The Real Supporter

on 30 April 2011

Jangan kata penyokong yang kuat jika tidak seperti
orang ini...



Web untuk orang cantik cari pekerjaan

Di tengah tingginya angka pencari kerja, perusahaan biasanya memperketat persyarat bagi para calon pekerjanya. Demikian pula yang dilakukan situs pencari kerja BeautifulJobSeekers.com. Sayang, bukan keahlian atau pengalaman yang utama, melainkan daya tarik seksualnya.

Situs pencari kerja ini dikhususkan bagi mereka yang memiliki penampilan menarik, cantik atau tampan. Melalui foto dan data diri yang diunggah, masing-masing pelamar akan berlumba untuk meraih suara atau dukungan dari para pengunjung web tersebut.


Seperti dikutip dari laman Shine, konsep yang dipilih web ini dilatari berbagai kajian yang menunjukkan hubungan antara penampilan seorang karyawan dan status pekerjaan. Seperti kajian yang baru-baru ini dilakukan pasukan dari Universiti Florida.


"Kami menemukan bahawa mereka yang berpernampilan menarik dibayar lebih tinggi," kata Timothy Hakim, penulis kajian tersebut. "Orang-orang yang dinilai tampan boleh menghasilkan lebih banyak wang, lebih terdidik dan lebih percaya diri."

Sebuah jejak pendapat yang dilakukan di Inggris terhadap lebih dari 2000 perusahaan juga menemukan bahawa seorang manager cenderung memberikan jabatan atau promosi pekerjaan kepada pekerja yang cantik atau tampan.

Sebanyak 88 peratus responden yang diwawancara mengakui bahawa mereka memiliki beberapa tahapan seleksi pekerja berdasarkan daya tariknya, bukan keahlian dan pengalaman. Sedangkan 92 peratus responden mengatakan bahawa penampilan calon pekerja mempengaruhi keputusan penerimaan pekerjaan.

Web yang hanya membenarkan jual beli barang $5 sahaja

LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam.

Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video.

Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para kliennya.

Sudah menggunakan laman web tersebut selama enam bulan, dia telah menjana pendapatan lebih AS$500 (RM1,482) setakat ini dengan menulis lagu hari lahir dan menyanyikannya dengan menggunakan piano atau klarinet.

"Ini cuma perkara yang saya lakukan untuk berseronok, tetapi ia benar-benar meningkatkan kebolehan saya menulis lagu," kata Suzanne.

Sementara seorang pereka grafik, Mary Ingrassia dari Howard Beach, Queens pula menjual perkhidmatan pengiklanan yang unik dengan menggunakan gambar burung kakak tua peliharaannya, Pickle.

Sejak menggunakan Fiverr.com pada Januari lalu, dia telah memperoleh pendapatan lebih AS$625 (RM1,852). - Agensi

Superman dah tak nak jadi warganegara Amerika Syarikat

Kartun pun dah taknak jadi warga Amerika..
saya petik dari kosmo online..


NEW YORK - Watak adiwira yang mempunyai kuasa luar biasa, Superman mengumumkan dia berhasrat untuk melepaskan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).

Adiwira itu mebuat kenyataan tersebut dalam edisi baharu Action Comics No. 900 dengan menyatakan dia sudah bosan dengan tindakannya yang ditafsirkan sebagai alat AS.

Dalam cerita komik adiwira tersebut, Superman yang berhijrah ke Bumi semasa zaman kanak-kanak dari Krypton dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Smallville, Kansas itu menyatakan adalah lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat Bumi.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar New York Post, penerbit bersama DC Comics yang mengeluarkan komik Superman, Jim Lee dan Dan Didio berkata, walaupun adiwira itu kini bercirikan global, watak berkenaan akan tetap mempunyai gaya hidup AS.

"Superman merupakan seorang pelawat dari sebuah planet yang jauh yang sekian lama menerapkan nilai-nilai Amerika. Sebagai satu watak dan ikon, dia menerapkan gaya terbaik Amerika," kata kenyataan tersebut. - Agensi

Budak 11 tahun hamil dilarang ambil peperiksaan

Kesian diusia muda dia menjadi mangsa keadaan..
saya petik dari Berita Harian

JAKARTA: Berita budak perempuan 11 tahun mungkin dilarang daripada menduduki peperiksaan penting minggu depan kerana hamil mendapat perhatian pihak berkuasa dan aktivis.

 Budak perempuan dikenali sebagai WDE dari Sekolah Dasar Negeri (SDN) di daerah Mojokerto, Jawa Timur, dilaporkan hamil dua bulan.
 Ketua Pejabat Pendidikan Mojokerto, Muhammad Taqlin, berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada membenarkannya mengambil peperiksaan itu dan jika boleh, sama ada dia perlu dipisahkan daripada pelajar lain ketika peperiksaan.
 Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan untuk pendidikan rendah dan menengah, Suyanto, berkata kelmarin pihak berkuasa tempatan tidak berhak melarang gadis itu daripada menduduki peperiksaan.

 “Tiada peraturan dalam negara ini melarang seorang pelajar hamil daripada mengambil peperiksaan,” katanya kepada Jakarta Globe.

 “Mereka mempunyai hak sama terhadap capaian pendidikan seperti orang lain. Justeru, bagaimana jika dia hamil? Pentadbir tempatan perlu mengambil serius kes ini. Ia tidak betul.”

Suyanto berkata beliau akan terus memantau kes itu dan jika gadis itu dihalang daripada mengambil peperiksaan, beliau akan bertindak.
 “Kami menyedari kes sebegitu ibu bapa gadis mungkin malu mengenai kehamilannya, justeru mereka melarangnya
daripada mengambil peperiksaan, kami tidak boleh biarkan ia berlaku,” katanya. – Agensi

Pelajar lelaki ini kena marah kerana pakai kasut tinggi ke sekolah

TRIBUNNEWS.COM - Biasanya, pelajar yang senang mengenakan pakaian serba seksi di kelas akan mendapatkan teguran.Namun, hal lain terjadi ke seorang pelajar lelaki di wilayah Bay Area yang dikirim ke pejabat guru besar sekolah gara-gara muncul di SMA Riverview High School mengenakan kasut tinggi.

Dilapor My Fox Tampa Bay, Florida, Amerika Syarikat (AS), seorang pelajar mengaku jika pelajar lelaki ini merasa sangat percaya diri mengenakan kasut tinggi. "Dia senang memakainya kerana membuatnya percaya diri dan dia sangat suka memakainya," kata Hayley Stepp, teman sekelas lelaki ini.

Seorang guru kemudian melapor ke guru besar dan mengatakan jika kasut tinggi pelajar tinggi sangat menganggu di kelas.Guru besar Bob Heilmann mengatakan jika sempat terjadi pertengkaran sehingga dia meminta si pelajar lelaki mengganti kasutnya.

"Sebagai guru besar sekolah, saya harus membuat keputusan sebagai orangtua juga jadi saya harus memastikan jika dia baik-baik saja. Ia tidak ingin si pelajar itu menjadi korban cercaan teman-temannya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved