Kurang ajar..Menteri Israel Layani Wawancara Sambil Buang Hajat

on 13 April 2011

TEMPO Interaktif, Yerusalem – Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman yang terkenal kontrovers kembali membuat onar. Ia melayani wawancara Isnin pagi lalu dengan Radio Reshet Bet ketika sedang buang hajat di rumahnya. Namun tidak disebutkan apakah buang hajat besar atau kecil.

Wawancara itu mengenai pertempuran antara militer Israel dan pejuang Hamas yang kembali meletup. Konflik kembali memanas lantaran jet-jet tempur negara Zionis itu mengebom Hamas di Jalur Gaza. Ini sebagai balasan atas serangan roket ke wilayah selatan Israel.

Di tengah perbincangan, tiba-tiba terdengar jelas bunyi air membasuh toilet. Suara latar itu muncul setelah Lieberman mengucapkan,” Kita tahu siapa yang sedang kita hadapi.”. Insiden bilik mandi itu langsung menjadi perbincangan hangat. Ada yang mengecam, tak sedikit pula yang setia mendukung Lieberman.

Lieberman dikenal anti-Arab dan menentang berdirinya negara Palestina. Ia bahkan pernah mengusulkan rancangan beleid yang meminta warga Israel keturunan Arab bersumpah setia terhadap Israel. Namun Knesset (parlemen Israel) menolak gagasan itu.

Partai Yisrael Beitenu yang dipimpin Lieberman merupakan ketiga terbesar di Knesset, dengan 15 dari 120 kerusi di parlimen. Sebuah jajak pendapat terakhir menyebutkan jika pemilihan umum digelar sekarang partai itu boleh menambah dua kerusi lagi.

Alamak, Terkurung di Kontainer Yang Datang Dari Bangladesh Selama 3 Minggu

SINGAPURA – Kelaparan, kehausan dan dehidrasi, itulah yang dialami oleh Din Islam, warga Bangladesh yang terperangkap di dalam kontainer selama tiga minggu.

Pada Minggu malam, para pekerja di Terminal Pasir Panjang menemukan Din (30) dan seorang lelaki lainnya yang sudah meninggal di dalam sebuah kontainer, yang datang dari Bangladesh.

Polis mengatakan keduanya merupakan pegawai pelabuhan di Bangladesh yang terperangkap di dalam kontainer tersebut ketika mereka sedang beristirahat.

Seperti dilapor Straits Times, Rabu (13/4/2011), Din dan rakannya Alamgir (30) merupakan pegawai pelabuhan di Chittagong, Bangladesh.

Pada 21 March, keduanya baru menyelesaikan pekerjaannya sebagai petugas kebersihan di pelabuhan, mereka pun berniat untuk melepaskan lelah dan beristirahat di dalam sebuah kontainer.

Ketika mereka terbangun, mereka tersedar masih berada di dalam kontainer yang saat itu sudah gelap dan pintunya tertutup. Mereka cuba berteriak dan memukul dinding kontainer untuk menarik perhatian. Tapi kontainer tersebut berada di antara ribuan kontainer lainnya yang ada di pelabuhan, sehingga tidak ada yang mendengar mereka.

Sumber :http://www.okezone.com/

Ajaib! Gigi Dipasang Sebagai Pengganti Mata!

VIVAnews.com |  Martin Jones 12 tahun, dia mengalami kebutaan. Bahkan selama itu,lelaki 42 tahun ini tak pernah melihat wajah isteri yang dinikahinya empat tahun lalu.

"Aku bertemu dengan isteriku saat buta. Ketika aku tahu ada kesempatan untuk boleh mengembalikan penglihatan, isteriku adalah orang yang pertama ingin aku lihat," kata Jones seperti dikutip dari laman Telegraph.





Lelaki yang berkerja sebagai tukang bangunan ini mengalami kebutaan akibat ledakan  aluminium putih ketika sedang bekerja. Ia menderita luka terbakar 37 peratus. Matanya buta dengan keadaan mata kiri hancur.

Jones baru boleh melihat kembali setelah melakukan transplantasi gigi. Melalui operasi yang memakan waktu selama lapan jam, satu gigi depan Jones dicabut untuk digunakan sebagai lensa di mata kanannya.

"Aku merasa sangat bahagia penglihatanku boleh kembali. Aku tidak boleh menggambarkannya, tidak bisa dilukiskan dengan kata-kata. Aku buta selama 12 tahun, saat penglihatanku kembali semuanya berubah," Jones menambahkan.

Christopher Lui, ahli bedah kornea, Sussex Eye Hospital, Brighton, yang melakukan transplantasi gigi revolusioner itu. Ia mengambil satu gigi taring Jones yang diubah menjadi dudukan  lensa optik, dengan pengeboran lubang di dalamnya.

Lui kemuian memasukkan gigi itu ke dalam pipi selama tiga bulan untuk menumbuhkan jaringan baru dan pembuluh darah. Prosedur selanjutnya adalah melakukan operasi rumit untuk memasukkan 'gigi' itu ke bola mata Jones.

"Saat aku dengar pertama kali teknik tersebut aku tidak percaya. Begitu juga teman-temanku. Tetapi ketika aku melepaskan kacamata, Oh Tuhan, mataku seperti dalam filem sains fiksyen, mereka pun percaya aku boleh melihat," ujar Jones.

Wow!! Pall Arason Sumbangkan Alat Kelaminya untuk Muzium Penis

LONDON, RIMANEWS – Semasa hidupnya, selebriti, Pall Arason, terkenal “rajin” mencari perhatian. Setelah kematiannya pun, dia masih mencuri perhatian. Tepatnya, melalui Phallalogical Museum, seniman 95 tahun ini menderma — bukan koleksi seninya — alat kelaminnya yang telah diawetkan.

Sigurdur Hjartarson, yang menjalankan muzium  itu di kota nelayan kecil Husavik di Ireland mengatakan, organ peribadi Arason akan membantu melengkapi koleksi muzium. Semasa hidupnya, Arason memang pernah berjanji akan menderma bahgian peribadinya itu. “Saya  menunggu orang ini selama 15 tahun,” kata Hjartarson pada The Associated Press dalam sebuah wawancara.

Di muzium yang dianggap aneh namun ramai dikunjungi para pelancong ini, memang khusus nyajikan berbagai jenis alat kelamin lelaki. Sebelumnya, mereka telah memiliki koleksi alat kelamin  ikan paus, anjing laut, beruang, dan mamalia lainnya.

Beberapa orang juga menyatakan telah berjanji untuk menyerahkan organ vital mereka setelah kematiannya,  termasuk seorang Amerika, seorang warga Inggris, dan Jerman.

Muzium itu semula dibangun di Reykjavik tapi sejak beberapa tahun lalu pindah ke Husavik, sebuah kota kecil yang lebih dikenal untuk menonton ikan pausnya. Museum Phallological adalah bahagian penting dari industri pelancongan di kawasan Ireland saat ini, membawa ribuan pengunjung setiap musim panas.

Ikhtisar koleksi muzium termasuk 170 sentimeter (67 inci) alat kelamin paus berikut sperma yang diawetkan dengan formalin, penutup lampu yang terbuat dari testis lembu dan alat kelamin dari walrus Kanada.

Hjartarson, 69 tahun, mulai membuka muzium dengan 62 koleksi saja. Kini, jumlah koleksi muziumnya telah mencapai 276 buah.

Bayi 15 bulan mabuk kerana terminum jus apple beralkohol di restoran

TEMPO Interaktif, Michigan -Dominic Wilson Jr, bayi berusia 15 bulan didapati meminum minuman beralkohol hingga membuatnya mabuk. Akibatnya, bayi itu harus dilarikan kehospital setelah minuman yang mengandung alkohol yang dihidangkan restoran Applebee di Michigan, Amerika Serikat.

“Ia berkata ‘hi’ dan ‘bye’ pada tembok,” kata Taylor Dill-Reese, ibu Wilson, seperti yang dilaporkan oleh CNN, Selasa 17 April 2011.

Selepas minum minuman yang mengandung alkohol itu, kanak-kanak itu berkel;akun aneh. Ia menundukkan kepala seperti merasa ngantuk, lalu terbangun dan bertingkah hyper ketika ia bersama orang tuanya sedang makan di restoran.

Awalnya Dill-Reese menduga tingkah anaknya itu akibat kurang tidur. Tapi, ayahnya terkejut apabila merasa jus apple yang dipesan untuk Wilson. Ayahnya mencium bau alkohol yang menyengat dari mulut anaknya itu.

Orang tua Wilson pun langsung melarikan anaknya ke hospital dan melaporkan restoran itu kepada polis.

Menurut polis, minuman alkohol dimasukkan ke botol berlabel jus. “Botolnya berlabel jus, tapi isinya mengandung margarita,” kata Dill-Reese.

Menurut doktor, darah Wilson mengandung alkohol 1,10, dan keadaannya beransur pulih tetapi dia jadi sulit untuk makan.

Inilah Parfume Beraroma Daging Babi Khusus Untuk Lelaki

VIVAnews - Orang biasanya menggunakan parfume untuk menyegarkan tubuh dan meningkatkan rasa percaya diri. Di tengah beragam jenis wewangian beraroma bunga, buah, dan rempah, seorang lelaki asal Chicago, Amerika Syarikat, membuat wangian dengan pilihan parfume beraroma daging.

Melalui perusahan Gold and Classic, John Leydon menciptakan parfum khusus untuk lelaki dengan aroma daging babi asap tebal dan daging asap halus. Sesuai aroma yang ditawarkan, Leydon menamai produknya ‘Bacon’.

Lelaki berusia 44 tahun itu terinspirasi membuat ‘Bacon’ dari kisah tukang daging yang didengarnya di Paris. “Saya menggabungkan bacon (daging punggung babi), cologne, dan parfume,” ujar Leydon, seperti dikutip dari Aol News.

Produk ini segera beredar di seluruh department store Amerika Syarikat dalam botol ukuran 30 ml. Harganya US$36 .

Sejak seminggu lalu, ‘Bacon’ mulai memasuki pasar parfume. Leydon mengaku menerima pesanan dari para distributor. “Banyak pengedar yang mahu  memasarkan produk ini,” ujar lelaki yang selama 10 tahun bekerja di lapan parfume house.

Direktor pemasaran di Davenport, Iowa, parfume ini boleh menjadi pertimbangan untuk mereka alergi terhadap parfume beraroma bunga dan sejenisnya.

Populariti ‘Bacon’ membuat sejumlah pembuat perfume berniat memasarkan produk lain beraroma sama seperti pasta gigi, benang gigi, tusuk gigi, lip balm, permen dan permen getah.

Lady Gaga terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar





HOUSTON: Penyanyi Lady Gaga terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar dalam satu persembahan, malam semalam.

Cubaan penyanyi yang kerap mencetuskan kontroversi itu untuk melompat daripada alat muzik itu berakhir dengan tragedi apabila dia jatuh terlentang di atas lantai. Bagaimanapun, kejadian tidak dijangka itu tidak menjejaskan penyanyi terbabit kerana dia tetap meneruskan lagu You And I dinyanyikan. Gaga menghentakkan kekunci piano dengan kaki kirinya dan pada masa sama mengimbangi tubuhnya dengan kaki kanan di bangku.

Bangku itu kemudian terjatuh menyebabkan dia terlentang ke lantai.

Mungkin penyanyi itu patut memikirkan semula untuk memakai but tumit tinggi ketika membuat persembahan selepas ini.

Kejadian itu berlaku di hadapan beribu-ribu peminatnya dalam konsert di Houston, Texas. Petugas pentas dilihat bergegas untuk membantu penyanyi itu tetapi dia tidak peduli dan meneruskan persembahannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

saya petik dari myMetro

[Gila] Suami tua bertongkat pukul dan kencing isteri kerana disuruh buang sampah

Apa punya suami ni?
saya petik dari myMetro

KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.


“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.

“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.

“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

 Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.

“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

 “Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Wang 11 juta won ditanam dil sebuah ladang

SEOUL – Polis Korea Selatan (Korsel) menemukan wang sebanyak11 miliar won ditanam di sebuah ladang bawang putih.Wang temuan tersebut kini disita polis.

Sebuah rakaman video di televisyen menunjukan plastik-plastik berisi wang dengan jumlah yang banyak diangkut satu per satu dari ladang di barat daya Kota Gimje.

Dua bersaudara yang mendapatkan wang tersebut dari perjudian haram di internet meminta saudara ipar mereka yang bermarga Lee untuk menyembunyikan wang itu ketika polis cuba menangkap mereka.

Seperti dilapor dari AFP, Selasa (12/4/2011), salah satu dari dua bersaudara itu kini sudah ditahan, sementara satu saudaranya yang lain masih diburu polis.

Lee, 53 tahun, membeli ladang bawang putih dan menanam wang tersebut pada ketika senja atau fajar. Namun, Lee kemudian mengambil 400 juta won dan menghabiskannya tanpa memberitahukan kedua saudara yang ditolongnya.

Kerana salah satu dari dua saudaranya itu akan dibebaskan, Lee kemudian membuat tuduhan wang hilang yang dihabiskannya itu pada pekerja penggalian yang bekerja di ladang. Namun, pekerja penggalian melaporkan kes hilangnya wang tersebut pada polis. Polis pun akhirnya melakukan penggalian untuk mengambil harta karun terkubur itu.

Polisi hari ini akan mengeluarkan surat penangkapan atas Lee. Media masa mengatakan kes ini menekankan perlunya tindakan tegas terhadap meluasnya web perjudian haram di internet yang berpusat di lepas pantai.

Sumber :http://www.okezone.com/

Astaga…Kerana Berbeza Zodiak, Cucu Dilempar ke Perigi Oleh Neneknya Sendiri

TEMPO Interaktif, BEIJING – Gara-gara percaya cakap peramal, seorang nenek di kota Nanchang, daerah Jiangxi, China bahagian timur, sanggup membuang cucu laki-lakinya ke dalam perigi. Cucu yang masih bayi itu dibunuh setelah seorang peramal mengatakan tanda zodiak sang bayi akan menghancurkan keluarganya.


Dilaporkan hari ini, Selasa (12/04), sang peramal memperingatkan si nenek yang hanya diidentifikasi bernama Ao, bahawa tanda zodiak cucunya lain dengan tanda zodiak anggota keluarga yang lain. Inilah yang membuat Ao gelisah. Ia pun berusaha melenyapkan sang bayi, bahkan sejak masih dalam kandungan.  


Saat masih dalam kandungan ibunya, menantu Ao yang bernama Wang, cucu laki-laki yang lain diminta melakukan sesuatu agar Wang keguguran. tapi usaha itu tidak pernah berhasil sampai bayi malang itu lahir Januari lalu.


Ao masih memendam hasratnya untuk membunuh cucunya sendiri. Kepada polis Ao bercerita ia akhirnya berhasil membunuh cucunya dengan melemparnya ke dalam perigi 6 April lalu ketika sang ibu bayi berada di toilet. Ao lalu menghilang selama dua hari tapi berhasil ditemukan dan ditangkap polis.


Kejadian ini memperlihatkan meskipun China telah berubah menjadi negara moder sejak tiga dekad lalu, tapi masih banyak orang, terutama orang tua dan penduduk di daerah miskin seperti Jiangxi, yang masih memegang erat keyakinan tradisional dan hal-hal yang bersifat tahyul

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved