Isteri Gangster Ternama Ditemukan Tak Bernyawa di Laut Lepas

on 28 April 2011


TRIBUNNEWS.COM - Seorang polis Hongkong menemukan mayat seorang perempuan di lepas pantai Lei Yue Mun, Sabtu, pekan lalu. Demikian dilaporr Ming Pao, Selasa (26/4/2011). Perempuan itu berhasil diidentifikasi bernama Kwok Wan-chi, isteri gangster ternama Hongkong Sai B.

Sai B adalah anggota triad atau gangster ternama Sun Yee. Kwok yang berusia 28 tahun tahun dikhabarkan hilang setelah meninggalkan rumahnya di Ho Man Tin, 20 April lalu. Kendaraannya berhasil ditemukan di pinggir laut.

Kwok dan Sai B adalah dua di antara 19 orang yang ditangkap polis dalam upaya menghentikan kegiatan triad, pada November tahun lalu. Pasangan ini akhirnya dikenai tuduhan melakukan pencucian wang sebesar 380 juta Hongkong . Polis menduga Sai B (29) mengawal aktiviti di wilayah Tsim Sha Tsui dan Yau Ma Tei.

Fake I-Phone

A guy bought an Iphone in a Chinese store. The seller said that it needs to be charge at home. When the guy came home and charge his phone. There’s no response to it. He decided to opened the phone and he was very surprised what he found out…



Ramai yang dah terkena benda-benda macam ni....

Sanggup mati demi untuk mempertahankan gelaran payudara terbesar

Sheyla Hershey telah lama terobsesi memiliki payudara besar. Untuk itu, ia nekad membesarkan payudaranya dengan ukuran terbesar di dunia, MMM. Namun, itu telah membuat hidupnya hancur.

Sheyla, 31, mengikuti sebuah prosedur berbahaya dengan menanam implan payudara raksasa, Jun tahun lalu. Model asal Brazil ini mengakui obsesinya terhadap payudara besar berbalik menjadi sebuah penderitaan.

Selama beberapa bulan, ia merasa sangat percaya diri dengan penampilan barunya. Namun, sebuah infeksi mematikan membuat doktor membuang implannya pertengahan Februari lalu.

Keadaan tersebut membuat Sheyla merasa sangat jelek dan ingin mengakhiri hidupnya. Dua kali, ia berniat bunuh diri dengan menelan pil tidur.

Setelah kehilangan implan payudara ukuran raksasanya, Sheyla menderita depresi dan gangguan bipolar. Ia pun merencanakan melakukan pembedahan payudara lain.

Namun, dua hari sebelum operasi pembesaran payudara dengan ukuran FFF dilakukan, Sheyla dilarikan ke sebuah hospital di Texas karena overdose ubat tidur.

Dalam sebuah wawancara, seperti dikutip Herald Sun, Sheyla yang baru pulih dari koma mengungkap bagaimana obsesinya untuk mempertahankan rekod dunia telah merosak pernikahannya.

Kesihatan yang buruk, lumpuhnya kewangan keluarga serta kebankrup membuatnya hampir meninggalkan anaknya, yang berusia18 bulan.

"Ketika terbangun dari koma, saya tidak merasakan apa-apa," ujarnya. "Saya tidak mengharapkan orang mengerti, tapi sejujurnya tanpa payudara implan saya merasa sangat tertekan."

Sheyla yang kini berpisah dari suaminya, Derek, mengungkap, keinginan menjadi 'cantik' mengambil alih hidupnya. "Saya menyedari ada bahagian diri saya yang akan hilang bila ingin mempertahankan predikat payudara terbesar di dunia. Saya tidak dapat melawannya walaupun itu membahayakan nyawa saya."

Dia pun memperingatkan wanita lain agar tak mengikuti jejaknya.

Penjaga gol kena tumbuk dengan peminat kerana lepaskan gol

Betul-betul marah peminat ini..
saya petik dari kosmo online..


LONDON - Seorang penjaga gol kelab Bury, Cameron Belford diserang dan ditumbuk di muka oleh seorang remaja yang marah selepas dia membiarkan bola membolosi gawangnya dalam satu perlawanan bola sepak di stadium Chesterfield kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut turut melibatkan seorang remaja perempuan yang menunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berusia 22 tahun itu.

Kejadian itu berlaku selepas Belford lepaskan bola masuk ke dalam gol pada minit ke-87 yang ditendang oleh pemain pasukan lawan, Ryan Lowe.

Seorang kanak-kanak perempuan yang mengikat rambut seperti ekor kuda pula meunjukkan isyarat lucah kepada penjaga gol berkenaan.

Jurucakap polis Derbyshire, Inspektor Russell Dakin berkata, tangkapan telah dibuat berhubung insiden tersebut.

Dalam pertandingan itu, Bury menang 3-2 mengatasi Chesterfield sekali gus dapat melangkah ke Liga Pertama. - Agensi

Majikan rogol amahnya dalam sangkar merpati

Macam-macam hal pak Arab..
saya petik dari myMetro


DUBAI: Seorang anggota polis yang ditangkap isterinya ketika mengadakan hubungan seks bersama pembantu rumah warga Indonesia dalam sangkar merpati menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.


Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.


Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah. - GN

Dipijak 4 gadis mafia

Dahsyat anak dara sekarang..
saya petik dari myMetro


OWN: Seorang pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami pendarahan dalam perut angkara serangan ganas sekumpulan empat pelajar perempuan yang membelasah dan memijak perutnya sebelum mencuri telefon bimbit mangsa.

 Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu di Komtar, di sini, ketika mangsa, Nur Atiqah Abdullah, 15, bersama adik dan empat rakannya berada di sebuah pusat beli-belah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini.

 Menurutnya, kumpulan empat pelajar perempuan berusia 16 hingga 17 tahun terbabit menghampirinya dan bertanya beberapa soalan dengan kasar.

 “Mereka bukan pelajar sekolah saya. Saya mengenali seorang daripada mereka yang tinggal di kawasan tempat tinggal saya, tetapi jarang bertegur sapa.



 “Ketika terserempak dengannya pada hari itu, dia bertanyakan nama saya. Selepas memberitahu nama saya tidak semena-mena dia dan rakan-rakannya menampar serta memijak perut saya,” katanya yang ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Wow, Nenek Ini Pelihara 50 Anak Singa di Rumah

JERMAN - Seorang pecinta haiwan Regina Hoffman (53) benar-benar pantas menyandang sebutan “Ratu Singa” ketika dia memutuskan untuk mengasuh 50 ekor anak singa di rumahnya.

Regina adalah satu-satunya orang yang paling dicari ketika bayi-bayi haiwan tersebut ditolak oleh ibunya di zoo Hodenhagen, Jerman.

Tidak hanya bayi-bayi singa yang dirawat Regina tetapi juga bayi harimau .

“Aku bawa mereka ke rumah dan merawatnya, hingga mereka besar dan boleh menjalani hidup di alam bebas,” ujar Regina, sebagaimana dilansir Orange, Rabu (27/4/2011).

Walaupun haiwan-haiwan yang Regina rawat adalah haiwan-haiwan yang dapat membahayakan keselamatannya, namun Regina tak berfikiran seperti itu.

“Mereka berkelakuan layaknya anak kucing pada umumnya, mereka selalu bermain dan mengaum ketika mereka ingin sesuatu seperti anak kucing biasa,” imbuh Regina.

Hanya saja “kucing besar” ini memerlukan makanan lebih dibandingkan kucing biasa.

“Perbezaan yang nyata adalah pada biaya makannya. Dalam satu hari mereka menghabiskan 6 kilogram daging mentah setiap hari, sehingga pengeluaran saya jadi lebih banyak,” tegasnya.(rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved