Tahukah kamu Gaji Seorang Pengasuh Anak Angelina Jolie adalah US$150 ribu setahun.

on 26 April 2011

Memiliki enam orang anak dan mempunyai jadual kerja yang padat tentu memerlukan bantuan tenaga pengasuh anak. Hal itulah yang dialami pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tak hairan, mereka bersedia membayar pengasuh anak dengan begitu tinggi.

 Bagi Anda yang ingin mendapatkan gaji sebesar US$150 ribu  dan boleh keliling dunia. Syaratnya adalah memiliki kemampuan beberapa bahasa, mempunyai gelar sarjana dan siap melakukan perjalanan keliling dunia bersama dengan keluarga pasangan yang terkenal dengan nama Brangelina itu.


Seperti dikutip dari Hollywoodlife, pasangan ini mengaku memerlukan bantuan baby sitter untuk mengurus keenam anaknya. Satu anak, satu pengasuh. Para pengasuh tersebut diharuskan boleh berbicara dalam dua bahasa.

 Memang tak mudah menjadi pengasuh keenam anak Jolie dan Pitt. Mereka sangat selektif dalam memilih baby sitter untuk anak-anaknya tersebut. Meski berat, tetapi mereka bersedia membayar dengan gaji yang mahal.

 Untuk pembayarannya, para pengasuh boleh menerima wang US$50 ribu sampai dengan US$150 ribu setahun. Gaji itu disesuaikan dengan waktu bekerja dan pengalaman.

 Bayaran sebesar itu diberikan kerana pasangan ini memang banyak menuntut dalam masalah penjagaan anak. Hal ini membuat Jolie dan Pitt mendapatkan pujian kerana mereka memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan pendidikan dan standard yang tinggi.

UNIK!! Melihat basikal SPERMA dari Denmark

Begitu turun ke jalan langsung saja basikal ini menarik perhatian pengguna jalan lain. Bentuknya sangat unik dan berbeza dengan basikal pada umumnya. Namun ternyata basikal  ini bukan seperti basikal biasa.Basikal ini direka khas untuk menghantarkan sample-sample sperma ke bank sperma di Denmark.Sistem cooling yang cukup canggih membuat sample sperma tidak rosak ketika di perjalanan.






Real spiderman


Ada seorang pemuda dari India bernama Jyothi Raj (22 thn) yang ternyata mampu memanjat tembok / tebing tinggi seperti labah- labah dan bahkan dia boleh memutarbalikkan tubuhnya ketika bergantungan di dinding tersebut, dan hebatnya itu dilakukan tanpa bantuan alat apapun.











Remaja tembak kakak yang sedang berkasih

WICHITA – Melihat kakak perempuannya yang sedang berkasih, seorang remaja 16 tahun secara tidak sengaja menembak mereka. Akibat tembakan tersebut kakak perempuannya mengalami luka-luka, sementara kekasihnya meninggal dunia.
 
 Sarjan Polis Jesse Boomer mengatakan, polis terus menuju tempat kejadian setelah mendapat laporan adanya penembakan. Dikatakan penembakan itu terjadi pada pukul 01.00 tengahari hari waktu setempat.
 
 Boomer berkata, remaja laki-laki dinyatakan meninggal dunia, sementara si gadis dilarikan ke hospital kerana dalam keadaan kritikal.
 
 “Pelaku penembakan marah kerana kakaknya memiliki hubungan dengan mangsa laki-laki,” ujar Boomer seperti dikutip Associated Press.
 
 Polisi mengatakan pelaku penembakan baru saja keluar hujung minggu di Rumah Anak-Anak Wichita, sebuah penampungan darurat dan sementara untuk remaja yang mengalami perlakuan kasar, diabaikan, dan melarikan diri dari rumah. Tersangka langsung ditahan oleh polis.

Seorang askar Britain gelar tunang Putera William 'lembu angkuh' di Facebooknya

LONDON: Seorang askar Britain digugurkan sebagai pengawal ketika hari perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton selepas menggelar bakal isteri pewaris takhta British itu sebagai 'lembu angkuh' di laman Facebook miliknya.

Anggota Scots Guardsman, Cameron Reilly, 18, digugurkan daripada majlis Jumaat ini selepas menggunakan kata-kata kesat terhadap Middleton menerusi laman web sosial itu dengan menulis: “Dia dan William lalu depan aku, Jumaat lalu dan apa yang aku dapat hanya lambaian beliau (Middleton) pada masa sama menoleh ke arah lain. Lembu sombong, aku tidak cukup bagus untuk mereka,”.

Reilly merujuk kepada arak dan mencetuskan masalah sebagai hobi dalam laman Facebooknya. Berikutan itu, pasukan Scots Guardsman berkata, mereka akan menyiasat komen Reilly selepas diarahkan bertugas di Menara London.
Sementara itu, kira-kira 5,500 parti di jalan raya akan diadakan di seluruh Britain pada hari perkahwinan pasangan itu.

Pemohonan untuk penutupan jalan bagi membolehkan parti itu diadakan membanjiri majlis perbandaran di seluruh Britain, khususnya kawasan selatan England yang dikatakan dihuni penduduk lebih kaya berbanding sebelah utara.

Persatuan Kerajaan Tempatan (LGA) berkata, banyak majlis perbandaran dibanjiri permohonan mengadakan parti itu, biasanya membolehkan tiang dipasang bendera dan risalah selain meja mudah alih untuk meletakkan makanan dan minuman.

Bagaimanapun, majlis perbandaran Barking dan Dagenham dilaporkan tidak menerima walau satu permohonan sekalipun.
“”Ada pihak mahu mengadakan parti tetapi di dewan dan kami belum menerima permohonan menutup jalan bagi tujuan yang sama,” kata jurucakap majlis.

Di seluruh ibu kota London pula, dianggarkan 800 parti bakal diadakan dan beratus-ratus lagi dirancang di Surrey,
Hertfordshire dan Kent. – AFP

Heboh ..Penyanyi Taiwan protes separuh bogel

Macam-macam hal...
saya petik dari kosmo online

TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang bocor akibat dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu.

Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif. - Agensi


Wakil rakyat Taiwan label orang Islam militan minta maaf

Mulut terlampau lancang sangat..
saya petik dari kosmo online

TAIPEI - Seorang wakil rakyat Taiwan memohon maaf kepada umat Islam semalam selepas beliau dan isterinya melabelkan orang Islam sebagai militan dan menyamakan mereka dengan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden ketika beliau berjenaka dalam satu rapat umum politik.

"Saya memohon maaf jika apa yang kami katakan di pentas membuatkan orang Islam marah," kata ahli politik berkenaan, Yu Tien daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DDP).

Peristiwa kontroversi itu berlaku semasa Tien dan isterinya, Lee Ya-Ping berkempen mewakili parti mereka. - AFP

Perut membengkak pakai ubat pelangsing

Bahaya betul....
saya petik dari myMetro


KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya.

Tarif Parking di San Francisco USD18 sejam

SAN FRANCISCO - Langkah ini sepertinya patut diterapkan untuk mengurangi pemakaian kendaraan peribadi.

Baru-baru ini KTVU melaporkan pemerintah San Francisco, Amerika Syarikat (AS) telah memberlakukan tarif baru untuk seluruh bayaran parking kendaraan peribadi di wilayah tersebut.

Tarif baru ini cukup membuat warga San Francisco tercekik. Pasalnya, bayaran parking melonjak hingga USD18 per jam untuk anda yang meletakkan kendaraannya di petak-petak kereta resmi.

Bayaran itu dibayar ketika permintaan parking cukup tinggi misalnya saat hari-hari kerja. Tapi jika tidak, bayaran parking ditetapkan bervariasi mulai dari USD0,25 hingga USD6.

Sistem parkir baru ini juga akan dilengkapi sensor yang akan diletakkan pada meter parking yang telah tersedia. Gunanya memantau berapa banyak parking yang ada untuk mempengaruhi bayaran selanjutnya.

"Kami sangat bersemangat dengan projek terbaru ini," sebut Juru Bicara Dinas Perhubungan Kota San Francisco Nathaniel Ford.

Diberi nama SF Park, proyek ini sedianya akan berjalan selama dua tahun sebagai projek percubaan. Jika berhasil maka program akan dibuat secara tetap.

Ford menyatakan, tujuan program ini sangat jelas, yakni untuk mengurangi kepadatan lalu lintas di jalan raya San Francisco dan menggiring para warga untuk beralih menggunakan pengangkutan awam.

Program SF park akan diterapkan di 6.000 meter parking kereta di 19 kota dan enam distrik San Francisco.

sumber:auto.ghiboo.com

Siapa Menolong Mangsa 9/11 Nama Dimasukkan Dalam Daftar Teroris

Air susu dibalas air tuba, mungkin itu kata yang tepat buat pemerintah AS yang akan memasukkan data ribuan warganya yang telah membantu penyelamatan para mangsa serangan 11 Septermber 2001, ke dalam daftar teroris yang berada di bawah pengawasan FBI.

Mereka yang data peribadinya masuk dalam database teroris versi pemerintah AS, akan dianggap berpotensi menjadi teroris berdasarkan James Zadroga 9/11 Health & Compensation Act, undang-undang yang menggunakan nama seorang polis NYPD yang akhirnya meninggal dunia akibat penyakit yang menurut harian Huffington Post diduga didapat Zadroga ketika memberi pertolongan pada mangsa serangan 11 September 2001.

Pemerintah juga menolak memberikan bantuan perawatan bagi “para juru penolong” itu, yang menderita gangguan pernafasan dan gangguan kesihatan mental pasca memberikan pertolongan pada para mangsa serangan 11 September.

Surat yang ditulis Dr. John Howard, direktur National Institute for Occupational Safety and Health menginformasikan pada penyedia hasa medik di seluruh AS bahawa mereka yang berpartisipasi dalam program kesihatan 9/11, sebentar lagi akan diminta untuk mengirimkan semua data diri mereka pada FBI.

Langkah pemerintah AS itu tentu saja menerima kecaman keras, utamanya dari mereka yang terlibat dalam operasi penyelamatan korban serangan 9/11. “Tindakan yang absurd, bodoh, tolol,” kata Glen Kline, bekas anggota pasukan layanan darurat NYPD.

“Kebijakan ini sangat lucu, dan saya fikir ini merupakan pelecehan terhadap semua orang yang bekerja di tengah runtuhan bangunan yang menjadi target serangan, lalu mereka sakit dan menderita, kata John Feal, bekas pekerja bangunan yang kehilangan sebelah kakinya di Ground Zero.

Sumber :http://www.eramuslim.com/

Hakim Inggris Masuk Islam: "Inilah Kehidupan Sejati yang Saya Inginkan"

Pekerjaannya memberikan hukuman terhadap anak-anak dan perempuan yang menjadi korban kekerasan, menjadi pembuka jalan baginya untuk mengenal Islam. Dalam beberapa kes yang ia tangani, ada beberapa diantaranya yang membuatnya harus berhubungan dengan Muslim, yang mendorongnya mencari tahu tentang agama Islam dan bergaul dengan komuniti Muslim.

Dia adalah Marilyn Mornington. Sekarang, ia sudah menjadi hakim distrik di Inggris, pensyarah bertaraf internasional dan penulis di bidang hukum keluarga dan kekerasan dalam rumah tangga.

Sebagai perempuan, Mornington memiliki prestasi luar biasa di bidang hukum yang dikerjaiya. Ia meraih gelar sarjana hukumnya dari Sheffield University dan mendapatkan biasiswa dari Notre Dame Convent.

Mornington mula menjalankan profesinya di bidang hukum khususnya untuk masalah keluarga pada tahun 1976 di Liverpool. Selama perjalanan kariernya, dia pernah menjawat berbagai posisi penting di sejumlah organisasi kemasyarakatan dan keilmuan.

Tahun 1994, Mornington ditunjuk sebagai hakim distrik di Birkenhead, Liverpool. Ia menjadi advokat pertama yang terpilih sebagai hakim distrik pada usia 40 tahun. Selain menjadi hakim distrik, Mornington juga diakui sebagai salah satu anggota World Academy of Arts and Science.

Lalu apa yang istimewa dari seorang Marilyn Mornington, sebagai seorang pakar hukum yang dihormati, hakim distrik dan tokoh masyarakat, ia adalah seorang muslimah. Pada tahun 2005, Marilyn menerima penghargaan "Friends of Islam" atas peran aktifnya untuk membangun hubungan yang baik antara Islam dan Barat.

Dalam rakaman video wawancara antara cendikiawan muslim Hamza Yusuf, Mornington menceritakan perjalanannya menjadi seorang muslim;

Selama 10 sampai 12 tahun sebelum masuk Islam, Mornington menangani isu-isu terkait kekerasan dalam rumah tangga, terutama pada anak-anak dan kaum perempuan, dan dalam beberapa kes terjadi di kalangan komuniti Muslim. Khsusus untuk muslim, agar boleh memahami persoalan dengan lebih baik, Mornington banyak membaca tentang agama Islam dan bergaul kalangan Muslim.

"Saya sudah mengkhususkan diri di bidang kejahatan terhadap perempuan, kekerasan terhadap perempuan dan penganiyaan terhadap anak-anak selama 10 sampai 12 tahun, untuk tingkat kebijakan yang diterapkan di Inggris Raya. Kerana pekerjaan ini, dan ini bukan pilihan saya sendiri, saya menjadi banyak terlibat dalam kes-kes kekerasan terhadap perempuan yang terjadi di komuniti Muslim di negeri ini. Agar saya boleh memahami dengan lebih baik darimana mereka berasal, saya mulai banyak membaca tentang Islam, mulai membaca Quran dan bergaul dengan kalangan Muslim," papar Mornington.

Tapi ketika seseorang mengetahui "kebenaran", tidak semua orang mengambil langkah berani dan menjawab panggilan "kebenaran" itu dengan berbagai alasan, mulai dari pertimbangan keluarga, teman dan status sosial. Namun buat Mornington, ia merasa ada sebuah kekuatan besar yang menuntunnya ke "jalan yang benar", dan ia merasa tidak ada pilihan lain.

"Saya harus mengatakan, saya tidak berfikir bahawa saya benar-benar punya pilihan dalam masalah ini, bahawa Allah Swt melihat saya, itu saja. Sejak saat itu, tanpa saya inginkan, saya terus bertemu dari satu orang ke orang yang lain, yang mengarahkan saya pada jalan dimana tidak ada tempat buat saya untuk kembali menengok ke belakang. Semakin saya tahu tentang Islam, tentang Nabi Muhammad Saw., menjadi semakin jelas buat saya bahawa inilah yang saya inginkan, tempat dimana saya ingin berada dan inilah apa yang saya ingin yakini," tutur Mornington, hingga ia memutuskan untuk mengucapkan dua kalimat syahadah dan menjadi seorang muslim sampai detik ini.

"Saya merasakan sangat nyaman dengan kehidupan keluarga dan kisah-kisah para isteri Rasulullah Saw. serta para sahabatnya. Dan seiring dengan berjalannya waktu, juga setelah mendengar ceramah dan membaca tulisan Syaikh Hamza, saya makin yakin, inilah kehidupan sejati yang saya inginkan,"kata Mornington. (ln/oi)

sumber : http://www.eramuslim.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved