Sanggup kahwin dalam keadaan bogel untuk jimat kos pakaian

on 16 April 2011

Inilah pemikiran manusia yang menganggap mereka bangsa
yang berilmu...
saya petik dari kosmo online

FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

Gila....Bunuh bayi sendiri kerana nak tumpu sukan olimpik

Ada juga manusia yang berfikiran sebegini...
saya petik dari myMetro

SYDNEY: Seorang pemain polo air berbakat Australia yang dituduh membunuh bayi perempuannya bagi membolehkan dia menumpu perhatian untuk Sukan Olimpik Sydney dihukum penjara 18 tahun, semalam.

Mahkamah mendapati Keli Lane, 35, bersalah membunuh bayinya, Tegan, pada Disember tahun lalu.

Anak itu adalah hasil hubungan Keli dengan teman lelakinya dan kehamilan itu dirahsiakan daripada semua pihak, termasuk keluarga dan rakan sepasukannya.

Dia melakukan pembunuhan itu pada September 1996.

Sambil terus mendakwa dia tidak bersalah, Keli berkata, dia menyerahkan Tegan kepada pasangannya sejurus dilahirkan dan tidak pernah menjenguknya.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Agung New South Wales, Anthony Whealy, mendapati Keli bertanggungjawab atas kematian Tegan.

 Kata Whealy, Keli - mewakili Australia sebagai pemain polo air junior - terdesak apabila membunuh Tegan yang sehingga kini tidak ditemui mayatnya.

“Daripada semua aspek, kes ini dilihat sebagai tragedi membabitkan ibu dan anak,” katanya.

 Kata Whealy, hakikat bahawa Keli memusnahkan hubungan semula jadi di antara ibu dan anak akan terus menghantui hidupnya.

Dia kemudian menjatuhkan hukuman maksimum dan tanpa parol selama 13 tahun lima bulan.

Keli mendakwa dia menyerahkan Tegan kepada teman lelakinya sebelum mereka memutuskan hubungan tidak lama kemudian.

Namun, pendakwa berpendapat Keli membunuh anak keduanya itu kerana ia mengganggu kehidupan sosial dan kerjayanya, termasuk untuk mewakili Australia dalam Sukan Olimpik 2000.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu, Keli pernah memberi anak pertama dan ketiganya kepada pasangan lain untuk dijadikan anak angkat.

Dua lagi kehamilan berakhir dengan pengguguran. - AFP


   

Wanita Melahirkan Bayi Berwajah Katak Di Haiti

Seorang wanita Haiti melahirkan bayi berwajah katak di hospital Francisco Gonzalvo. Tubuh kecil itu manusia, tapi wajah, mulut, telinga, kepala, leher, menyerupai katak atau kodok.

 Seperti dilapor Ensegundos, Ibu dari fenomena aneh tersebut bernama Tossent Luis, 20 tahun, dari San Pedro de Macoris ke La Romana tiba di rumah sakit dengan tanda-tanda lahir dan dibawa ke ruang bersalin melahirkan selama setengah jam.

 Kelahiran anak ini segera membangkitkan rasa ingin tahu doktor dan jururawat di hospital tersebut.

 Setelah rumor beredar ratusan orang berkumpul di hospital untuk menelusuri dan menemukan kes yang jarang terjadi.

 Kes kelahiran bayi berwajah katak ini juga pernah terjadi di Nepal pada bulan Juni 2009, namun bayi itu tidak memiliki leher dan memiliki bola mata yang besar hampir keluar dari selaput matanya. Menurut para doktor, bayi itu mengalami penyakit yang disebut anencephaly, sebuah penyakit kerusakan tabung syaraf dan tidak lengkapnya perkembangan otak. Janin di dalam kandungan berkembang tanpa tengkorak kepala bahagian atas dan tabung saraf. Bayi yang mengalami keadaan ini dipastikan akan segera meninggal ketika dilahirkan. Penyakit ini juga disebut sebagai penyebab bayi Cyclop (lahir dengan satu mata).

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved