Peminat Lady Gaga Kembali Bernafas setelah Jantungnya "Berhenti" di Tengah Konsert

on 25 April 2011

Ini tentang penggemar setia Lady Gaga yang berani mati! Khamis malam, Chrystal Thornton dan sahabatnya, Christina Tugman, berangkat menuju konsert Monster Ball Lady Gaga di Nashville, Tennessee. Tetapi pada ketika pembukaan konsert tersebut berlangsung, Chrystal menderita serangan jantung yang membuat jantungnya benar-benar berhenti berdenyut, menurut laporan CNN.

"Dia (Chrystal) berhenti bernafas, matanya putih dan tubuhnya mulai kejang," kata Christine. "Saya bertanya kepadanya apakah dia baik-baik saja, tetapi tidak ada respon," tambahnya.

Christina lalu lari ke lobi untuk mencari pertolongan, dan dalam satu minit, sebuah grup EMT (Emergency Medical Technician/Grup Medis Darurat) menolong Chrystal. "(Chrystal) tidak sedarkan diri dan jantungnya tidak berdenyut" kata kru EMT tersebut.

Dengan menggunakan alat pacu jantung portabel, pasukan paramedik berjuang selama lima minit lalu berhasil mengembalikn denyut jantung Chrystal lagi. Setelah itu dia dilarikan ke hospital.Chrystal dinyatakan telah berada dalam keadaan stabil.

Chrystal bersyukur boleh selamat, tetapi dia merasa sedikit kesal. "Saya merasa kesal tidak boleh melihat konser tersebut," kata Chrystal.

Keliling AS dengan Naik Teksi

NEW YORK, KOMPAS.com — Dua sahabat yang menyewa teksi dari New York City dengan bayaran 5.000 dollar AS untuk mengeliling Amerika Syarikat tiba di Los Angeles.


John Belitsky dari Leonia, New Jersey, serta Dan Wuebben dari Queens, New York, berhenti setelah berjalan selama enam hari. Keduanya sempat singgah ke Las Vegas, tempat mereka mendapat 2.000 dollar AS dari meja blackjack. Menurut Wuebben, idea perjalanan itu muncul pada sebuah pesta harijadi.

Belum jelas bagaimana cara mereka pulang. Yang pasti, Mohammed Alam, pemandu teksi yang mereka sewa, meminta temannya di Los Angeles menggantikan dia memandu teksi kembali ke New York. (AP/AFP/WAS)

Inilah Cara Membayar Tebusan ke Lanun Laut Somalia

Inilah Cara Bayar Tebusan ke Lanun Luat Somalia yang wajib dibayar! Berbincang dengan lanun laut bukanlah perkara senang. Apalagi memberikan wang tebusannya. Bagaimana negara-negara mangsa selama ini melakukannya?

Bila selama ini masyarakat berfikir bahawa pemerintah suatu negara akan mengeluarkan dana untuk membayar tebusan lanun laut, itu adalah salah.

Pemerintah dari negara-negara asal kapal tersebut, akan berfikir dua kali untuk mengeluarkan wang jutaan dolar untuk tebusan. Mereka biasanya menyerahkan nasib kapal dan krunya kepada perusahaan pemilik kapal.

Menurut ahli penculikan dan tebusan, tidak lama setelah sebuah kapal ditahan, krunya langsung memberitahu induk perusahaan mengenai situasi yang dialami. Perusahaan kemudian menghubungi pihak insurans yang kemudian menghubungi pihak ketiga.

Pihak ketiga yang dimaksud adalah perusahaan respons swasta seperti Control Risks di London atau ASI Global di Houston. Perusahaan ini biasanya memiliki staf eks-militer yang berpengalaman dengan situasi penculikan.

Perusahaan respons yang diberi kuasa ini kemudian melakukan perbincangan dengan lanun laut untuk menentukan jumlah tebusan. Tentu dengan nominal serendah mungkin bagi perusahaan insurans.

Perbincangan ini biasanya lama sehingga penawanan kapal dan krunya kerap berlangsung selama berminggu-minggu. Jika telah sepakat, maka perusahaan  tersebut akan mengirimkan wang tunai.

Caranya pun ternyata tidak sulit. Mereka hanya perlu mengangkut wang tersebut menggunakan helikopter dan menjatuhkannya di atas kapal yang ditahan. Cara lain adalah dengan mentransfernya melalui bank. Hal tersebut boleh dilakukan kerana longgarnya hukum antarabangsa.

Penahanan aliran dana boleh dilakukan bila berkaitan dengan individua atau organisasi yang dikategorikan sebagai teroris. Berbeza dengan lanun laut Somalia yang dianggap sebagai jenayah biasa.

Masya Allah...Kanak-kanak Dua Tahun Tembak Ibunya


FLORIDA – Seorang kanak-kanak dua tahun disyaki telah menembak ibunya dengan pistol berisi peluru yang terletak di lantai.

 Troy Bailey mengacukan pistol Glock ukuran 9 milimeter ke arah ibunya, Julia Bennett (33), setelah mengambilnya dari lantai. Diperkirakan, kanak-kanak tersebut menyangka pistol tersebut adalah pistol mainan. Bekas kekasih mangsa  mengaku melihat adegan mengerikan ketika anaknya secara tidak sengaja menarik pelatuk pistol dan menembak ibunya.

 Troy Bailey Sr, mengaku telah meletakkan pistol tersebut tanpa mengawasinya ketika berkunjung ke rumah bekas kekasihnya di Fort Lauderdale, Florida. Bailey Sr, berkata anaknya mengambi senjata tersebut dan mengarahkannya pada Bennett, kemudian menarik pelatuknya.

 Polisi mengatakan, Bennett, yang bekerja sebagai jururawat, mati akibat satu tembakan. Namun, Bailey Sr tidak dimasukan dalam daftar tersangka atau orang yang berkepentingan dalam penyelidikan.

 Sementara itu, anggota keluarga Bennet merasa tidak masuk akal seorang anak usia dua tahun boleh menarik pelatuk pistol. Para tetangga menyaksikan bagaimana anak dua tahun tersebut diperiksa polis beberapa saat setelah penembakan.

 “Mereka membawa anak itu ke dekat pohon, lalu  memeriksa apakah ada serbuk senjata ditangannya,” ujar salah seorang tetangga, Naomi Williams, seperti dikutip Telegraph, Isnin (25/4/2011).

 Para pekerja sosial membawa anak tersebut untuk dirawat, namun dia dikembalikan ke keluarga ibunya sementara penyiasatan masih terus dijalankan. Seluruh anggota keluarga masih cuba memahami apa yang t terjadi sambil terus menenangkan anak tersebut yang masih terus memanggil-manggil ibunya.

Ini dia lelaki tulen yang boleh mengandung

Kaum wanita nampaknya tidak boleh lagi mengatakan sebagai satu-satunya yang boleh melahirkan anak. Di Manhattan, New York, seorang lelaki tulen bernama Lee Mingwei sedang menanti kelahiran bayi yang sedang dikandungnya

Itulah hasil kerja sebuah pasukan di GenoChoice, Inc. yang memang berniaga di bidang rekaan genetika. Kelmarin, USA Today online memilih web http://www.malepregnancy.com yang memuat berita kehamilan Lee tersebut sebagai salah satu web terpanas.

Ketika diakses, web itu memang memamparkan segala sesuatu berkaitan dengan kehamilan Lee , dari wawancara, teknik kehamilan, siaran langsung dan rakaman video aktiviti Lee sehari-hari, hingga rakaman pemeriksaan ultrasonografi (USG) bayi.

Kehamilan itu membuat tubuh dan rongga perut Lee seperti tubuh dan kandungan wanita. Pertama, Lee diberi terapi pil hormon wanita. Ini untuk menyiapkan tubuh Lee sehingga boleh menerima proses kehamilan. Kemudian, dengan proses bayi tabung sel sperma dan sel telur dipertemukan di lab embrio dan plasenta ditanam di dinding rongga selaput rongga perut.

Ini mirip dengan kes hamil di luar kandungan yang sering dialami wanita. Di sinilah bahayanya kehamilan pada lelaki Sebab, boleh terjadi perdarahan hebat kalau selaput itu robek. Setelah embrio berhasil ditanam dan hidup, mulailah proses kehamilan. Lee tidak lagi mendapat terapi hormon, kerana proses kehamilan itu sendiri boleh mengatur mekanisme hormonalnya sendiri.

Embrio merangsang tubuh Lee untuk mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk pertumbuhannya. Dalam proses kehamilan Lee, tdokter sangat puas kerana ternyata pertumbuhan janinnya normal.

Itu boleh dilihat dari berbagai pemeriksaan, baik terhadap Lee mahupun janinnya, seperti monitoring jantung, sampling cairan ketuban, dan ultrasonografi (USG). Perut Lee pun terus membesar. Yang paling kritikal nanti adalah persalinan. Tidak disebutkan bila persalinan itu akan dilakukan.


Persalinan melalui bedah caesar ini harus mengangkat bayi dan ari-arinya. Yang bahaya adalah melepas ari-ari yang sudah lengket menyatu dengan dinding selaput perut. Perdarahan hebat boleh terjadi. Belum lagi pengaruhnya terhadap organ-organ penghuni rongga perut yang lain.

Untuk keperluan ini, sebuah pasukan doktor ahli bedah sudah disiapkan. Mereka sudah berpengalaman menangani kes-kes kehamilan di luar kandungan. Dalam sebuah wawancara dengan majalah PaperVeins, Lee yang tinggal di apartemen di Manhattan, NY, mengaku menikmati kehamilannya.

"Tidak ada yang lebih alami dan indah dibandingkan melahirkan anak. Ini yang selalu saya inginkan," kata Lee yang menyedari risiko yang harus dihadapinya. Lee yang seniman itu juga sedar, kehamilannya ini boleh mengubah banyak hal di dunia, terutama berkaitan dengan sosial.

"Mengapa lelaki tidak boleh mengandung seperti wanita? Mengapa lelaki tidak boleh merasakan beban yang selama ini hanya dirasakan wanita? Mengapa lelaki tidak boleh menikmati keindahan dan kegembiraan yang dirasakan wanita hamil? Sekarang menurut saya, sebagaimana wanita, punya lebih banyak pilihan, lebih banyak kemungkinan, lebih banyak peranan dibandingkan yang selama ini," paparnya.

Lee sadar, selama ini idea tentang kehamilan lelaki hanya jadi bahan lawak Misalnya, dalam filem komedi yang dibintangi Arnold Schwarzenegger. Juga, dalam salah satu episode The Cosby Show, ketika semua pemeran lelaki di filem itu ingin hamil. Juga, cerita tentang kaum lelaki yang berdandan seperti wanita hanya untuk ditertawakan.

Menurut Lee, lawak semacam itu didasarkan pada absurditas tentang kehidupan yang maskulin. "Sekarang, ketika seorang lelaki benar-benar hamil, tidak ada lagi yang tertawa," katanya.

Lee juga menegaskan, meskipun hamil, dia sepenuhnya lelaki normal, bukan lantas menjadi pondan. "Saya tetap lelaki, baik secara biologi mahupun anatomi. Tidak seperti sebagian lelaki yang ingin tampil seperti wanita, saya tidak merasa seperti itu, dan tidak pernah katanya.

Ada Adiwira lindungi pelacur daripada pembunuh bersiri

NEW YORK - Beberapa orang yang memakai pelbagai kostum yang menunjukkan mereka adiwira mengiklankan perkhidmatan di laman Criagslist di Internet untuk melindungi pelacur daripada dibunuh oleh pembunuh bersiri di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan adiwira itu yang menggelarkan diri sebagai Inisiatif New York (NYI) menganggap diri mereka mahir dalam seni mempertahankan diri.

Tawaran itu dibuat selepas satu siri pembunuhan pelacur bermula pada Disember lalu dengan kehilangan Shannan Gibert berusia 24 tahun.

Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui tetapi 10 mayat pelacur lain telah ditemui termasuk Maureen Brainard-Barnes, 25, Melissa Barthelemy, 24, dan Amber Lynn Costello, 27.

Sebahagian mayat yang ditemui itu dibuang di belukar di pantai selatan Long Island, New York. Semua mayat dijerut dan dimasukkan ke dalam guni.

Kumpulan adiwira itu akan memakai kostum seperti watak wira super dalam komik dan filem. Antara anggota kumpulan tersebut ialah Shade dan Zero. - Agensi

saya petik dari kosmo online

Lelaki tinggal dalam pembentung banjir

Kesian lelaki ini..
saya petik dari kosmo online


BEIJING - Seorang lelaki tinggal di dalam pembentung banjir di Haikou, selatan China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Lao Li memasang lantai papan, pintu dan kusyen dalam pembentung yang sepanjang 1.82 meter.

Bagaimanapun, lelaki itu yang berusia 30 tahun dan masih bujang diusir dari pembentung tersebut.

Seorang pegawai berkata: "Dia akan diberikan sebuah rumah. Kami tidak boleh membenarkan penduduk tinggal di dalam pembentung ." - Agensi

Belasah dan tikam isteri kerana kejutkan untuk solat subuh

Apa punya jenis manusia,isteri bangunkan untuk solat
pun dibelasah...
saya petik dari my Metro

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Setelah 18 Tahun, Perempuan Ini Baru Melaporkan Pemerkosaan yang Terjadi Pada Dirinya

Perempuan ini diperkosa dua kali oleh pak cik nya ketika berusia 13 tahun. Kini setelah dirinya berusia 31 tahun, mangsa baru berani melaporkan perbuatan pk ciknya tersebut kepada pihak berkuasa.

 Awalnya, keputusannya untuk melaporkan perbuatan jahat pak ciknya tersebut mendapat tentangan dari pihak keluarganya sendiri, termasuk ayahnya. Namun setelah 18 tahun, dirinya pun memberanikan diri untuk melapor ke polis.
gambar hiasan

Mangsa mengaku dirinya diperkosa ketika pak cik berusia 29 tahun. Ketika itu dirinya menumpang hidup dengan keluarganya yang juga tinggal bersama isterinya.

 "Saya menceritakan (pemerkosaan) itu ke mak cik saya, namun dirinya menerima alasan dari suaminya dan tidak mengambil tindakan apapun," menurut korban seperti dikutip The Star.

 Dirinya juga mengatakan bahawa ayahnya juga tidak mengambil tindakan pak ciknya itu. "Ayah mengetahui insiden itu, tetap tidak melakukan apapun juga. Dia hanya mengirim saya tinggal bersama saudara yang lain," terangnya.

 Korban juga mengaku dipaksa untuk menjalani konseling dan pengobatan medikal. Akibat trauma, pernikahannya pun hancur kerana dirinya tidak bioleh melupakan insiden yang dialaminya.

Kambing ketagih minum kopi sampai boleh minum 3 atau 5 gelas sehari

Manusia suka minum kopi sudah sangat biasa, namun bagaimana jika kambing ketagih minum kopi.

Dan kerana ketagihan  kambing betina yang diberi nama Lucy itu biasa menghabiskan tiga sampai lima gelas kopi hitam sehari.

 Sang pemilik pun enggan menjual kambing kesayanganya meski dengan harga tinggi. Dia berjanji memelihara hingga mati. Lucy hanya memerlukkan beberapa detik saja untuk meminum segelas kopi.

 Jangan salah sangka Lucy adalah seekor kambing betina berusia 6 tahun yang dipelihara oleh Ibu Karim di sebuah kandang di Kampung Jawa, Denpasar.

 Menurut Karim, Ahad (24/4/2011), Lucy sudah biasa meminum kopi sejak kecil. Kesukaan Lucy meminum kopi dimulai sejak sering mendekati orang yang sedang asyik minum kopi.

 Kerana sering didekati, orang pun memberinya kopi yang masih tersisa di gelas. Kebiasannya itu masih dilakukannya sampai ketika ini.

 Tak hairan jika tidak disajikan kopi, Lucy akan berteriak seperti kambing kelaparan.

 Kegemaran Lucy yang cukup unik ini membuat Karim bersama keluarganya terhibur. Mereka enggan menjual kambing kesayanganya meski pernah ditawar dengan harga tinggi.

 Selain kopi, Lucy juga gemar memakan makanan yang biasa disantap manusia, seperti kerop0k, nasi, dan ais. Karim dengan ikhlas memberinya makanan tersebut, seperti anaknya sendiri.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved