Tweeps Gagalkan Bunuh Diri di Twitter

on 19 April 2011


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki merancangkan usaha bunuh diri dan meninggalkan pesan di Twitter. Pada 16 April lalu seorang lelaki mengaku akan meninggalkan wasiat sebelum bunuh diri di Twitter kerana ia tidak punya kertas. Pesan ini kemudian disampaikan ke orangtua dan temannya dan juga saudaranya .

Pengguna Twitter, sangat terkejut dengan pesan itu kemudian mulai me-retweet (RT) pesan tersebut dan ia harus menghentikan usaha bunuh diri.Lelaki itu berada di Seoul, Korea Selatan (Korsel)

Inilah isi Twitter
@peacepeace****:I called the cyber police and will contact the military (saya menelefon polis cyber dan askar).
@AndroidG***: I contacted the person’s brother’s military unit, but they told me it was difficult searching because it was too dark(saya sudah menghubungi saudara di militer namun sangat sulit bagi mereka sulit mencari kerana terlalu gelap)

Setelah tengah malah, tweets pun berhamburan dan cuba menyelamatkan si lelaki itu dan akhirnya mengatakan jika lelaki itu memutuskan untuk tidak bunuh diri. PenggunaTwitter yang akan bunuh diri yang menggunakan ID, @KoW***** menulis:”Saya juga berterima kasih kepada militer, polisi, petugas pemadam kebakaran, dan juga pengguna Twitter yang terus memberikan sokongan. Saya akan mengingat siapapun yang menolong saya dan saat harinya tiba maka saya akan paling bahagia di banding orang lain”.


Bekas Juara Tinju Dunia ditahan Polis kerana Di syaki Mencuri Kereta Sendiri



Bekas Juara Tinju Dunia, Frank Bruno, tidak boleh menahan marah setelah ditahan polis atas tuduhan mencuri keretanya sendiri.


Seiring dengan semakin meningkatnya angka pencurian kendaraan mewah, pihak keamanan di Berkhamsted, Inggris, semakin memperketat pengawasan. Mereka tidak segan-segan memberhentikan kendaraan yang sedang laju jika mereka melihat gelagat pemandu yang mencurigakan.

Frank Bruno, bekas juara dunia yang mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia tonjok menonjok di tahun 1996, yang ‘menjadi korban’ pengawasan polis (dailymail.co.uk).

“Saya sedang memandu kereta saya sambil bernyanyi mengikut lagu di CD, ketika dua orang polis memberhentikan kendaraan saya,” kata Bruno yang pada mulanya patuh ketika disuruh turun dari kereta. “Saya menunjukkan STNK dan SIM, namun mereka melihat ke arah saya dengan pandangan yang aneh .”


“Apakah ini kereta curi?” Polis bertanya kepada orang hitam tinggi berbadan gempal ini sambil memperhatikan plat nombor cantik, STNK dan SIMnya.

“Apakah kalian tidak mengenali saya?” Bruno mula geram.

“Tentu saja saya mengenali anda. Sama seperti saya kenal sama Batman, Peterpan dan bahkan Tom & Jerry,” kata polis yang seolah tidak mahu tahu. “Kami hanya menjalankan tugas. Akhir-akhir ini kami mendapatkan banyak laporan kehilangan kereta mewah seperti yang sedang anda bawa ini.”

Akhirnya setelah terjadi pertengkaran, baik Bruno dan Polis akhirnya boleh saling berjabat tangan. Bruno akhirnya boleh mengerti bahawa tugas polis adalah menciptakan keamanan dan berlaku adil kepada setiap orang, baik orang biasa mahupun bekas juara internasional tinju heavy weight.

Sumber:

Paling kurang ajar..jaringkan gol guna kemaluan



AS Groville dan FC Mufflins mengancam keluar di liga Perancis ketika pengadil memutuskan gol itu sah. Mufflins 'menjaringkan gol dengan bahagian peribadi striker. Para pemain Groville tidak senang. Mereka membuka seluar sebagai tanda protes ...


Gambar kenderaan dipandu laju akan dipapar di Internet


Satu idea yang bagus dan agak boleh
dipratikkan di negara kita..
saya petik dari
Sinar Harian

MANILA - Pihak berkuasa Filipina akan memaparkan foto kenderaan yang melebihi had laju dalam laman sesawang rasmi kerajaan sebagai usaha mengurangkan jumlah pesalah lalu lintas di negara itu.

Senarai foto kenderaan dipaparkan dalam www.mmda.gov.ph/Speeding-Violators.html akan turut disertakan dengan tarikh dan masa kejadian.

Ketua pihak berkuasa, Francis Tolentino berkata, penggunaan sistem kamera baru automatik itu akan menyebabkan pegguna jalan raya memandu lebih berhemah.

Tolentino turut melaporkan lebih daripada 7,000 pemandu sudah menerima surat saman kerana memandu kenderaan melebihi had 60 kilometer sejam yang ditetapkan di bandar raya terbabit.

Menurutnya, usaha itu dilihat berjaya menurunkan kadar kemalangan di sepanjang lebuh raya.

Jahanam...parti sedia siswi seksi untuk pelajar IPT


Sampai macam ni sekali mereka cuba merosakkan
jiwa remaja...
saya petik dari myMetro

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.

“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

[PENTING] Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun Google Akan Dihapuskan! Apa yang Perlu Anda Buat?



Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksana
kan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.

Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan kepakpandir@gmail.com!



Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
1. Create akaun gmail

Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com

sumber :
http://duniacacamarba.blogspot.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved