Anjing Bunuh Diri Setelah Anak-anaknya Mati

on 10 April 2011

Ini cerita tentang seekor anjing yang diduga kecewa. Beberapa hari setelah melahirkan dan menemukan anak-anaknya mati, seekor anjing betina dikhabarkan bunuh diri dengan cara melompat dari gedung di kota Xinyi, daerah Guandong, China.



Bahkan, warga setempat juga mengetahui, semenjak anak-anaknya mati, anjing itu tidak lalu makan. Apa pun menunya, dia selalu menolak. Anjing itu kemudian menaiki sebuah bangunan. Dan, saat malam sepi, anjing itu segera terjun dari bangunan tersebut. Tidak diperolehi berita berapa ekor anak yang dilahirkan anjing itu, begitu juga dari jenis apa anjing itu.

Lelaki Malang Ini Terdampar Sendirian di Kota Sunyi

TRIBUNNEWS.COM - Rumahnya menjadi satu-satunya berdiri di kubangan lumpur dan jalan-jalan menuju ke rumah itu dipenuhi pohon yang tumbang, mayat babi, dan sisa sampah yang tertumpuk akibat tsunami pada 11 March lalu. Demikian dilansir AP, Jumaat (9/4/2011).

Tinggal sendirian di dalam rumah yang gelap, Kunio Shiga yang berusia 75 tahun, benar-benar sebatang kara. Ia tidak bisa berjalan sendirian dan tidak tahu apa yang terjadi pada isterinya.

Seluruh tetangganya sudah pergi kerana takut radiasi nuklir dari kilang nuklir Fukushima yang hanya berjarak 20 kilometer. Padahal pihak otoritas sudah memperingatkan agar setiap orang segera meninggalkan lokasi kerana radiasi. Tak ada yang datang menolongnya.

Ketika reporter dan fotografer AP tiba di rumah Shiga, ia terlihat takut dan kebingungan. “Anda orang pertama yang saya temani bicara setelah bencana tsunami dan gempa,” katanya. Ia kemudian berujar.

“Apakah Anda punya makanan? Saya akan membayar Anda,” kata Shiga lagi. Shiga kemudian menerima satu liter air mineral dan satu pak makanan energi. Tak berapa lama kemudian, wartawan AP memberitahukan situasi Shiga ke polis terdekat.

Bangunan seperti jatuh daripada langit










Membunuh 4.000 Orang Hanya Di Penjara 8 Tahun

Seorang bekas komandan paramiliter di Colombia yang dikenal sebagai "Iguana",  hanya dijatuhi hukuman lapan tahun penjara. Padahal, Jorge Ivan Laverde bekas komandan itu, mengakui secara langsung pembunuhan ratusan orang dan memerintahkan pembunuhan 4.000 orang lain ketrika mwenjawat jawatan komandan milisi sayap kanan ekstrim AUC, yang telah dibubarkan pada 2003.

Sebuah pengadilan Colombia pada awalnya menjatuhkan hukuman 40 tahun penjara pada Laverde setelah membuktikan ia bersalah dalam pembunuhan, penyiksaan, aksi terorisme dan penelantaran penduduk. Tapi hukuman itu diubah menjadi lapan tahun, hukuman maksima yang diperbolehkan berdasarkan proses "Keadilan dan Perdamaian" yang ditujukan untuk menyembuhkan luka-luka kerana pertempuran pada masa lalu.

Semula, kelompok paramiliter sayap kanan dibentuk pada 1980-an. Satu dasawarsa berikutnya kelompok ini menguasai sejumlah besar bidang wilayah, seolah-olah untuk melindungi para pemilik tanah dari pemberontak sayap kiri.

Menurut hitungan resmi, sekitar 30 ribu anggota milisi didemobilisasi ketika kelompok itu dibubarkan pada 2003. Tapi beberapa pihak memperkirakan AUC hanya memiliki sekitar 9.000 anggota sejak mereka mengangkat senjata, dengan banyak anggotanya terlibat dalam perdagangan gelap ubat bius. (AFP/Ant/DOR)

Dirotan dan Dipenjara Jika Salami Wanita di Negara ini

Pemberontak di Somalia, al Shabab, melarang seluruh warga lelaki di negara itu berjabat tangan dengan wanita. Mereka juga melarang para lelaki berbicara, dan berjalan bersama.

Seperti dikutip Associated Press, mereka mengancam akan memberikan hukuman rotan, memenjarakan, atau mengeksekusi setiap warga lelaki yang melanggar aturan itu.

Hussein Ali, warga selatan Kota Jowhar, mengatakan, sejak berlakunya larangan itu akhir pekan lalu, dia tak berani lagi menyapa perempuan. Ia takut menghadapi ancaman hukuman itu.

Hamdi Osman, seorang wanita pelajar, menambahkan, banyak kelompok bersenjata melakukan operasi di kenderaan awam. Mereka menangkapwanita yang dianggap berpakaian tidak benar. Osman pernah dipukuli gara-gara mengenakan pakaian tradisional Somalia bukan jubah panjang hitam yang disukai pemberontak.

Mereka juga mensasarkan wanita yang nekad berjalan sendiri. Pemberontak melarang perempuan bekerja di tempat umum, atau meninggalkan keluarganya.

Asy-Syabaab menguasai sebahagian besar Somalia bahagian selatan dan tengah. Kelompok sedang dalam upaya menggulingkan pemerintah yang didukung PBB.

BlackBerry Termahal di Dunia

Gambar diatas merupakan gambar pertama dari smartphone BlackBerry paling mahal di dunia. Perusahaan Amosu, Alexander Amosu Ltd., merupakan perusahaan yang dikenal sebagai pembuat berbagai macam gadget dan perangkat kelas atas. Selain itu ia dikenal juga sebagai pembuat produk dengan harga yang mahal. Contohnya adalah sepasang baju yang diumumkan baru-baru ini seharga 112 ribu dolar AS, yang dikatakan sebagai pakaian paling mahal di dunia.
Meski belum ada kepastian bahawa Curve 8900 ini merupakan BlackBerry termahal di dunia, tetapi dengan harga  240 ribu dolar AS tampaknya membuat produk besutan Amosu tersebut menjadi calon BlackBerry paling mahal.




Amosu menghabiskan masa 350 jam untuk membuat BlackBerry Curve versi khusus ini dengan emas kuning 18 karat dan bertahtakan 4.459 berlian (dengan berat total 28.43 karat).
Layaknya produk premium pada umumnya, Curve edisi khusus ini akan dibuat dalam jumlah yang terbatas. Menariknya, hanya akan ada 3 buah yang akan dijual. Salah satunya sudah lebih dulu dibeli oleh pembeli misteri asal Timur Tengah.
Dengan harga yang mahal ini, pembeli boleh melakukan personalisasi dengan meletakkkan nama atau logo perusahaan dan juga layanan  jual yang berlaku secara eksklusif.

Mengamuk kerana disuruh bertugas semula

Akibat tak boeh terima tekanan.
saya petik dari kosmo online

SOUTHAMPTON - Diarah bertugas semula merupakan punca seorang kelasi, Ryan Donovan, 22, mengamuk dalam kapal selam nuklear Britain, HMS Astute bernilai £1.2 bilion (RM5.93 bilion) dengan menembak mati seorang pegawai tentera, Leftenan Komander Ian Molyneux, lapor akhbar The Sun semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di pelabuhan Southampton kelmarin, Donovan menembak mati Molyneux yang merupakan jurutera senjata dalam kapal selam tersebut dengan menggunakan senjata tentera laut, raifal SA80.

Dia melepaskan enam das tembakan dan mengenai seorang lagi pegawai tentera laut, Leftenan Komander Chris Hodge di bahagian dada yang kini dirawat di sebuah hospital semasa para tetamu kehormat yang melawat kapal selam berkenaan menyaksikan insiden tersebut.

Semasa kejadian, kelasi tersebut yang kini telah ditahan pihak berkuasa memakai pakaian pelindung badan yang berperisai semasa dia melepaskan tembakan itu.

Insiden itu berlaku semasa Datuk Bandar Southampton, Carol Cunio melawat kapal selam tersebut untuk makan tengah hari bersama Ketua Majlis Bandar Raya Southampton, Alistair Neill dan seorang anggota majlis itu, Royston Smith.

Menurut Smith, 46, yang merupakan bekas jurutera Tentera Udara Diraja Britain memberi gambaran dengan jelas mengenai kejadian tersebut kerana dia menjadi wira dengan menangkap kelasi yang mengamuk itu.

Smith berkata, kelasi kapal itu yang merupakan peminat lagu rap melepaskan beberapa das tembakan yang pertama di dalam kapal selam tersebut.

Dia yang berada tidak jauh dari bilik kawalan kapal selam itu bertindak menolak Donovan ke arah dinding.

Menurut Smith, semasa pergelutan itu, kelasi itu mungkin melepaskan tembakan yang kelima namun dia kemudian memusingkan badan Donovan sehingga 180 darjah dan menolaknya ke arah satu lagi dinding. 

Dia berkata, semasa pergelutan itu, Donovan melepaskan tembakan yang keenam.

Namun, Smith berjaya menjatuhkan kelasi itu dan merampas senjata apinya dan melemparkan ia di bawah sebuah meja yang jauh daripada jangkauannya.

Dalam kejadian itu, beberapa orang yang menyaksikan insiden berkenaan berada dalam keadaan terkejut.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas HMS Astute berlabuh di pelabuhan Southampton setelah 46 hari ia menyertai ujian di Laut Ireland.

Menurut beberapa kelasi, Donovan berasa tertekan kerana dia diarah berada di dalam kapal selama sebulan lagi kerana beberapa ujian tentera laut akan bermula esok. Kapal selam itu tiba di pelabuhan Southampton pada Rabu lalu. Namun terdapat laporan di akhbar The Times of London yang menyatakan dia mengamuk kerana tidak dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan terlebih dahulu untuk para tetamu kenamaan. - Agensi

Wanita yang masih dalam pantang mengamuk kerana dituduh buang bayi

Macam-macam hal..
saya petik dari myMetro

JOHOR BAHRU: Pengunjung Jaya Square dekat sini, semalam gempar apabila seorang wanita yang masih dalam pantang mengamuk kerana dituduh cuba membuang bayi berusia 23 hari dengan meninggalkannya bersama beg berisi susu di atas sofa.

Terdahulu, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Lew Pei Siee, 26, yang kelihatan tidak terurus meninggalkan bayinya itu di atas sofa berkenaan dan mengusung beg plastik ke terminal bas berhampiran untuk meminta sedekah.


Orang ramai yang lalu berhampiran sofa itu terkejut mendapati bayi lelaki berkenaan menangis sebelum seorang daripadanya membuatkan susu untuknya.


Saksi, Feng Ling Lee, 36, yang bekerja sebagai penjual tiket bas berkata, dia membantu mendukung bayi berkenaan manakala rakannya menyusukannya.


“Kami kemudiannya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk, sebelum beliau bergegas datang.


“Tidak lama kemudian, seorang wanita mendakwa ibu kepada bayi berkenaan tiba-tiba muncul dan mula bising-bising kononnya kami cuba merampas anaknya itu,” katanya di lokasi kejadian.



Menurut Feng, seorang daripada rakannya memaklumkan pernah melihat wanita terbabit beberapa kali di kawasan berkenaan sambil meminta duit daripada orang ramai kononnya untuk membeli tiket bas dan pelbagai lagi.


Selain itu, rakan Feng turut mendakwa ada melihat wanita terbabit beberapa kali tidur di sekitar kawasan berkenaan.



Lew yang mengamuk dan meminta bayinya itu dikembalikan kemudiannya ditenangkan empat anggota polis diketuai Ketua Polis Balai Johor Jaya, Cif Inspektor Mohamaden Bujang.


Lew dan bayinya kemudiannya dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk siasatan lanjut sebelum seorang lelaki dipercayai suaminya, Loo Soon Aun, 27, yang bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kota Masai dihubungi dan menjemputnya pulang.


Tan bagaimanapun enggan mengulas kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan.


Sementara itu, sumber polis berkata, maklumat diperoleh daripada orang awam mendapati wanita berusia 26 tahun terbabit sering membawa kanak-kanak berlainan ke lokasi berkenaan.


"Wanita dikenali sebagai Lew Pei Siee, 26, itu sering dilihat di kawasan berkenaan dengan membawa dua lagi kanak-kanak berumur dua dan empat tahun ke sana sejak sebulan lalu.


"Orang ramai di sana kemudiannya menyangka dia membuang bayi dan memaklumkan kepada kami untuk datang.


"Kami sudah mengesahkan dengan pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) bahawa wanita terbabit melahirkan bayi lelaki berkenaan di sana pada 17 Mac lalu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan kes berkenaan.

PM Britain Naik Pesawat "Bertiket Murah" Untuk Pergi Bercuti

LONDON, KOMPAS.com -  Perdana Menteri Britain David Cameron dan isterinya Samantha, terbang ke Sepanyol dengan pesawat "bertiket murah" untuk bercuti selama dua hari. Cuti dua hari pasangan itu untuk merayakan ulang tahun ke-40 Samantha, kata satu sumber pemerintah, Khamis (7/4).


Pasangan tersebut pergi ke Sepanyol naik "pesawat dengan tiket murah", kata sumber itu, saat ia membantah laporan pers Sepanyol bahawa itu adalah pesawat easyJet.

Surat khabar Sepanyol, El Pais, melaporkan pasangan tersebut tiba di bahagian selatan Sepanyol, Rabu (6/4)  malam, dan kemudian pergi naik kereta ke kota bersejarah Granada, tempat benteng Alhambra berada, yang dibangun oleh penguasa Moor pada abad pertengahan di Sepanyol. Pasangan itu menginap di satu hotel "kelas menengah", kata laporan tersebut, dan mereka dijadualkan kembali ke London, Jumaat ini.

Samantha Cameron memasuki usia 40 tahun pada 18 April. Itu adalah cuti pertama mereka ke luar negeri sejak Cameron memangku jabatan pada Mei tahun lalu. Pada musim panas lalu, cuti keluarga tersebut di Cornwall, bahagian barat-daya Inggris, terganggu ketika Samantha melahirkan seorang bayi perempuan.

Pasangan itu memiliki tiga anak. Anak pertama mereka, Ivan, yang menderita kelumpuhan otak besar dan epilepsi parah, meninggal secara mendadak pada Februari 2009, dalam usia enam tahun. Isteri Wakil Perdana Menteri Nick Clegg, Miriam Gonzalez adalah warganegara Sepanyol dan mereka biasa menghabiskan cuti musim panas mereka di Sepanyol.

Nasib Tragik Yosefa, Sudah Dihamili Dimasukan Ke Penjara Pula

Ibarat sudah jatuh tertimpa tangga pula. Itulah yang dialami Yosefa Kristina Usfinit (24). Sudah malu hamil di luar nikah, dipenjarakan pula oleh lelaki yang menghamilinya. Yosefina dimasukkan ke penjara kerana menampar Agustinus Naikofi, lelaki yang diduga telah menghamilinya. Yosefa yang ditemui di Lembaga Pemasyarakatan Kelas II Kefamenanu, Jumaat (8/4/2011), mengatakan, dia menampar lelaki itu kerana lelaki itu tidak mengakui telah menghamilinya dan menolak bertanggung jawab atas kehamilannya.

Sudah jatuh tertimpa tangga pula, kenapa nasibmu  begini Yosefa

Ia menuturkan, peristiwa penamparan itu terjadi pada 8 Januari 2011 sekira pukul 16.00 Wita ketika dirinya bersama keluarga datang ke rumah lelaki itu  untuk meminta pertanggungjawaban korban atas kehamilan dirinya. Namun saat itu lelaki tidak mengakui perbuatanya dan menolak bertanggung jawab.

Emosi dengan sikap lelaki itu Yosefa menjitak pelipis kiri korban dan meninju bahagian perut korban. Tidak terima dengan perbuatan Yosefi, lelaki itu kemudian melaporkan Yosefi ke Polsek Insana pada hari itu juga. Dua minggu setelah kejadian itu pada14 Januari 2011, Yosefa dipanggil polis sebagai tersangka kes penganiayaan, namun tidak ditahan.
Setelah berkas perkaranya dinyatakan lengkap oleh Kejaksaan Negeri Kefamenanu, Yosefa yang dalam keadaan hamil lima bulan langsung ditahan di titipkan di Rumah Tahanan Lembaga Pemasyarakat Kelas II Kefamenanu pada  4 April 2011

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved