Berseteru di Pengadilan Gara-gara Tanah 12.7 Sentimeter

on 15 April 2011

Pagar batas rumah antara Ian Chrisholm-Teresa dan David Roberts-Lorraine Foreman.

TEMPO Interaktif, London - Setelah dua hari bersidang, Pengadilan Torquay and Newton Abbot, Inggris, kelmarin memenangkan tuntutan keluarga David Roberts-Lorraine Foreman terhadap pasangan Ian Chrisholm-Teresa.

Hakim memutuskan pagar pembatas di antara kedua rumah mereka harus dirobohkan paling lambat awal bulan depan. Chrisholm juga diwajibkan membayar kos persidangan 20 ribu pound sterling.

Chrisholm dan Teresa, yang sudah lanjut usia, mengaku sangat terpukul atas keputusan pengadilan itu. “Saya tidak tahu bagaimana kami membayarnya. Kami mungkin bakal menjual rumah kami,” kata Chrisholm.

Kes ini disebabkan oleh pagar batas yang dianggap oleh pihak yang menuntut menceroboh tanah mereka sejauh 12,7 sentimeter. Roberts juga menilai tembok setinggi hampir dua meter itu juga menghalangi pandangan mereka ketika keluar-masuk kereta. “Saya fikir itu tindakan sangat pengecut dengan tanpa berbincang dan kesepakatan,” ujarnya.

Namun Chrisholm mengaku pagar itu terpaksa dibangun lantaran isterinya merasa terancam dengan Roberts. Klaim ini dibantah oleh Roberts.

Tersangkut di Jendela, Seorang Wanita Mati Lemas

LEBANON – Seorang suami dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) terkejut ketika pulang ke rumah kerana menemukan isterinya terhimpit di jendela di ruang bawah tanah.

David Kline menemukan tubuh isterinya Ester (44), tanpa ada denyut nadi dan langsung menghubungi petugas kecemasan untuk meminta pertolongan.
 Petugas mensyaki Ester terjebak di luar rumah kerana sebelumnya dia mengirimkan SMS kepada suaminya mengenai kunci  yang tidak ada.Dia cuba memasuki rumah melalui ruang itu.

“Jendela tersebut sangat sempit, lebarnya hanya 1 meter dan panjangnya kira-kira hanya 0,4 meter, sangat sempit bagi badan manusia untuk boleh masuk,” ujar Kline.

"Saya mendapatkan tubuh isteri saya tergantung, sebagian tubuhnya tergantung di jendela, dan pada ketika itu juga saya dapat menjangka bahawasanya istrei saya telah meninggal.” Lanjut Kline, seperti dilansirAssociated Press, Khamis (14/4/2011).

Ester terperangkap ketika dia mencuba melalui jendela dan ada bekas kasut di tembok yang menunjukkan dia tengah mencuba memaksakan diri agar boleh masuk ke dalam rumah.

Disyaki wanita tersebut tergantung di jendela selama 9 jam, sehingga dia sulit untuk bernafas. Pihak polis pun memastikan bahawa kematian isteri Kline ini merupakan sebuah kecelakaan.

Sumber :http://www.okezone.com/

Lelaki terbakar ketika asyik menonton video porno

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki terbakar di dalam sebuah kedai penjualan produk pornografi dan ketika ini berjuang untuk hidup setelah dia menderita luka terbakar tingkat tiga.

Dilapor Herald Sun, Khamis (14/4/2011), Seorang ahli bomba di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS), mengatakan tidak tahu apa penyebab kebakaran kerana si lelaki sedang asyik menonton video porno di bilik peribadi di kedai itu ketika kebakaran terjadi.

Si lelaki kemudian berlari keluar dari pintu depan dan tubuhnya ditutupi oleh nyala api dan ditemukan polis yang sedang berdiri di jalan raya. Demikian disampaikan juru bicara polis setempat.

"Ia keluar dari kedai dengan tubuh yang sudah terbakar," kata Lt. Kevin McNaughton. Petugas pemadam kebakaran nasib baik berada di sekitar lokasi itu dan boleh memadamkan api.

Seorang pelatih jumpa gula-gula mengandungi wajah mirip tunang Putera William

Macam-macam kejadian aneh..
saya petik dari kosmo online


LONDON - Seorang pelatih akauntan, Wesley Hosie, 25, menemui gula-gula yang mengandungi wajah mirip tunang Putera William, Kate Middleton, lapor sebuah akhbar semalam.

Hosie kini merancang untuk menjual gula-gula itu sehingga pada harga £500 (RM2,467) di laman lelongan di Internet, eBay.

Dia dan kekasihnya, Jessica White, 24, mendapati wajah pada gula-gula itu mirip Middleton pada Selasa lalu di rumah mereka di Taunton, Somerset, Britain.

Hosie mengesan wajah itu semasa dia mahu memakan gula-gula yang disimpan dalam sebuah balang.

"Semasa Jessica membuka balang itu, saya dapat melihat gula-gula yang mengandungi wajah Middleton itu dengan serta-merta. Dia (Middleton) seolah-olah memandang ke arah saya," kata Hosie.

Middleton akan berkahwin dengan William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan cucu pemerintah diraja Britain, Ratu Elizabeth II pada 29 April depan. - Agensi

Wow..kereta dua bampar di jalanraya

Berani betul lelaki ni...
saya petik dari kosmo online

BEIJING - Polis terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kereta yang mengandungi dua bampar di sebatang jalan raya di Taizhou, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang anggota polis menahan pemandu kereta itu yang mendakwa dia memandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan cara pengangkutan yang paling murah.

Lelaki tersebut diberikan amaran oleh polis supaya tidak mengulangi perbuatannya kerana tiada undang-undang di China yang melarang penggunaan kereta unik itu. - Agensi

Demi Seks Aman, Anak 11 Tahun Ditawari Kondom

TRIBUNNEWS.COM – Sebuah keputusan kontroversi demi mempromosikan seks aman membuat kebanyakan orang hairan kerana  anak berumur 11 tahun mulai ditawari kondom. Demikian dilapor FoxNews, Khamis (14/4/2011).

Kempen yang dilancarkan Philadelphia Department of Public Health disebut Take Control, Amerika Syarikat (AS). Kempen ini berisi informasi mengenai kesihatan seks termasuk cara penyebaran penyakit seks, cara mencegahnya, dan cara mencegah kehamilan. Ada tiga kondom gratis yang boleh dipesan melalui pos dan informasi serta gambar detail bagaimana menggunakannya secara benar.

“Bermain aman sebenarnya sangat mudah. Jika kamu berusia 11-19 tahun dan tinggal di Philadelphia kamu boleh memesannya secara senang,” demikian isi kempen di web rasmi mereka.

Staf kesihatan publik setempat mengatakan jika informasi itu termasuk tiga kondom gratis sangat penting bagi generasi muda Philadelphia dan disetujui oleh Pusat Penanganan dan Kawalan Penyakit kerana mereka mengidentifikasi mulai usia 11 tahun anak-anak mulai berhubungan seks di Amerika Syarikat.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved