Lampu Jimat Tenaga Boleh Sebabkan Kanser ?

on 23 April 2011

Hidayatullah.com–Walaupun menjimatkan, namun ternyata lampu jimat tenaga sangat berbahaya bagi kesihatan manusia, kerana menyebarkan zat kimiaketika lampu dinyalakan.

Para pengkaji di Jerman memperingatkan agar tidak membiarkan lampu tersebut menyala dalam jangka waktu lama di dekat kepala, sebab ada zat beracun yang dikeluarkannya.

Peter Braun yang menguji lampu-lampu itu di Laboratorium Alab di Berlin mengatakan, “Penting untuk menjauhkan sejauh mungkin zat karsinogen semacam itu dari lingkungan manusia.”

Sebagaimana dilapor Telegraph (20/4) lampu semacam itu telah digunakan di Inggris secara luas, menyusul arahan Uni Eropah untuk menggantikan lampu tradisional pada akhir tahun ini.

Zat beracun yang dikeluarkan ketika lampu jimat tenaga itu dinyalakan antara lain phenol, naphthalene dan styrene.

Menurut Andreas Kirchner dari Federasi Insinyur Jerman, terdapat asap elektrik yang muncul ketika lampu dinyalakan.

“Oleh keranya saya mengunakannya secara hemat. Jangan digunakan di ruang tanpa ventilasi dan sama sekali jangan di letak tepat di arah kepala.”

Sementara itu para pakar Inggris menghimbau agar konsumen tidak panik.

“Kajian bebas yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk menyokong penelitian Jerman yang sekarang ini,” kata Dr. Michelle Bloor, pensyarah senior ilmu lingkungan di Universitas Portsmouth.

Departemen Lingkungan Inggris mengatakan bahawa lampu jimat tenaga itu aman, meskipun pada kenyataannya ada sedikit merkuri yang keluar jika gelas lampu pecah.

Hasil penelitian ilmuwan Jerman itu mendukung laporan profesor biologi Abraham Haim dari Universitas Haifa, israel, yang mengatakan bahwa bola lampu dapat meningkatkan resiko kanker payudara jika digunakan malam hari.

Menurut Haim, cahaya kebiruan yang dihasilkan CFL hampir menyamai cahaya matahari di siang hari, sehingga mengganggu proses alami dalam tubuh. Dibanding lampu tradisional yang memancarkan sinar berwarna kuning, lampu jimat tenaga memicu produksi hormon melatonin lebih banyak.

Migraine Action Association telah memperingatkan bahawa lampu jimat juga boleh memicu migren (sakit kepala sebelah). Sementara para doktor spesialis kulit menyatakan bahawa intensitas sinar yang dipancarkan lampu itu dapat memparahkan lagi problem kulit yang diderita pesakit.

Remaja Miskin Akhirnya Hadiri Pernikahan William-Kate setelah mogok

TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja miskin melakukan aksi mogok makan selama 16 hari dengan harapan boleh menyaksikan pernikahan Putera William dan Kate Middleton  pada 29 April ini di Westminster Abbey.

Dilapor AP, Jumaat (22/4/2011), remaja bernama Estibalis Chavez (19), menarik perhatian setelah Februari lalu memasang khemah di depan Pejabat Kedutaan Besar (Kedubes) Inggris di Mexico City selama lebih dari dua minggu. Ia berharap mendapatkan undangan ke pernikahan Kate dan William.

Ia mengaku tak takut kerana tak mempunyai wang atau hubungan. “Saya melihatnya ini sebagai upaya seseorang untuk mewujudkan impian. Saya tidak pernah berfikir ini mustahil,” katanya. Di negara yang memiliki banyak masalah seperti kemiskinan, kekerasan ubat-ubatan, banyak yang menertawakan Chavesz yang melakukan aksi mogok makan dan menyebutnya pemalas.

Tak berapa lama kemudian seseorang memberikan wang sebanyak 1.250 dollar AS  untuk penerbangan ke London, Inggris.

“Ini menyentuh saya bahawa tak ada orang yang mengertinya begitu rupa. Saya rasa dia benar berjuang untuk apa yang diinginkannya,” kata Octavio Fitch Lazo, anggota  Kongres Mexico.

Meski tak yakin boleh masuk ke Westminster Abbey, Fitch kemudian menjemput Chavez di kawasan  Mexico City dan membawanya ke lapangan terbang, Khamis (21/4/2011), untuk diterbangkan ke Eropah. Ibu Chavez meninggal ketika melahirkanya dan yang ia tahu jika sang ibu sangat mencintai Putri Diana, ibunda William.

Pakai baju polis untuk bunuh polis


Kekerasan oleh bom manusia (pasukan berani mati) kembali melanda Kandahar, Afganistan. Menurut warta Xinhua pada Jumaat (15/4/2011), insiden itu membunuh Khan Mohammad Mujahid. Susuk yang menjadi mangsa letupan tersebut adalah ketua polis Kandahar.

Siasatan oleh pihak polis menunjukkan pelaku bom manusia itu memakai seragam polis ketika melakukan aksinya. "Kami tegaskan kalau peristiwa itu adalah bom manusia," kata Juru cakap polis Kandahar Zalmai Ayubi.
Selain Mujahid, ada juga mangsa lain yang juga petugas polis. "Keduanya cedera serius," kata Ayubi.

Suara Setan Membuat Lelaki Ini Membatalkan Perkahwinannya

SIDNEY – Seorang lelaki memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan perempuan dia cintai hanya kerana ada bisikan setan yang datang melalui telefon.
Lelaki tersebut meyakini jika tunangannya telah terkena kutukan. Dia ketakukan setelah terus menerus ditakti melalui telefon oleh suara yang ia sebut setan.

Lelaki yang ketakutan ini menjalani persidangan bersama dengan tiga orang lainnya yang diduga terkait dengan ilmu terlarang. Bersama dengan ketiga orang tersebut, lelaki yang meninggalkan tunangannya ini mengaku selalu dihantui telefon dari setan. Demikian dilapor News.com.au.

Jaksa menilai jika ilmu hitam digunakan kepada orang-orang ini untuk menyebabkan sakit atau kematian kepada keluarga terdekatnya. Lebih lanjut jaksa itu menyatakan, untuk menghilangkan kutukan mereka harus melakukan ritual dengan menutup mata dan melakukan seks.

Sementara lelaki yang membatalkan pernikahannya, memutuskan untuk melakukan hal tersebut setelah berulangkali menerima telefon yang dia katakan bersuara setan.

Dia mengaku jika hubungannya hancur setelah dia memeriksa sebuah bilk hotel dan menemukan tunangannya dalam keadaan telanjang, setelah dirinya mengetuk pintu bilk hotel yang dituju.
Hingga kini pengadilan atas kes tersebut masih terus berlangsung. Tidak jelas akhir dari pengadilan ini nantinya seperti apa.

Ketahuan curang menerusi online,suami cuba bunuh isteri

MAINE - Seorang lelaki dari Rockland, Maine, Amerika Syarikat, cuba membunuh isterinya sendiri, setelah isterinya tahu kalau dia berlaku curang menerusi online dengan kekasih lamanya.

Charles Black, dituduh telah memukul kepala isterinya dengan batu, menyeretnya ke tebing dan mencampaknya dari tebing tersebut. Hebatnya, isterinya ternyata masih hidup! Demikian seperti yang dikutip dari Gizmodo, Jumaat (22/4/2011).

Pihak polis setempat mengatakan bahawa motif Black melakukan hal ini adalah kerana isterinya, Lisa, mengetahui perselingkuhan online Black dengan bekas kekasihnya. Lisa sendiri baru mendapat harta warisan sebanyak USD4 juta.

Dalam laporannya ke polis, Lisa mengatakan bahawa Black berusaha untuk membunuhnya, dengan menunjuk lokasi di mana Black memukulnya.

“Dia tidak mengingat telah memukul Lisa, melemparnya dari tebing. Black mengatakan jika ini betul-betul terjadi, ia tidak mengingatnya dan tidak tahu mengapa ia melakukan hal tersebut,” uajr pihak polisi mengenai pengakuan Black.

Dengan harta warisan sebesar USD4 juta, nampaknya sulit diteka apa motif sebenarnya dari Black sampai boleh melakukan hal kejam tersebut.

Sumber :http://www.okezone.com/

Telefon dulu sebelum bunuh diri

SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya.

 Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu.

 “Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain,” kata pegawai bandar itu. – Agensi

saya petik dari Berita Harian

Sebuah batu mistik selamatkan penduduk sebuah kampung daripada Tsunami

IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.

Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu.

Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami.

Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan.

Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.

Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut.

Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun.

"Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara.

Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi.

Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.

Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960.

"Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi

saya petik dari kosmo online

Tekanan baru hilang bila nampak darah


GEORGETOWN: “Tekanan menghantui hilang apabila saya melihat darah mengalir dan merasai kesakitannya. Ini bukan kali pertama saya mencederakan diri akibat tertekan, malah sebelum ini saya menggunakan kaca dan baru-baru ini pisau yang dipanaskan,” kata ibu lima anak mengenai tabiatnya yang suka mencederakan diri sendiri apabila tertekan.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Melati, 42, berkata, apabila menghadapi tekanan perasaan terlampau, dia lebih suka menyendiri sebelum mengambil benda tajam dan mencederakan diri.

 Sebelum ini, katanya dia pernah menggunakan kaca menghiris pergelangan tangan kiri, namun bernasib baik perbuatannya itu tidak meragut nyawanya.

Baru-baru ini, dia memanaskan pisau dapur sebelum menoreh perutnya sehingga berdarah.

Katanya, kesakitan dirasai itu selain melihat darah mengalir ‘melupakan’ tekanannya.

Menceritakan tekanan dihadapinya, Melati berkata, semuanya bermula selepas tiga bulan dia mendirikan rumah tangga, 15 tahun lalu.

saya petik dari myMetro

Ratusan gadis 'penyedap' buat sperma mati

Pengajaran untuk kita lemah ini...
saya petik dari myMetro

IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.

Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

Anggota Dewan Di Australia Ditangkap Gara-gara Video Porno Kanak-kanak

TRIBUNNEWS.COM - Seorang anggota dewan yang tak disebutkan namanya ditangkap pada Rabu (20/4/2011) lalu. Anggota dewan dari Parti Buruh Australia ini ditangkap kerana ketahuan mengakses video porno kanak-kanak.

Anggota dewan dari wilayah Adelaide, Australia selatan, ditangkap ketika sedang dalam perjalanan ke rumahnya dan polis pun menghentikan kendaraan dan memeriksa isinya.

Dengan menggunakan sarung tangan plastik mereka mencari pada bahagian belakang dan depan dan akhirnya menemukan beg plastik cokelat. Anggota parlemen ini dikenai tuduhan memiliki pornografi anak dan hal-hal yang terkait pornografi lainnya.

Polis mengatakan jika lelaki ini tertangkap sebagai sebahagian dari operasi Operation Decimate yang memberikan target kepada para pengakses video porno anak. Dia ditangkap dan kemudian dilepas dengan wang jaminan dan akan segera hadir di sidang Adelaide Magistrates Court pada 20 Mei nanti.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved