Pelacur di Taiwan akan diberikan lesen

on 07 April 2011

Taiwan pada hari Khamis mengungkapkan rancangan mereka untuk menciptakan wilayah elacuran yang sah, sehingga mereka dapat melindungi hak para pekerja seks dan mengawasi perdagangan seks dengan lebih mudah.

Melaluinya, para pekerja seks akan dibolehkan untuk mengajukan lesenuntuk menjalankan operasi di wilayah yang disahkan pemerintah dan akan dihukum bila mereka menjalankan pelacuran di tempat lain, bersama dengan pelanggannya.

Para pekerja seks komersil kini menghadapi masa tahanan tiga hari di penjara atau denda yang mencapai 30.000 dolar Taiwan bila mereka tertangkap menjaja  seks sementara klien mereka dapat bebas begitu saja.

"Pemerintah berkeinginan untuk membuka ruang bagi industri seks hingga ke tingkat yang lebih modern untuk regulasi yang lebih baik sesuai untuk orang awam" kata seorang pejabat Kementerian Dalam Negeri, Liu Wen-shih, yang akan mengajukan proposal itu kepada kabinet bulan depan.

Sebuah jajak pendapat yang dilakukan oleh kementerian pada akhir tahun lalu menunjukkan 76,5 persatus warga Taiwan setuju untuk melegalkan pelacuran dengan syarat sementara 14,5 peratus keberatan dengan hal itu. Sebanyak 7,6 peratus warga juga mendukung rencana pemerintah tanpa syarat apapun.

"Pihak kementerian membatalkan rencana awal untuk membolehkan pelacuran berskala kecil tanpa penetapan wilayah khusus terhadap mereka kerana akan sulit untuk diawasi," kata Liu.

Sementara itu tidak ada angka resmi tentang skala industri seks di Taiwan, para pengamat memperkirakan bisnis birahi tersebut melibatkan ribuan orang dan menghasilkan jutaan dolar per tahunnya.

Kucing comel jelir lidah









Beritahu kepada rakannya dia akan bunuh diri

TEMPO Interaktif, Texas – Seorang gadis berusia 15 tahun bunuh diri dibilik mandi sekolahnya setelah sebelumnya memberitahu teman-temannya ia akan bunuh diri.

Teman-teman Meagan Allen yang gagal menanggapi peringatan gadis itu secara serius terkejut setelah mendapatinya telah menunaikan ancaman bunuh diri itu, menurut TV KVUE.

Para konselor yang membantu para siswa Leander High School di Austin, Texas, menyesal kerana tragedi itu.

Allen, yang merupakan anggota Korps Pelatihan Petugas Cadangan sekolah itu ditemukan matidi salah satu bilik mandi di SMA itu.

Meskipun polis tidak secara resmi memberitahu nama gadis itu, laporan media setempat kemudian menegaskan dia adalah Meagan.

Dia diyakini telah menggunakan pistol kaliber 22, yangdia dibawa ke sekolah ..

Para pelajar tidak menyedari apa yang terjadi sampai mereka mendengar jeritan dari seseorang yang menemukan tubuhnya di bilk mandi wanita.

Halaman Tribute di Facebook harus ditutup setelah pesan berbahaya yang diposting individu anonim – atau dikenal sebagai troll.

Ini adalah kematian kedua di sekolah itu dalam waktu satu minggu.

Seorang anak laki-laki berusia 16 tahun, Joey Sheehy, meninggal diduga kerana overdose dadah sekolah itu minggu lalu.

Tragedi terbaru ini berlaku ketika waktu rehat setelah pukul 12:30 pada hari Isnin.

Video singa cuba baham manusia

Terlalu Tinggi, Penumpang Dipaksa Tinggalkan Pesawat

TRIBUNNEWS.COM – Syarikat Penerbangan Horizon Air di Amerika Syarikat (AS) akhirnya mengaku tidak membenarkan penumpang terbang kerana kerusinya tidak cocok dengan tinggi badannya. Penumpang itu bertinggi 6’9″ atau sekitar 206 sentimeter.

Dilansir FoxNews, insiden itu terjadi pada 18 March lalu dalam sebuah penerbangan dari Portland,Oregon, menuju ke Ontario, California. Dalam suratnya, penumpang itu menulis ke slaman web Horizon Air, mengatakan, jika dia cuba duduk di bahagian deretan exit untuk mendapatkan ruang tambahan namun tak tersedia ketika membeli tiket.

Sebelum terbang, si penumpang yang identitinya tak diketahui ini cuba agar dirinya ditempatkan di bahagian exit tetapi seorang agen di kapal terbang itu mengatakan kaki panjangnya adalah urusan pramugari.

Saat berada di atas pesawat,si penumpang sulit menggerakkan kakinya dan menaruhnya di lorong. Si pramugari jalan dan kakinya tersandung. Saat dijelaskan jika kakinya adalah urusan pelayan di atas pesawat, si pramugari ini marah. Tak berapa lama seorang staf muncul dan mengatakan dirinya harus meninggalkan pesawat.

“Kami meminta maaf atas situasi ini dan kami sudah memberikan kompensasi tiket di penerbangan selanjutnya,” jelas juru bicara Horizon Air, Bobbie Egan.

Ini bukan pertama kalinya syarikat penerbangan memperlakukan buruk penumpang. Lembaga Federal Aviation Administration (FAA) sebelumnya menyelidiki insiden yang terjadi di Spirit Airlines di mana penumpang berbadan tinggi dipaksa berdiri sepanjang perjalanan kerana tak boleh  duduk dengan nyaman.

[Hebat] Lukis guna ratusan ribu perkataan

Kreatif betul..
saya petik dari kosmo online

MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid itu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine.

Dia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Wow....BPA ubah lelaki jadi wanita

Biar betul..
saya petik dari kosmo online

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara. 

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon. 

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol. 

“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya. 

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan. 

“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser. 


AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja. 


“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak. 

“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan. 

“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.

Klorin

Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.

Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi. 

Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.

Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.

“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.

Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.

Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.

Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.

Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com

'Rasa kepala macam mahu tercabut'

DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.

Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.

Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.

“Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.

“Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.

“Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.

“Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.


Jarum besar

“Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

“Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya.

Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.

Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.

Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.

Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.

Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.

“Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.


Muntah hijau

“Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.

“Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA,” katanya.

Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.

“Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.

“Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut,” kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.

Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.

Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.

“Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.

“Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun,” katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.

Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.

“Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.

“Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.

“Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain,” ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.

Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.

Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.

“Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.

Mesin tebu


“Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.

“Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.

“Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.

“Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja,” katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.

Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.

sumber : kosmo online

Didakwa kerana mengonggong kearah anjing polis

TEMPO Interaktif, Ohio – Seorang lelaki asal Ohio, Amerika Syarikat, dituntut atas kejahatan jenayah ringan kerana menirukan suara gonggongan anjing kepada seekor anjing polisi.

Menurut laporan polis, lelaki bernama Ryan James Stephens dituduh mengganggu anjing polis di pinggiran Cincinnati.

Polisi Bradley Walker dalam laporannya menulis dia mendengar anjing polis menggonggong tidak terkendali di dalam kereta perondanya. Ketika itu, Walker sedang menyiasat kes pelanggaran keretadi sebuah pub pada Ahad (3/4) pagi.

Walker mengatakan Stephens menirukan suara anjing menggonggong dan berdesis. Hal itu dilakukan Stephens ke arah anjing polis.

Menurut Walker, ketika ditanya mengapa mengganggu anjing polis, Stephens mengaku “anjing itu yang memulakan”. Walker mengatakan Stephens nampak mabuk.

Pihak Stephens belum boleh dimintai keterangan mengenai kes ini. Telefon di rumahnya di Mason tidak diangkat. Stephens  akan diadili pada 21 April berkait kes tersebut.

Demi Seekor Kucing, 5 ribu poundsterling Melayang

MUNICH - Seekor kucing bernama Tinka, menyebabkan pemiliknya mengeluarkan wang sebanyak 5 ribu poundsterling untuk menyelamatkan nyawanya.

Tinka terpelosok ke dalam saluran corong paip ketika sedang mengejar burung di atap rumah pemiliknya.

"Awalnya kami memang sudah merasa seperti mendengar suara-suara aneh namun kami belum dapat memastikan darimana asal suara itu sampai kami merasa ada yang aneh di balik dinding corong dapur kami," ungkap Katja Bach, pemilik Tinka.

Katja pun curiga kalau yang ada di balik dinding corong dapurnya adalah Tinka, kucing kesayangannya.

Akhirnya, Katja memutuskan memanggil petugas pemadam kebakaran untuk membantunya mencari Tinka.

Para petugas pun langsung memecah dinding corong dapur, namun Tinka tak juga ditemukan, setelah ditelusuri, Tinka berada di balik dinding corong bilikr mandi, sehingga dinding bilik mandi Katja pun harus dipecahkan.

Dan akhirnya Tinka pun ditemukan terperangkap di dalamnya, demikian lapor Orange, Selasa (6/4/2011).

Hal ini pun membuat Katja harus mmbaiki dinding dapur dan bilik mandinya yang diperkirakan akan memakan biaya hingga 5 ribu poundsterling.

"Saya memang harus merenovasi dinding-dinding rumah, walau harus mengeluarkan banyak wang, tapi menurut saya ini setimpal, demi keselamatan Tinka," ujar Katja. (rhs)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved