,” kata bapa kepada lima anak berusia enam hingga 15 tahun itu.

Menyedari harganya lumayan, Abdul Rahim menjadikan kerja mencari ratu anai-anai sebagai pendapatan sampingan selain perniagaan mengawal serangga perosak.

“Sepanjang menjalankan pekerjaan mengawal haiwan perosak seperti anai-anai, saya jarang menggunakan racun, sebaliknya memakan ratu serangga berkenaan atau menjualnya kepada pihak berminat.

“Walaupun pelik, ia berkesan, malah ratu anai-anai turut mendapat permintaan tinggi kerana khasiatnya diakui di negara Asia seperti China, Jepun dan Singapura,” katanya yang mencari busut di sekitar kampung, terutama di dusun, ladang kelapa sawit dan getah untuk mengesan ratu anai-anai.

Dia mengambil masa kira-kira 10 sehingga 20 minit untuk menemui ‘rumah’ ratu anai-anai dan kadangkala lubang pertama digalinya membawa kepada penemuan tempat terbabit.

Katanya, cara memakan ratu anai-anai sangat mudah kerana pemakan hanya perlu menanggalkan kepala makhluk perosak terbabit lalu menelannya dengan segera.

“Sebaik menemui ratu anai-anai, kita perlu tanggalkan kepalanya sebelum meminum sedikit air untuk memudahkan ia ditelan,” katanya sambil menunjukkan cara terbabit kepada wartawan Metro Ahad.

Rahim turut memberi petua iaitu ratu anai-anai perlu dimakan segera untuk mengekalkan kesegaran serta khasiatnya kerana ia hanya mampu bertahan tiga hari selepas dikeluar dari sarangnya.

Bahkan, dia mendakwa selepas memakan ratu anai-anai, ia memberi kesan yang sungguh baik serta lebih bertenaga walaupun membuat kerja berat setiap hari.

Sementara itu, usaha menemui seorang lagi pemburu ratu anai-anai yang hanya dikenali sebagai Pak Aki, 70, di Segamat menemui kegagalan kerana dia meninggal dunia baru-baru ini.

Mayat warga emas tiba-tiba bergerak

Belum sampai ajal..
saya petik dari myMetro

KANGAR: Menggemparkan apabila ‘mayat’ seorang warga emas yang dikatakan meninggal dunia di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Sena, sejak dua hari lalu, tiba-tiba bergerak sebelum dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan, kelmarin.

 Khaw Sui Liong, 54, ditemui oleh dua rakannya dalam keadaan kaku dan tertiarap seolah-olah tidak bernyawa di atas tilam sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat enam Blok B pangsapuri berkenaan, jam 5 petang.

 Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripada mereka, Mohd Zawari Zain, 31, memaklumkan jiran bersebelahan sebelum menghubungi polis.

 Ramai penghuni bergegas ke rumah berkenaan namun tidak berani memegang tubuh mangsa.

Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Kent Khaw, 24, yang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, membuat bantuan pernafasan (CPR) dan mendapati mangsa masih bernafas.


Mohd Zawari berkata, mangsa menetap seorang diri selepas kematian ibunya lapan bulan lalu.

 “Mangsa gagal menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu menyebabkan kami datang ke rumahnya untuk melihat kejadian sebenar.

 “Saya melihat mangsa tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk seolah-olah bau mayat.

 “Namun saya dan rakan tidak berani memegangnya kerana menjangka dia sudah mati,” katanya.

 Menurutnya, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit mengesahkan mangsa masih bernyawa.

 “Orang ramai terkejut apabila dimaklumkan mangsa masih bernyawa. Anak saudara mangsa membuat CPR dan mendapati Khaw masih hidup,” katanya.

 Jurucakap HTF berkata, mangsa kini koma tetapi stabil dan menerima rawatan intensif.

Korban Langgar Lari yang Terakam Kamera CCTV di Jalan (Foto & Video)

Dale O'Malley, 28 tahun terhempas di tanah setelah dilanggar oleh kereta yang dipandu dengan laju di Manchester. Tubuhnya dibiarkan saja terbaring. Sementara sebelum petugas medik datang, foto-foto berikut ini sempat dirakam oleh sebuah bas yang parking tidak jauh dari tempat Dale di langgar.








Musang seekor ini suka makan wafer dan minum teh

Musang biasanya senang makan biji Kopi atau dedaunan. Namunmusang milik warga Situbondo yang satu ini justru senang makan wafer dan minum teh. Kerana keunikannya ini, sang pemilik menolak menjual binatang kesayangannya.

 Sang pemilik, Dadang Yulianto (40) warga Desa Kota Timur, Kecamatan Besuki Situbondo yang memiliki keunikan musang pada umumnya. Musang jantan berusia 11 bulan itu didapat dari pemberian seorang teman. Sejak musang itu dipelihara, binatang itu enggan memakan buah-buahan, dedaunan ataupun biji kopi.

 Dadangpun bingung ketika memberikan makan untuknya. Tak disengaja, satu potong wafer milik anaknya yang tertinggal di kerusi disukai oleh musang itu dan dimakan hingga habis.

 Sejak kejadian tersebut,musang itu diberi makan wafer atau Marie begitu juga saat memberi minum, luwak juga tak mahu hanya diberi air putih. Binatang ini suka minum teh.

 "Musang ini setiap hari boleh menghabiskan lima bungkus Marie atau wafer dan tiga gelas teh manis," ujar Dadang Yulianto.

 "Pernah ada yang ingin membelinya Rp5 juta, tapi tidak saya jual kerana unik," terang Dadang tersenyum lebar.
 (Bambang Sugiarto/RCTI/ahm)

Diramal Gempa, Datuk Bunuh Diri

TAIPEI – Seorang datuk nekad bunuh diri kerana ketakutan setelah adanya prediksi pulau tempat tinggalnya akan dilanda gempa bumi dan tsunami dahsyat.

 Datuk berusia 70 tahun tersebut menderita depresi kronis. Dia melompat dari tingkat lima rumahnya di pinggiran Kota Taipei pada Khamis, 5 Mei. Dia kemudian dinyatakan meninggal di hospital.

 Keluarga datuk tersebut menuturkan, keadaan si datuk kian memburuk setelah terjadinya gempa 9,0 skala richter di timur laut Jepun pada March. Ditambah lagi dengan prediksi seorang peramal yang mengatakan Taiwan juga akan hancur oleh terjangan gempa dan tsunami.

 “Rambut saya sudah memutih semua. Terlalu banyak yang saya cemaskan,” ujar si datuk kepada isterinya beberapa saat sebelum melompat bunuh diri seperti dikutip AFP, Jumaat (6/5/2011).

 Jaksa di Taiwan kini tengah menyelidiki peramal yang diketahui bernama Guru Wang. Peringatan kiamat yang diprediksikannya telah membuat warga membuat tempat perlindungan dari kard box.

 Para jaksa menduga, peramal tersebut berkomplot dengan perusahaan pembuat kard box. Dugaan tersebut berdasarkan pernyataan peramal yang mengatakan kard box akan lebih aman dari bangunan gedung biasa jika gempa terjadi.

 Dilaporkan, lebih dari 100 tempat perlindungan dari kard box telah dibangun di Puli, sebuah kota di pusat Taiwan, setelah Wang memprediksikan gempa dahsyat akan melanda Taiwan pada 11 Mei. Gempa tersebut dikatakan Wang akan menelan korban jutaan jiwa.
(rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved