Siapa pakai seluar jeans macam ni di Louisiana akan di denda US$ 600

on 31 Mac 2011

Beginikah cara memakai celana jeans yang sebenarnya ?Aneh yah..sudah beli celana Jeans mahal mahal malah di buat untuk menonjolkan seluar dalamnya…

Di Amerika tepatnya di Louisiana, Jika seseorang terlihat memakai SELUAR seperti ini maka Dia akan di denda sebanyak $600 dan jalani hukuman selama 6 bulan








Gambar pembantu rumah angkat beg anggota tentera buat orang ramai marah

Terlampau manja atau munkin dah terbiasa,,,
saya petik dari kosmo online

SINGAPURA - Penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yang disiarkan oleh media Singapura dan laman-laman maya pada minggu ini menunjukkan seorang anggota tentera lelaki Singapura berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Sementara pembantu rumah itu yang mengikut di belakang dilihat menggalas beg tersebut di bahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti generasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF). 

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di Internet. 

"Ini cuma satu insiden. Kesimpulan umum yang dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernard Loo dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam. 

Kementerian Pertahanan difahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yang mencetus pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Terdapat kajian yang menunjukkan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membasuh dan menggosok pakaian seragam masing-masing. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapatkan pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik. - AFP

Tak pasal-pasal nenek 7 cucu kena hukuman mati

KUALA TERENGGANU – Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dekat sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 92.68 gram dadah jenis heroin pada 2009.

Tertuduh, Mariah Hamad, 49, yang memakai baju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika Hakim, Datuk Mohd. Yazid Mustafa membacakan hukuman tersebut.

Hakim memberitahu, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah berhubung tuduhan ke atas wanita itu yang mengedar dadah jenis heroin pada 3 Ogos 2009.

Mengikut fakta kes, Mariah didakwa melakukan kesalahan pada tarikh tersebut kira-kira 3.45 petang di pekarangan Masjid Padang Nenas dekat sini dengan membawa satu bungkusan berwarna hitam.

Bungkusan tersebut mengandungi 100 botol plastik yang berisi dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan sebanyak 92.68 gram.

Atas kesalahan itu, dia dituduh di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama iaitu gantung sampai mati.

Menurut Mohd. Yazid, keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu kandungan bungkusan yang diambilnya daripada seorang wanita dikenali sebagai Ida di Stesen Minyak Petronas Rantau Panjang pada hari kejadian adalah tidak benar.

“Mengikut keterangan saksi ketika tertuduh ditangkap dia berada di dalam keadaan terkejut, takut dan pucat,” katanya yang menguatkan tuduhan bahawa tertuduh tahu kandungan di dalam bungkusan tersebut.

saya petik dari kosmo online

Presiden Venezuela Menentang Pembedahan Payudara

Sebelumnya Hugo Chavez secara terang-terangan menentang golf dan wiski. Kini Presiden Venezuela ini menentang Operasi Pembesaran Payudara.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan situs yang telah melakukan pemetaan negara-negara di dunia berdasarkan ukuran payudara wanitanya, Venezuela tercatat sebagai penghasil wanita berpayudara besar. Yang diwakilkan dengan ukuran penutup payudara (bra) cup D.

Sementara menurut versi Venezuela Society of Plastic Surgeons (Badan yang mencatatan operasi plastik di Venezuela), tercatat antara 30 – 40 ribu perempuan di negara ini telah melakukan operasi plastik membesarkan payudara setiap tahunnya.

alat operasi payudara
Beberapa klinik kecantikan secara terang-terangan memberikan pernyataan bahawa ‘jika seorang wanita tidak memiliki payudara besar, dia harus merasa bersalah!”

miss Venezuela Dayana Mendoza
Mungkin hal ini merupakan salah satu penyebab mengapa orang nombor satu di Venezuela jadi berang, “Mereka (iklan-iklan kecantikan payudara) membuat wanita-wanita di Venezuela khususnya wanita miskin, menjadi minder dan stress kerana harus berjuang mendapatkan wang banyak untuk melakukan operasi pembesaran payudara. Sementara pada saat yang sama, mereka masih kesusahan untuk mendapatkan makan!” (newsfeed.time.com)

Tentu Hugo Chavez benar. Sebagai seorang Presiden dia harus mengutamakan kesejahteraan masyarakatnya secara menyeluruh.

Namun di sisi lain, tentunya ada sebahagian orang yang mengkritik pendapatnya. Bahkan parti oposisi membandingkannya dengan Muammar Al-Gaddafi, “Hugo tidak beza dengan Kolonel (Gaddafi); kuno, militeristik, kasar, dan terlalu represif terhadap kebebasan kaum perempuan yang ingin melakukan sesuatu untuk memperindah tubuh mereka.”

Oposisi juga tidak salah, mereka membela kaum perempuan yang berinisiatif membuat hidup lebih hidup.

Terkadang untuk membuat sesuatu yang indah memang perlu pengorbanan

Lidah pakai zip

Ada juga yang sanggup buat begini....


Ahli Biologi Russia ingin biakkan kucing bertelinga lima

VORONEZH, KOMPAS.com — Seorang ahli biologi dari Voronezh, Russia, menemukan kucing dengan lima telinga di tepi jalan dan membawanya ke rumah untuk dipelajari serta mencari kemungkinan untuk dibiakkan.

“Kucing itu memiliki dua telinga normal, dua telinga tambahan yang terbalik 180 darjah, dan telinga kelima yang berukuran sangat kecil,” kata Vladimir Obryvkov dari Universitas Pertanian Negeri Voronezh.

Ilmuwan itu, yang bertahun-tahun mempelajari keanehan haiwan, mengambil foto sinar-X telinga tak lazim dari kucing itu. Namun, ia membawanya ke rumah untuk diberikan kepada anaknya.

Obryvkov mengatakan, kucing bernama Luntya itu juga memiliki cakar besar, tetapi kelakuannya tidak berbeza dengan kucing lain.

Ia ingin membiakkan haiwan peliharaan barunya itu dengan kucing bertelinga empat, yang tinggal di Vladivostok, guna menciptakan jenis baru dari haiwan berbulu tersebut.

Obryvkov telah mempelajari seekor anak sapi, yang memiliki dua kepala, dua ekor, dan dua jantung; seekor kambing bermata satu; ayam berkaki empat; babi kembar siam; serta seekor kuda dengan dua hidung dan tiga mata.

Desa pelik cuma ada seorang penduduk

Desa ini ditinggal pergi oleh seluruh penduduknya. Kini tinggal seorang Lelaki saja yang sanggup untuk tinggal sendirian, tanpa wanita, tanpa anak, tanpa tetangga mahupun binatang peliharaan.

Terkadang saya perlu ‘sendiri’. Sesekali menikmati kesendirian ternyata enak juga tanpa suara handphone. Tapi kalau tinggal sendiri  selama berhari-hari…???

Seorang lelaki bernama Don Sammons (60th) yang sudah terbiasa tinggal sendirian. Di rumah? Tidak! Dia tinggal di dalam sebuah desa aneh yang hanya berpenduduk 1 orang, iaitu dirinya. 

desa Buford berpenduduk 1 orang

Desa Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah perbukitan dengan suhu rendah terlebih di musim dingin. Desa ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasa wilayah ini tidak akan boleh berkembang (dailymail.co.uk).

Namun tidak demikian dengan Sammons yang mahu untuk tetap tinggal di sana walaupun seorang diri. 

Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih menetap di Buford yang ketika itu masih dihuni oleh sekitar 2000 orang pekerja rel kereta api. Ketika isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun pun memilih untuk pindah ke kota Colorado.

desa Buford berpenduduk 1 orang


desa Buford berpenduduk 1 orang

Sammons mengelola sendiri sebuah pam minyak kecil dan sebuah kedai untuk melayani mereka yang singgah dalam perjalanan lintas negara. “Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons yang mengatakan  dirinya sebagai raja di Buford.

desa Buford berpenduduk 1 orang

Sebagai pejabat pos, bangunan sekolah, bangunan toko-toko dan beberapa rumah yang tanpa penghuni.

Apa jadinya desa ini jika kelak si raja Sammons mati?

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved