Perut Penyu Dipenuhi Ribuan Sampah Plastik

on 26 Mac 2011

INILAH.COM,  Ribuan sampah ditemukan di dalam perut penyu yang mati kerana pencemaran laut. Inilah bukti impak perilaku manusia terhadap kehidupan laut.

Penyu seringkali salah mengira sampah plastik sebagai ubur-ubur, salah satu makanan  mereka. Plastik dapat memblokir saluran pencernaan dan menyebabkan kematian perlahan serta menyakitkan kerana kelaparan.

Penyu hijau (green sea turtle) yang mati itu ditemukan di lepas pantai Argentina dengan ukuran tubuh sepanjang 44 inci. Dalam edisi terbaru Marine Turtle Newsletter ahli biologi menegaskan 75% penyu hijau memakan sampah plastik termasuk, balon, sisa bola dan bekas pembungkus makanan.

“Hampir semua tubuh haiwan laut, termasuk beberapa haiwan yang sangat rentan dan langka di dunia, terkena impak perilaku manusia. Terutama plastik,” kata pengamat hewan laut Colette Wabnitz dari University of British Columbia.

Plastik juga sering muncul di sarang burung. Ikan paus, penyu dan albatros adalah beberapa hewan yang ‘gemar’ mengkonsumsi plastik.

“Lebih dari 260 spesies dilaporkan menelan dan terjerat dengan plastik. Di seluruh dunia, setidaknya 260 juta ton plastik diproduksi setiap tahun. Jumlah ini meningkat drastis dibandingkan setengah ton sampah plastik pada 1950,” kata Wabnitz.
1 juta beg plastik digunakan setiap hari dan tiga dari seribu plastik terbuang ke laut.

“Tahun lalu, saya bahkan menemukan 76 beg plastik dalam satu minit di permukaan laut Indonesia saat saya berdiri di haluan perahu untuk meneliti penyu,” kata Wallace Nichols dari California Academy of Sciences.

Biri-biri lahirkan anak mirip anjing

TEMPO Interaktif, Shaanxi - Seorang petani di China mengatakan kambing biri-birinya melahirkan seekor anjing. ‘Anak anjing’ itu berbulu seperti biri-biri tapi mulutnya, hidung, mata dan ekornya mirip anjing.
Pemilik haiwan ini, Liu Naiying, warga Fugu, Shaanxi, China juga mengatakan anjingnya ini bermain seperti anak anjing. Liu terkejut  ketika melihat anak biri-biri yang yang mirip anjing ini.

“Ketika itu aku sedang berjalan tiba-tiba aku melihat salah seekor biri-biri sedang menjilati anaknya yang baru lahir,” kata Liu. “Begitu aku melihat, aku begitu terkejut, bayinya itu amat aneh, perkahwinan biri-biri dan anjing.”

Liu yang telah 20 tahun memelihara biri-biri belum pernah melihat kejadian seperti ini. Anjing biri-biri ini pun jadi perhatian masyarakat di Shaanxi. Banyak orang yang datang untuk melihatnya.
Peneliti haiwan, Yue Guozhang mengatakan tidak mungkin seekor biri-biri boleh melahirkan anak anjing. “Mereka spesies yang berbeza,” kata dia. “Ini hanya kejadian yang tidak normal.”

Datuk ini dapat tangan semula

SYDNEY, KOMPAS.com - Seorang lelaki yang kehilangan tangan dan kaki akibat infeksi bakteria empat tahun lalu menjadi penerima transplant tangan pertama di Australia.

Peter Walsh, 65 tahun, menjalani pembedahan selama sembilan jam dengan sukses di Hospital St. Vincent, Melbourne.

“Hari ini Peter sambil tersenyum menggerakkan jemarinya,” kata Profesor Wayne Morrison, yang memimpin sekelompok 20 ahli bedah, kepada surat kabar Sydney Daily Telegraph.

“Kami sebenarnya tidak ingin dia menggerakkan tangannya terlebih dahulu, namun hal itu menunjukkan seluruh jaringan telah terhubung. Semua sesuai dengan rancangan” jelasnya.

Walsh kehilangan tangannya, sebahagian besar dari kaki kiri dan sebahagian kecil dari kaki kanan empat tahun lalu kerana infeksi bakteria yang hampir merengut nyawanya.

“Saya bukan tipe yang memegang tangan tetapi akan menjadi sangat berarti untuk dapat memiliki tangan kembali,” kata Walsh, kakek dengan 16 orang cucu.

“Saya tidak tahu siapa yang memberikan kepada saya, tetapi saya sangat berterima kasih apa yang telah mereka lakukan,” tambahnya.

Masih belum diketahui dalam beberapa hari, bahkah minggu, apakah badan Walsh akan menerima anggota tubuh baru tersebut.

Lebih dari 60 transplantasi tangan dilakukan di seluruh dunia sejak seorang lelaki New Zealand  Clint Hallam menjadi penerima pertama pada 1998 dalam operasi yang dilakukan di Perancis.

Kerana Kegemukan, Babi Jalani Pembedahan Wajah

ADELAIDE – Babi seberat seperempat ton ini menjalani pembedahan wajah untuk membantunya kembali melihat kerana kegemukan.

Babi tersebut tidak lagi boleh melihat kerana alis matanya menutupi pandangannya kerana berat tubuhnya yang semakin bertambah.

Alat angkut berat pun dipersiapkan untuk mengangkut sang babi atas persetujuan pemiliknya untuk mengangkat kembali alisnya.

Seperti dilaporkan Orange, Jumaat (25/3/2011), Boris, babi berusia tiga tahun tersebut menjadi selebriti tempatan di wilayah Rosewater, Adelaide, Australia.

Pemiliknya Graeme Cane mengatakan bahawa Boris tidak boleh melihat kerana faktor berat tubuhnya yang makin bertambah, sehingga alis matanya turun dan menutupi pandangannya.

Dia sudah cuba membuat babinya agar menjalankan diet tapi semakin parah, alis matanya malah semakin turun menutupi matanya.

Walaupun matanya tidak boleh melihat dan juga cacat di punggungnya, Boris merupakan babi lokal yang menjadi bintang.

[Sedih] Bangun pagi anak dah jadi arwah

Malang sungguh nasib ibu ini...
saya petik dari myMetro


KUALA TERENGGANU: “Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga.” 

Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam. 

Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya. 

“Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur,” katanya. 

Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur. 

“Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa. 

“Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu,” katanya. 

Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin. 

Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi. 

“Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam),” katanya. 

Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam. 

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved