Pisang Dijadikan Kambing Hitam Pelecehan Seks

on 03 Mei 2011

Seorang pendeta yang dituduh melakukan pelecehan seks terhadap seorang gadis kecil,cuba membuat helah dengan mengatakan bukan dirinya yang melakukan hal itu. Melainkan sebuah pisang.

Ketika menjalani proses pengadilan di London, Inggris, pendeta tersebut membantah semua tuduhan yang di arahkan pada dirinya.
"Saya tidak melakukan pelecehan, ia (korban) hanya menyentuh pisang yang berada di poket saya," ungkap pendeta tersebut seperti dikutip Orange.

Menurut para juri yang mengikuti persidangan ini. Insiden pelecehan mungkin saja terjadi kerana mangsa mengira pisang tersebut adalah penis dari pendeta itu. Peristiwa ini sendiri terjadi ketika mangsa duduk di sebelah pendeta saat mengikuti tutor dan peristiwa itu terjadi ketika usianya masih 12 tahun.

Mangsa yang kini berusia 26 tahun tersebut mengaku, jika pendeta itu sengaja menarik tangannya dan diarahkan ke kelengkang pendeta itu.
Dia juga mengatakan, pendeta bernama David Morris tersebut mengajak dirinya serta saudara perempuannya untuk berbelanja seluar dalam dan membawa mereka ke pub.

sumber : http://international.okezone.com

Inilah Kisah Chito dan Pocho, Manusia dan Buaya yang bersahabat

Foto-foto ini sungguh menakjubkan. Seorang lelakibermain-main dalam air dengan buaya raksasa. Dulu buaya itu pernah hampir mati dan disembuhkan. Nama lelaki hebat ini adalah Chito, dan buaya besar itu dinamainya Pocho.


 Dua puluh tahun lalu Chito menemukan buaya ini di sungai dengan keadaan hampir matit, terluka  tembakan senjata api. Dia menaikkan buaya besar itu ke perahunya dan dibawa ke rumah, lalu dia ubati lukanya.

 “Setiap malam aku tidur di sebelah Pocho ketika dia terluka. Aku memperlakukannya dengan penuh kasih-sayang,” kata Chito seperti dikutip dari Moolf.

 Perlu masa lapan tahun sebelum Chito benar-benar boleh menaklukkan buaya raksasa Pocho. Sekarang dia sudah boleh dengan bebas berenang bersama Pocho di kolam. Ketika memberikan makanan pun Chito  masuk ke dalam air. Aksi persahabatan manusia dengan buaya ini menjadi tontonan pelancung.

http://forum.vivanews.com

Karya terbaru ‘Doktor Kematian’

Gunther von Hagens yang dikenali dengan jolokan 'Dokter Kematian' adalah ahli anatomi Jerman penemu teknik pengawetan spasimen jaringan biologi yang disebut 'plastisin'. Setelah sebelumnya membuat sejumlah karya dari mayat manusia, kali ini Gunther mempamerkan sejumlah karyanya yang terbuat dari mayat binatang. Pameran yang bertajuk 'Koerperwelten der Tiere (Dunia Tubuh Binatang)' ini dipamerkan di zoo Cologne, Jerman.
Mulai 14 March hingga 11 September 2011 , 20 koleksi jasad binatang yang telah dipastinasi di zoo Cologne, termasuk gajah dan zirafah. Pastinasi mengacu para proses pengawetan mayat, menciptakan spesimen yang tidak berbau, dan tidak membusuk. Caranya, mengganti air dan lemak yang terkandung dalam jasad dengan plastik. "Ini adalah wawasan dalam dunia haiwan, biologi binatang dan kedoktoran haiwan, yang tidak pernah dilakukan sebelumnya." ungkap pengarah zoo, Theo Pagel.

image

Aneh ada buah pisang tumbuh atas permukaan tanah dan tanpa pohonnya

Aneh, buah pisang tiba-tiba tumbuh tanpa pohon dan daun di kebun milik Salam, warga Dusun  Ciamis.  Uniknya, pisang tersebut tumbuh semakin membesar bersamaan dengan tumbuhnya tunas pohon pisang baru di sampingnya.

Wawan Hermawan, tetangga pemilik pisang aneh tersebut mengaku hairan ketika melintas di kebun pisang milik Salam, “Saya melihat ada (buah) pisang yang tumbuh dari tanah, tanpa ada pohonnya. Baru kali ini saya melihat ada pisang tumbuh di atas tanah .

Menurut Wawan, pisang aneh itu diketahui jenis pisang raja sereh. Ketika ini, buahnya terus membesar hingga terdapat lima sisir. "Setiap melalui kawasan itu saya perhatikan, ternyata buahnya makin besar,” katanya.

Salam, pemilik buah pisang berkata, fenomena tak lazim tersebut ternyata baru diketahui dari tetangga yang merasa aneh atas tumbuhnya pisang tersebut.

“Awalnya dulu tempat itu berupa lubang pembuangan sampah. Kebetulan waktu itu ada pohon pisang yang sudah mati lalu saya tanam di sana. Saya kira tak akan tumbuh jadi buah, tapi ternyata tumbuh jadi buah pisang,” kata Salam yang berniaga soto khas jawa itu.

Buah aneh tersebut dijangkakan berumur sekitar dua bulan. "Memang boleh dikatakan agak aneh kerana tumbuh tanpa batang dan daun, batangnya juga sudah membusuk. Waktu saya tanam dulu memang ketika itu musim hujan,” katanya.

sumber : http://www.inilah.com

BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !!

Blog patut diselongkar kerana macam-macam cerita ada di blog ini..

Hebat ..datuk 81 tahun belasah 8 orang samseng remaja

Kehebatan orang lama..
saya petik dari myMetro

HONG KONG: Seorang warga emas berusia 81 tahun di bandar raya ini menumpaskan sekumpulan samseng remaja yang cuba merompaknya, kata polis, semalam. Lapan remaja ditahan dengan sesetengahnya memerlukan rawatan di hospital.

Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Mark itu diserang kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun di terowong pejalan kaki kira-kira jam 4 pagi. Ketika itu, Mark dalam perjalanan untuk melakukan senaman pagi apabila dia diserang dari belakang. “Mereka menolak lelaki tua itu ke tanah dan cuba merompaknya. Namun, dia melawan kembali dan kumpulan itu melarikan diri tanpa mendapat apa-apa,” kata jurucakap polis. Kumpulan samseng remaja itu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan cedera ringan selepas lelaki terbabit melawan. - AFP

Suaminya lumpuh tapi dia syok berseronok dengan lelaki lain

Apa yang sebenarnya difikirkan oleh wanita ini?
saya petik dari myMetro

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 46 tahun bertindak curang dengan bermalam bersama kekasihnya di sebuah motel di Jalan Kampung Perak, di sini, sedangkan suaminya yang lumpuh terlantar di rumah mereka di Guar Chempedak.

Bagaimanapun, dia dan teman lelakinya berusia 52 tahun yang juga suami orang itu tidak bernasib baik apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada jam 2.10 pagi kelmarin.

Difahamkan, wanita terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pulau Pinang sepatutnya pulang ke kampungnya di Guar Chempedak, dekat sini, sempena cuti umum Hari Pekerja kelmarin untuk melawat suaminya yang berusia 50-an serta enam anaknya yang berusia tujuh hingga 24 tahun, tetapi dia mengambil kesempatan untuk bertemu kekasihnya dengan bermalam di motel berkenaan.

Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Mat Dali berkata, ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa dia menyewa bersama rakannya di Pulau Pinang dan memberi alasan pulang ke kampung di Guar Chempedak dengan menaiki bas untuk menghantar wang gaji kepada anaknya bagi menyara kehidupan mereka.

Difahamkan, suaminya lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terjatuh dan kini dijaga oleh enam anak mereka, manakala anak sulungnya dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama dengan teman lelaki wanita itu.

Kerana berebut tanah seorang bapa sanggup roboh rumah anak kandung sendiri

Akibat berebut harta dunia..
saya petik myMetro

ROBOH...Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya.


MARANG: Disebabkan berebut tanah, seorang ayah bertindak di luar jangkaan apabila merobohkan rumah anak kandungnya di Batu 13, Jalan Kuala Berang dekat sini, menggunakan dua jentolak walaupun ketika itu anaknya bersama anggota keluarga masih berada di dalam kediaman berkenaan.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, ayah berusia 67 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan apabila tidak menghiraukan keselamatan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya, menantu dan dua cucu walaupun sedar tindakan itu boleh mencederakan darah dagingnya sendiri.

Malah, lelaki itu dan tiga anaknya hasil perkahwinan kedua turut mengugut mencederakan mangsa sekeluarga jika mereka keluar dari rumah itu untuk menghalangnya daripada merobohkan kediaman berkenaan.

Mangsa, Yusof Mat Yasin, 52, berkata, perselisihan antara dia dan ayahnya bermula sejak Disember lalu apabila bapanya menuntut tanah yang didudukinya sejak 30 tahun lalu.

Katanya, tanah itu pada asalnya milik ayah dan ayah saudaranya sebelum dia membeli bahagian tanah milik ayah saudaranya untuk membina rumah.

Lelaki Ditangkap Polis Hanya Kerana Memotong Rumput

Maksud hati ingin berbuat baik, apa daya malah hukuman yang didapat. Nasib itulah yang dialami seorang warga di suatu kota kecil di Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Dia terpaksa duduk di penjara, bukan kerana mencuri atau merampok, melainkan kerana memotong rumput di taman Central Park, yang terletak di tengah kota Sandusky. John Hamilton, demikian nama lelaki malang itu, berinisiatif memotong rumput kerana merasa sudah tak enak dilihat.

Lagipula, menurut Hamilton, rumput di taman itu sudah lama tak terurus sehingga tumbuh liar. Dia pun langsung beraksi dengan alat pemotong rumput.

Sayang, niat baik lelaki berusia 48 tahun itu tak dihargai polis. Hamilton dituduh mencampuri urusan pemerintah tanpa izin dan mengganggu ketertiban umum.

Pengurus taman kota, Matt Kline, menyoal penahanan itu. Kline juga faham inisiatif Hamilton itu. Menurut Kline, rumput di taman tak terawat dengan baik kerana pemerintah kota tengah kekurangan staf akibat kesulitan anggaran. Tak jelas bagaiman nasib Hamilton selanjutnya, apakah dibebaskan atau diproses lebih lanjut di muka hukum.

Foto-Foto Menakjubkan Dari Album Guinness Book World Of Records






















Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved