IPad Innovation

on 01 Mei 2011

Here are some crazy IPad mods.











Gambar awek yang tak rela Putera Wiliam kahwin

Foto dibawah ini adalah moment ketika seorang awek yang tidak diketahui identitinya merasa "tidak rela" akan pernikahan putera Wiliam dan Katte, foto ini diambil saat kedua mempelai berciuman di balkoni istana.




Anak Ditukar Beer dan Wang

 Anak perempuan berusia 14 tahun "dinikahkan" ayahnya, dengan imbuhan wang dan beer.Polisi menangkap laki-laki berasal Greenfield California kerana disyaki merancangkan penjualan anak perempuannya yang berusia 14 tahun, dalam pernikahan yang ditukar wang US$16.000,100 peti beer dan berkotak-kotak daging.

Polis mengatakan perbuatan ini diketahui ketika si ayah yang berusia 36 tahun ini mendatangi kembali si “pembeli” dan meminta anak perempuannya dikembalikan, kerana pembayaran tak seperti yang dijanjikan.

Si ayah ditangkap atas tuduhan perdagangan manusia. Polis juga menangkap laki-laki berusia 18 tahun atas tuduhan melanggar undang-undang perkosaan.

Para penyelidik yakin si anak perempuan pergi atas keinginan sendiri dengan laki-laki yang “membeli”nya. Tapi dibawah hukum California tak diizinkan, dan tak boleh menikah secara sah kerana dibawah umur.

Polis mengatakan pernikahan yang diatur ini melibatkan anak perempuan di bawah umur dan menjadi masalah di kalangan masyarakat petani di Central Coast

Presiden yang kena kencing dengan monyet

Presiden Rupiah Banda dikencing monyet dari atas pohon ketika berjumpa wartawan."Kamu yang mengencingi jaket saya," demikian kata Rupiah Banda kepada seekor kera. Boleh jadi presiden Zambia itu merupakan pemimpin pertama di dunia yang dikencing monyet di depan orang awam.

Menurut New York Daily News, peristiwa memalukan itu terjadi ketika Banda melakukan perjumpaan dengan wartawan di kediaman rasmi presiden, Rabu 24 Jun 2009.

Presiden yang baru-baru ini kembali menang pilihanraya itu hanya boleh pasrah ketika air kencing si keraterkena dirinya. Monyet itu berada di atas posisi Banda duduk.

Kerana terasa malu, Banda pun langsung berseloroh, "Mungkin peristiwa ini membawa berkah." Para wartawan, pejabat dan diplomat yang hadir tak boleh menahan ketawa.

Cari nahas..lelaki sengaja pandu kereta bawah lori

Sahaja mengundang padah...
saya petik dari kosmo online

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.

Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.

"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi

Pelik..budak boleh makan 5 hingga 6 pinggan sekaligus tapi badan semakin melidi

Ini memang penyakit pelik..
saya petik dari kosmo online

KUALA LUMPUR – Sakit tapi selera makannya semakin menjadi-jadi.Itu fenomena luar biasa yang berlaku kepada Muhammad Aiqqal Azman, 12, yang menghidapi penyakit misteri sejak bulan Disember lalu.

Menurut ibunya, Wan Zuriati Wan Zulkipli, 37, anak keempatnya yang mesra dipanggil Aiqqal itu mampu makan nasi lima hingga enam pinggan besar sekali gus apabila lapar.

“Aiqqal tiba-tiba menjadi seorang yang kuat makan dan kadar pemakanannya luar biasa. Apa yang pelik, semakin banyak dia makan tetapi badannya tetap kurus.

“Namun, apabila seperiuk nasi, sup atau apa sahaja yang dimasak, dia boleh habiskan seorang diri. Perkara tersebut merisaukan kami sekeluarga,” katanya kepada Kosmo! Ahad di kediamannya di Kondo Mentari, Bandar Sri Permaisuri di sini semalam.

Wan Zuriati memberitahu, Aiqqal bukan sahaja makan dalam kuantiti yang banyak tapi berulang kali dan tidak kira masa dan tempat.

Malah, kata beliau, anaknya itu pernah bangun pukul 3 pagi semata-mata untuk makan.

Bagaimanapun, menurut Wan Zuriati, berat badan Muhamad Aiqqal yang dahulu mencecah 35 kilogram kini menyusut sehingga 20 kilogram sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dua minggu lalu.

Jawapan saya tentang sumpah laknat Eskay: Dr Dzul

I1. Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini.

Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad

Kisah Nenek 70 Tahun Dikucilkan di Hutan

Tidak semua orang beruntung boleh menikmati sisa hidupnya pada masa tua dengan tenang. Di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Kindo Kali, seorang nenek berumur 70 tahun, harus hidup terkucil di tengah hutan seorang diri lantaran pernah mengidap penyakit kusta. Si Nenek 70 tahun dikucilkan selama 7 tahun lebih di hutan.

Kindo Kali memilih mengasingkan diri dari lingkungan sosialnya kerana tidak semua warga di desanya bersedia menerima kehadirannya. Alasannya, penyakitnya boleh berjangkit masyarakat lain.

Anak-anak dan cucu yang seharusnya menjadi teman di masa tuanya malah meninggalkan Kindo seorang diri.

Sudah lebih dari tujuh tahun Kindo Kali atau yang akrab disapa Sayang hidup menyendiri di sebuah gubuk berukuran tidak lebih dari 1,5 x 2 meter persegi, di tengah hutan dan jauh dari lingkungan sosial masyarakat di sekitarnya. Warga Dusun Tosondeng, Desa Luyo, Kecamatan Luyo, Polewali Mandar, ini kini sudah tak mampu lagi bekerja mencari nafkah.

Sejak tiga tahun lalu Kindo tak lagi boleh pergi dari rumahnya. Jangankan bekerja mencari nafkah, berdiri dan meninggalkan gubuk tuanya saja tak mampu lagi. Selain kerana faktor usia tua, juga kerana sebagian sarafnya tak lagi berfungsi normal setelah sembuh dari penyakit kusta yang mendera tubuhnya selama hampir enam tahun.

Untuk boleh bertahan hidup di rumahnya, Kindo hanya berharap uluran tangan pemerintah dan warga kampung yang bersimpati dengannya. Kindo mengaku sedih, sejumlah anak dan cucunya yang dulu pernah serumah sebelum Kindo terserang penyakit kusta hingga kini tak kunjung datang menjenguknya.

Menurut Kindo, dirinya diasingkan keluarganya di tengah hutan sejak diserang penyakit kusta tujuh tahun yang lalu lantaran tidak semua warga di desanya bersedia menerima kehadirannya. "Saya sedih, Nak, orang menolak saya tinggal di kampung," kata Kindo. Beruntung petugas kesihatan setempat menemukan Kindo dan merawatnya hingga sembuh.

Abdul Kasim, petugas pemberantasan penyakit kusta Dinas Kesihatan Polewali, menyebutkan, diperlukan waktu hampir tiga tahun untuk mengubati Kindo secara rutin di tengah hutan hingga sembuh dari penyakit kusta yang dideritanya. Tak jelas asal-usulnya, Kindo tiba-tiba saja ditemukan warga Desa Luyo tinggal di tengah hutan. Kindo yang hanya mahir berbahasa Mandar ini mengaku tak tahu dirinya berasal dari desa apa.

Camat Luyo Andi Bebas Manggazali dan Kepala Desa Luyo Darmawati mengaku hairan, Kindo tiba-tiba ditemukan warga tinggal di tengah hutan dalam keadaan sakit. Meski telah sembuh, Kindo kini malu bergaul dengan masyarakat sekitarnya. Cacat fizik yang diderita akibat badannya digerogoti penyakit kusta bertahun-tahun membuat Kindo kehilangan percaya diri untuk bergaul dengan masyarakat sekitarnya.

Pemerintah setempat kini berupaya mengembalikan Kindo ke tengah lingkungan sosialnya agar boleh berbaur kembali di tengah masyarakat sekitarnya.

Semoga, si nenek mendapatkan apa yang semestinya dia dapatkan dalam sisa umurnya. Dan semoga kisah nyata ini menjadi perenungan kita semua.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved