Seekor Anjing Raih Penghargaan Tertinggi di Australia

on 08 April 2011

Sarbi anjing pelacak yang  dengan pasukan khusus Australia di Afghanistan.

Seekor anjing  mendapatkan penghargaan tertinggi di Australia sebagai haiwan paling berani, dan meraih medal Ungu.

Anjing jenis labrador itu berhasil ditemukan setelah hilang selama 13 bulan di Afghanistan.

Sarbi, nama anjing itu, hilang setelah Taliban menyerang unitnya di daerahUruzgan dan meninggalkan luka yang berjumlah sembilan buah ditubuhnya.

Presiden Organisasi perlindungan haiwan, RSPCA, Lynne Bradshaw memberikan penghargaan kepada Sarbi, sebagai haiwan yang luar biasa kuat.

Dia merupakan haiwan kedua yang pernah menerima penghargaan tersebut.

Sarbi bergabung bersama pasukan khusus Australia untuk menjejaki bom di jalanan Afghanistan.

Dan beberapa saat setelah penyergapan, sejumlah pencarian dilakukan untuk menemukannya, sebelum akhirnya haiwan itu dinyatakan hilang.

Tetapi, setelah hampir 14 bulan, dia ditemukan oleh tentara AS, tengah dirawat oleh seorang lelaki Afghan.

Ketika kembali ke markasnya, Sarbi disambut oleh Perdana Menteri Australia dan bekascKomandan militer AS Jenderal Stanley McChrystal.

Tahun 2009, Sarbi diterbangkan ke kampung halamannya di Canberra, untuk menerima penghormatan sebagai pahlawan.

Sebelumnya, penghargaan serupa pernah diberikan oleh keledai yang bernama Murphy, yang terluka dalam pertempuran di Gallipoli selama perang dunia I.

Buat Kek Berlambang Nazi, bakal di hukum

TEMPO Interaktif, Wina – Sebuah kumpulan beranggotakan korban selamat Holocaust bernama Komite Mauthausen hari ini menggugat secara hukum Manfred Klaschka lantaran membuat kek dengan logo swastika (lambang Nazi Jerman).

Bukan jenis itu saja yang ditawarkan. Klaschka juga membuat kek dengan seorang bayi mengangkat tangan kanaknya, salam khas tentara Nazi. Kek itu menjadi sajian di kafe milik Klaschka di Desa Maria Ezensdorf, dekat Ibu Kota Wina, Austria.

Menurut Ketua Komite Mauthausen, Willi Mernyi, perbuatan juru masak itu melanggar undang-undang yang melarang kegiatan neo-Nazi. Tindakan itu juga bertentangan dengan undang-undang yang berlaku di Austria yakni melarang menghidupkan kembali era Nazi dan upaya menolak Holocaust. “Ini merupakan cara berfikir yang menghantar kita ke bencana 70 tahun lalu,” katanya.

Holocaust adalah peristiwa pembunuhan sekitar enam juta orang Yahudi oleh tentara Nazi Jerman yang dipimpin Adolf Hitler. Kekejaman itu berlangsung selama Perang Dunia Kedua.

Namun Klaschka menegaskan ia tidak melanggar hukum yang berlaku di Austria. “Jika seseorang memesan (kek seperti itu), saya membuatnya,” ujar Klaschka.

[Hebat] Regina Ajar Lembu Melompat Seperti Kuda

LAUFEN, JERMAN – Regina Mayer (15), mempunyai keinginan memiliki seekor kuda, namun tidak disetujui oleh kedua orang tuanya.

Namun ia tak lantas menyerah. Mimpinya untuk dapat menunggangi seekor kuda ia wujudkan melalui seekor lembu yang ia latih untuk menjadi kuda impiannya.

Luna, lembu yang dilatih Regina, setiap hari harus berlari dan berlompat selama berjam-jam layaknya seekor kuda.



Berbagai cara, Regina lakukan. Ia pun memperlakukan Luna dengan sangat baik. Agar saat waktunya latihan, Luna dapat berlatih dengan baik. Hingga kelak dapat menjadi kuda yang Regina mahu.

Hasilnya, setelah enam bulan dilatih, Regina pun dapat menikmati hasil latihan Luna.

Luna kini sudah dapat mengerti, apa yang ia harus lakukan apabila Regina mengatakan “Go!”, “Berdiri!”, “Lari!” sambil berada di atas badan Luna seolah sedang berkuda.

“Luna berperilaku sangat baik, ia pun masih berjalan normal layaknya seekor lembu tapi ketika berada di area pacuan, ia pun seakan berubah menjadi seekor kuda pacu,” ungkap Regina, sebagaimana dilansirOrange, Khamis (7/4/2011).

“Untuk membuatnya seperti sekarang ini memang memerlukankan banyak usaha. Tapi aku sangat menikmatinya. Luna akan melakukan apa yang aku kehendaki apabila ia sedang mahu melakukannya, namun jika ia sedang tidak mahu, ia pun akan menolak apa yang aku perintahkan. Bagiku Luna sangat mengagumkan,” tegasnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

[Kesian] Bayi lahir dalam keadaan organ jantung diluar badan

Kesian baby ini..
saya petik dari kosmo online

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.

Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

Di belasah gengster budak sekolah

Semakin berani budak sekolah sekarang tak macam 
zaman aku dulu,,,
saya petik dari kosmo online

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya

Wanita China Dilarang Melahirkan di Hong Kong

HONG KONG – Pemerintah Hong Kong akan melarang wanita dari daratan China melahirkan di hospital Hong Kong. Hal ini dilakukan untuk membatasi puluhan ribu wanita hamil China yang datang setiap tahunnya ke Hong Kong.

Jumlah wanita hamil dari China yang memilih melewati perbatasan terus meningkat. Hingga kini wanita China yang melahirkan di Hong Kong hampir setengah 88 ribu angka kelahiran wanita Hong Kong pada 2010.

Pemerintah Hong Kong merasa tertekan beberapa minggu terakhir setelah para doktor diketahui telah membantu proses kelahiran sejumlah bayi di kota itu, sementara jumlah calon ibu tempatan sangat sedikit.

Seperti dilansir AFP, Kamis (7/4/2011), para ibu dari daratan China lebih memilih melahirkan di Hong Kong keranaa Pemerintah Hong Kong akan memberi anak mereka hak untuk tinggal dan  pendidikan.

Mengatasi tekanan tersebut, Menteri Pangan dan Kesihatan Hong Kong York Chow mengumumkan pemerintah akan menetapkan kuota untuk para ibu daratan China berdasarkan fasiliti yang tersedia, tenaga kerja dan banyaknya permintaan di hospital kota.

“Saya rasa perlu untuk mengawal jumlah wanita hamil dari daratan China yang datang ke Hong Kong,” ujar Chow. Chow memperkirakan jumlah ibu tempatan yang akan melahirkan akan meningkat.

Sumber :http://www.okezone.com/

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved